Monday, December 20, 2010

Te? Tang? Tan?

Kelantan:

"Aku te mu!!!"

Terengganu:

"Aku tang mung!"

Kedua-dua ayat tersebut bermaksud, "aku pukul kau!".

Kita sudah maklum, bahawa bahasa Kelantan mengurangkan perkataan yang di akhiri dengan 'n' menjadi 'e'.

Manakala bahasa Terengganu pula, menambah perkataan yang di akhiri dengan 'n' menjadi 'ang'.

Adakah ini bermakna, kata nama perbuatan yang bermaksud 'pukul' di atas, 'tan'?

"Aku tan kau!!!"

Wednesday, December 15, 2010

Stroke/Style Lukisan?

Ok. Bermula pos pertama aku tentang komik. Aku dah bergelimpangan dengan komik dari aku kecil lagi.

Simpan duit. Tak makan time rehat. Sedangkan murid-murid lain macam ikan lumba-lumba berlumba-lumba. Betul. Imagine balik. Melompat-lompat.

Balik naik bas? Skip. Jalan kaki. Pasal komik 'Doraemon' baru dah keluar.

Ok. Berbalik kepada isu kali ini. Stroke lukisan.

Rata-rata sekarang ini, kebanyakan pelukis-pelukis komik di Malaysia, terpengaruh dengan manga. So, boleh lihat masing-masing punya karya...

...Mata bulat. Comel. Rambut fesyen dan colour tak tercapai akalmu. Serta yang sewaktu dengannya.

Betul?

Aku ambil petikan daripada www.sembangtoys.com

xuniverse:
"oh lg satu, nape kartunis malaysia alwaz obses ngn manga? aku tak faham...mane ilang identiti dan mereka yg nk set-up kan identiti sendiri.."

Revenantjack:
Ha'ah. Macam dah xde stroke sendiri. Suma nak mata bulat besar mulut kecik rambut tercacak2. Pastu ada pulak antara diorg ni berlagak cam bagus je(bukan semua..).

Aku sedikit setuju dengan pandangan mereka berdua. Tapi, jika difikir kembali, no big deal.

Kenapa?

Stroke atau style lukisan biasanya ikut influence pelukis itu sendiri. Tak kira manga, komik Hong Kong, atau komik U.S. Jadi, kita tidak boleh menyalahkan mereka.

Tetapi, ada juga yang membuat stroke atau style lukisan sendiri. Contoh, Puyuh a.k.a Leong Wan Kok. Aku kenal daripada majalah Gempak. Sehinggakan dipanggil ke Jepun kerana stroke atau style lukisannya yang unik.

Again. Ikut la. Nak tiru apa-apa stroke atau style lukisan pun, tidak mengapa.

Tetapi!

- Perlu ke komik Malaysia, scene kaki lima depan kedai, kedai tersebut pintu 'Shoji'? Ada ke kat Malaysia?

[Shoji: In traditional Japanese architecture, a shōji is a door, window or room divider consisting of translucent paper over a frame of wood which holds together a sort of grid of wood or bamboo. ...]

- Perlu ke komik Malaysia, bertarung guna 'Katana'? Hang Tuah dulu pakai 'Katana'?

[Katana: The is a type of , also commonly referred to as a "samurai sword". In the strictest sense, the term katana in Japanese is applied to any kind of single-edged sword, of any origin; contrary to common belief outside Japan, the Japanese word does not necessarily refer to a Japanese sword. ...]

- Perlu ke komik Malaysia, scene di sekolah, para pelajar pakai baju uniform sekolah Jepun? Rambut tidak perlu diutarakan la. Rambut pelajar sekolah di Malaysia colour hijau? Pink? Biru? Apakah?



Ada lagi sebenarnya. Tapi rasanya 3 ini sudah cukup. Kalau aku rasa tidak cukup, aku sambung later.

Jadi, bagaimana?

Monday, December 13, 2010

Tipikal Melayu?

"Kau cina?"

"Aku? Melayu la."

Aku membuat 'dunk'.

"Kenapa kau ingat aku chinese? Sikit nya dark ni. And Tall. And handsome."

"Ceh!"

"Cepat ah! Aku chinese? Kenapakah?"

"Ye la. Kau main basketball. Main piano."

"Oh!"

Ketika zaman kegemilangan. Tekalah aku yang mana.

*ini kejadian benar-benar berlaku... accept part dunk tu je... aku lay-up saja... haha! so apa pula tipikal melayu? main bola? main takraw? time petang-petang kat sekolah lepak dorm tak buat apa-apa macam Yoshz? n tq to encik Amuro kerana mengemailkan gambar ini...

Friday, December 10, 2010

Power Vocal

Semalam, aku baru menonton 'Shout Awards'. Ok. Aku tahu. Aku sello. Apabila sampai ke kategori 'power vocal', aku teringat 2 orang yang bukan artis, tetapi berjaya meremangkan bulu roma aku kerana kemerduan suaranya.

Salah seorangnya...

Salwani Abdul Manan. Aku ingat name penuh kerana dia, partner aku ketika menjadi pengacara majlis untuk Annual Dinner.

Ketika berbincang tentang skrip. Aku amati suaranya biasa saja. Aku lagi power kot. Confidence level aku memang sangat tinggi.

"Mengumumkan ketibaan ... ..."

Aku memulakan rehearsal.

"Hadirin di minta berdiri."

Meremang bulu romaku. Hanya sebaris ayat itu sahaja. Cukup. Suaranya sangat power.

Ketika ini juga confidence level aku jatuh merundum. Sesiapa yang masih tidak menjual saham confidence level aku, pasti akan muflis.

Seorang lagi?

Nantikan...

*kepada cik atau puan salwani... kalau terbaca pos ni... satu je permintaan... err... kalau name penuh tu salah... tolonglah betul kan ye... =op

Thursday, December 09, 2010

Santan Angker!

"Santan 3 kilo. Kelapa parut 3 biji. Nak putih je kak ek."

5-10 minit kemudian.

"Berapa kak?"

"RM30."

Apakah? RM 8.00 sekilo sekarang?

Wednesday, December 08, 2010

Komik?

Sempena tahun baru, setiap hari Rabu aku akan membuat satu pos di bawah tag 'komik'. Ini kerana komik seperti sudah menjadi darah dagingku.

Kemungkinan aku akan membuat pos tentang kartun atau cerita-cerita yang ku tonton pada hari Rabu. Boleh la aku menyelindungkan diriku yang tiada idea.

Baiklah!

Kita mula minggu depan!

*kemaskini tiada idea berjaya dipos... haha!

Tuesday, December 07, 2010

Awal Muharram

"Jack! Awal Muharram kita cuti kan?"

"A'ah!"

"Berapa haribulan ek? Ingat nak apply cuti la."

"Uik? Itu pun kau tak tahu?"

"Berapa?"

"Haih... Sia-sia je jadi umat Islam."

Safar sedikit bengang.

"1 Muharram la!"

Syawal gelak kecil. Berjaya mengenakan Safar.

"1 Muharram? Tahun?"

Syawal terdiam seketika.

"Err... 1412?"

"So, kau umat Islam?"

Safar berlalu pergi dengan tersenyum sinis. Puas hati.

*Selamat menyambut tahun baru 1432 hijrah!

Monday, December 06, 2010

Pengesahan

Bodoh la sistem pengesahan 'Captcha' ni. Nak suruh kita sahkan. Taip balik perkataan yang tertera. Tapi perkataan yang tertera bukan tulisan dan bahasa manusia.

Aku rasa makhluk asing atau doktor pun tak boleh baca. Penggodam pun tak boleh enkrip atau godam.

Gambar bukan sekadar hiasan sahaja.

Lihat. Ini antara paling senang. Kalau ada yang lain, aku akan kemaskinikan pos ini.

Friday, December 03, 2010

Anda Berlebihan!

KLCC. Bosan. 2.30 petang. Wayang pukul 3.00. Setengah jam lagi.

"Mamat! Mamat! Kita try ah!"

"Takmo ah. Nanti korang kutuk aku."

"Lek a. Aku pun try."

Aku cuba memujuk Made (bukan nama sebenar).

"Ko try dulu Yoshz!"

"Baiklah!"

Yoshz (juga bukan nama sebenar) memasukkan syiling ke dalam mesin pengukur berat dan tinggi automatik.

loading.....

ANDA KURUS!

"Gilak a. Kurus tu!"

"Kau pulak Noh!"

"Baiklah!"

Aku pula mencuba.

loading.....

ANDA OK!

"Bangsat! Macammana kau ok? Bukan gemuk ke?"

"Well!"

"Ah! Kau punya turn pulak."

Kebetulan, ketika ini ada satu kumpulan gadis di belakang kami ingin mencuba mesin tersebut juga.

"Kalau Noh OK, aku sure gemuk je."

Made naik ke atas mesin tersebut dengan penuh keyakinan.

loading.....

ANDA BERLEBIHAN!

*mesin tersebut ada 4 skala... kurus... ok... gemuk... berlebihan...

Ketika itu, entah macammana, KLCC senyap. Sunyi. Padahal tadi riuh. Mungkin Malaikat sedang lalu.

Maka, suara mesin tersebut kedengaran sehingga tingkat satu dan tiga.Beberapa orang memandang ke arah kami.

Kumpulan gadis di belakang menutup mulut. Menahan gelak.

Aku dan Yoshz? Jangan la harap. Confirm gelak evil punya.

Muahahahahahahahahahahahaha!!!

*aku teringat cerita ni semalam... antara kenangan aku, yoshz dan mamat... ketika zaman selalu hangout... sekarang dah susah... yoshz pun dah ade baby pompuan... (touching la pulak) haha! haih... itu dulu... sekarang pun aku berlebihan sudah...

Thursday, November 04, 2010

Komik Angker



*ni aku curik kat blog http://blogserius.blogspot.com...

Wednesday, November 03, 2010

Rasuah Kewr...

Di perkarangan sebuah hotel.

"Bagaimana dengan tawaran I?"

"Hmm..."

"Rasanya tidak perlu fikir lagi. Duit kemenangan pun tidak sebanyak ini."

"So, just bagi pihak lawan menang?"

"Yes."

"Ini kira rasuah bukan?"

"Hmm, yes. Tapi! Actually I terpaksa buat."

"Why?"

"Duit yang I offer you ni, sikit saja. Kalau berbanding dengan duit nak repair balik stadium yang terbakar nanti. Lagipun, banyak kerja. Leceh."

*sekadar cerita lawak2 saja... peace babeh!

Thursday, October 21, 2010

Pak Cik Kelly

"Apsal kau tiba-tiba pecut tadi?"

Gupta (bukan nama sebenar) tak puas hati.

"Kata nak guide. Tapi laju. Demmit."

"Tah!"

Rajiv (bukan nama sebenar juga) menyampuk.

"Dah la angker tadi."

Todd (juga bukan nama sebenar) sekadar memandang.

"Kat tepi jalan, tempat kau start bawa laju tadi. Ada pak cik bawa basikal."

Rajiv tidak mampu meneruskan katanya.

"Tanpa kepala!"

Suasana hening seketika. Asha (bukan nama sebenar lagi) masih menggigil. Gupta, Rajiv dan Asha, satu kereta.

"Yang kau ni senyap daripada tadi kenapa Todd?"

Todd senyap.

"Manmeet?"

"Todd pecut tadi, pasal..."

"Pasal apa?"

"Korang nampak tepi jalan ek?"

"A'ah!"

"Time kitorang lalu situ, 'dia' tengah cross jalan."

*kisah angker ini diceritakan secara lisan oleh encik ahmad reza murad... kisah ni kalau tak silap aku... kat area kelly's castle kot...

Friday, October 15, 2010

Peguam VS. Doktor II

Imbas kembali episod yang lalu...

Peguam VS. Doktor I:
http://budakyangbijak.blogspot.com/2010/10/peguam-vs-doktor-i.html

"Jadi? Kerana itu saja awak pasti si mangsa sudah mati?"

"Otak si mangsa sudah berkecai dan serpihannya ada di atas meja saya. Di dalam balang."

"Maka, kerana itulah awak pasti si mangsa sudah mati? Betul?"

"Ya!"

"Betul-betul pasti?"

"Err..."

"Kenapa? Awak ragu-ragu?"

"Tidak. Bukan begitu. Cuma kalau si mangsa masih hidup, kemungkinan si mangsa sedang menjadi seorang peguam sekarang."

Thursday, October 14, 2010

Polis Angker



Sangat angker occayyy.....

(baru lepas gelak guling-guling dari office ke rumah)

Wednesday, October 13, 2010

Peguam VS. Doktor I

"Awak pasti bahawa mangsa sudah mati?"

"Ya."

"Awak pasti? Awak cek nadi si mangsa?"

"Tidak!"

"Tidak? Awak cek suhu si mangsa?"

"Tidak!"

"Oh! Jadi bagaimana awak pasti si mangsa sudah mati?"

"Hmm..."

"Hmm? Itu sahaja yang boleh keluar dari mulut awak?"

"Mangsa ditembak di kepala."

"Jadi? Kerana itu saja awak pasti si mangsa sudah mati?"

"Otak si mangsa sudah berkecai dan serpihannya ada di atas meja saya. Di dalam balang."

Tuesday, October 05, 2010

Penilaian Menengah Rendah

PMR?

Aku memang tidak gentar.

Sehari sebelum, aku pergi ke kedai cermin mata. Memastikan visi mataku sempurna.

Pagi, sebelum ke dewan peperiksaan, aku membuat senaman ringan. Fokus di bahagian leher dan kepala.

Hasilnya?

8A!

Senang saja bukan?

Oh! Lupa. Seminggu sebelum sudah pastikan di mana tempat duduk serta siapa yang duduk di sekeliling. Kaji keputusan mereka dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.

Wink2!

Friday, August 27, 2010

A to Z

The quick brown fox jumps over the lazy dog.

*cube teka apekah keistimewaan ayat di atas? hints2...

Wednesday, August 25, 2010

Cow Cow

Cow Boy: It's a shame about this mad cow disease going around, doncha think?

Eng Cow: Yes, luckily it doesn't affect us helicopters. Munch munch.

*kemaskini pantas! curik status syg kat fb...

Monday, August 23, 2010

Pensyarah VS. Guru

Keretapi menuju ke utara. Gerabak ketiga. Seorang pensyarah universiti. Seorang guru. Berhadapan. Bosan.

"Saya bagi satu soalan. Kalau awak tak dapat jawab, Awak bagi saya RM 5.oo. Kemudian awak tanya saya satu soalan. Kalau saya tak dapat jawab, saya bagi awak RM 5.oo."

Suara si pensyarah memecah kebosanan.

Si guru berfikir.

"Maaflah. Saya tidak berapa mahir macam awak."

Si guru menolak. Sopan.

"Ok. Macam ni. Kalau awak tak dapat jawab, awak bayar saya RM 5.oo. Kalau saya tak dapat jawab, saya bayar awak RM 5o.oo."

Si guru berfikir kembali. Mengangguk terima.

"Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet Marikh balik ke Bumi?"

Satu soalan yang mencabar diberikan oleh si pensyarah.

Si guru terus menghulurkan RM 5.oo.

"Soalan kamu?"

Si pensyarah bertanya. Sedikit gembira.

"Apa benda yang naik ke gunung berkaki tiga, tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat?"

Lima minit berlalu.

"Boleh saya google?"

"Sila-sila."

Setelah sejam berusaha, si pensyarah pun menghulurkan RM 5o.oo kepada si guru.

Si guru girang. Memandang ke arah tingkap. Menyambung melihat keindahan alam.

"Nanti! Apa jawapannya?"

Si pensyarah sedikit geram.

Si guru melihat si pensyarah. Dengan tenang si guru menghulur RM 5.oo kepada si pensyarah.

Thursday, August 19, 2010

Peribahasa Baru

Seperti Babi Berbulu Biri-biri

Bermaksud:
Tidak kira seseorang itu berperangai baik atau yang sewaktu dengannya, semua orang tetap tahu yang dia tu berperangai seperti haram.

Contoh:
"Kau ni, macam babi berbulu biri-biri!"

Maksudnya:
"Kau ni, buat baik pun, aku tahu kau ni babi!"

Ringkasnya:
"Kau ni, babiri betul la!"

Betul tak? Bulu tebal mana pun, orang tahu haiwan ni babi a.k.a khinzir.

*hari ni aku tidak mengikut tema... maaf!

Friday, August 13, 2010

Perkara-perkara Membatalkan Puasa

"Dah azan aku rasa ni."

Yoshz (bukan nama sebenar) resah.

"Aku rasa dah."

Aku dan Yoshz masih di dalam kereta.

"Air pun tak ada ni."

"Korek hidung pun boleh kira buka puasa kan?"

Yoshz pantas memasukkan jari telunjuknya ke dalam hidungnya yang besar.

2 minit kemudian.

"Demit Yoshz!"

"Apa? Buka puasa korek hidung tak boleh ke?"

"Tapi perlu ke..."

Ketika ini Yoshz sedang mengulum jarinya.

Thursday, August 12, 2010

Sangat Angker K...

Aku cuak. Pelik. Seram. Dan kesemua perasaan yang sewaktu dengannya.

Kenapa? Nak tahu kenapa?

Kerana...

Matahari menyinari apa yang disayangi!

"Ibu pun macam matahari!"

[Kedengaran suara dari+mana+datang+suara+budak+aku+pun+tak+tahu+boleh+layan+lawak+bodoh+aku.]

Tak.

Macam ni sebenarnya.

Setiap kali aku bersemangat hendak menulis blog. Ianya mesti jatuh pada hari Khamis.

*ya... aku tahu... bukan tulis... taip... tapi kalau letak menaip blog... macam tak kachak sangat...

Apa-apa pun. Selamat berpuasa! Bukan ber'poser' ya!

Renung-renungkan! Dan... Selamat beramal!

Friday, July 23, 2010

Wokeh Boss!

Januari

"Mau potong macammana?"

"Hmm... Tepi bagi slope. Belakang pun. Atas potong sikit saja."

"Wokeh Boss! Ini?"

Sambil menunjuk tepibakar a.k.a sideburn.

"Kasik bawah telinga."





"Siap!"


-----------

Februari

"Tepi, belakang, atas summa kasik pendek."

"Ini sideburn?"

"Potong atas telinga."

"Wokeh Boss!"





"Siap!"


"Ni sama cam bulan lepas!"

"Mana ada. Itu lain juga ada."

"Tengok ni. I ambil gambar last month punya. I suruh you potong lain sikit."

Sambil menunjukkan gambar yang diambil setelah rambut dipotong bulan lepas.

"Itu ada lain juga."

"Ye lah. Sideburn je bezanya pun."

*betul tak? penat je kita suruh itu ini... dia main belasah jugak... sama je...

Monday, July 05, 2010

Sekolah

Sekolah, bermaksud suatu tempat untuk menerima ilmu pengetahuan.

Tetapi sekolah juga mempunyai maksud yang lain. Ianya bergantung kepada ayat. Sila lihat contoh di bawah.

"Pasukan Argentina disekolahkan oleh Pasukan Germany di Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2010."

Bagaimana?

*England mulia sikit kot... ada 1... muahahahahahaha! (gelak tahap dewa syaitan kegelakan berenam)

Monday, June 28, 2010

Kenyang!

Aku sangat kenyang semalam. Sampai hari ini aku kenyang.

Semalam. Makan besar. Lauk best.
  1. England Masak Lemak Cili Api
  2. England Goreng Tepung
  3. England Tiga Rasa
  4. England-O Ais
Best. Serius best.

*muahahahahahahahahaha!

Thursday, June 17, 2010

Angker Ke Ni?

Malam itu. Aku berlari. Sangat pantas. Tidak seperti biasa. Wan Walkman di belakangku. Mengikut rapat.

"Cepat Wan. Sebelum tutup."

Langkah kami semakin laju.

Aku melompat. Rasanya lebih jauh daripada lompatan aku ketika sukan lompat jauh dahulu. Sempat menahan ia daripada tutup. Aku menolak keras dan ia terbuka.

Ramai. Itu sahaja yang aku mampu jelaskan.

Aku dan Wan Walkman menarik nafas. Hembus. Kemudian kami menari dan bersorak.

"GOLLL!!!!! GGGOOOOOLLLLLLL!!!!!!!"

"Ala, penalti boleh la."

Suara-suara sumbang penyokong Brazil kedengaran.

Aku dan Wan Walkman bergembira. Pasukan yang kami sokong, menang. Walaupun penalti.

World Cup 2006.

Final.

*ya... ini pasukan utama yang aku sokong... ITALY!!! tapi italy bermula dengan biase2 saja... harap mereka terus mara ke final walaupun dengan biase2 saja...

Wednesday, June 16, 2010

Serangan Sabiá-laranjeira

Kedengaran seperti sekawan gajah sedang berlari. Dengan bunyi-bunyi dikeluarkan dari mulut.

"Wan!!! Tutup pintu tu!"

Aku cuak. Tadi sudah kena sekali. Ini kali kedua. Wan Walkman pantas menutup pintu. Bunyi derapan kaki dan suara semakin kuat dan jelas.

"Kunci-kunci!"

Aku dan Wan Walkman menahan pintu dari dalam. Bersandar ke pintu. Peluh kami menitik.

Bum!

Pintu seperti dilanggar. Kemudian bertubi-tubi dilanggar. Aku dan Wan Walkman menahan kuat dari dalam.

"Gol! Gol! Gol!!!!!"

"Come on Jerman!"

Itu antara yang aku dengar.

Di sebalik pintu, berpuluh-puluh penyokong Brazil, yang berlari dari bilik di hujung sebelah sana bersorak-sorak di depan bilik kami iaitu aku dan Wan Walkman, selaku penyokong Germany.

World Cup 2002.

Final.

*tapi kali ini jerman bermula dengan kachak! berusahalah!

Thursday, June 10, 2010

Tuk! Tuk! Tuk!

Afdlin dan Shauki cuak. Walaupun setiap malam lalu di tempat yang sama. Tapi perasaan takut masih ada apabila melalui kawasan perkuburan kampung mereka. Lebih-lebih lagi Khamis malam Jumaat.

Walaupun mereka tak tahu pun kenapa malam Jumaat lain daripada malam-malam lain. Cuma mereka dah biasa ditakutkan sejak berhingus lagi.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Weh! Afdlin. Macam bunyi orang ketuk something je."

Tuk! Tuk!

"A'ah la."

"Siasat jum. Cam edisi siasat."

"Edisi siasat? Ni dah ala-ala seekers."

"Seekers? tu lagi bidaah besar tu. Kau try la search kat youtube bukti dia."

Tuk! Tuk! Tuk!

"Aku rasa tak sedap hati la."

"Ala, jum je la. Bak kata pepatah Titanic. You jump, I jump remember? I can't turn away without knowing you'll be all right... That's all I wa..."

Selipar Tat Sing hinggap di muka Afdlin.

"Aku tau la dah 80 kali kau tengok Titanic. Jum! Jum!"

Afdlin mengelap mukanya yang basah akibat air yang keluar dari celah tepi Selipar Tat Sing Shauki.

"Eh! Ada orang tua la."

"Mana? Mana?"

"Tu."

"Kau tegur la."

"Kau la."

"Kau la."

"Ok. Ok. Kita sama-sama bagi salam."

"Aku counting. Satu. Dua. Bangun!"

"Assalamualaikum Pak Cik!"

*Sila baca dengan irama ketika memberi salam pada che' gu di sekolah rendah.

"Waalaikumussalam."

Pak Cik tersebut menjawab tanpa memalingkan kepalanya.

"Fuh. Nasib baik orang."

Shauki berbisik.

"Pak Cik tengah buat apa tu?"

"Ni ha. Diorang salah ukir nama Pak Cik. Ada ke letak Yoshz. Tu nama gedik-gedik je."

Pak Cik tersebut berpaling ke arah Afdlin dan Shauki. Menyeringai hingga kelihatan dua gigi taringnya. Tangannya sedang memegang batu nisan dan seketul batu yang digunakan untuk membetulkan namanya di batu nisan tersebut.

Tuesday, May 04, 2010

Kasi Murah Kalkulator Encik Tabur

Setelah lama menunggu, akhirnya lif terbuka. Mazrul (bukan nama sebenar) masuk. Seorang wanita lingkungan 30-an juga masuk ke lif bersamanya.

Mazrul menekan nombor 18. Manakala wanita tersebut menekan nombor 2, kemudian 4. Mazrul pelik. Tapi Mazrul cuba untuk biarkan. Maknya pernah berpesan, benda pelik jangan tegur.

Tiba di tingkat 2, pintu lif terbuka. Wanita tersebut tidak keluar. Pintu lif tertutup kembali.

Tiba di tingkat 4, pintu lif terbuka. Wanita tersebut masih tidak keluar. Mazrul sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya. Pasti tidak nyenyak tidurnya malam ni jika Mazrul tidak tahu kenapa wanita tersebut berkelakuan sedemikian.

"Kak, rumah akak tingkat berapa ya?"

"Kenapa?"

Wanita tersebut jawab acuh tidak acuh sahaja. Dia ingat Mazrul ingin menghendap dia.

"Takdela, tadi tingkat 2, akak tak keluar. Tingkat 4 pun akak tak keluar."

"2? 4? Ye la. I duduk tingkat 24."

Wanita tersebut cuba membahasakan dirinya, "I". Mungkin ingin menampakkan dirinya lebih muda.

"Habis tu? Kenapa akak tak tekan 24 terus?"

"Eh? Tadi akak tekan apa?"

"2 dan 4."

"Ya Allah."

Wanita tersebut gelak kecil sendirian.

"Ni la akibatnya kerja 24 jam guna kalkulator."

Wednesday, April 28, 2010

Ayam Golek!

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ayam golek yang diimpikan tiba.

Slurp!

Jalil menyedut kembali air liur yang jatuh secara tidak sedar. Dengan pantas, Jalil memotong bahagian kepak. Bahagian yang paling Jalil suka. Baru sahaja menggigit ayam golek tersebut, seorang pelayan muncul di sisinya.

"Ya?"

Hati Jalil menyumpah-nyumpah. Pelayan kacau stim.

"Maaf, Encik. Ayam ni actually lelaki hujung sana punya. Dan ini stok kami yang terakhir. Betul-betul minta maaf Encik.

Jalil menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh pelayan tersebut. Seorang lelaki gagah ala-ala 'Undertaker' dalam cerita gusti yang selalu dilayaninya.

"Saya dah gigit ayam ni. So, ayam ni saya punyalah."

Si pelayan serba salah.

Lelaki tersebut bangun. Marah. Di tangannya, sebilah pisau.

Jalil terbayang lelaki tersebut seperti 'Undertaker' yang sedang membawa keranda.

'Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran airmata'

Jalil teringat kata-kata hikmah di dalam komik Hong Kong yang setiap minggu dilayaninya satu ketika dulu. Lantas Jalil pun bercucuran airmata.

"Woi! Kau jangan sentuh ayam tu. Apa-apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau. Kalau kau potong kaki dia, aku potong kaki kau. Kalau kau potong dada dia, aku potong dada kau. Pendek cerita, apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau."

Jalil terdiam. Terkedu. Sambil mengesat airmata yang bercucuran tadi, Jalil mengangkat ayam golek tersebut.

Secara perlahan-lahan, Jalil menjilat bontot ayam golek tersebut.

Gambar bukan sekadar hiasan. Sekadar nak bagitahu
semalam pengarang baru sahaja melayan ayam golek.

Tuesday, April 27, 2010

Mee Bandung

Surti, pembantu rumah dari Indonesia, atau lebih tepat sekali dari Bandung, sedang berkemas untuk pulang ke Bandung. Mungkin tidak akan kembali ke Malaysia.

"Surti, bukan Tejo tanak bertanggungjawab. Harap Surti faham."

Tejo, sekadar nama manja. Nama sebenar Tajul. Majikan Surti.

"Surti ngerti."

Surti akur. Tajul sudah beristeri dan beranak empat. Maka biarlah dia yang berundur.

"Tejo akan bertanggungjawab atas anak itu nanti. Bila anak itu sudah lahir dan berumur 18 tahun, kirim lah surat."

"Surat? Kenapa tidak gunakan saja emel. Lebih pantas."

"Oh! Betul juga. Emel sajalah. Tuliskan perkataan 'Mee Bandung'. Nanti Tejo hantarkan nafkah duit semua ya."

Tajul takut terkantoi. Surti hanya mengangguk pilu.

*shu... shu... shu...

Lapan belas tahun sudah berlalu.

"Abang! Abang! Turun makan!"

Timah, isteri Tajul memanggil suaminya. Tetapi tidak disahut. Timah naik. Masuk ke bilik.

"Abang!"

Timah cuak. Tajul pengsan di depan meja komputer. Di skrin komputer tertera emelnya...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Thursday, April 22, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Malaysia Maju!

Tiga orang pengaturcara, baru sampai di sebuah hotel. Hotel penginapan untuk sesiapa yang menghadiri seminar antarabangsa.

Ketiga-tiga pengaturcara tersebut berehat di lobi. Berehat. Melepaskan penat. Bagaimana mereka melepaskan penat, aku pun tidak tahu bagaimana. Mungkin penat tersebut diletakkan di dalam sangkar.

Ah! Lawak bodoh daripadaku.

Setelah sesi memperkenalkan diri selesai dan beberapa minit berborak.

"Anda berdua tahu tak. Hari tu, aku gali lubang belakang rumah aku. Dalam 3-4 kaki aku gali, aku jumpa 'copper cable' yang kelihatan sangat lama dan sedikit pelik."

Bahasa Melayu sedikit skema setelah dialih bahasa.

"Maka?"

Hazim, dari Malaysia bertanya.

"Setelah dikaji, rupa-rupanya, sejak beratus-ratus tahun dahulu, nenek moyang kami telah pun menggunakan 'copper cable'."

Belum sempat Hazim berkata apa-apa, Gates menyambung.

"Dan dipercayai, kamilah orang pertama menggunakan 'copper cable'."

Ehem...

Sivaji, dari India berdehem.

"Biasa-biasa sahaja itu. Bulan lepas, aku gali belakang rumah aku. Dalam 6 kaki aku gali. Anda semua tahu aku jumpa apa?"

"Tulang Dinosaur?"

Hazim cuba membuat kelakar.

"Apa?"

"Aku jumpa 'Fiber-Optic Cable."

Gates tergamam.

"Perlu ker aku teruskan cerita ni? Pasal anda beruda mesti sudah sedar nenek moyangku lagi maju."

Suasana sepi seketika. Gates dan Sivaji memandang ke arah Hazim.

"Aku malas nak cerita sebenarnya. Tidak suka berlagak."

Gates dan Sivaji sedikit terkejut.

"Baru semalam, aku gali belakang rumah aku. Dah lebih 10 kaki. Tak jumpa apa-apa pun."

"Maka?"

Hazim bangun. Meregangkan badannya. Mula melangkah pergi.

"Wireless jack. Wireless! Nenek moyang aku tak main la kabel-kabel."

Sayup-sayup suara Hazim kedengaran meninggalkan Gates dan Sivaji yang tidak dapat menerima kekalahan.

Tuesday, April 13, 2010

Samak?

"Aku dapat e-mail, ada gambar pompuan peluk babi."

Polan menghisap puntung rokoknya. Rokok mahal sekarang. Puntung pun puntung la.

"Serius?"

Dengan muka tegang, Polan menghembuskan asap rokok. Hendak menunjukkan dia serius.

"Tu la. Yang paling best. Bertudung!"

"Weh! Foward-foward!"

Anu teruja.

"Jap-jap."

"Tah pape la peluk binatang haram tu. Eii! Goli den!"

Anu, dengan gaya mengada meniru iklan Glidden satu ketika dahulu.

"Itu la. Diorang ni tak belajar agama ke."

"Itu ok lagi."

Tiba-tiba ada suara mencelah.

"Diorang boleh samak. Ada gamba aku tengok. Stok yang tak boleh samaknya."

"Uik? Apakah?"

"Ni a."

Sambil memusingkan laptopnya menghadap kedua-dua rakannya. Gambar Polan sedang memeluk dua orang gadis jelas tertera di skrin.

"Ni kat disko ni kan? Bukan muhrim ni. Haram. Tak boleh samakkan?"

Dengan pantas Anu login akaun Facebooknya.

Thursday, April 08, 2010

Komet?

Eppe Charles Constantine. Bukan nama sebenar. Nama sebenar beliau aku tidak tahu cara mengejanya. Kisah ini aku dengar daripada mulut ke mulut. Maka, tidak tahu kesahihan ceritanya. Tetapi aku dapat mengesahkan keseramannya.

Mahgrib. Malam Jumaat. Menjadi rutin sekolahku, membaca surah Yasin selepas mahgrib dan terus sambung ke Isya'. Eppe Charles Constantine berada di kelas. Kenapa beliau tidak di surau?

Beliau bukan beragama Islam. Beliau, salah seorang bumiputra di sekolahku. Tapi bukan ahli kumpulan kugiran Bumi Putra Rockers.

Beliau sedang mentela'ah dengan kusyuk. Kot. Tetiba ada satu cahaya seperti bebola api memecut di koridor. Dari arah belakang kelas ke hadapan.

Ah! Kenapa tetiba lagu 'Paling Comel' berkumandang di kepala aku ni?

Eppe Charles Constantine ternampak daripada ekor mata beliau. Tapi beliau abaikan.

Tess!

'Benda' tersebut memecut lagi di koridor. Dari arah depan kelas ke belakang.

Akhirnya benda itu berjaya menarik perhatian Eppe Charles Constantine. Beliau mula lihat ke arah koridor.

Tess!

Daripada arah kanan beliau, ke kiri. Tess lagi. Berulang-ulang dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Dengan kelajuannya daripada tempo lagu jiwang leleh ke lagu metal yang tidak tahu apa butir yang dinyanyinya.

Eppe Charles Constantine sudah keseraman. Tapi beliau berlakon kental. Terus berpura-pura sambung mentela'ah.

Tiba-tiba, daripada ekor mata, Eppe Charles Constantine perasan, 'benda' tersebut semakin perlahan dan tiba-tiba berhenti selari dengan kedudukannya.

"Ah! Dem. Penanggal."

Monday, April 05, 2010

Pendidikan Muzik

Semalam layan APBHPABH...

Ada 2 persembahan buat aku touching+imbasan.

1. Nasyid

- ingat zaman aku bernasyid-nasyidan dulu...

2. Alia, Dayang & Khatijah Ibrahim

- kemunculan pertama aku sebagai vokalis dalam band, nyanyi lagu "Doa buat Kekasih"...

*penulis tidak dapat meneruskan penulisan beliau kerana sedang bercucuran airmata.

Friday, March 26, 2010

Kemahiran Hidup Bersepadu

Shit happens! C'est la vie!

*kemaskini pantas! err... ke malas? haha!

Thursday, March 25, 2010

Para Makcik Bertelekung

korang sumer nak dengar cite hantu tak?

meh sini dengart tol tol...

ni cite seorg pegawai navy mase derang mudex2 dulu...

alkesahnye, dulux2 kalau nak gi meeting kat mindef dari lumut, derang kene gune jalan coastal...lalu laa tempatx2 seperti batu gajah, kuala selangor and so on...(highway takde lagi kat bidor time tuu)

so pegawai ni kene la plak gi meeting kat mindef...dia berdua and sorang pegawai pompuan time tuu...meeting kol 9pg so kene laa gerak ard kol 5pagi camtu.pegawai navy kawan aku ni, dari kl, tapi pegawai lagi sorang tu dari batu gajah, so on the way, dia akan dipick-up laa kat tepi jalan...

so mase sampai jer kat area batu gajah, pegawai yg berdua dari lumut ni dok tercarikx2 laa dimana pegawai pompuan ni tunggu. maklumlaa, time tu takde handpfone. skali drivex2, jumpe sekumpulan makcikx2 nih berpakaian serba putih (cam kain telekong katanya)tgh berdiri nak cross jalan. seberang jalan tu ade masjid pon, derang baru pas solat suboh kot? derang pon perlahankan laa kete...alehx2 ternampak pegawai pompuan lengkap ngan uniform putih ni sedang berdiri antara celahc2 kumpulan makcik tuu...

bile kereta makin dekat, pegawai pompuan tu pon nampak laa kete tu. so dia cepatx2 berlari kearah bahu jalan sambil tunggu. ketika ni, sekumpulan makcikx2 ni still ada, sumer cam memerhati kereta tu tanpa hirau silauan headlamps kereta tu walaupun tengah pagix2 buta...by now dah kol 6.30 camtu kot.

kete berhenti lalu pegawai tu pon masuk kete...sorang pegawai navy yg dok kat passanger seat depat dok asyik memandang kat luar, kearah makcikx2 sumer tu. yg pegawai kawan aku ni driver, sebelom dia masuk gear, dia tanye kat pegawai pompuan tuu: makcikx2 ni sumer nak gi mane pepagi nih? derang nak tumpang tak?

Pegawai tu pon cakap, makcikx2 mana nih?!!!!!!

at the same time, pegawai yg dok passanger seat depan tu jerit....SAWAL, mu derah skit la nih!

member aku ni tatau citer, tapi gerak deras sokmo la kan....bile dah tinggal 2-3 tiang baru dia dapat tahu...

makcikx2 tu sumer bukan bertelekong, tapi berkafan, dan ketika pegawai pompuan tu naik masuk kete,derang bukan berdiri stand still dah, tapi derandah start berlompatx2 sebenarnya, daand memang pegawai pompuan tu tak nampak apex2...tapi kalaulaa dia nampak?!?!?!??!

*aku sekadar mengcopypaste sahaja... bukan kerana malas... tapi kalau anda semua perasan... si penulis mempunyai gaya penulisan yang mempunyai nilai-nilai estetika yang perlu dikekalkan... (bukan typo ye... tu memang stail beliau... haha!) n wat mase ni aku merahsiakan dulu identiti beliau...

Wednesday, March 24, 2010

Makmal Fizik: Sudut Pantulan

Objektif Kajian:

Mengira sudut pantulan dengan mengabaikan hukum fizik yang lain.

Radas/Bahan:

1. Dua pucuk pistol yang berfungsi.

2. Sebuah tembok yang tinggi.

3. Seorang rakan yang telahpun membeli insuran nyawa.

4. Imaginasi yang melampaui batasan.

5. Superstar. (Di mana radas/bahan yang lain tidak lagi diperlukan.)

Kaedah Kajian:

1. Berdiri di hadapan tembok yang tinggi dengan rakan anda di sebaliknya.

2. Sepucuk pistol dibaling ke udara.

3. Lepaskan satu das tembakan ke dinding supaya peluru dipantulkan ke pistol yang masih di udara tadi.

4. Sudut pantulan dicatatkan.

5. Lakukan sehingga peluru yang dilepaskan mengenai picu pistol yang masih di udara hinggakan pistol tersebut melepaskan satu das tembakan ke arah rakan anda.

6. Eksperimen dianggap berjaya apabila rakan anda sudah tiada nyawanya.

7. Kaedah kajian di atas tidak perlu anda lakukan kerana ianya 'mustahil kuasa infiniti' untuk anda berjaya lakukan. Ianya hanya boleh dibuat oleh Superstar.

Rajah 1: Gambarajah menunjukkan cara eksperimen dilakukan.

Tuesday, March 23, 2010

Wednesday, February 24, 2010

Sains: Teori Darwin

"Mama! Mama! Kita asal daripada apa ek?"

Mama, seorang saintis tegar, mengambil sekeping kertas dan pen. Melakar sesuatu.

"Mama! Mama! Cepat la."

"Ok. Ok. Macam ni."

Mama menunjukkan lakarannya.



"Kita berevolusi daripada monyet."

"Oo..."

Si anak menggarukan kepalanya persis seekor monyet.

Malam itu, ketika sedang asyik ayahnya melayan perasaan di kerusi Ogawa yang baru dibeli.

"Ayah! Kita asal daripada apa ek?"

"Asal? Asal usul?"

Si anak menganggukkan kepala.

"Asal daripada nenek moyang kita. Nabi Adam. Yang secara ringkasnya dijadikan daripada tanah."

Si anak membuat muka pelik.

"Kenapa?"

"Tadi mama kata, kita asal daripada monyet!"

Sambil menyerahkan lukisan mamanya.

"Oo... Tadi mama ceritakan sebelah dia. Sekarang ayah cerita sebelah ayah pula."

*pade anda semua... sebenarnya darwin tahu teorinye salah... banyak benda boleh diargue... cuma fanatik2 nya yang nak sangat mengeluarkan teori darwin ni... sebenarnya darwin seorang saintis yang hebat! (sayang citer kat aku...) nak tau cerita lagi lanjut? sila tanye dgn mengomen...

Wednesday, February 10, 2010

Sejarah: Peradaban Dunia

"Yoshz. Ada buku Sejarah dok?"

"Gilak ah! Study siut! Ni bukan Hazim ni. Baik kau serahkan Hazim yang sebenar! Mana kau kurung dia?"

Sambil mengambil penyangkut baju dan mengacu-acukan padaku.

"Demit. Aku Hazim la."

"Hazim? Dia mana reti study."

"Err... Memang la. Bukan nak study pung."

"Abih tu?"

"Aku tak leh tidur a."

"So?"

"So... Kalau aku baca buku Sejarah. Sure aku tidurnya."

Malam itu aku tidur dengan buku rujukan Sejarah Sasbadi tergolek di sisiku.

Monday, February 08, 2010

Fizik: Hukum Keabadian Tenaga

"Jack, aku rasa aku nak amik master dalam fizik la."

"Ha?"

"Aku nak buat research."

"..."

"Aku nak menafikan hukum fizik tenaga."

"..."

"Weh! Jangan tidur dulu. Dengar aku bebel ni."

"Ada-ada. Nafikan apa?"

Prinsip Tenaga:
'Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.'

"Apsal kau nak nafikan?"

"Tengok kita sekarang. Dah takde tenaga. Lepas angkat barang-barang semua ni."

Aku menarik nafas panjang. Hembus. Seperti Yoshz yang lega baru dapat rokok. Baru boleh bernafas secara normal. TIdak tercungap-cungap lagi macam tadi.

" Mana pergi tenaga kita tadi? Sebelum angkat barang-barang ni? Mana pergi? Tenaga dah hilang! Musnah! So prinsip tu tak boleh pakai!"

Percakapan aku disambut dengan bunyi dengkuran yang kemudiannya disahut oleh dengkuranku.

Thursday, January 28, 2010

Apa Usha-usha?

Kita flashback dahulu.

http://budakyangbijak.blogspot.com/2010/01/hantu-tenggek.html

Kenapa Saiful Buang pucat? Kenapa Ahmad Fuad Hamdan biasa-biasa saja?

"Weh! Cepat la cerita."

Aku mendesak Saiful Buang. Aku memang suka dengar orang bercerita. Lebih-lebi lagi gosip atau mengumpat. Nikmat.

"Cepatlah!"

Ahmad Fuad Hamdan juga sudah tidak dapat menahan sabar lagi.

"Ye la. Macam ni."

Aku mula menumpukan perhatian dengan apa jua yang akan keluar daripada mulut Saiful Buang. Tidak seperti di dalam kelas Sejarah dan juga Geografi.

"Kau ingat tak yang 'benda' Najib nampak hari tu?"

"Yang mana?"

"Hantu tenggek? Toyol?"

*ops! terspoiler pasal cerita toyol lak... akan diceritakan akan datang ya!

"Yang bertenggek tu la."

"So?"

"Tadi, aku ambil duit kat bawah tilam aku. Tengah aku kira-kira, aku terusha kat area katil kau."

Saiful Buang membuat gaya menghisap rokok, tarik, dan hembus dengan penghisap minuman yang dipegangnya daripada tadi seperti memegang rokok.

Perasaan ingin melempang Saiful Buang bertalu-talu mula terbit di hatiku. Tapi ku tahan. Cerita kena habis.

"Sekali 'benda' tu ada da."

"Pergh! Pastu? Pastu?"

"Aku usha je. 'Benda' tu usha balik."

"Pastu? Pastu?"

"Pastu aku pun sound la. Apa usha-usha? Usha mak ang?"

Sekali lagi Saiful Buang membuat gaya menghisap rokok seperti tadi.

Kakiku sudah ringan. Nasib baik Ahmaf Fuad Hamdan cepat-cepat merampas penghisap minuman daripada Saiful Buang.

"Tu aku cakap dalam hati la."

"Habis tu? Lawan usha la ek?"

"A'ah! Sampai aku ngan Fuad blah."

"Damn nice."

*abih... ah! xde idea ending camane... menci! next!

Wednesday, January 27, 2010

Pasangan

Semalam, sayang pergi mengambil sijil kursus pra perkahwinan. Anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.

"Akak sign sini."

Arah cik kaunter selepas sayang mengambil sijilnya.

"Kalau saya nak ambil sijil pasangan saya boleh tak?"

Aku tidak sempat ke sana. Bekerja.

"Boleh. Lelaki ke perempuan?"

*kemaskini pantas!

Tuesday, January 12, 2010

Bas Kilang

Aku tak ingat. Aku rasa tahun 1997. Kali pertama pasukan pancaragam sekolah aku ditubuhkan kembali.

Tahun itu juga. Buat pertama kalinya, pertandingan orkestra antara sekolah-sekolah berasrama penuh diadakan.

Kami, pasukan pancaragam Sekolah Tuanku Abdul Rahman masih lagi mentah. Tidak seragam. Tapi kami tetap mendaftar untuk bertanding. Tanda menyokong. Juga untuk pengalaman.

Pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Tun Fatimah. Johor Bahru.

Dengan sebuah bas lama dan hanya udara segar sahaja yang menyejukkan kami, kami bertolak dari Ipoh, Perak.

8 jam perjalanan. Letih. Aku tidur berbantalkan Bass Drum.

Kami, pasukan paling lambat. Kami ditempatkan di luar Sekolah Tun Fatimah. Bersama Sekolah Alam Shah jika tidak silap.

Aku membayangkan hari esok. Hanya berlatih tidak sampai seminggu, pakaian lama yang aku tidak tahu tahun bila ia dijahit, bas sekolah yang lama. Kami tentu akan malu. Tapi, belasah sudah.

Keesokan harinya, kami bertolak ke tempat pertandingan. Turun sahaja daripada bas, aku terus memandang sekeliling.

Pergh! Rupanya bas sekolah aku paling kachak.

Tiba-tiba, sebuah Bas Kilang sampai. Kami semua sudah berbisik-bisik. Pintu Bas Kilang terbuka. Sekumpulan pelajar perempuan turun.

Kami masih di situ. Terpaku.

Hilang sahaja para pelajar sekolah perempuan tersebut daripada pandangan, kami terus melepaskan gelak tawa yang ditahan daripada tadi.

Paling koman pun, kurang satu benda untuk kami malu.

*sekolah mana tu ek? biarlah rahsia... kepada yang tau... or perasan tu sekolah dia... ampun maaf dipinta ya! pasal sekolah anda punya performance mmg gempak! aku salute drummer sekolah anda ketika itu... kemaskini pantas apabila dapat idea lepas ym ngan sasapudin... ops!

Friday, January 08, 2010

Cita-cita

"Ismawi nak jadi apa bila besar nanti?"

"Nak jadi Mawi World! So takyah sekolah tinggi-tinggi. Tapi kaya!"

"Isk. Tak bagus begitu. Ilmu di dada kena ada. Orang yang bertuah macam Mawi tu, satu dalam sejuta."

"Kamu pula Lina?"

"Nak jadi pelakon cikgu."

"Kenapa pula?"

"Nanti boleh kahwin dengan dato'. Nanti saya boleh jadi datin!"

Cikgu Markonah terkedu. Kalau tadi dia boleh menjawab. Menasihati anak muridnya. Kini dia sekadar boleh menggeleng-gelengkan kepala.

"Ada orang lain yang nak berkongsi cita-cita dia?"

Cikgu Markonah cuba untuk menenangkan dirinya.

"Saya!"

"Ah! Kamu Suhaimi."

"Saya nak jadi doktor, cikgu."

"Bagus. Cita-cita yang mur..."

Belum sempat Cikgu Markonah menyambung ayatnya, Suhaimi menyambung.

"Sebab nurse-nurse semua chumel-chumel cikgu. Hari tu saya pergi ke hospital dengan ayah saya."

Selepas hari itu, sudah tidak nampak lagi kelibat Cikgu Markonah di sekolah tersebut.

*kemaskini pantas!

Thursday, January 07, 2010

Hantu Tenggek

Pada mulanya aku nak buat tajuk yang tidak nampak begitu angker. Sebab takut tidak lepas apabila ditapis oleh Finas. Tapi aku lihat sekarang penapis Finas semakin besar lubangnya. Kalau sekadar wayang angker aku boleh terima lagi. Bohsia? Rempit? Apa kejadahnya semua ini?

Maaf! Sudah lari daripada tajuk.

Masih ingat kisah angkerku yang lepas? Tidak berapa angker kan? Kali ini aku akan menceritakan tentang Hantu Tenggek. Kemudian, anda baca balik kisahku yang lepas. Angker tak? Mahu turun katil tak?

Kisah 1:

Satu Dorm Arenawati kecoh.

"Kenapa-kenapa?"

Tanyaku kepada si pencerita, Mohd. Najib Abdul Rahman.

"Semalam aku terbangun."

"Pastu?"

"Aku nampak ada 'benda' bertenggek kat tingkap dorm."

"'Benda' macammana?"

"Tah. Muka tak nampak sangat. Pasal rambut dia tutup ala-ala budak-budak metal sembelih kambing."

"Owh dem. Tingkap mana jib?"

"Err... Belakang katil kau."

Mohd. Najib Abdul Rahman menunjukkan tingkap yang betul-betul berada di kepala aku ketika aku tidur.

Oh! Lupa. Aku katil atas ya.

Kisah 2:

"Weh! Kantin jum!"

Ajakku kelaparan.

"Menarik gak tu."

"Jap-jap! Aku nak gi gak! Amik duit kat dorm jap!"

"Demit! Cepat sikit."

"Teman aku!"

"Ye la. Ye la."

"Aku tunggu sini."

Saiful Buang mengajak kami naik ke dorm kami (Arenawati) bersamanya untuk mengambil duitnya. Aku malas. Aku tunggu. Ahmad Fuad Hamdan sahaja yang menemaninya.

15 minit berlalu. Masih tiada bayang-bayang mereka.

"Demit sungguh. Amik duit ke, tengah cop duit."

Aku menunggu lagi.

Tiba-tiba mereka muncul. Saiful Buang diam sahaja. Nampak pucat. Ahmad Fuad Hamdan biasa sahaja.

Apa yang telah berlaku? Kita nantikan minggu hadapan!