Wednesday, February 24, 2010

Sains: Teori Darwin

"Mama! Mama! Kita asal daripada apa ek?"

Mama, seorang saintis tegar, mengambil sekeping kertas dan pen. Melakar sesuatu.

"Mama! Mama! Cepat la."

"Ok. Ok. Macam ni."

Mama menunjukkan lakarannya.



"Kita berevolusi daripada monyet."

"Oo..."

Si anak menggarukan kepalanya persis seekor monyet.

Malam itu, ketika sedang asyik ayahnya melayan perasaan di kerusi Ogawa yang baru dibeli.

"Ayah! Kita asal daripada apa ek?"

"Asal? Asal usul?"

Si anak menganggukkan kepala.

"Asal daripada nenek moyang kita. Nabi Adam. Yang secara ringkasnya dijadikan daripada tanah."

Si anak membuat muka pelik.

"Kenapa?"

"Tadi mama kata, kita asal daripada monyet!"

Sambil menyerahkan lukisan mamanya.

"Oo... Tadi mama ceritakan sebelah dia. Sekarang ayah cerita sebelah ayah pula."

*pade anda semua... sebenarnya darwin tahu teorinye salah... banyak benda boleh diargue... cuma fanatik2 nya yang nak sangat mengeluarkan teori darwin ni... sebenarnya darwin seorang saintis yang hebat! (sayang citer kat aku...) nak tau cerita lagi lanjut? sila tanye dgn mengomen...

4 comments:

darthmental said...

ni la akibatnya bila banyak tengok cerita planet of the apes, haha. :P

zehe said...

nak tau cerita lagi lanjut!! sy sedang sila tanye dgn mengomen ni...

mcm ni ke enche jime?

darkwing54 said...

hahaha...ini kisah anak pan asia ke???

Hajime said...

darthmental:
ah dem...
aku lupe dowh cite tu...
haha!

zehe:
oh!
anda hendak tahu?
tunggu...
(kunun2 nak bg saspen tp sebenarnye maleh)

-zuh@ili-:
oh bukan...
ini kisah anak pan pacific!
(abih aku kene sue pasni...)