Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ayam golek yang diimpikan tiba.
Slurp!
Jalil menyedut kembali air liur yang jatuh secara tidak sedar. Dengan pantas, Jalil memotong bahagian kepak. Bahagian yang paling Jalil suka. Baru sahaja menggigit ayam golek tersebut, seorang pelayan muncul di sisinya.
"Ya?"
Hati Jalil menyumpah-nyumpah. Pelayan kacau stim.
"Maaf, Encik. Ayam ni actually lelaki hujung sana punya. Dan ini stok kami yang terakhir. Betul-betul minta maaf Encik.
Jalil menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh pelayan tersebut. Seorang lelaki gagah ala-ala 'Undertaker' dalam cerita gusti yang selalu dilayaninya.
"Saya dah gigit ayam ni. So, ayam ni saya punyalah."
Si pelayan serba salah.
Lelaki tersebut bangun. Marah. Di tangannya, sebilah pisau.
Jalil terbayang lelaki tersebut seperti 'Undertaker' yang sedang membawa keranda.
'Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran airmata'
Jalil teringat kata-kata hikmah di dalam komik Hong Kong yang setiap minggu dilayaninya satu ketika dulu. Lantas Jalil pun bercucuran airmata.
"Woi! Kau jangan sentuh ayam tu. Apa-apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau. Kalau kau potong kaki dia, aku potong kaki kau. Kalau kau potong dada dia, aku potong dada kau. Pendek cerita, apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau."
Jalil terdiam. Terkedu. Sambil mengesat airmata yang bercucuran tadi, Jalil mengangkat ayam golek tersebut.
Secara perlahan-lahan, Jalil menjilat bontot ayam golek tersebut.
6 comments:
naisu!!
haha !
haha, demmit. punchline mmg terbaik!
jamal:
ok!
mireya:
=oD
solnavo:
yeah!
bandung punch!
weh jime. mcm ayam golek kerinchi je ni.aku kenal sangat mangkuk sos dgn hiasan daun kat ats nye tu.
miramy adnan:
ah!
ayuh!
anda belanje!
=op
Post a Comment