Kedengaran seperti sekawan gajah sedang berlari. Dengan bunyi-bunyi dikeluarkan dari mulut.
"Wan!!! Tutup pintu tu!"
Aku cuak. Tadi sudah kena sekali. Ini kali kedua. Wan Walkman pantas menutup pintu. Bunyi derapan kaki dan suara semakin kuat dan jelas.
"Kunci-kunci!"
Aku dan Wan Walkman menahan pintu dari dalam. Bersandar ke pintu. Peluh kami menitik.
Bum!
Pintu seperti dilanggar. Kemudian bertubi-tubi dilanggar. Aku dan Wan Walkman menahan kuat dari dalam.
"Gol! Gol! Gol!!!!!"
"Come on Jerman!"
Itu antara yang aku dengar.
Di sebalik pintu, berpuluh-puluh penyokong Brazil, yang berlari dari bilik di hujung sebelah sana bersorak-sorak di depan bilik kami iaitu aku dan Wan Walkman, selaku penyokong Germany.
World Cup 2002.
Final.
*tapi kali ini jerman bermula dengan kachak! berusahalah!
2 comments:
brazil main dengan gaya sopan mlm tadi.. kalo ada makcik2 kg sebelah tgk, pasti mau buat menantu.. tapi sy sokong stetmen anda itu..yaa germany main dengan kachak sekali!
Che Sue:
uik?
malam tadi tidak berkesampatan ngk...
gaya sopan ek?
kire diorang bawak bola...
bile nak lalu depan pihak lawan...
diorang tunduk sket ek?
ulur tgn minx tumpang lalu...
gitu ek?
mmg bagus dibuat menantu gitu...
ah!
yeah!
mmg kachak skali!
Post a Comment