Keretapi menuju ke utara. Gerabak ketiga. Seorang pensyarah universiti. Seorang guru. Berhadapan. Bosan.
"Saya bagi satu soalan. Kalau awak tak dapat jawab, Awak bagi saya RM 5.oo. Kemudian awak tanya saya satu soalan. Kalau saya tak dapat jawab, saya bagi awak RM 5.oo."
Suara si pensyarah memecah kebosanan.
Si guru berfikir.
"Maaflah. Saya tidak berapa mahir macam awak."
Si guru menolak. Sopan.
"Ok. Macam ni. Kalau awak tak dapat jawab, awak bayar saya RM 5.oo. Kalau saya tak dapat jawab, saya bayar awak RM 5o.oo."
Si guru berfikir kembali. Mengangguk terima.
"Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet Marikh balik ke Bumi?"
Satu soalan yang mencabar diberikan oleh si pensyarah.
Si guru terus menghulurkan RM 5.oo.
"Soalan kamu?"
Si pensyarah bertanya. Sedikit gembira.
"Apa benda yang naik ke gunung berkaki tiga, tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat?"
Lima minit berlalu.
"Boleh saya google?"
"Sila-sila."
Setelah sejam berusaha, si pensyarah pun menghulurkan RM 5o.oo kepada si guru.
Si guru girang. Memandang ke arah tingkap. Menyambung melihat keindahan alam.
"Nanti! Apa jawapannya?"
Si pensyarah sedikit geram.
Si guru melihat si pensyarah. Dengan tenang si guru menghulur RM 5.oo kepada si pensyarah.
3 comments:
hiks...kelakar
mana 'like' button?
[z][u][r][a]:
uik?
kelakar ek?
ni citer sedih seorang pensyarah ni...
=op
Sasha Sharifuddin:
like button?
oh!
like button tak like ko...
so die xde...
=op
Post a Comment