Aku tak ingat. Aku rasa tahun 1997. Kali pertama pasukan pancaragam sekolah aku ditubuhkan kembali.
Tahun itu juga. Buat pertama kalinya, pertandingan orkestra antara sekolah-sekolah berasrama penuh diadakan.
Kami, pasukan pancaragam Sekolah Tuanku Abdul Rahman masih lagi mentah. Tidak seragam. Tapi kami tetap mendaftar untuk bertanding. Tanda menyokong. Juga untuk pengalaman.
Pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Tun Fatimah. Johor Bahru.
Dengan sebuah bas lama dan hanya udara segar sahaja yang menyejukkan kami, kami bertolak dari Ipoh, Perak.
8 jam perjalanan. Letih. Aku tidur berbantalkan Bass Drum.
Kami, pasukan paling lambat. Kami ditempatkan di luar Sekolah Tun Fatimah. Bersama Sekolah Alam Shah jika tidak silap.
Aku membayangkan hari esok. Hanya berlatih tidak sampai seminggu, pakaian lama yang aku tidak tahu tahun bila ia dijahit, bas sekolah yang lama. Kami tentu akan malu. Tapi, belasah sudah.
Keesokan harinya, kami bertolak ke tempat pertandingan. Turun sahaja daripada bas, aku terus memandang sekeliling.
Pergh! Rupanya bas sekolah aku paling kachak.
Tiba-tiba, sebuah Bas Kilang sampai. Kami semua sudah berbisik-bisik. Pintu Bas Kilang terbuka. Sekumpulan pelajar perempuan turun.
Kami masih di situ. Terpaku.
Hilang sahaja para pelajar sekolah perempuan tersebut daripada pandangan, kami terus melepaskan gelak tawa yang ditahan daripada tadi.
Paling koman pun, kurang satu benda untuk kami malu.
*sekolah mana tu ek? biarlah rahsia... kepada yang tau... or perasan tu sekolah dia... ampun maaf dipinta ya! pasal sekolah anda punya performance mmg gempak! aku salute drummer sekolah anda ketika itu... kemaskini pantas apabila dapat idea lepas ym ngan sasapudin... ops!
No comments:
Post a Comment