"Ha?"
"Aku nak buat research."
"..."
"Aku nak menafikan hukum fizik tenaga."
"..."
"Weh! Jangan tidur dulu. Dengar aku bebel ni."
"Ada-ada. Nafikan apa?"
Prinsip Tenaga:
'Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.'"Apsal kau nak nafikan?"
"Tengok kita sekarang. Dah takde tenaga. Lepas angkat barang-barang semua ni."
Aku menarik nafas panjang. Hembus. Seperti Yoshz yang lega baru dapat rokok. Baru boleh bernafas secara normal. TIdak tercungap-cungap lagi macam tadi.
" Mana pergi tenaga kita tadi? Sebelum angkat barang-barang ni? Mana pergi? Tenaga dah hilang! Musnah! So prinsip tu tak boleh pakai!"
Percakapan aku disambut dengan bunyi dengkuran yang kemudiannya disahut oleh dengkuranku.
5 comments:
Bukan hukum fizik tenaga la..
Hukum Keabadian Tenaga.
Penjelasan tu tak tepat. Ada elemen penting yg tertinggal.
Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa jumlah tenaga bagi satu sistem tertutup adalah malar terhadap masa (abadi).
Kesinambungan drpd hukum ni la baru boleh ckp tenaga tak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Tapi bg sistem tertutup je.
Kalau ko nak amek kira diri ko sorang sbg satu sistem tertutup, maknanya ko tak boleh berinteraksi langsung dgn persekitaran ko.
Duduk pegun je tak buat apa2, baru la tenaga ko tak musnah.
Konklusinya, bila badan penat, tak boleh la kata tenaga ko musnah mcm tu je. Mana perginya tenaga ko? Ke sini:
Kerja siap, hati puas, pahala pun dpt.
Johan:
aiyak!
x jadik a amik master dlm fizik...
dah kene ceramah ngan lecturer...
isk...
shu... shu... shu...
(kembali tido)
=op
ooo.. itu macam ka..
malar tu apa?
teringat cikgu fizik aku dulu. nama dia MOHD. NAZI, hehe. :D
ezri:
malar tu...
normala samsudin...
xpun...
calar balar malar...
(selambe wat lawak bodo)
darthmental:
oh dem!
nazi tu!
pukul2!
(racist2)
haha!
Post a Comment