Thursday, April 08, 2010

Komet?

Eppe Charles Constantine. Bukan nama sebenar. Nama sebenar beliau aku tidak tahu cara mengejanya. Kisah ini aku dengar daripada mulut ke mulut. Maka, tidak tahu kesahihan ceritanya. Tetapi aku dapat mengesahkan keseramannya.

Mahgrib. Malam Jumaat. Menjadi rutin sekolahku, membaca surah Yasin selepas mahgrib dan terus sambung ke Isya'. Eppe Charles Constantine berada di kelas. Kenapa beliau tidak di surau?

Beliau bukan beragama Islam. Beliau, salah seorang bumiputra di sekolahku. Tapi bukan ahli kumpulan kugiran Bumi Putra Rockers.

Beliau sedang mentela'ah dengan kusyuk. Kot. Tetiba ada satu cahaya seperti bebola api memecut di koridor. Dari arah belakang kelas ke hadapan.

Ah! Kenapa tetiba lagu 'Paling Comel' berkumandang di kepala aku ni?

Eppe Charles Constantine ternampak daripada ekor mata beliau. Tapi beliau abaikan.

Tess!

'Benda' tersebut memecut lagi di koridor. Dari arah depan kelas ke belakang.

Akhirnya benda itu berjaya menarik perhatian Eppe Charles Constantine. Beliau mula lihat ke arah koridor.

Tess!

Daripada arah kanan beliau, ke kiri. Tess lagi. Berulang-ulang dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Dengan kelajuannya daripada tempo lagu jiwang leleh ke lagu metal yang tidak tahu apa butir yang dinyanyinya.

Eppe Charles Constantine sudah keseraman. Tapi beliau berlakon kental. Terus berpura-pura sambung mentela'ah.

Tiba-tiba, daripada ekor mata, Eppe Charles Constantine perasan, 'benda' tersebut semakin perlahan dan tiba-tiba berhenti selari dengan kedudukannya.

"Ah! Dem. Penanggal."

4 comments:

ezri said...

Eppe Charles bukan nama sebenar??.. haha.

Hajime said...

ezri:
tul a...
aku xtau camane nak eja...
name aneh!

Anonymous said...

Betul la tu....nak lagi crita seram...banyak lagi ni....hehehe

Hajime said...

Anonymous:
betul ek?
ah!
marilah email padaku citer2 seram...
aku dah kering idea ni...
isk...