Wednesday, March 24, 2010

Makmal Fizik: Sudut Pantulan

Objektif Kajian:

Mengira sudut pantulan dengan mengabaikan hukum fizik yang lain.

Radas/Bahan:

1. Dua pucuk pistol yang berfungsi.

2. Sebuah tembok yang tinggi.

3. Seorang rakan yang telahpun membeli insuran nyawa.

4. Imaginasi yang melampaui batasan.

5. Superstar. (Di mana radas/bahan yang lain tidak lagi diperlukan.)

Kaedah Kajian:

1. Berdiri di hadapan tembok yang tinggi dengan rakan anda di sebaliknya.

2. Sepucuk pistol dibaling ke udara.

3. Lepaskan satu das tembakan ke dinding supaya peluru dipantulkan ke pistol yang masih di udara tadi.

4. Sudut pantulan dicatatkan.

5. Lakukan sehingga peluru yang dilepaskan mengenai picu pistol yang masih di udara hinggakan pistol tersebut melepaskan satu das tembakan ke arah rakan anda.

6. Eksperimen dianggap berjaya apabila rakan anda sudah tiada nyawanya.

7. Kaedah kajian di atas tidak perlu anda lakukan kerana ianya 'mustahil kuasa infiniti' untuk anda berjaya lakukan. Ianya hanya boleh dibuat oleh Superstar.

Rajah 1: Gambarajah menunjukkan cara eksperimen dilakukan.

2 comments:

X said...

hahahhaha.. superstar tu mcm muka rajinikanth je aku tgk.. dia mmg superstar beb

Hajime said...

Shaf:
ah!
off course...
sape lagi leh celeng...