Thursday, December 31, 2009

Hoi!

Kisah ini berlaku ketika aku di tingkatan satu. Dorm empat atau lebih dikenali sebagai Dorm Arenawati.

Aku tersedar daripada tidur. Pundiku penuh. Perlu ke tandas. Tapi aku teringat kejadian dua minggu lepas. Apa yang berlaku di stor. Sangat angker k...

Ya, dorm aku mempunyai stor dan di mana aku perlu melalui stor tersebut untuk keluar daripada dorm. Aku cuba menahan. Tapi tidak berjaya.

Maka aku gagahkan diriku. Turun perlahan-lahan daripada katil dan menuju ke pintu dorm.

Ketika sampai sahaja di pintu dorm...

"HOI!"

Aku jatuh terduduk di sebelah katil rakanku Saiful Buang. Aku lihat tubuhnya seperti sudah duduk di atas katil. Tiba-tiba, dia merebahkan kembali tubuhnya.

"Cilaka. Mengigau macam haram!"

Tiba-tiba aku rasa lega dan tidak perlu ke tandas. Aku cek juga kot-kot seluarku basah. Nasib baik tidak.

Maka, aku kembali ke katilku dan meneruskan perjuangan alam mimpiku.

FYI:

Saiful Buang pernah mengigau dengan secara impak maksima.

- bangun
- pakai kasut
- sepak baldi bawah katil
- bukak kasut dan susun elok-elok
- sambung tidur

*kisah ni maybe tidak berapa angker... ada lagi kisah2 di dorm aku... ini baru intro... nantikan kisah2 yang lebih angker di dorm arenawati...

Wednesday, December 30, 2009

Madah Beremo...

duh...
aku tidak faham dengan orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata...

berpijak di tanah pun ada si pembantu yang bantu...
dan bila sudah boleh berdiri sendiri...
ingat sudah sampai ke langit...
malah bukan sahaja melupakan jasa si pembantu...
dikerahkan dan dihinakan lagi si pembantu...
haih...
dunia-dunia...

Tuesday, December 29, 2009

Lagi?

"Apsal kau tak accept lagi invitation aku?"

Man mencapai rokok Alimp.

"Nanti la. Aku tengah sibuk. Sekali 5 aplikasi aku main skang."

Alimp menepis tangan Man kerana rokok dah mahal sekarang.

"Kau pun tak accept!"

Sambil memandang ke arahku.

"Aku tak main menda-menda lara ni dah."

Jawabku dengan setulus mulus suci.

"Ah! Semua kerana opis ban facebook. Kalau tak, kau la champion!"

Entah daripada mana kedengaran suara sasapudin dengan Idzhar (jelas, nyata & terang) sekali, sedangkan sasapudin tiada di tempat kejadian.

Tuesday, December 22, 2009

Mas Joko?

Bajet 80-an

2010

Mas Kahwin: RM 300
Wang Hantaran: RM 20 000
Lain2: RM ** ****

[Sebulan +n selepas kahwin. Di mana n boleh mewakili sebarang nombor.]

"Yang! Lunch ape hari ni?"


"Kita makan luar je la bang. Malas la nak masak."

[Setahun selepas kahwin]

"Yang! Anak kita berak ni."

"Abang tukar la. Lampin ada kat atas katil tu. Area baju-baju yang berlonggok tu."

Sambil si isteri terus berfacebook.

*macammane??

Thursday, November 19, 2009

www.sembangcomics.com

Maaf! Saya sedikit sibuk dengan projek terbaru saya.

www.sembangcomics.com

Silalah layari ya!

Friday, November 13, 2009

Kyle Ryner?

Spoiler...

*klik la "show" tu ya!

Spoiler:





Kyle Ryner RIP [sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]




Wednesday, November 11, 2009

Keperluan Asas

10 November 2009

12:00
HP: 80/100
MANA: 100/100

14:00
HP: 40/100
MANA: 100/100

17:00
HP: 01/100
MANA: 100/100

11 November 2009

8:00
1 mayat ditemui di depan PC.

10:00
Burung-burung hering berlegar-legar

12:50
HP: 100/100
MANA: 100/100

"Yes! Akhirnya! Internet! Aku kembali hidup!"

[Moral: Keperluan asas untuk hidup telah ditambah satu lagi selain makanan, iaitu Internet.]

Monday, November 09, 2009

Aku & Miyabi...

Dolu-dolu, aku telah mengeluarkan mee segera jenama nama samaran aku di alam maya. Kini, ada artis lain yang mengidolakan aku hingga dia juga mahu mengikuti jejak langkahku. Sila lihat bukti di bawah.

Hajime

Miyabi?

Tetapi aku tidak kisah. Jika dia ingin keluar bersamaku seharian, lagi aku tidak kisah. Kalau tidak keluar ke mana-mana bersamaku seharian pun, tersangat lagilah aku tidak kisah.

[Moral: Benda-benda begini adalah lumrah bagi kehidupan artis. Maka aku akur.]

*aku dan miyabi tak dpt dipisahkan lagi... tapi aku tak kenal la model tu... siapa ek?

Friday, November 06, 2009

Para Wanita 'DC Comics'

Kemungkinan besar aku akan membuat tema hari Jumaat, 'Komik'. Ini kerana komik sudah menjadi sebahagian daripada hidupku. Atau boleh juga dikatakan aku sudah jadi sebahagian daripada komik.

Para Wanita 'DC Comics'

Sila teka siapakah karakter-karakter wanita super di dalam dunia 'DC Comics' di atas?

[Moral: Para wanita yang hot, sila pakai pakaian seperti di atas dan hantarkan gambar anda padaku.]

*siapa dpt teka dgn perfect akan ku beri hadiah... hadiahnya apa? adela... adela... yg dah mmg tau tu... senyap dulu...

Thursday, November 05, 2009

Angker Kembali!

KKKllliiikkk tttuuukkkk bbbeeessssaaaarrr........

[Moral: Hantu sebenarnya takut akan anda. Maka, silalah pergi berdepan dengan hantu jika terjumpa.]

*mmmaaassssiiiiihhhhhh gggiiiiiiggiiiil........

Wednesday, November 04, 2009

DSLR

"Yon, berapa kau charge kalau jadi photographer aku kahwin nanti ek?"

"Ala, kengkawan nya pasal. Murah-murah saja."

"Tapi kalau aku nak buat deal dengan kau boleh dok?"

"Apa?"

"Kau jadi photographer aku nanti. Tapi aku tak bayar cash.

"Habis tu?"

"Aku support filem-filem kau guna untuk semua event kau akan datang. Tapi untuk kamera yang kau pegang tu je a. Kamera lain takmau."

Sambil menunjukkan kamera DSLR yang Yon pegang.

5 minit kemudian kelihatan Yon membawa Jipangnya sambil mengheret seseorang di atas dengan tali yang diikat pada Jipangnya.

Cara memegang DSLR dengan betul

[Moral: Sila jangan poser dengan membawa DSLR merata-rata. Sekarang dah jadi macam trend. Setiap seorang kena ada DSLR.]

*kepada yang sedikit sello... DSLR tidak menggunakan filem... sila layari blog YON... boleh tau perbezaannya... dan dia sangat hebat k...

Tuesday, November 03, 2009

Encik Polis!

Panggilan pertama:

"Hello, encik Polis?"

"Ya, Balai Polis sini. Saya Sarjan Polis bin Ahmad. Bukan encik Polis."

"Saya nampak ada seorang terhendap-hendap kat depan rumah saya."

"Luar pagar ke dalam pagar?"

"Luar."

"Oh! Tidak mengapa. Kami kebetulan tiada polis peronda yang free. Jadi pak cik tidur sahaja. Tiada apa-apa tu."

Tuuut.....

Pak cik tersebut meletak gagang telefon dengan bengang dan sedikit kesal dengan encik Polis.

*******************

Panggilan kedua:

"Hello, Encik Polis?"

"Ya. Balai Polis. Ah! Ni pak cik tadi ke?"

"Ya."

"Orang tu masih terhendap-hendap?"

"Tidak."

"Baik. Kan seperti saya cakap tadi. Tiada apa-apa."

"Tapi, orang tersebut dah mati. Saya pukul dia dengan tangga, kerusi dan meja saya. Lepas tu, saya sepak perut dia. Amik kepala dia. Saya hentak kat bahu saya. Saya sambung lagi. Saya cekik lehernya dan menghumbankannya ke meja yang saya dah sediakan. Lepas tu..."

Tuuut.....

Talian dimatikan.

Seminit kemudian 18 polis peronda beserta helikopter polis berada di perkarangan rumah pak cik tersebut.

[Moral: Aku nak jadi polis. Nak lepak dalam kereta peronda sambil makan donut dan minum kopi.]

Monday, November 02, 2009

Lembu Punya Susu...

Dolu2...

Suami: Yang! Abang dah balik!

Isteri: Yea! Nasi semua ayang dah siapkan. Moh kita makan.

Kini...

Suami: Yang! Abang dah balik!

Isteri: Ok...

(sambil terus menghadap komputer)

Suami: Abang lapar.

Isteri: Lapar? Jap ek, bagi LEMBU NI MAKAN DULU.

[Moral: Pengaruh Facebook terhadap rakan sebaya.]

*kemaskini pantas daripada aku... peace ya buat isteri2...


Tuesday, October 13, 2009

Mop Lantai

Pos kali ini tiada kena mengena dengan mop lantai. Ianya kena mengena dengan 'Flash Mobs'.



Sila lihat video di atas. Itu dipanggil 'Flash Mobs'. Ada sedikit ketidakpuashatian.

1. Muzik tak secara semulajadi. Seperti disunting. Dimasukkan muzik selepas dirakam. Sila cari di Youtube, anda akan dapat lihat, 'Flash Mobs' lain, muziknya dimainkan disitu juga. Seperti di pasaraya.

2. Aku bukan 'racist'. Tapi bagilah dalam 10 orang tu, 3 atau 4 orang yang chumel. Ataupun sedap mata memandang.

*abihla aku kena pukul pasni...

Ada lagi. Tapi itu yang utama. Nanti aku akan cuba buat 'Flash Mobs' menari tarian Morning Musume seperti di bawah. Anda semua sila hafal step. Mana tahu boleh ikut sama nanti.



*kemaskini pantas pengaruh daripada sasapudin... ayuh darkk!!! kita buat momosu!

Monday, October 12, 2009

Jumaat? Ahad?

"Apsal kau tak pergi open house aku semalam?"

"Eh? Semalam? Bukan hari Ahad ke?"

"Hari Ahad la semalam."

"Semalam Jumaat la."

"Abih? Hari ni hari apa?"

"Hari ni Isnin!"

"Mana kau belajar lepas Jumaat, Isnin?"

"Betulla. Semalam Jumaat. Kelmarin Khamis."

"Kau ni demam ke apa?"

"Betul. Pasal semalam ngan kelmarin aku kerja. So aku memang sure semalam Jumaat, kelmarin Khamis!"

"Apsal?"

"MANA ADA ORANG KERJA HARI SABTU NGAN AHAD?!"

Friday, October 02, 2009

Jangan Kacau Aku...

Orang selalu berkata, kadang-kadang di setiap bangunan, ada penjaganya. Seperti di pejabatku. Ada yang mengatakan ianya perempuan cantik walaupun dipanggil nenek.

Kelmarin, sekitar 6.30 petang. Suasana di pejabatku sudah pun kelam, malap. DI luar gelap seperti hendak hujan. Aku dan Meezung (bukan nama sebenar) tekun menyiapkan projek. Walaupun di skrin masing-masing terpapar perkataan 'Youtube'.

Tiba-tiba, aku terasa meja aku seperti digoncang-goncang.

"Meezung! Ko goyang meja ek?"

"Apa lak? Mana ada."

Tiba-tiba kerusi kami seperti digoncang-goncang juga. Aku seram-seram sejuk.

"Duh. Takkan 'nenek' ni kacau. Jangan kacau aku 'nek', nak buat kerja ni."

Tiba-tiba belakangku terasa sakit yang amat. Aku pusing ke belakang.

"Cilakak! Aku ingat 'nenek' belasah aku tadi. Rupanya kau."

"Nenek hotak mung! Ni gempa bumi la. Cuba tengok google news ni a. Ada gempa bumi kat Indonesia."

"Oh! Marilah bergoyang..."

Kami pun bergoyang-goyang mengikut rentak bumi bergoyang.

*cik yanhashim... angker dok pos ni? haha!

Thursday, September 10, 2009

Sibuk!

Fuh...

Lama juga aku tak mengemaskini blog aku. Semenjak kebelakangan ni aku amat sibuk. Aku kena siapkan satu projek sebelum raya.

Adeh!

Tapi dalam kesibukan aku sempat juga bercucuk tanam. Silalah klik invitasi aku di Facebook ya! Sekarang bercucuk tanam di rumah sahaja. Facebook sudah dihalang di pejabat.

Adeh!

Aku juga sempat menonton Juken Sentai Gekiranger sehingga habis. 49 episod. Menarik. Bila dah mula menonton cerita, biasanya mesti ingin tahu kesudahannya. Tapi bila habis menonton, seperti biasa, perasaan syahdu menyelubungi diri. Rasa sedih. Tak dapat lagi melihat Mele beraksi. Sila lihat karakter bernama Mele. Sangat menarik karakternya dan kawaii!

Mele

Ah! Mele...

Macammana aku nak menonton K-ON ni. Tengok klip-klip di youtube pun aku sudah bercucuran airmata. Sudah pasti aku akan bercucuran airmata berganda di penghujung cerita. Sebab kena beli seperti gambar di bawah.

K-ON!

Isk...

Sekarang, rancangan Kamen Rider yang baru sudah bermula. Kamen Rider Double a.ka. W! Menarik! Tapi aku tidak berpuas hati dengan penamat Kamen Rider sebelumnya, Kamen Rider Decade.

Kamen Rider Double

Isk...

Aku juga membaca komik secara online sekali sekala. Salah satu komik yang kutunggu setiap minggu, 'Kimi No Iru Machi'. Macammana aku boleh melekat baca aku pun tidak tahu.

Kimi No Iru Machi

Adeh!

Macammana? Aku sangat sibuk bukan? Tu yang tak sempat kemaskini blog tu.

*sila dengar lagu di bawah... sangat care occay...

Friday, September 04, 2009

H1N1 ~rerun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dengan ini saya umumkan saya akan kembali menulis blog di sini. Atas desakan para peminat yang sudah biasa dengan url http://budakyangbijak.blogspot.com. Maka, terimalah pos saya yang telah dipos di url lama.

---------------------------------------------------------------------

KISAH PERTAMA:

Nak dijadikan cerita tahyul, Sinba, sang singa sedang lepak dengan Pooh, sang beruang.

*Pooh disebut Po Oh ya... seperti yang disebut oleh Dato' Siti Nurhaliza...

Mereka sedang membincangkan isu terkini, Babe, sang babi ataupun sekarang lebih dikenali dengan nama Influenza.

"Bosan tul kita sekarang kan Po Oh? Takde orang kita nak sakat."

"Hey yada! Aku sauk ketiak kau karang. Kita ni semua haiwan, bukan orang."

Sambil Sinba berpusing-pusing seperti gaya yang dilihatnya dalam cerita Sivaji the Boss semalam.

"Ye la. Aku salah. Tapi tu la. Dulu kita selalu sakat si Babe. Sekarang, semenjak dah ada nama timangan Influenza ni, makin angkuh dia."

"Tu la. Sekarang aku nak sakat siapa? Ah! Aku sakat kau je la."

"Dem. Aku pulak? Cari la haiwan lain yang lagi loser."

"Apa? Kau tak loser?"

"Ceh. Aku ni, kalau sekali pekik, satu hutan ni menggigil tau. Tumbuh-tumbuhan pun jadi kering. Tersejat. Pasal keluar peluh jantan."

"Habis? Aku ni? Macammana lak?"

"Kau macammana apa pulak ni?"

"Aku ni, sekali mengaum, hutan ni jadi padang jarak padang tekukur tau."

"Apsal?"

"Ye a. Satu hutan ni, semua lari bertempiaran."

"Ak ela. Kecoh la korang."

Tiba-tiba Babe keluar daripada semak dengan gaya jalan angkuh dan takkabur.

"Sorang pekik. Sorang ngaum. Aku ni, batuk ngan bersin je. Satu dunia dalam ketakutan korang tau tak?"

Babe terus berjalan dan berlalu pergi.

Kelihatan di sudut hutan, Sinba dan Pooh sedang duduk tahiyat akhir sambil bercucuran airmata.

---------------------------------------------------------------------

KISAH KEDUA

"Panas aku Sinba."

"Apasal kau Po Oh?"

"Si Babe tu la. Babi tul la babi tu."

"Yang kau maki dia babi apasal? Dia dah babi. Kau maki la monyet ke, manusia ke."

"Hari tu kan dia kenakan kita balik. Berlagak."

"Bila?"

"Kau ni. Lupa lak. Kau pergi baca balik kat atas tu."

"Semalam aku kena lagi."

"Apasal?"

"Aku berlagak ngan haiwan-haiwan yang lain. Aku cakap la aku banyak dijadikan anak-anak patung."

"Pastu?"

"Sekali dia keluar daripada tah. Sambil lalu dia cakap."

"Ala, itu dulu, sekarang aku lagi famous. Bukan anak patung je. Mug. Bantal. Sekarang semua pink colour occay."

Po Oh cuba memimikkan gaya Babe.

"Jangan lupa pasal jadi haiwan peliharaan di rumah-rumah ya. Korrrang mana ada."

Tiba-tiba Babe keluar lagi entah dari mana. Berlalu pergi.

20 minit kemudian. Kelihatan dua lembaga mirip Sinba dan si Po Oh berdiri di tepi gaung.

---------------------------------------------------------------------

*terimalah! H1N1!

Monday, May 25, 2009

Dunia Akhirat

Bacaan Al-Quran sedang berkumandang. Menandakan waktu Maghrib akan masuk tidak lama lagi. Seperti biasa, Mak Jah dan Mak Yah melepak di halaman rumah untuk bergosip.

"Aku risau la anak aku ni."

"Kenapa Jah?"

"Dia, kalau masuk bab main, tak kira la main bola ke, game ke, apa ke. Memang tak ingat dunia."

"Bagus lah camtu Jah."

"Nape baguslak? Habis benda lain dia tak buat."

"Lah, tadi kau kata 'main tak ingat dunia'. Baguslah. Dia 'main ingat akhirat'!"

Selepas itu, hampir setahun jugalah tiada aktiviti Maghrib di halaman rumah mereka.

Friday, May 22, 2009

Doraemon! Tolonglah Saya!

Am (bukan nama sebenar, nama panggilan sahaja) dan Diyana (nama sebenar) sedang bermain kahwin-kahwin.

"Mana komik abang beli ni. Tak sampai-sampai lagi."

Am membahasakan dirinya abang walaupun mereka sebaya.

"Abang beli komik apa?"

Sambil menuangkan air kosong ke dalam cawan dan menghidang tanah liat yang telah dibentukkan seperti kuih.

"Doraemon."

"Berapa ringgit?"

"Dalam 30 ringgit lebih."

"Langgan ek?"

"A'ah! 3 bulan dah tak sampai-sampai. Penat abang menabung. Tak makan time rehat. Balik jalan kaki. Nak save duit tambang bas."

"Ye ke. Abang langgan camana?"

"Abang ambil keratan langganan tu. Isi. Pastu abang letak dalam sampul surat."

"Bayaran?"

"Abang letak sekali la semua duit dalam sampul surat yang nak pos tu. Apa sello sangat ni."

Tetiba aura maut yang sangat kuat menyelubungi tempat mereka bermain kahwin-kahwin. Tidak sampai sesaat selepas itu, kelihatan tubuh Am melayang-layang seperti daun ditiup angin kencang dan kedengaran teriakan suara seperti ngauman singa.

"SIAPA SELLO?!!!"

Thursday, May 21, 2009

Seni Itu Subjektif

Sekolah rendah, aku mula mengenal dan belajar muzik. Aku suka. Alat muzik pertama yang aku pelajari, rekoder. Kemudian melodian dan alat-alat muzik yang mudah seperti kayu tik tok, klastenet dan yang sewaktu dengannya.

Kemudian aku tumpukan perhatian aku pada pelajaran. Aku ingat aku sudah tidak berpeluang lagi belajar tentang muzik atau seni. Rupanya masih ada peluang.

Aku masuk ke sekolah menengah. Aku ingin belajar bermain alat muzik. Gitar? Ramai sangat nak main. Maka aku cuba untuk belajar bermain piano. Kebetulan aku berkawan dengan Cop dan Sukun. Kembar yang genius. Mereka tidak pernah masuk kelas piano pun. Tapi mereka memang hebat dalam bidang muzik atau seni. Merekalah yang mengajar aku bermain piano. Ketika ini aku tingkatan 3.

Tapi agak sukar untuk bermain piano kerana ianya terletak di dewan. Maka aku belajar juga bermain gitar daripada rakanku, Fuad dan kembar tersebut.

Tingkatan 4, aku masuk pasukan nasyid sekolah, Gema Sufi. Ini kerana kembar tersebut menjadi pelatih dan juga ahli. Di dalam nasyid, aku mula belajar vokal. Menarik. Serius menarik. Nasyid macam choir juga. Ada lapisan suara. Ketika itu aku menjadi backup vokal kerana suaraku boleh menjadi bass dan soprano.

Aku juga belajar bermain kompang, bongo, tamborin, shakers dan yang sewaktu dengannya ketika aku di dalam pasukan nasyid sekolah ini. Kemudian aku memanggil 6 orang yang utama dan aku tubuhkan Mega Sufi.

Pencapaian dalam nasyid tidak perlulah aku ceritakan. Aku tidak bongkak dan angkuh. Tapi aku pernah lupa lirik ketika menjadi solo. Faul pertama aku di atas pentas.

Kemudian sekolah aku menubuhkan pasukan pancaragam kembali. Setelah sekian lama terkubur. Aku masuk. Aku ingin belajar bermain flute. Tapi hajat aku tidak kesampaian. Aku disuruh bermain bass drum. Tetapi aku belajar juga alat-alat lain seperti bell dan yang sewaktu dengannya.

Aku juga mula berlakon di atas pentas ketika ini. Paling tidak dapat dilupakan, aku melakonkan watak ketua orang baik berlawan dengan ketua orang jahat, Masrul. Pasukan kami semua berperang tanpa menggunakan senjata. Kami berdua sahaja yang berlawan menggunakan pedang.

Kemudian aku masuk ke universiti. Aku disuruh untuk bermain keyboard di dalam band. Ketika ini aku mula belajar bermain drum. Sepanjang aku di universiti, aku bermain gitar, bass, drum dan vokal untuk band di atas pentas. Paling menarik bagi aku, persembahan terakhir aku di universitiku. Aku bermain keyboard untuk kolej 12. Ketua band memberikanku score dan mengajar aku apa perlu aku buat dan berjaya mendapat anuguerah juri. Dia memang hebat.

Aku juga masuk pasukan nasyid kolej. Berlakon untuk pasukan boria kolej. Aku ingin masuk pasukan tarian tetapi ketika itu pasukan tarian tiada. Maka aku masukkan tarian zapin di dalam nasyid.

Ketika di universiti memang aku tidak cukup tangan. Setiap malam ada sahaja latihan. Kadang-kadang satu malam ada 2-3 latihan. Tetapi aku tetap pergi jika tiada aral melintang.

Aku membuat pos ini bukan untuk riak atau takkabur. Sekadar memberi informasi perjalananku dalam bidang ini.

Kesimpulannya, aku bukan sangat hebat di dalam muzik. Biasa-biasa sahaja. Aku tidak pernah belajar di kelas-kelas muzik. Aku tidak pernah bermain sesuatu alat secara serius. Tapi, tidak perlulah perlekehkan atau menghina aku seperti aku bodoh tentang muzik atau seni. Lihat sendiri penglibatan aku di dalam bidang muzik atau seni.

*aku taip ni dengan malas... banyak lagi tak masuk ni... so later on maybe aku edit la kot... tambah mane yang aku ingat ke... papepun... sori... alam angker hari ini ditunda... maaf! btw... ni bukan pos meraih simpati ke so wuteva... ni adelah pos pernyataan atau keterangan + emo sket a... haha!

Monday, May 18, 2009

Tikus Bahaya

Encik Tikus Bahaya (bukan nama sebenar, sekadar nama panggilan manja di rumah) yang kachak (aku dipaksa tulis kachak, maka aku boleh dapat kurang 50% daripada harga barang yang aku beli daripadanya) ingin mengisi minyak motornya.

"Pam minyak nombor 14."

Sambil Encik Tikus Bahaya menghulurkan sekeping not RM 10.

Encik Bangla (juga bukan nama sebenar) yang menjaga kaunter terus mengambil rokok Dunhill 14, mengimbas harga dan terus memberikannya kepada Encik Tikus Bahaya.

20 minit kemudian, terdengar satu letupan yang amat kuat seperti sebuah stesen minyak diletupkan oleh Encik Tikus Bahaya.

Gambar Sekadar Hiasan (tiada kena mengena dengan Tikus Bahaya)

*credit to danger mouse daripada www.sembangtoys.com dengan ucapan... err... aku tahu kau lawyer... tapi... janganlah saman aku ya!

Friday, May 15, 2009

Kafe Lepak2 & Tempat Encik Paul

Hari ini aku membuat dua pos dalam satu hari! Yeah!

Muzik kugiran Siren akan berkumandang di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas pada malam ini, 15 Mei 2009.

Muzik kugiran Siren juga sekali lagi akan berkumandang di Paul's Place, Jalan Klang Lama pada petang esok, 16 Mei 2009.

Marilah datang beramai-ramai untuk menyokong kami ya! Berkemungkinan Jim Siren akan bersama kugiran Siren untuk kali terakhir pada malam ini.

*nanti aku akan lampirkan map ya!

Kaliapaan

Di sekolah tadika, cikgu bertanya kepada Kaliapaan, adakah dia sudah pandai mengira.

"Pandai cikgu!"

"Bagus Kaliappan. Sekarang bagi tahu cikgu, lepas tiga, berapa?"

"Empat, cikgu!"

Pantas saja Kaliaapan menjawabnya.

"Lepas enam?"

"Tujuh!"

"Lepas sembilan?"

"Sepuluh!"

" Bagus! Lepas sepuluh. berapa?!"

"J, cikgu!"

" J? Eh, kenapa pulak J?"

"Bapak saya ajar macam tu. Lepas 10, J. Lepas J, Q. Lepas Q, K"

Why so serius?

Thursday, May 14, 2009

4 Perhentian... Kambing? (Ep. 3)

Setelah dipukul oleh beberapa orang daripada Kelab Peminat Hajime, aku menyambung kisah angker yang tidak berkesudahan lagi. Maaf ya semua!

Episod satu anda boleh baca di sini...

http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/4-perhentian-banglo.html

Episod dua anda boleh baca di sini...

http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/4-perhentian-babi-hutan-ep-2.html

Kejadian Ketiga

Setelah beberapa jam perjalanan, kami telah sampai di Terengganu. Pak Cikku berniat yang dia akan solat di mana-mana sahaja masjid yang dijumpai. Tapi beberapa masjid telah kami lewati, tetapi Pak Cikku masih meneruskan perjalanan.

"Takde rasa nak stop la."

Sampai la ke sebuah surau. Pak Cikku memberhentikan kereta di kawasan lapang depan surau. Aku dan keluarga Pak Cikku sekadar duduk di dalam kereta. Tidur.

Pin pin pin!

Mak Cikku membunyikan hon bertalu-talu. Aku lihat Pak Cikku baru sahaja selesai mengambil air sembahyang. Pak Cikku terus datang ke kereta setelah melihat Mak Cikku cuak.

"Bang! Cepat bang! Kita keluar dari sini!"

Mak Cikku sedikit menjerit setelah Pak Cikku membuka pintu kereta.

"Apahal lak ni?"

"Drive je bang. Cepat!"

Pak Cikku akur. Setelah beberapa puluh meter daripada kawasan surau tersebut, baru Mak Cikku bersuara.

"Tadi, tadi ada lembaga."

Mak Cikku memberanikan diri untuk memberitahu Pak Cikku.

"Kepala kambing. Baju cam sami siam. Kat tangga surau."

Suara Mak Cikku sedikit menggeletar. Pak Cikku dengan pantasnya terus memecut kereta.

Sangkaku sudah habis dugaan kami malam itu. Rupa-rupanya...
Bersambung...

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku... Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... Mak
Bila bangun tidur, aku cari... Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... Mak
Bila nak bermanja, aku dekati... Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... Mak
Bila nakal, yang memarahi aku... Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... Mak
Bila takut, yang tenangkan aku... Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... Mak
Aku selalu teringatkan... Mak
Bila sedih, aku mesti telefon... Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak
Bila bengang, aku suka luah pada... Mak
Bila takut, aku selalu panggil... Mak
Bila sakit, orang paling risau adalah... Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... Mak
Bila ada masalah, yang paling risau... Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Mak
Yang selalu berleter kat aku... Mak
Yang selalu puji aku... Mak
Yang selalu nasihat aku... Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari..... Pasanganku
Bila sedih, aku cari..... Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada..... Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..... Mak

Bila bahagia, aku peluk erat..... Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... Mak

Bila nak bercuti, aku bawa..... Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... Mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan.............

Wednesday, May 06, 2009

Lagu Siren Pertama Sebagai Single?

Mari mengundi lagu Siren manakah yang perlu dijadikan single pertama di sini...

http://suarasirenia.blogspot.com

Undian tersebut berada di sebelah kanan blog di atas. Di bawah playlist. Ayuh!

*lagu2 siren didengarkan di blog aku! special ni... tempat lain takde... sesiapa mau boleh la email atau minta padaku ya!

Tuesday, May 05, 2009

Emcee

Aku dulu selalu gak jadi M.C. a.k.a Master of Ceremony a.k.a Pengacara Majlis. Tapi bukan yang ala-ala Aznil dalam rancangan Macam-macam Aznil.

Aku lebih kepada majlis formal. Majlis Makan Malam. Aku juga pernah menjadi pengacara dan juga sekaligus menjadi ahli panel. Juga pernah dibayar untuk menjadi pengacara majlis.

Kenapa aku cakap tentang M.C. a.k.a Master of Ceremony a.k.a Pengacara Majlis ni? Aku bukannya riak+takkabur. Ini kerana...

Hari ini aku dapat M.C. a.k.a Medical Certificate! Ayuh pulang!

Monday, May 04, 2009

Ubuntu

Aku menggunakan Linux Ubuntu. Apakah maksud Ubuntu?

Wikipedia:
Ubuntu, , is an ethic or humanist philosophy focusing on people's allegiances and relations with each other. ...

Bagaimana dengan Ibuntu?

I buntu.

Ya. Aku buntu sekarang. Ayuh pulang.

Wargh!

Thursday, April 30, 2009

Green Lantern

Maaf kepada semua! Siaran angker ditunda ke minggu hadapan. Akibat kegilaan aku terhadap Green Lantern menjadi-jadi. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

BLACK

The Blackest Night falls from the skies.
The darkness grows as all light dies.
We crave your hearts and your demise.
By my black hand...
The dead shall rise!

VIOLET

For hearts long lost and full of fright,
For those alone in blackest night,
Accept our ring and join our fight,
Love conquers all--
With violet light!


INDIGO

BLUE

In fearful day, in raging night,
With strong hearts full our souls ignite,
When all seems lost in the War of Light,
Look to the stars--
For hope burns bright!


GREEN

In brightest day, in blackest night,
No evil shall escape my sight
Let those who worship evil's might,
Beware my power... Green Lantern's light!
~Green Lantern~

...and I shall shed my light over dark evil.
For the dark things cannot stand the light,
The light of the Green Lantern!
~Alan Scott~

In forest dark or glade beferned
No blade of grass shall go unturned
Let those who have the daylight spurned
Tread not where this green lamp has burned.
~Medphyll, the Green Lantern of the planet J586, a planet where a sentient plant species lives~

You who are wicked, evil and mean
I'm the nastiest creep you've ever seen!
Come one, come all, put up a fight
I'll pound your butts with Green Lantern's light!
Yowza.
~Jack T. Chance~

In loudest din or hush profound
My ears catch evil's slightest sound
Let those who toll out evil's knell
Beware my power, the F-Sharp Bell!
~Rot Lop Fan, a Green Lantern whose species lacks sight, and thus has no concepts of brightness, darkness, day, night, color, or lanterns~

In days of peace, in nights of war
Obey the Laws forever more
Misconduct must be answered for,
Swear us the chosen: The Alpha Corps!
~Alpha Lanterns~

In brightest day, through Blackest Night,
No other Corps shall spread its light!
Let those who try to stop what's right,
Burn like my power, Green Lantern's Light!
~Sodam Yat in the 31st century as the last of the Green Lanterns and the last of the Guardians~

In sunny day or sleepless night
Watermelon, cantaloupe, yadda yadda
Erm... superstitious and cowardly lot
With liberty and justice for some!
~Duck Dodgers temporarily becomes a Green Lantern after accidentally picking up Hal Jordan's laundry~


YELLOW

In blackest day, in brightest night,
Beware your fears made into light
Let those who try to stop what's right,
Burn like my power*... Sinestro's might!


ORANGE

RED

With blood and rage of crimson red,
Ripped from a corpse so freshly dead,
Together with our hellish hate,
We'll burn you all--
That is your fate!

*oath2 yang lain belum ada lagi... nanti aku edit later ya! warna-warni pelangi! tambahan info di bawah...



Blackest Night


Justice League
(Atom, Hawkman, Aquaman, Flash, Wonder Woman, Superman, Batman, Martian Manhunter, Green Lantern, Green Arrow, Black Canary)

Wednesday, April 29, 2009

Suara Sirenia

Anda sukakan lagu-lagu kugiran Siren? Jadilah Sirenia a.k.a kelab peminat Siren a.k.a Dunia Siren di http://suarasirenia.blogspot.com.

Tidak perlu wang pendaftaran. Cukup sekadar menjadi 'follower' blog Sirenia. Cara-cara menjadi Sirenia ada ditulis di sebelah kanan blog Sirenia. Apa tunggu lagi? Ayuh ke sana!

http://suarasirenia.blogspot.com

Oh! Tidak lupa juga. Kelab Peminat Hajime juga sudah ditubuhkan. Silalah menjadi 'follower' blog ini ya! Ciao!

*selambe aku promote kelab peminat hajime gak... (nak promote tu yang lebih sebenarnye...) =op

Tuesday, April 28, 2009

Now Showing

Awal minggu lepas.

"Jum nengok 'Coming Soon'!"

"Eh? Wayang ek?"

"A'ah! Cerita hantu!"

"Wah! Takut-takut!"

Aku cuba menyamar rubah (merubah) chumel yang ketakutan.

"Tapi cerita tu tak keluar lagi kan? Kata 'Coming Soon'.''

Lawak bodoh pertama daripadaku.

~~~~~~~~~~~~~~

"Ingat lepas ni nak buat cerita gak a."

"Cerita apa ek?"

"Cerita tajuk 'Now Showing' ke, 'Early Bird' ke, 'Midnight Show' ke."

Lawak bodoh kedua daripadaku.

~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu lepas.

"Kita nengok cerita 'Now Showing' ek?"

Lawak bodoh yang keberapa aku dah tak ingat. Sayang hanya gelak tak ikhlas dan terus pergi ke arah tandas. Aku beratur untuk membeli tiket.

Ting!

Seorang macha kaunter membunyikan locengnya. Aku buat-buat tak dengar. Tidak mahu membeli tiket dengannya.

Ting!

Bunyi loceng datang daripada kaunter yang aku mahu.

"Yes! Gadis chumel!"

Aku pergi ke kaunter tiket.

"Hai adik manis."

"Ya bang. Nak tengok cerita apa?"

"Nak nengok 'Now Showing'!"

"Semua tiket yang boleh dibeli, 'Now Showing' bang. Ke nak tengok yang 'Coming Soon'?"

Gadis kaunter tersebut senyum seperti menahan gelak.

"Erk!"

~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minit kemudian, Sayang datang kepadaku.

"Sayang! Tiket habis. Kita gi nengok tempat lain la."

Daripada kaunter tiket, masih lagi kedengaran gelak tawa ala-ala syaithon dan aku berjanji tidak akan menonton wayang di sini lagi.

Now Showing

*ni la cerita yang aku nak nengok sebenarnya... akibat membuat lawak bodoh secara berterusan... aku malu sendiri... isk... dan pesanan kepada semua... jangan tengok cerita ini jika anda masih mahu menonton wayang... aku rasa aku berpuasa daripada menonton wayang kot... kecuali kalau orang belanja a... wink2!

Monday, April 27, 2009

Indian - American

An Indian migrated to America , and moved into an American neighbourhood;

His American neighbour went next door to wish him welcome.He was shocked to see the man from India in his nice backyard chasing ten chickens around like mad. "Must be an Indian custom," he thought to himself.

Deciding he could put off the welcome till a later date, he went home.

The next day, he decided he was going to welcome the Indian man again.

When he looked through his window, he saw the Indian man urinate into a cup and drink it. "Must be an Indian custom," he thought to himself. Deciding he could put off the welcome till the next day, he went on with other stuff.


The third day, he was determined to welcome the Indian man. At his gate, he saw the Indian man with his ear pressed against a cow's big fat butt.

Seeing this, he became disgusted and went up to the Indian man.

"I'm sorry sir, I did want to wish you a warm welcome, but I cannot stand your crazy Indian customs!" He yelled at the Indian .


The Indian looked confused and answered. "Sorry sir, I think you are mistaken. These are actually American customs. I was told, that in order to be a true American, you have to chase chicks , get piss drunk, and listen to bullshit."

*selamba aku mengopy paste... bz sedikit... maaf ya! harap anda semua terhibur! ciao! ah! btw... aku bukan racist ya... ciao lagi!

Friday, April 24, 2009

Almari Ajaib!

Hari ini aku bawa anda semua ke salah satu sudut dalam bilikku.

*tapi bukan sudut pun sebenarnya...

Peringatan kepada semua, pos kali ini ada berbaur sedikit perasaan menunjuk-nunjuk+riak+takkabur.

Jeng... Jeng... Jeng...

Tada! (tak suprise pun kan? tak bukak pintu pun dah nampak...)

Decepticon!

Autobot & Kamen Rider!

Namakan karakter-karakter di atas jika anda hebat. Sila klik gambar-gambar di atas untuk paparan lebih besar.

*tapi kalau boleh namakan yang kat tingkat atas sekali tu... anda memang super hebat! aku pun tak bagi diorang nama lagi... dan ada lagi 1 voyager (saiz sederhana)... 2 deluxe (saiz biasa)... dan 4 legend (saiz kecil) tiada di dalam gambar...

Thursday, April 23, 2009

4 Perhentian... Babi Hutan... (Ep. 2)

Episod satu anda boleh baca di sini...

http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/4-perhentian-banglo.html

Kejadian kedua:

Kami sampai ke satu kawasan kebun getah. Berdekatan dengan kawasan banglo yang kami berhenti tadi.

"Allah!"

Pak Cikku menekan brek kereta.

"Kenapa ni?"

Mak Cikku bersuara.

"Tu. Tengok depan tu."

Kami secara serentak melihat apa yang ada di hadapan. Rupa-rupanya ada seekor babi hutan duduk di tengah jalan. Matanya merah menyala. Bengis dan mendengus-dengus. Cuak juga kami dibuatnya.

Babi hutan tersebut seperti hendak menyerang kereta kami tetapi seperti tidak boleh mendekati kereta kami. Kalau dilihat muka babi tersebut, seperti sedang berdendam kerana tidak dapat menyerang kami.

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa minit kemudian babi hutan tersebut menghilangkan diri ke dalam semak yang berdekatan. Itupun setelah Mak Cikku selesai membaca ayat Kursi.

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan.

"Alhamdulillah."

"Nape bang?"

"Dengan kuasa Allah, babi hutan tu tak dapat datang kat kereta kita. Abang baca ayat 'Ma In Dakum' tadi."

Aku hanya mendiamkan diri di belakang. Masih lagi berasa seram sejuk. Tapi perjalanan perlu diteruskan dan masih ada lagi kejadian aneh yang akan berlaku pada kami lagi nanti. Bersambung...

*jangan ditanya ayat ma in dakum tu ape... aku pun kureng pasti! dan silelah dengar lagu siren yang terkini... dan komen la di sini ya! http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/apa-aku-pada-waktu-ini.html

Wednesday, April 22, 2009

Informasi Penting Untuk Semua Kehidupan

Setelah kajian selama 2 tahun, para ahli sains, ahli kaji bumi, ahli nujum dan yang sewaktu dengannya, telah mendapat satu fakta yang menakutkan dalam hasil ujikaji mereka. Bagi tidak membuatkan semua kehidupan di muka bumi ini hidup di dalam ketakutan, mereka merahsiakan hasil ujikaji mereka.

Tetapi, baru-baru ini, hasil ujikaji mereka telah bocor dan didapati telah tersebar melalui internet. Mereka cuba menafikannya dan kini kesemua polis seluruh dunia sedang menyiasat bagaimana ianya boleh tersebar.

Aku berjaya mendapatkan fakta tersebut. Pada mulanya aku juga takut untuk menyebarkannya. Tapi demi anda semua, aku sebarkan juga. Biar kita semua sedar tentang perkara ini. Terserah pada anda semua untuk percaya atau tidak.


Fakta penting:



Rajnikanth membuat bawang putih menangis.

Rajnikanth boleh 'delete' Recycle Bin.

Hantu sebenarnya disebabkan Rajnikanth membunuh orang lebih laju daripada proses kematian.

Rajnikanth boleh membuat orang salji... daripada hujan.

Rajnikanth boleh menjerut leher anda dengan telefon tanpa wayar.

Rajnikanth boleh melemaskan ikan.

Apabila Rajnikanth masuk ke sesuatu bilik, beliau tidak membuka lampu..... beliau melenyapkan kegelapan bilik itu.

Apabila Rajnikanth melihat cermin, cermin tersebut akan pecah berderai. Ini kerana cermin itu sendiri tidak sanggup berada diantara Rajnikanth dan Rajnikanth.

Brett Favre boleh melontar bola sepak amerika lebih daripada 50 ela.

Rajnikanth boleh melontar Brett Favre lebih daripada itu.

Digit terakhir pi (3.142), Rajnikanth. Beliau adalah penamat segala-galanya.

Rajnikanth tidak tahu anda tinggal di mana, tetapi beliau tahu di mana anda akan mati.

Peluru mengelak daripada bertembung dengan Rajnikanth.

Tempak letak kereta yang bertanda 'khas untuk orang kurang upaya' bukanlah untuk orang-orang kurang upaya. Sebenarnya, itu amaran bahawa tempat tu kepunyaan Rajnikanth dan anda akan menjadi kurang upaya jika anda meletakkan kenderaan anda di situ.

Kalendar Rajnikanth menunjukkan bahawa selepas 31 Mac, 2 April kerana tiada siapa yang boleh menipu Rajnikanth.

Jika anda tersalah ejaan Rajnikanth di Google, Google tidak akan bertanya, "Did you mean Rajnikanth?". Google akan memberi 'pop up' amaran, "Lari sejauh mana yang mungkin, sementara anda masih ada peluang!".

Rajnikanth boleh membuat 'wheelie' dengan basikal satu roda.

Setelah seekor ular mematuk Rajnikanth, ular tersebut akan mati setelah mengalami kesakitan yang amat selama 5 hari.

Bila Rajnikanth menunjukkan signal dengan jarinya, beliau memberitahu berapa hari lagi anda ada untuk hidup.

Rajnikanth boleh membunuh dua biji batu dengan seekor burung.

Rajnikanth pernah memasuki pertandingan Roda Impian dan beliau, peserta pertama yang memutarkan roda. Kemudian, setelah sejam, rancangan Roda Impian ditangguhkan sementara kerana semua orang menunggu roda yang dipusingkan itu berhenti.

Pencuci tangan membuat jaminan boleh membunuh hampir 99.9% kuman. Rajnikanth boleh membuat jaminan beliau boleh membunuh apa jua yang beliau mahu, 100%.

Pemanasan dunia bukan disebabkan oleh pencemaran. Rajnikanth sejuk, maka beliau menaikkan suhu matahari.

Rajnikanth boleh membakar semut dengan kanta pembesar..... Di waktu malam.

Rajnikanth sangat hormat dengan nyawa manusia..... Kecuali yang menganggu beliau.

Rajnikanth memerlukan 20 minit untuk menonton cerita 60 minit.

Rajnikanth menembak jatuh kapal terbang pejuang Jerman dengan jarinya sambil berkata, "Bang!".

Dalam sebuah bilik, ada 1242 objek yang Rajnikanth boleh gunakan untuk membunuh anda, termasuk bilik itu sendiri.

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita. Di sebalik kematian seorang lelaki, ada Rajnikanth.

Rajnikanth telah pun mempunyai lesen memandu ketika umurnya 16 saat.

Punca kuasa dua Rajnikanth, kesakitan. Jangan cuba membuat Rajnikanth kuasa dua kerana keputusannya, mati.

Apabila seseorang berkata "tiada seorang pun yang sempurna", Rajnikanth menganggap sebagai satu penghinaan bagi diri beliau.


Rajnikanth





*silelah dengar lagu siren yang terkini... dan komen la di sini ya! http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/apa-aku-pada-waktu-ini.html

Monday, April 20, 2009

Apa Aku Pada Waktu Ini

Kali ini aku memperdengarkan lagu Siren yang baru. Bertajuk 'Apa Aku Pada Waktu Ini'. Khas untuk pengunjung blogku. Versi yang terkini. Tidak dapat di mana-mana tempat yang lain lagi.

Kalau boleh, aku harap anda semua dapat memberikan komen-komen yang membina. Komen sahaja di sini. Komen-komen anda amat dihargai dan insyaallah akan membantu Siren untuk maju kelak.

Sesiapa yang mempunyai akaun Myspace, silalah menambah Siren sebagai rakan. Jika tiada, layarilah www.myspace.com/suarasiren selalu untuk melihat atau mengetahui perkembangan Siren.

Dah banyak aku membebel. Anda semua sila klik button 'play' di player, atas kanan blogku ini. Aku telah sediakan dua player. Di bawah ini aku letak lirik untuk anda semua menyanyi bersama-sama.

Apa aku pada waktu ini

Apa aku pada waktu ini
Bukannya diriku pada waktu itu
Tiada dalam
Ingatanku

Waktu itu yang telah berlalu
Jangan cuba kau datang
Kepada diriku
Aku pernah berdoa
Kepadamu tuhan
Pada waktu itu

Terbangkanlah aku.. jauh
Hilangkanlah segala ingatanku
Aku mahu terus hidup

Tanpanya... ingatanku...
Ku tak mahu.. kembali
Pada waktu itu
Takkan mampu
Menahan

Sakitnya.. Membunuh.. jiwaku..
Pedihnya.. menyebak.. dadaku.....

Apa aku pada waktu itu
Ku tak mahu ada
Dalam memoriku

Terbangkanlah aku.. jauh
Hilangkanlah segala ingatanku
Aku mahu terus hidup

Apa aku pada waktu itu
Bukannya diriku.. lagi

Lirik: Shaf Siren
Lagu: Siren


Untuk mengetahui bagaimana lagu ini dicipta, anda boleh melayari blog Shaf di sini.

http://shafrizal.blogspot.com/2008/10/apa-aku-pada-waktu-ini.html

Sokonglah Siren di masa akan datang ya!

Tambahan:

Ulasan yang hebat daripada saudara Darkk.

http://darkk-avakadabra.blogspot.com/2009/04/reviu-cincai-apa-aku-pada-waktu-ini.html

Juga daripada Cik Yaya

http://cheyaya.blogspot.com/2009/04/apa-aku-pada-waktu-itu.html

Terima kasih banyak-banyak.

*sesiapa nak buat review kat blog dia... dialu2kan... nanti aku letak sini link!

Tempek Seragok!

Sempena tema 'bahasa' pada hari ini, aku memperkenalkan dua perkataan yang sentiasa disebut bersama.

'Tempek' dan 'Ragok'.

Dua perkataan ini, bahasa pasar yang aku pelajari di sekolah. Aku senaraikan contoh-contoh penggunaannya di dalam ayat.

"Jack! Tempek 5 ragok! Nak breakfast."

"Kita tontong. Seorang 2 ragok ek?"

"Tempek buku kau. Aku nak copy."

Sekarang, sila teka apakah yang dimaksudkan dengan 'Tempek' dan 'Ragok'?

*kepada rakan sekolahku... jika hendak rasa spinning backhand daripada aku.. silalah jawab!

Friday, April 17, 2009

Mari Semua... Selamat Datang...

Seperti yang ku katakan kelmarin, hari ini aku ada membuat 'Periuk Bernasib Baik'. Jemputlah masuk. Makanan letak atas meja. Konsert ada. Bunga api pun ada. Silalah!

Jemputlah makan. Ini sahaja yang sempat aku masak tadi.

Sambil-sambil makan, kita layan bunga api.

Kemunculan kali pertama Siren secara 'live' di dalam blog aku.

*korang kasik link gambo makanan... nanti aku edit pos aku letak gambo tu...

Thursday, April 16, 2009

4 Perhentian... Banglo... (Ep. 1)

1995. Ketika aku dan keluarga Pak Cikku hendak pulang ke Kelantan.

Kejadian pertama:

Ketika kami sampai di Bahau, Negeri Sembilan, Pak Cikku baru perasan yang dia telah tersalah masuk jalan yang sepatutnya. Lepas dia terasa betul-betul sesat, barulah dia patah balik untuk bertanyakan jalan.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Orang-orang kampung biasanya tidur awal. Maka agak lama jugalah mencari orang untuk bertanyakan jalan. Setelah beberapa minit mencari, dia ternampak sebuah balai polis ala-ala pondok.

Pak Cikku memberhentikan kereta, keluar dan berjalan menuju ke balai polis tersebut. Kami semua menunggu di dalam kereta.

"Assalamualaikum!"

Pak Cikku memberi salam setelah dia cuba hendak masuk tetapi pintu pagar berkunci. Tapi tiada siapa yang menyahut. Sepatutnya ada orang kerana pintu terbuka dan kipas dipasang laju.

Agak lama dia menunggu. Masih seperti tiada sesiapa di situ. Pak Cikku kembali ke kereta dengan sedikit marah.

"Kita try cari tempat lain la."

Kami akur.Setelah melilau di kawasan itu. Mak Cikku ternampak sebuah banglo ala-ala British. Banglo tersebut diterangi dengan lampu-lampu. Kami berhenti sekali lagi di situ. Pak Cikku keluar kereta dan kami hanya menunggu di dalam kereta seperti tadi.

Gambar sekadar hiasan.

"Assalamualaikum!"

Tiada jawapan juga. Pak Cikku terasa seperti ada yang tidak kena kerana banglo tersebut dipenuhi dengan sawang. Maka Pak Cikku pun ingin berpatah balik ke kereta. Tiba-tiba, ada seorang perempuan muncul di pintu.

"Assalamualaikum!"

Perempuan itu tidak menjawab.

"Er, saya nak tanya something ni. Kami sesat."

Lantas perempuan tersebut menunjukkan jalan kepada Pak Cikku. Sedang perempuan tersebut bercakap dengan Pak Cikku, muncul 2 lagi perempuan di belakangnya. Mata kedua-dua perempuan yang baru muncul itu, merah seperti orang yang sedang sakit mata. Tetapi tidak bengkak.

Ketika itu juga kedengaran salakan anjing. Kedua-dua perempuan tersebut hanya tersengih sahaja kepada Pak Cikku. Setelah selesai penerangan perempuan pertama tadi, Pak Cikku pulang ke kereta kerana terasa ada sesuatu yag tidak kena.

Ketika tangan Pak Cikku membuka pintu kereta, tiba-tiba muncul dua ekor anjing menyalak seperti hendak menggigit Pak Cikku. Perempuan-perempuan tersebut menepuk-nepuk dinding seperti memberi signal kepada anjing-anjing tersebut supaya bertenang.

Gambar sekadar hiasan.

"Marilah tidur di sini. Lewat dah ni."

"Ya, marilah."

Perempuan-perempuan tersebut mengajak kami tidur di situ. Mak Cikku menggelengkan kepala tanda tidak mahu dankami terus pergi daripada situ.

Setelah beberapa minit perjalanan. Pak Cikku memecah kesunyian.

"Pelikkan? Muka melayu, tapi bela anjing."

Kami semua diam sahaja. Tidak mahu bersuara.

Perjalanan teruskan tanpa mengetahui ada lagi kejadian angker yang akan berlaku kepada kami. Bersambung...

*cerita ini adalah kisah benar dan berlaku kepada akusudahketagihtoys daripada www.sembangtoys.com! aku cuma menambah perisa sahaja... nantikan sambungan kisah ini minggu depan! khamis malam jumaat! lagi angker! kepada akusudahketagihtoys... kalau ada yang salah... silalah bagitau aku ya!

Wednesday, April 15, 2009

Periuk Bernasib Baik

Ah! Bersawang dah blog aku ni. Lama tak jenguk. Ayuh! Mari mengemas blog!

Rakan-rakanku, silalah datang ke blogku yang tidak seberapa ini pada hari Jumaat ini. Bawa makanan masing-masing. Ala-ala 'Periuk Bernasib baik'.

*aku memang suka potluck ni... pasal biasanya aku datang bawa perut je... best2!

Monday, March 30, 2009

Keyboarder?

Boleh sesiapa terangkan padaku, bagaimana hendak menggunakan 'ist' atau 'er'. Juga 'ese' atau 'ian' dalam Bahasa Inggeris?

Aku keyboarder dalam kugiran Siren. Aku juga boleh menjadi guitarer atau drummist. Betul tak ayat aku?

Gombakian ke Gombakese?

Jika aku pelumba kereta handalan, kenapa aku dipanggil 'racer', bukan 'racist'?

Bagaimana?

Sila tonton video mari belajar Bahasa Inggeris di bawah.