Afdlin dan Shauki cuak. Walaupun setiap malam lalu di tempat yang sama. Tapi perasaan takut masih ada apabila melalui kawasan perkuburan kampung mereka. Lebih-lebih lagi Khamis malam Jumaat.
Walaupun mereka tak tahu pun kenapa malam Jumaat lain daripada malam-malam lain. Cuma mereka dah biasa ditakutkan sejak berhingus lagi.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Weh! Afdlin. Macam bunyi orang ketuk something je."
Tuk! Tuk!
"A'ah la."
"Siasat jum. Cam edisi siasat."
"Edisi siasat? Ni dah ala-ala seekers."
"Seekers? tu lagi bidaah besar tu. Kau try la search kat youtube bukti dia."
Tuk! Tuk! Tuk!
"Aku rasa tak sedap hati la."
"Ala, jum je la. Bak kata pepatah Titanic. You jump, I jump remember? I can't turn away without knowing you'll be all right... That's all I wa..."
Selipar Tat Sing hinggap di muka Afdlin.
"Aku tau la dah 80 kali kau tengok Titanic. Jum! Jum!"
Afdlin mengelap mukanya yang basah akibat air yang keluar dari celah tepi Selipar Tat Sing Shauki.
"Eh! Ada orang tua la."
"Mana? Mana?"
"Tu."
"Kau tegur la."
"Kau la."
"Kau la."
"Ok. Ok. Kita sama-sama bagi salam."
"Aku counting. Satu. Dua. Bangun!"
"Assalamualaikum Pak Cik!"
*Sila baca dengan irama ketika memberi salam pada che' gu di sekolah rendah.
"Waalaikumussalam."
Pak Cik tersebut menjawab tanpa memalingkan kepalanya.
"Fuh. Nasib baik orang."
Shauki berbisik.
"Pak Cik tengah buat apa tu?"
"Ni ha. Diorang salah ukir nama Pak Cik. Ada ke letak Yoshz. Tu nama gedik-gedik je."
Pak Cik tersebut berpaling ke arah Afdlin dan Shauki. Menyeringai hingga kelihatan dua gigi taringnya. Tangannya sedang memegang batu nisan dan seketul batu yang digunakan untuk membetulkan namanya di batu nisan tersebut.
3 comments:
haha..angker siak yosh ni...
waaa...nape buat citer cenggini!!
budakyangbest:
die mmg angker dowh...
ngk taring la...
tu lum die wat rambut belah tepi lagi...
pastu duduk ayu atas katil...
angker siak!
[S]itie [B]Um [B]Um:
oh!
itu tema...
khamis malam jumaat...
bhoo!
Post a Comment