Friday, December 10, 2010

Power Vocal

Semalam, aku baru menonton 'Shout Awards'. Ok. Aku tahu. Aku sello. Apabila sampai ke kategori 'power vocal', aku teringat 2 orang yang bukan artis, tetapi berjaya meremangkan bulu roma aku kerana kemerduan suaranya.

Salah seorangnya...

Salwani Abdul Manan. Aku ingat name penuh kerana dia, partner aku ketika menjadi pengacara majlis untuk Annual Dinner.

Ketika berbincang tentang skrip. Aku amati suaranya biasa saja. Aku lagi power kot. Confidence level aku memang sangat tinggi.

"Mengumumkan ketibaan ... ..."

Aku memulakan rehearsal.

"Hadirin di minta berdiri."

Meremang bulu romaku. Hanya sebaris ayat itu sahaja. Cukup. Suaranya sangat power.

Ketika ini juga confidence level aku jatuh merundum. Sesiapa yang masih tidak menjual saham confidence level aku, pasti akan muflis.

Seorang lagi?

Nantikan...

*kepada cik atau puan salwani... kalau terbaca pos ni... satu je permintaan... err... kalau name penuh tu salah... tolonglah betul kan ye... =op

2 comments:

Anonymous said...

adoyy lamanye....

sape sorg lg?

Hajime said...

c i k h u h u:
sorang lagi?
nantikan...
jeng jeng jeng!