Saturday, August 30, 2008

Ruang Saya?

Myspace atau mespes atau "ruang saya" atau yang sewaktu dengannya. Salah satu tempat bersosial, mencari teman semalam atau bermalam-malam, melihat gambar-gambar keindahan ciptaan tuhan dan yang sewaktu dengannya.

Fakta sejarah. Myspace dilancarkan pada tahun 2003. Setahun selepas Friendster. Sekarang telah dibeli oleh Fox Interactive Media. Terima kasih kepada En. Wikipedia Org kerana memberitahu fakta sejarah ini. Anda boleh mengetahui lebih mendalam di laman web En. Wikipedia Org .

Adakah aku mempunyai akaun Myspace? Ya, ada.

Jika anda di tanya samada ada akaun myspace atau tidak, anda harus menjawab ada. Walaupun pada hakikat sebenarnya anda tiada. Jika anda menjawab tiada, anda kena memberitahu yang anda ada akaun yang sewaktu dengan Myspace seperti Friendster, Facebook, Hi5 atau yang sewaktu dengannya. Jika tidak, ayat-ayat berikut akan menyusul:
  • Eh! Ko ni orang dari zaman Paleolitik yang dibekukan ke ek?
  • Pleasla, get a life!
  • Uik? Ko tau tak internet tu ape?
  • Daa...
  • Ah! Anti sosial!
Aku mempunyai akaun Friendster dulu. Kemudian baru Myspace. Kedua-duanya seakan-akan tidak sama bagi aku. Walaupun sebenarnya mempunyai fungsi yang sama. Myspace lebih "dewasa". Lihat sahaja gambar-gambar ahli-ahlinya. Ia seperti mempunyai format wajib seperti berikut:
  • Menangkap gambar sendiri.
  • Sudut tangkapan 30 darjah atas kepala.
  • Mata jegil memandang kamera.
  • Mulut muncung.
  • Berlatar belakangkan katil. Lebih afdal kalau sambil memeluk bantal peluk.
  • Seperti tidak berbaju bagi perempuan. Tidak berbaju bagi lelaki.
  • Kena menunjukkan "aset-aset" penting secara langsung atau tidak langsung.
Yang paling penting, dengan gambar-gambar yang mempunyai ciri-ciri di atas, diletakkan tajuk, "SEXY KEWR?".

Kemudian pos di buletin Myspace, "KENAPA SUME ORG MESEJ2 LUCAH KAT I? MENCI!".

Apakah?

*kepada sesiapa yg ade myspace... silelah add... www.myspace.com/suarasiren

23 comments:

yoshz said...

-berapa banyak daa 'sewaktu dgnnya'
haish...padan muka saper suruh kawan ngan budak BAIS.

-frenster plg best. ringkas dan tak banyak kaler2.

Hajime said...

yoshz:
ah!
janji aku bukan budak bais!
yup!
frenster still da best bg aku gak...

Jack a.k.a adDam said...

Aisey, nih yg malas neih...

"# Eh! Ko ni orang dari zaman Paleolitik yang dibekukan ke ek?
# Pleasla, get a life!
# Uik? Ko tau tak internet tu ape?
# Daa...
# Ah! Anti sosial!"

Tsk! Sebab aku ade life la aku tak join mende2 lagha neih weii....

Seb bek enko tak wat blog "Kenapa org tak pakai henpon"

Rahimin Idris said...

eh, aku ada akaun simpanan ASB.
myspace tu macam space cop gaban kan?
kan hajime kan?

Anonymous said...

hajim...terasa tau.
my space lebih dewasa..waaaaaa- mamapower

Hajime said...

jack:
ah!
dem...
ko dah bg spoiler...
baru nak wat blog pasal ponsel...

rahimin idris:
heret rahimin ke ruang angkasa syaitan...

mamapower:
ah!
yeah...
lebih dewasa...

poyotito said...

myspace tak best dowh

mahata said...

saya sapot fesbuk psl bole main application best.

Danielle_Corleone said...

gua dah tak amik tau pasal frenster suma. ahahahahaha!

Ayu Hasman said...

bwahahaha..
skang facebook ma..
tp i pun xde facebook :))

Hajime said...

poyotito's:
saye setuju!

mahata:
tp lembab a...
sello gilak!

danielle_corleone:
weh...
ko dah xde life skang ek?

are you?:
ah!
xpe...
same je sume...
frenster pun dah ade aplikasi2...

Adexx Boxx said...

semuanya terpulang pada individu...

salam ramadhan untuk semua...jugak untuk anda...dan anda..dan anda....

Fadli Halim said...

tuh laa... diorang ni tak risau ke makcik diorang ke.. mak bapak diorang ke... bukak myspace diorang nih?

hadoi budak2 zaman sekarang...

nasib baik aku takde aset nak ditayang... huhu

Hajime said...

perempuan kalis peluru:
yup!
salam ramadhan juga ya!

fadli halim:
ah!
tu la pascal...
uik?
ko xde aset?
marzipan ko tu kire aset ape...

biskutrajin said...

Menangkap gambar sendiri.
Sudut tangkapan 30 darjah atas kepala.
Mata jegil memandang kamera.
Mulut muncung.
Berlatar belakangkan katil. Lebih afdal kalau sambil memeluk bantal peluk.
Seperti tidak berbaju bagi perempuan. Tidak berbaju bagi lelaki.
Kena menunjukkan "aset-aset" penting secara langsung atau tidal langsung.

80% je yg wat neh..ehehe

Hajime said...

biskutrajin:
ah!
hampir kesemuanya bukan?

AnneAnne said...

gaga..
myspace tak best dan kerana itu saya mendeletenya.
friendster jugak kot yang paling best.
walaupun application dah mcm tong sampah sekarang.
Facebook tu mmg tong sampah semula jadi.
Tak larat nak gune!

Hajime said...

diana:
ah!
marilah kite bermain frenster!
ayuh!

Anonymous said...

sudah bosan dengan myspace atau pun friendster. get a life!!
live life to the fullest! bukan dgn menghadap lappy..
oh la la la..

Hajime said...

aku_yanhashim:
yeah!
err...
bloging bukan ngadap lappy gak ke ek?

Tny said...

Alaa.. mande muka meispes kt sini.. igtkan ada terpampang.. xde pun.. xde.. xde..

X buleeee...lah cmni.. mana muka sexy tu?? :P

Anonymous said...

hahaha..
betul..betul..
aku dlu pun ader frenster dari myspace..aku lebih selesa guner frenster..
pernah gak wat myspace..
tp tak leh hen plak..
ngan orang2 kat saner..

skang nih pun cam tak wujud "ruang saya" aku..
jap gi tgk ah..
maner tau dah kena hack ker..
huhhuu

Hajime said...

tny:
ah!
sexy kewr...?

fidote:
betul3!
(gaya ipin upin)
amacam?
dah kene hack ke ek?