WARNING: BIG WALL OF TEXT INCOMING
Atas permintaan daripada beberapa pihak (padahal Yoshz je pun), aku tulis tentang One Piece. One Piece adalah anime atau manga paling hebat masa kini dan juga di dalam sejarah. Serious aku cakap.
Aku ambil beberapa komen daripada sini:
http://budakyangjahat.blogspot.com/2008/08/kadang2-saya-juga-rasa-menyirap.html
Aku ambil komen en Dzulkarnain Mohamad dulu.
"dragon ball best..dragon ball tahap anime klasik jepun..aku membesar dgn kartun ni. Tp jgn banding dengan anime jepun sekarang.
Pada aku dragon ball pembuka jalan kpd anime2 jepun yg ada skang..walaupn ada yg tak minat tp aku perasan byk anime jepun tiru dragon ball..sedangkn naruto pn byk tiru dia..raksasa dlm badan naruto..bkn ke sama mcm goku yg boleh berubah ke gorilla rasaksa tu.
contoh lain,
1) apesal banyak hero anime jepun rambut tercacak-cacak n perang macam goku n super saiya..naruto,ichigo(bleach),sakuragi(slam dunk)
2) hero mesti perangai gila-gila. saingan dia mesti seorang yg cool,hensem n ramai awek.
cth,
goku - bezita
naruto - sasuke/sai
ichigo - ishida
sakuragi - rukawa kaede
cuma yg anime jepun lain dah xleh curi idea dragon ball masa goku berubah jd super saiya..mmg dramatik.."
Yup! Dragon Ball boleh dikatakan impak maksima bagi anime atau manga. Tapi ada yang saya tidak setuju dengan en Dzulkarnain Mohamad. Son Goku berubah menjadi gorilla boleh dikatakan meniru werewolf. Pasal berubah jika full moon. Sedangkan Uzumaki Naruto pula ada Kyubi di dalam badannya. Bukan dia berubah menjadi Kyubi. Dia more on macam kena possesed. Gorilla adalah binatang biasa. Kyubi adalah salah satu legend dalam Jepun. Di mana banyak juga anime atau manga yang menggunakan Kyubi. Contoh Ushio dan Tora.
Pasal rambut cacak-cacak? Astro Boy pun ada cacak walaupun sedikit. Kita ambil Suneo Honekawa dalam Doraemon pun sudah cukup. Cacak juga bukan?
Daripada segi karakter. Memang takkan lari daripada hero yang mementingkan persahabatan. Seorang yang bodoh. Seorang yang cool. Seorang yang angkuh. Contoh paling sesuai, Yuyu Hakusho. Keempat-empat karakter utama tu cukup untuk mewakili karakter-karakter yang biasa ada di dalam anime atau manga.
Aku tak sure siapa yang tiru siapa. Anime atau manga lain juga ada seperti Son Goku berubah menjadi super saiya. Cuma rambut tidak memanjang. Tapi ada efek lain berlaku. Aku panggil ianya sebagai power up. Macam Uzumaki Naruto keluar aura merah Kyubi dia. Kalau Monkey D. Luffy, dia akan berasap. 2nd Gear! (bercucuran airmata)
Tapi memang diakui oleh Masashi Kimoto dan Eiichiro Oda menjadikan Son Goku jadi inspirasi untuk watak hero anime atau manga mereka. Even Akira Toriyama dan Eiichiro Oda pernah buat crossover Dragon Ball dan One Piece dalam satu one shot manga Cross Epoch.
Komen en Shahril Mohammad pula.
"oh.. ye dragon ball best.
tapi aku lagi prefer dragon quest - dai no daiboken (the adventure of dai) *jgn main-main.. aku tau baca bahasa jepun.. haha
jalan citer dia takde drag sangat macam dragon ball. baru nak relaks. ade je aksi serius or lawak baru."
Aku setuju. Pengaruh Dragon Quest memang kuat dalam diri aku. Betul tak Mahata? Cara dia ubah job class. Daripada penyembuh kepada penyerang. Daripada pedang ke lembing. Memang suppa. Tapi One Piece pun suppa. Serious. If kata Dragon Quest lawak, One Piece 10-20 kali ganda lawak.
Daripada cik Puteri Kikuri-hime.
"Errr... Best ke One Piece ni. Betul ke citer ni a bit ecchi...? How many episodes all together?"
One Piece memang suppa! Ecchi? Aku pernah baca cerita ecchi lain. Senang cerita la. Shin Chan lagi lucah daripada One Piece. Walaupun Sanji pervert, tapi aku tak nampak unsur-unsur ecchi langsung.
Komen terakhir, en Man Helang.
"aku rasa enime nih masih lum bleh lwn dragon ball, bleach, naruto tak pun komik pedang setiawan yg aku selalu baca curik2 kat kedai mamak tu...tp aku suke katun yg lwn2 so aku layankan aje...ha ha ,,,lg ganaz lg bagus..."
Daa... Cam aku balas before. Makhluk aneh! En Man Helang tiada menyebutkan secara spesifik kenapa One Piece tidak boleh lawan anime atau manga yang disebutkan oleh beliau. Maka aku juga tidak boleh mengeluarkan hujah aku secara speisifik.
Apa yang menyebabkan aku suka One Piece?
i. Gaya Pertarungan
Gaya pertarungan biasanya ada 2.
1. Kamehameha Son Goku vs Kamehameha Vegeta. Bankai Ichigo Kurosaki vs Bankai Byakuya Kuchiki. Seribu Pedang Pulang Ke Asal vs Gaya Pedang ke 22. Macammana kita nak tentukan siapa yang menang. Tak boleh bukan? Pengarang yang tentukan.
2. Naruto, Jojo's Bizzare Adeventure, Yuyu Hakusho dan Hunter X Hunter. Semuanya menggunakan cara pertarungan taktikal. Walaupun lemah tetapi dengan taktik yang digunakan, boleh menang.
Kedua-duanya kadang-kadang dicombinekan. Mana-mana pun ada tarikannya sendiri. Aku prefer gaya pertarungan kedua.
One Piece ada kedua-duanya sekali. Monkey D. Luffy, Roronoa Zorro, Sanji dan Brook menggunakan gaya pertarungan yang pertama. Usopp, Tony Tony Chopper, Nami, Nico Robin dan Franky menggunakan gaya pertarungan kedua. Kadang-kadang kedua-duanya dicombinekan. So kedua-dua thrill ada.
Satu lagi pasal pertarungan. Dragon Ball. Son Goku menjadi hebat dalam masa yg singkat. Son Goku vs Piccolo. Menang. Jumpa Vegeta. Kalah. Training. Menang. Jumpa Frieza. Kalah. Training. Menang. Menggunakan hikmat yang sama atau lebih kurang. Power tak terhad. Tapi still ada thrill dia sendiri. Dulu aku suka. Sekarang biasa-biasa saja.
Monkey D. Luffy vs Crocodile. 2 kali kalah baru menang. Menang bukan pasal dia training dan jadi makin hebat. Tapi menang pasal dia jumpa kelemahan Crocodile. (bercucuran airmata)
ii. Plot-plot Cerita Menarik
Plot-plot cerita One Piece memang tak masuk akal. Tak boleh dijangka. Contoh ketika kisah Nami. Roronoa Zoro kena tangkap dan diikat. Usopp jumpa dan berlalu pergi begitu saja. Pasal orang-orang jahat dah kembali. Aku tak pernah baca karakter baik tinggalkan teman dia begitu saja. Anda kena lihat ketika kisah penangkap duyung. Ku ingatkan Don Clique. Rupa-rupanya... (gelak berguling2)
iii. Lawak Maks
Aku tak kata anime atau manga lain tak lawak. Contoh School Rumble. Ianya memang dibuat dengan tema lawak jenaka. One Piece cerita pengembaraan lanun. Sepatutnya serius bukan? Tapi still boleh ada unsur lawak jenaka dan memang setanding School Rumble atau yang sewaktu dengannya. Bagi aku la. Imagine time tengah lawan secara serious pun boleh buat penonton atau pembaca gelak berguling-guling. Anda semua kena lihat "Pirate Docking 6" ketika melawan Oz. Oh ya! Kebanyakkannya lawak bersahaja ya. Bukan lawak lucah.
Dragon Ball pada awal cerita je lawak. Itupun lawak lucah. Naruto kurang lawak. Bleach pun. Pedang Setiawan? Ada lawak jenaka? Please...
iv. Touching Maks
Macam aku bagitau kat atas tu. Sama juga. One Piece mempunyai semua unsur-unsur yang ada di dalam anime atau manga lain. Tidak perlu aku cakap banyak. Try baca kisah Nami dan Arlong. Kisah paling touching bagi aku. (kembali murung)
v. Karakter-karakter
Karakter-karakter yang sangat unik. Power, tapi mempunyai kelemahan yang tak masuk akal. Contoh Roronoa Zoro. Pendekar berpedang 3 yang hebat tapi selalu sesat. Sanji. Tukang masak yang hebat yang berlawan menggunakan kaki sahaja kerana tangan digunakan untuk memasak tapi tidak boleh melihat dan memukul gadis-gadis cantik. Anda semua kena melihat Sanji vs Mr. 2 Bone Clay. (gelak berguling2)
Kalau nak aku explain seorang-seorang, aku boleh buat satu lagi topik khas. Walaupun karakter tambahan atau sampingan, ada kemungkinan yang karekter tersebut membawa impak yang besar akan datang.
So kesimpulannya, One Piece ada hampir keseluruhan unsur-unsur di dalam anime atau manga yang lain dan dipertingkatkan dengan scara impak maksima.
Aku bukan pakar sangat bab anime atau manga ni. Tapi untuk pengetahuan anda semua, aku memang daripada kecil collect komik. So aku more on manga not anime. 1st komik aku yang complete, Doraemon. Sekarang, aku ada sangat banyak komik. Aku beli keluaran Comic House dan Tora Aman sahaja. Ada la sikit keluaran lain macam Chocolate. Tak boleh tanya aku apa yang aku collect. Kena tanya aku, ape komik keluaran Comic House dan Tora Aman yang aku tak collect. Aku bukan collect manga sahaja. Komik-komik Marvel dan DC sekali. Hong Kong ada la sikit-sikit.
Banyak lagi aku boleh letak. Tapi nanti panjang gila lak. So apa-apa bantahan ke, pertanyaan ke, silalah komen ya! Saya akan membalas. Lagi satu, post aku ni bukannya berniat nak kondem orang lain. Masing-masing ada citarasa sendiri. Aku sekadar memberikan hujah aku. Kalau anda semua ada hujah, macam aku cakap tadi, silakan...
*semua org yg aku rekemen tuk ngk or bace one piece... sumenye dah jadi gile... korang ngk yoshz je cukup a... hmm... anime or manga aku suggest: one piece, samurai x, hunter x hunter, yuyu hakusho, jojo's bizzare adventure, lagi... aku x ingat dah... haha! ade mase aku wat review anime2 or manga2 lain ya!
26 comments:
ah!
aku juga telah direkomen oleh hajime, yoshz & ayam utk membaca/menonton one piece ni!
malangnya, aku nak dptkan ep1-latest dulu then br bleh layan (aku layan anime, tak layan manga).
kalo tgk dpd movie pon bleh la.
but so far aku dah tgk beberapa scene kat youtube.
memandangkan aku ni suka karekter comel, maka karekter one piece favourite aku adalah tony2 chopper!
2nd fav would be sanji.
3rd blom lg.
haih...bila la mau dload ni...
lahhhhh...aku mati2 ingat kau mau cerita tentang one piece suit ke 2 pieces suit ke
kartun rupanya
:-<
woi, the exploited, rancid david beckham tu pun ada cacak2 juga apa!
en am:
come on...
bile lagi...
cik puan l.i.f.e:
ah!
aku selalu dapat one piece suit kalau search "one piece" kat ebay...
tensi gue...
en rahimin idris:
eh!
tul gak ek...
tapi sape tiru sape ya?
hmm...
hei, Mr. 2 Bon Kurei/Clay la, ko salah taip. name2 organization tu ikut hari-hari yg spesel dlm kalender jepun, bon kurei ni ala-ala bon odori or something, lupe the exact date.
anyway, one piece mmg jauh lagi bes dari mana-mana manga kontemporari yg ade skang. oda-sensei sangat uber, dan slalu akan suprisekan pembacanya.
btw, kalau nak katakan die tiru konsep DBZ, oh plz, i beg to differ. semua cerita yang best akan ikut satu formula yang kalau korang nak tau, sile baca buku tajuk "writer's journey". formula storyline die apply kepada semua jenis cerita, whether they be western or japanese comics, cartoons, movies or books. so know your facts first mmkay?
tu la. aku pun dah rekomen 4-5 org. mereka semua sudah meracau2 ttg one piece. kalau one piece ni multilevel, dah tentu ko dah pakai kot dgn tali leher..
life,
apalagas rasuk la mamat2 hensem tu tgk...
en mahata:
eh!
betul la tu...
aku tulih bon clay!
(selambe kaber pas dah edit)
pergh...
ko berbahase alien di akhir komen...
aku tidak paham...
en yoshz:
ah!
sudah tentu aku sudah memiliki sebuah banglo!
u read too much comic/manga jime........
sbb tu cam spastik skit member aku sorang ni!heheheh!
one piece ni sy x tgk lg..sbb ep. sd jauh gilak..x sggp mo kejar..worth ka utk d kejar??
nway, sy suka yakitate japan..lucu abes..bisa ketawa terguling2 mcm tenggiling..(sms menulis ni pon sy sd rs lucu)
encik hajime,
ntah mcmn sy bole landing dkt sini..mgkn sesat dr blog cinoi..kblgkn ini sy sd byk kali sesat..*sigh*
ah! post yg cukup bermakna buat peminat budah getah @ one piece!!! hohoho! gum! gum... tako ~~~! *plink* hahaha ;P
hajime..tq2, kau dah ulas panjang lebar..aku pn ingat kalau de free nk layan juga one piece nih..masalah kalau aku layan anime mmg takleh berenti
haha..aku mmg da tengok siri naruto anime..bila aku layan shippudeen smpai stat operasi aku dh naik bosan terus tinggal..
tp yg pelik dulu aku boleh layan dragon ball smpai abis..dulu la..skang kalu dia tayang balik mmg aku x tengok dah.
kyuubi naruto dgn gorilla goku mmg berbeza amat..
tp dua-dua pn berbentuk penjelmaan(maksud aku dr segi idea-anime jelma2 ni biasa dah kot)
kyubi di pasung dalam badan naruto..tp goku mmg dh sedia ada gorilla dlm bdn dia (keturunan)..
bak kata kau la tak tau sapa tiru idea sapa..mgkin mcm filem hindustan kot..kehendak market..
p/s - aku suka pedang setiawan episod awal2 sampai penduga arus mati..bila dah melalut ke cerita anak2 dia aku dh tak ikut, dah naik bosan asyik berpusing2 cerita..
papa..nak feel 100%!!!! yg br dh kuar kan?haha..nak gmbr ke..gmbr u yg macho tgk tepi tu..i dh upload..haha
en sasha sharifuddin:
ah!
sape member ko tu ek?
cik fionahafiz:
worth it untuk di kejar...
serius...
saye blanje air sirap bandung special taman melawati kalau anda rasa x worth it...
ah!
tq kerane singgah ya!
berkunjung lah selalu!
en dzulkarnain mohamad:
oh!
aku pung kalau layan anime dolu2...
berbuih mulut den...
aritu aku dah try kamen rider black...
abih karpet aku dgn buih...
bout the gorila n kyubi...
aku nampak point ko...
n tuk pengetahuan ko aku pun layan pedang setiawan...
sume komik hongkong aku layan...
50 sen je skali bace...
skang ni je x...
n aku setuju...
dah melalut dah...
drag byk sgt...
cik ~syorre~:
yup!
yg baru n last!
sudah...
ah!
dah upload ek?
baik!
saya akan pergi ke sana skang!
:)
Wah! Cite psl One Piece! Bes bes! Siyut, bile aku bace blog enko nih rase cam enko tolong taipkan utk aku jek. Nak nak part "So aku more on manga not anime. 1st komik aku yang complete, Doraemon." Aku pon x berape berkenan dgn anime sebenarnya. Satu-satunya anime yg aku tgk dr mula sampai abes Dragon Ball GT sbbn tadek versi komik. Lg 1 psl Doraemon, walaupun perbezaan umo yg ketara tp xsangke kite same2 meng-complete-kan komik Doraemon bersame same bertahun yg lalu. Walaupon aku terpakse mecari2 smula kisah panjang Doraemon sbb x complete, yg biase punye pon byk da ilang n tadek kulit. Jual kt aku enko nye bleh? Tp papehalpon kalau nk ikutkan kesemua kesimpulan enko tuh macam enko tolong taipkan utk aku. Aku juge setuju One Piece lebih bagus dr mane2 manga. Sbb itu juge aku nekad utk stop membace one piece online (bermula dr babak Luffy menyelamatkan duyung di PWTC) sbb rase cam dah x thrill nk collect volume seterusnye. Biarlah aku ketinggalan, takpe! Lgpon aku x suke spoiler! Nape la aku leh mengong pegi setelkan bace Thriller Bark, kan da rase cam xthrill nk menunggu volume seterusnye. T,T
Utk pengetahuan anda Hajime, aku mempunyai akaun di Yahoo! Answer (sudah jd Top Contributor di seksyen Comics&Animation) di mana aku merupakan 1-1 nya org yg mengamalkan konsep "I prefer manga over anime" (kt situ kene speaking). Cam enko gak, aku agak kecewa kerana tidak ramai org tertarik utk membaca One Piece. Omputih2 di sana lebih sukekan Naruto, Bleach, dan beberapa bulan lepas demam Death Note melanda mereka, manakala utk perempuan pula Ouran High School Host Club dan Vampire Knight. Susah aku nk menghadapi omputih2 ini sume seorang diri. Mereka lebih suka anime daripada manga. Dan kebanyakannya (bkn kebanyakan, sume skali!) x collect manga hatta anime. Sumenye men online! Plak tuh bangge ckp diri sndiri Otaku, aku slalu men-down-kan mereka dgn mengatakan "If you only have all those anime and manga inside your PC/Laptop then you're not Otaku, you're just another anime fan like the rest" Siyut! Trus aku can dipulaukan kt sana! Tp takpe, at least aku jd TC kt situ walaupon kebanyakan soalan hanya bertanyakan ttg anime itu anime ini. Mereka mmg lebih advance ttg anime terbaru tp who cares anyway?
Ah! Aku ada satu lagi isi penting utk menarik perhatian sahabat handai rakan taulan anda membaca One Piece. Eiichiro Oda amat hebat dalam membina jalan cerita dan pembinaan watak. Oda slalu meletakkan apa yg kita sangkakan random karekter (Pauly, Kiwai dan Mozu semasa kecil dalam imbas kembali Water Seven), tempat yg disangkakan random (spt Bagy mencari Captain John tressure dlm Vol 25 yg kemudiannya di-revealed-kan kewujudan Captain John dlm Vol 48), hidden character (pandaman & tomato gang), malah watak duyung dalam pengembaraan luffy yg terkini juga sebenarnya sudah dilukis dan ditetapkan sedari Vol 12 kalau xsilap. Kebanyakannya hanya kita sedari apabila membaca SBS beliau. Betapa hebatnya Oda bukan? Ini hanyalah serba ringkas isi yg aku dpt taip (berdasarkan jawapan aku di Y!Answer ttg salah satu kehebatan One Piece), juga anda boleh letak Oda slalunya menggunakan latar tempat berdasarkan dunia sbnr, seperti Water Seven berdasarkan kota di Itali, Foreign Triangle berdasarkan Bermuda Triangle, Shandora City berdasarkan mitos Mayan (juga digunakan dlm filem terbaru Indiana Jones) manakala Thriller Bark berdasarkan minat beliau terhadap Nightmare B4 Christmas. AKu dapat merasakan Mermaid Island akan merujuk kpd Kota Atlantis malah aku dpt merasakan kemungkinan Luffy bertemu dgn Jinbei (salah sorang Shichibukai) di sana. Apa akan terjadi apabila Jinbei yg juga bekas ketua Arlong bertemu Luffy? Semuanya akan terjawab di volum seterusnya! Err mungkin dlm vol 58 camtuh baru masok chapter nih kot...
Di sini juga aku ingin mengutus surat cabaran utk mencabar kau dalam bilangan manga yg dikumpul. Setakat ini aku sudah berjaya mengumpul hampir 50 manga yg berbeza title walaupun ada diantaranya yg terpaksa dibeli semula sbb M.I.A dan terpaksa beli volume yg sudah tiada kulit luar (dianugerahkan adik popwan yg sukekan manga mmg bagus tp perbezaan umo menyebabkan beliau sering menghilangkan kulit luar dan lebih teruk letak merata2 dan phoop! Masuk dlm black hole (plastik hitam) walaubagaimanapun aku akan cekal membeli setiap manga utk mengatasi anda! Aku sudah membuat kira-kira dan aku memerlukan wang sebanyak RM 930.40 utk meng-complete-kan smula manga2 buku yg M.I.A dan tadek kulit luar. Mengenai komik HK, alah x kesah, abg aku ade berlambak, seving! Tp mungkin aku patut mula membeli versi jilid yg sudah dikeluarkan utk mengelakkan masalah kertas kuning dan masalah skalang-susah-mau-cari-lorr. Komik DC & Marvel, x kesah, abg aku ade beberapa TPB dan juge graphic novels, dan aku juge mulai mengikut jejak nye skang utk menumpaskan anda.
p/s Dalam byk2 manga, yg paling aku nyesal skali collect adalah Mata Kucing. Fck the wat? Cite yg sungguh, okay, x bes tp aku terpaksa beli sbb nk meng-complete-kan bilangan. Nyesal aku terpengaruh nk beli bile enko ckp enko da abes collect cite tuh....
Ini adalah 1 cabaran! Anda berani menyahut cabaran atau mahu kekal di zon slamat 'lek-lu-sap-kok-lu' anda sambil oder pizzahut?
en marjerin:
=o)
en addam a.k.a jack:
ah!
tp doraemon aku sume dah ilang...
sedey2...
membe aku pinjam pastu pindah umah...
haram x ek?
isk...
wah!
anda seorang international!
suppa!!!
maybe aku pun akan menjenguk yahoo answer tersebut...
n yup!
point2 anda tepat!
tq ya!
kerana menambah point2 untuk post aku kali ni...
err...
ko nak celen aku ke ek?
ade berani ke ek?
biar aku listkan di next post...
so aku leh edit if ade yg aku tertinggal!
aku menyahut cabaran ko...
bring it on!!!
yessa..
pasal one piece akhirnya..
bagi aku one piece adalah citer yang paling best diabad ini..coz tak kira baca komik atau tgk anime..dier takkan membosankan..
tak cam dragonball ngan naruto..
dah cukup kalo baca manga dier..tp nak layan anime..so sorry..takkan pasal bosan..kecuali naruto ah..coz aku tgk anime dier part yang takde kat manga..huhuhu
tp one piece..dari episode pertama sampai latest penuh ngan lawak dan cara pertanrungan yang best2..watkan korang tak bosan nak tgk/baca..
lagipun..luffy nih ada sifat ikhlas, tanggungjawab melindungi anak buah dier walaupun dier nih slalu wat hal sendiri..contohjj merayau2 pasal ader jerk benda yang menarik perhatian dier..
walaupun goku pun lebih kurang..tp goku tu jenis naive..luffy nih plak..tak suker amik benda seyes..tp kalo dier seyes..korang akan tau aper yang dier bleh wat..tu yang menyebabkan ramai nak ikut dier..pasal dier paham perasaan orang len..dan menggalakkan orang untuk kejar cita2 bersama ngan dier..walaupun citer2 derang len2..
pasal feeling tu..bukan saje part nami ngan arloong..part usoop pun sedih gak..camner dier nak pertahankan kampung walaupun sumer orang kampung tak percaya kat dier..mmg sedey..camtu gak ngan tony chopper..dibuang oleh kaum rusa dan tak diterima oleh kaum manusia..(pasal dier makan devil fruit)..tp sorang lanun pencen selamatkan dier dan watkan dier rasa ader gak orang hargai dier..kesimpulannyer..stiap orang ader citer sedih derang..tp derang ttp bleh wat lawak..ttp leh berlawan..ttap bleh bergaduh sesama sendiri..dan berbaik semula..
so aku vote 100/10 untuk one piece..best gilak
en fidote:
yeah!
sorang lagi peminat one piece menambah isi kepada post aku kali ni...
tima kasih bebyk...
kalau aku nak citer betul2...
mmg panjang gilak nanti!
so sket sudah la cukup!
aku pun same...
aku vote 101/10 for one piece!
yeah!
Em! Kebanyakan past story adalah menyedihkan tetapi top 3 aku (tidak mengikut aturan yg tertentu ya)
1. Nami
2. Franky
3. Robin
Aku vote 110/10 utk One Piece!
en addam a.k.a jack:
yeah!
nami!
aku tertypo...
aku pung 110/10!
one piece memang the best la wa cakap lu...wa sekarang layan balik one piece, itupun ada member sudi tumpangkan dvd.harapkan donlot, 7 tahun kemudian memang x abis donlot pun.hahahha.btw, watak feveret lu sapa? kalau wa of kos la luffy kan? tapi wa minat jugak zoro. wa sangat tunggu kalau dia ada kesah love2.mesti best,yalah, dia tu kan macam tiada perasaan punya orang? hehehe. lagi satu, watak penjahat feveret wa adalah ketua CP9, Rob Lucci (setakat ni lah) sebab dia sangat kool...omg!
miko yamaguchi:
ah!
nak pinjam!
mau merachun kawan aku...
watak feberet aku?
off course luffy...
but now tgh layan...
"siapa yang memanggilku?"
"aku sangat suppa!"
"aku franky!!!"
layan2...
org jahat ek?
hmm...
crocodile!
menang 2 kali ngan luffy!
care2...
crocodile pun cool...wa suka, wa suka!! hahah. ingat x scene dia dekat skyisland tu, yang luffy bawak branch sambil nyanyi ala-ala opera jepun tu? lawak gila time tu.wa memang golek-golek abis la time tengok scene tu. pastu dengan satu scene luffy dengan chopper cucuk lubang hidung dengan chopstick time makan, adeh, jika wa kenang kembali, wa pun ble ketawa 4000x wa cakap lu...=))
ah!
mmg...
bule gelak guling2...
imagine dah hampir mati pun leh wat lawak lagi...
menyamar beku!
Aku peminat one piece....tapi sekarang one piece makin lucah, lebih lagi daripada shin chan..memang sakit ar mata aku...masa dulu2 ok jek...sedih gak..
One Piece?? -_-"" ~~
WTF!!!! sume macam bangang2 jew kuase dye.. hakhakhak! xD apew2 p0wn Drag0nBall!! Z! GT!! KAI!!!! memang terbaek~~!!! walaup0wn cite dye da abez..cmpy skunk p0wn gua layan lgi d0h~!!
Post a Comment