Semalam aku training seharian. Busan. Tah macammana aku ada idea untuk menyakat seorang lagi colleague aku. Dia seorang yang melatah. Aku cucuk pinggang dia. "Bu*it!"
Pastu aku terus ada idea menulis blog.
Melatah. Aku ada encounter beberapa orang yang melatah. Biasanya terjadi pada orang tua atau veteran. Jikalau orang muda biasanya dia hanya melatah sedikit apabila dicucuk di tempat sensitifnya atau terperanjat. Tapi aku pernah jumpa orang muda yang melatah secara impak maksima. Iaitu pelatih-pelatih Kem Negara.
Aku pernah menjadi pembantu pelatih Khidmat Negara dahulu. Ketika ianya dibuat di Universiti Malaya. Memang seronok apabila dikenangkan kembali. Apa yang jadi dengan mereka sekarang. Ah! Imbasan lak. Baiklah, aku akan ceritakan sedikit demi sedikit di kemudian hari ya!
Berbalik kepada melatah. Dalam ramai-ramai pelatih ini, ada 3 orang yang melatah secara impak maksima. Kita just berikan nama mereka A, B dan C.
Scene 1:
"Pukul dia!" Jerkahku. Dengan pantas A memukul orang yang aku tunjuk. Jika A dan B ada bersama. Dua-dua akan memukul orang yang ku tunjuk.
Minah yang aku tunjuk tadi tidak puas hati.
"Cium abang ni!" Dia jerkah pula. Lantas mereka cuba untuk mencium aku. Dem. Nasib baik mereka semua gadis. Aku mengelak. Walaupun sebenarnya nak saja ku biarkan perbuatan mereka. Nasib baik disuruh cium. Kalau tak aku taktau apa yang berlaku pada diriku yang naive plus innocent ini.
Scene 2:
Anda semua pernah berkawad?
Ada satu ketika, sedang mereka sedang bergosip. Biasalah, gadis-gadis apabila bersama. Tiada benda lain punya. Gosip, gosip, gosip dan gosip.
"10, 1, 2, hentak kaki!" Secara serentak mereka menghentak kaki mereka 10 kali. Kemudian baru mereka tersedar. Even aku jerkah 20, 1, 2 pun, mereka akan tersedar setelah 20 kali menghentak kaki. Bayangkan jika aku kate 100!
"Lapor!"
"18 orang ada. 2 demam. Sorang mati. Taktau abang Hazim..." Kemudian tersedar dan menutup mulut.
Scene 3:
Sedang makan.
"Promote!"
"Abang, abang beli la makanan ni. Abang beli satu dapat dua. Bagus ni bang. Tempat lain tak dapat ni." Kemudian tersedar dan menutup mulut.
Memang seronok. Aku memang selalunya akan gelak berguling-guling dari hujung ke hujung basketball court dan berpatah balik. Tapi sampai satu masa, aku kasihan melihat mereka begitu. Mereka penat. Penat disakat. Sampailah aku mengarahkan sesiapa yang menyakat mereka akan didenda.
Lalu aku pun teruskan menyakat mereka.
15 comments:
Menyamar kera malas!!
...
ah...ok.
en yoshz:
...
...
...
(masih menyamar kera malas)
demn, pandai ya!!
"Cium abang ni!"
demn! jelesnya!!!
en solnavo:
ah!
bukan saye yg suruh...
saye mangsa...
(dengan muke naive+innocent)
yang lu kacau tu mesti awek2 je kan?
en poyotito.s:
demit...
kantoi gue...
ko ni...
jgn bgtau kat sini...
sume org tau dah...
isk...
plzzzz aku nak jumpa dia
tolong ckp kat dia
pergi tidur dengan abang juna!!
hahaha! lu kuat kacau. gua tau!
en rajuna:
baiklah!
aku ckp byk kali...
tp takut ko x larat je nanti...
en danielle_corleone:
aiseh!
ade rakan seperjuangan la...
kantoi2...
aku tak bersalah...
aku tak kuat kaco dowh...
(dgn muke naive+innocent)
kesian diorg tau..penat bila melatah!
ko tak baik hazim..nanti anak2 kau melatah pastu jumpe plak lahanat mcm kau kau buat pe?
cik puan sasha sharifuddin:
ah!
aku tau...
tu yg bile diorang penat tu aku stop...
diorang dah ok...
sambung balik!
jime,
ayat pertama kau, ada kwn yang melatah "b...t". dulu aku pun ada kwn yang melatah cenggitu. bila cocok pinggang, itu le yg disebutnya. cara sebutannya pun memang sedap didengar.
en denanz:
yeah!
tu la...
tu yg lagi layan kite mencucuk2...
nak2 time majlis keramaian...
xpun tgh tahlil...
pergh!
nikmat!
Ah! Aku juga ada rakan yg melatah, kalau si gadis slalunya "BAB 1!" manakala si lelaki "Pan*at!"
Perlu diberi perhatian bunyian "Pan*at" si lelaki agak mantapp bacaannya.. err bunyi nya.. hampir 70% akan menepati qalqhalah ketika mereka menyebut perkataan tersebut. Hmmm....
en addam a.k.a jack:
oh!
saye setuju dengan bacaannya...
idgham die cukup dengungnya...
Post a Comment