Sunday, August 10, 2008

Gatalnya Telapak Tangan Kanan

Semalam, seharian aku menggaru telapak tangan kananku. Orang-orang tua kata, itu tandanya nak dapat duit. Kalau telapak tangan belah kiri, itu tandanya nak keluar duit.

Pernah tak telapak tangan kiri anda gatal? Sure anda hanya membiarkannya sahaja. Tidak cuba untuk menggaru. Menggenggam-genggam dan menampar-nampar dinding dengan harapan gatal itu akan hilang. Pernah bukan?

Manakala jikalau telapak tangan kanan anda gatal, anda menggaru-garu sehingga satu pejabat anda perasan yang telapak tangan anda gatal dan anda akan memberitahu semua orang yang anda jumpa seperti aku sekarang memberitahu semua orang yang membaca blog ini bahawa telapak tangan kanan aku gatal.

Ah! Duit2!!! Mana tak dapat lagi ni...

8 comments:

Ayu Hasman said...

tetibe i pon gatal2 telapak tgn...
u xnak kasik ape2 ke?
hehehe

yoshz said...

hmmm..walaupun tgn aku tak gatal, tapi hati aku gatal2 fikir. mana lagi rm200?
apa tandanya, datuk sihir?

Danielle_Corleone said...

gua pun ada gatal jugak kadang2. ahaha!

Hajime said...

cik are you?:
ah!
telapak tangan kiri kan?

en yoshz:
oh!
telapak tangan kiri saye tidak gatal!

en danielle_corleone:
err...
itu ko yang gatal kan?
bukan telapak tangan kan?

Denanz ... said...

kena check btul2. mungkin penyakit kulit. haha.

Hajime said...

en denanz:
oh!
tak sure a...
tp aku pasti bukan penyakit kaki dan tangan...

Anonymous said...

Hajim,

Kalau tapak tangan gatal, kau cium, pastu sapu kat kepala.insyallah rezeki kau masuk..amin. Itu rezeki, omak eden pesan.:0 mamapower

Hajime said...

cik puan mamapower:
oh!
begitu ek sambungan die...
baiklah!
saya akan cuba ya!
tima kasih ya!