Semua kisah-kisah angker di mana aku melihat secara terus telah ku taip di blogku ini. Tapi memandangkan malam ini malam Jumaat dan aku telah meletakkan Alam Angker sebagai tema blog aku setiap Khamis malam Jumaat, aku akan terus menceritakan kisah-kisah angker yang aku pernah alami secara tidak terus ataupun apa yang rakan-rakanku pernah alami.
Kali aku nak menceritakan tentang histeria. Sebelum ini aku telah menceritakan bahawa aku pernah menjaga pelatih-pelatih Khidmat Negara bukan? Maka kisah ini berlaku ketika aku menjaga mereka di kolej kediamanku di sebuah IPTA. Aku sekadar menamakannya kolej kediamanku sebagai Kolej Kediaman Keempat dan IPTA tersebut sebagai Universiti Malaya.
Pada hari pertama salah seorang daripada para pelatih histeria, aku tiada di tempat kejadian. Aku pulang. Keesokannya baru aku dapat tahu. Aku sangat kecewa ketika itu. Tapi kekecewaan aku tidak lama. Malam itu juga histeria berulang kembali. Yeah!
Pada ketika histeria berlaku, para pelatih yang normal kena diasingkan kerana ianya seperti satu wabak penyakit. Apabila di hujung sini kena, tiba-tiba hujung sana akan kedengaran jeritan. Pada mulanya saya rasa teruja. Lama kelamaan aku rasa malas, marah, rasa nak pukul "benda" yang mengganggu, kasihan dengan orang yg histeria dan perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya.
Satu insiden. Aku kena hantar seorang pelatih ke sebuah hospital berdekatan IPTAku kerana pengsan apabila dia sampai ke biliknya. Aku sekadar menamakan hospital tersebut Hospital Universiti. Ketika dia sedar, dia memberitahu aku, "benda" itu membawa kaum kerabatnya melepak di biliknya. Aku tidak tahu apa yang menarik di biliknya. PS2 pun tiada. Apetah lagi Wii. Yang paling bangsat sekali, boleh si mamat ni nak "kena" kat hospital. Bayangkan kena di hospital yang dipenuhi doktor yang hanya percayakan sains. "I believe in Science." Adeh!
Satu lagi insiden, aku dah macam hendak merogol seorang pelatih perempuan. Nasib baik tiada polis di tempat kejadian. Kalau tidak pasti anda semua tidak dapat membaca kisah ini. Dia sedang meracau. Aku memegang tangan kanan dan kiri nya. Masih lagi meronta-ronta. Aku naik ke atas badannya. Menahan kakinya dengan kakiku. Boleh die angkat aku? Dem...
Ketika itu kami semua memang agak kelam kabut dan kejadian ini berlarutan. Sehingga pernah sekali terjadi sampai lebih 30 orang kena. Hinggakan ayah dan ayah saudaraku datang untuk membantu. Yang paling hampeh, ada yang berlakon "kena" untuk dapat perhatian? Duh...
Setelah berhari-hari begitu. Aku dan rakan-rakanku macam dah lali. Pada mulanya jika dengar sahaja seorang berkata, "Abang! Ada budak kena!" Kami akan bergegas pergi.
Kini. Ketika kami sedang makan. "Abang! Ada budak kena!"
"Oh! Bilik mana?"
"C305!"
"Ok, pas abis makan ni kitorang gi."
Pelatih berlalu pergi.
"Ha! Sape nak gi?"
"Ko la."
"Ko la. Aku tak biase dengan pompuan ni."
Semua malas. Bergerak ke arah bilik tersebut pun dengan jalan bermalas-malasan mengheret selipar. Isk...
*aku sekadar menceritakan secare global... nanti aku ceritekan asal usul n camane histeria ni ditamatkan... ade byk lagi malam jumaat... kang aku xde citer kang... kite jumpe lagi pade khamis malam jumaat minggu depan di dlm sesi alam angker!
11 comments:
histeria ni slalu perempuan yg kena...dasyhat nye smpi terpaksa naik atas die??...
salam kenal
cik artsoul:
ah!
yup!
pasal biase mind pompuan ni lemah sket...
lgpun diorang suke time "kotor"...
mmg dasyat...
time tu dpt rase camane org nak merogol...
segan gue...
salam2...
"Satu lagi insiden, aku dah macam hendak merogol seorang pelatih perempuan. Nasib baik tiada polis di tempat kejadian. Kalau tidak pasti anda semua tidak dapat membaca kisah ini."
Respon
"Abang! Ada budak kena!"
Masakini
"Bro! Budak tu da penah kena!"
Maksudnya?
p/s Maaf! Mindaku agak kebiruan ketika ini! Ah ha ha ha! Blog anda semakin menarik, membuatkan aku ingin menyertai arena blog...hmmm
lagu histeria bukan deff lepard punya ke? dia punya pasal la ni!
aku rasa ada jugak lelaki yang kena histeria tapi dalam bentul penolakan yang berbeza.
en addam a.k.a jack:
ah!
anda mmg seorang biru...
saye tau...
saye sudah melihat blog anda!
en rahimin idris:
tu le pasal...
aku search nak buh gambo...
manjang deff lepard je kuar...
dem...
en marjerin:
yup!
ade juga...
yg aku antar ke hospital tu...
mamat tu kene histeria!
nak elak benda ni..semangat kena kuat..
asrama pompuan slalu kene, tambah2 bila kebersihan tak terjaga..
kalau sorang mmg tak larat control..
c305 tu mcm glamer la..bilik sape ye tu..haha
en dzulkarnain mohamad:
yup!
ayah aku pun ckp mende ni dtg pasal kite gak...
badan kotor..
penat...
mental lemah...
senang die masuk...
cik ~syorre~:
eh!
bilik sape ek?
aku main blasah je...
hahahahaha
hoi ini citer seram ke citer lawak mlm jumaat
guling2 aku gelak hoi!
hahahaha
en kuih:
ah!
tidak cukup seram ke citer angker aku ni...
dem...
Post a Comment