Tuesday, September 02, 2008

Selamat Berpuasa!

Kebanyakan blog yang ku layari kebelakangan ini, semuanya tentang puasa. Maka aku, insan biasa yang tipikal juga mengikut sahaja topik hangat masakini. Sebelum terlambat, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua.

Puasa. Ibadat paling senang bagi aku. Ibadat lain semuanya memerlukan kita menambah sesuatu di dalam kerja seharian. Puasa, kita kena membuang sesuatu di dalam kerja seharian. Sebab itu aku yang malas ini mengatakan puasa, ibadat yang paling senang.

Ketika ini jugalah aku boleh menyimpan duit untuk dibazirkan menjelang raya nanti. Hari biasa, bukan di bulan Ramadhan. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sahaja sudah habis lebih RM10. Belum masuk snuker lagi.

Bulan Ramadhan? Tidak keluar satu sen pun. Cuma duit minyak sahaja. Itupun aku sedang memikirkan bagaimana mahu menyuruh keretaku berpuasa. Sepatutnya keretaku sudah baligh. Lahir 1995. Perempuan. Biasanya perempuan baligh awal kan?

Aku mula "berpuasa penuh" ketika darjah 3. Ketika itu, bila ibu bertanya, "Puasa hari ni?".

"Puasa...", jawabku ringkas sambil menyamar seperti tidak makan selama seminggu.

Padahal tadi baru sahaja membuat amali untuk subjek Bahasa Melayu. Belajar tentang pepatah melayu, "sambil menyelam minum air".

Tiada ada apa yang menarik sepanjang aku berpuasa. Jika tentang terawikh atau yang sewaktu dengannya, lain cerita. Sekian terima kasih.

*mengupdate blog dengan bemalas2an... sindrom hari2 awal berpuase...

14 comments:

Ayu Hasman said...

sambil menyelam minum air?

i rase abaikan dulu peribahasa tu utk sebulan :))

batal puasa wooo

Hajime said...

are you?:
ah!
itu dulu...
kat skolah ade kolah...
(ade ritma la ayat tu...)
skang xde kolah nak selamkan muke...

yoshz said...

"Ibadat paling senang bagi aku. Ibadat lain semuanya memerlukan kita menambah sesuatu di dalam kerja seharian. Puasa, kita kena membuang sesuatu di dalam kerja seharian. Sebab itu aku yang malas ini mengatakan puasa, ibadat yang paling senang"

Aku cadangkan kau jadi paderi. Takyah kawin.Amacam? lagi senang kan?

Rahimin Idris said...

kereta kau pompuan? keta apa? ketapi?

dzul said...

Hajime..slamat berpuasa,

ingat pesan aku nih..
jgn melakukan perkara2 yg membatalkan posa..
nanti batal posa..

Yana Ismail said...

huhu lain mcm je peribahasa tu..ooo,pernah buat ek?hik2

Hajime said...

yoshz:
menarik!
tp tu kristian ler...

rahimin idris:
kerete aku BEP1616...
ending genap...
ikut ic...
pompuan...
pastu Black Eyed Peas
so name kete aku...
Fergie!

dzulkarnain mohamad:
selamat2...
aku ingat pesanan ko...

princess liyana:
ah!
camane tau ni...
kantoi2...
isk...

Jack a.k.a adDam said...

Tem aku kt Sg Wang td aku terperasan samting... kalo org len isap rokok, kite yg terhidu bau rokok (perokok pasif) batal pose ke tak yek?

Satu lagi, korek idong batal pose kan? Agak2 brape dalam baru kire batal yek? Kalo kite men kuis2 manje, cungkil2 ngan kuku kire batal gak ke yek?

Ki Kiey said...

werk.

aku darjah 1 lagi sudah puasa:]

Anonymous said...

Hajime, memandangkan tak keluar sesen pun kan, apa kata kita tambah sesen dalam setiap ibadah puasa ko.Gi tarawih,dari kau main snuker tu....

AnneAnne said...

gaga.. betul puasa itu penjimatan. cume bab kete tu. mcm mane nak srow kete puase jugak. haiya.

Hajime said...

jack a.k.a addam:
err...
ko salah tempat ni...
nanti aku wat topik...
"benda2 yg membatalkan puasa" ya!

kikiey:
ah!
nak kire start pose...
tadika dah pose dah...

anonymous:
aku xmo tambah sesen dlm ibadah pose...
aku nak tambah pahala...
sesen wat gapo?

diana:
err...
itu la pascal...
camane ek?

mahata said...

kau mmg malas seperti kera malas.

Hajime said...

mahata:
...
(malas nak menjawab...)