3.00 pagi. Aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada rakanku. Tengah syok menyamar beruang berhibernasi ni. Dengan malasnya aku menjawab.
"Hello assalamualaikum.""Waalaikumussalam. Jack! Leh tolong aku tak ek?""Kenapa ya?""Tayar kereta aku pancit, takde alat nak tukar la."Duh... Tengah mimpi best tadi. Aku bermimpi aku menjadi satu-satunya lelaki dalam dunia ala-ala '
Y the last man' .
"Ko kat mane ek?""Kat Federal Highway. Ke arah Subang. Depan Midvalley.""Ok, ko tunggu aku."Aku terus mencapai kunci
Wagedek dan terus bergerak ke lokasi yang diberikan oleh rakanku tadi. Aku masuk ke
Federal Highway melalui Kerinchi. Jadi, aku berada di seberang tempat kejadian. Aku nampak dia sedang
'lek lu sap kok lu' di luar kereta.
Ah! Ada
awexs!
Dem betul rakanku ini.
Time Berfuya-fuya dengan
awexs tidak pula mengajak aku. Ada masalah baru terkial-kial cari aku. Aku semakin bersemangat untuk membantu. Aku memecut.
Eh! Alamak! Aku terlepas simpang untuk membuat pusingan U. Tidak mengapa, mungkin ada lagi tempat untuk membuat pusingan U di hadapan.
Erk! Tiba-tiba aku ternampak papan tanda tol di hadapanku. Aku terkial-kial mencari
walletku. Tiada! Aku tertinggal
wallet. Seluk-seluk poket, juga tiada apa-apa.
Macammana ni...Gambar sekadar hiasan Aku terperasan ada simpang sebelum tol tersebut. Masuk je la...
Fuh... Lega...Tapi kelegaan aku hanya sebentar sahaja. Cuba teka apa di hadapan? Maaf! Bukan '
beliau' ya. Ini bukan kisah alam angker.
Di hadapanku, ada
road block!
Demit betul. Aku menyamar '
angel'. Cuba memancarkan cahaya suci dari wajahku. Polis menahanku. Melihat-lihat ke dalam keretaku. Kemudian membenarkan ke pergi.
Ah! Aku memang '
angel' rupanya. Dugaanku bukan setakat itu sahaja, aku terkedu kembali. Di hadapanku ada lagi tol.
Argh! Banyaknya tol di Malaysia ni. Aku tidak mampu mengelaknya kali ini. Aku berhenti di tepi dan menggeledah
Wagedek. Jumpa la dalam 30 sen. Mana cukup. Aku cuba menenangkan diri. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengambil
ponselku. Membuka baterinya.
Yeah! Dapat RM 2.00! Untuk pengetahuan anda semua, ponsel ku jenis Nokia 6***, bateri di luar. Baterinya longgar. Maka aku selitkan not RM 2.00 untuk mengetatkannya kembali.
Memang aku nak
claim gila-gilanya dengan rakanku ini.
Pow makan ker, ape ker. Paksa dia bawa sekali
awexs yang bersama dengannya. Boleh ada sesi beramah mesra nanti. Dalam kepalaku dah plan apa yang hendak ditanya, topik untuk berbual dan yang sewaktu dengannya. Alat-alatan memancung sudah
ready.
Yes! Akhirnya aku sampai jua di tempat kejadian. Aku berhentikan keretaku. Betulkan rambut dan
check samada ada air liur basi tertinggal atau tidak. Aku turun dari keretaku dan pergi ke kereta rakanku dengan langkah seorang penyelamat yang bergaya ala-ala
Sivaji the Boss. Terngiang-ngiang lagu
background Sivaji the Boss ketika itu.
Sampai sahaja aku di kereta rakanku itu, aku perasan tayarnya telah ditukar. Dia sudah berada di tempat duduk pemandu dan hendak menye
tart keretanya. Dia menoleh ke arahku.
"Takpe Jack, aku dah settle dah. Ada orang tolong aku tadi. Aku minta tolong bebudak ni wink-wink kat orang yang lalu sini. Ingat baru nak call ko ni. Thanks ya. Esok aku belanja kau."Kemudian dia menye
tart kereta dan berlalu pergi.
Apakah?