3.00 pagi. Aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada rakanku. Tengah syok menyamar beruang berhibernasi ni. Dengan malasnya aku menjawab.
"Hello assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Jack! Leh tolong aku tak ek?"
"Kenapa ya?"
"Tayar kereta aku pancit, takde alat nak tukar la."
Duh... Tengah mimpi best tadi. Aku bermimpi aku menjadi satu-satunya lelaki dalam dunia ala-ala 'Y the last man' .
"Ko kat mane ek?"
"Kat Federal Highway. Ke arah Subang. Depan Midvalley."
"Ok, ko tunggu aku."
Aku terus mencapai kunci Wagedek dan terus bergerak ke lokasi yang diberikan oleh rakanku tadi. Aku masuk ke Federal Highway melalui Kerinchi. Jadi, aku berada di seberang tempat kejadian. Aku nampak dia sedang 'lek lu sap kok lu' di luar kereta.
Ah! Ada awexs! Dem betul rakanku ini. Time Berfuya-fuya dengan awexs tidak pula mengajak aku. Ada masalah baru terkial-kial cari aku. Aku semakin bersemangat untuk membantu. Aku memecut.
Eh! Alamak! Aku terlepas simpang untuk membuat pusingan U. Tidak mengapa, mungkin ada lagi tempat untuk membuat pusingan U di hadapan.
Erk! Tiba-tiba aku ternampak papan tanda tol di hadapanku. Aku terkial-kial mencari walletku. Tiada! Aku tertinggal wallet. Seluk-seluk poket, juga tiada apa-apa. Macammana ni...
Aku terperasan ada simpang sebelum tol tersebut. Masuk je la...
Fuh... Lega...
Tapi kelegaan aku hanya sebentar sahaja. Cuba teka apa di hadapan? Maaf! Bukan 'beliau' ya. Ini bukan kisah alam angker.
Di hadapanku, ada road block! Demit betul. Aku menyamar 'angel'. Cuba memancarkan cahaya suci dari wajahku. Polis menahanku. Melihat-lihat ke dalam keretaku. Kemudian membenarkan ke pergi.
Ah! Aku memang 'angel' rupanya. Dugaanku bukan setakat itu sahaja, aku terkedu kembali. Di hadapanku ada lagi tol.
Argh! Banyaknya tol di Malaysia ni. Aku tidak mampu mengelaknya kali ini. Aku berhenti di tepi dan menggeledah Wagedek. Jumpa la dalam 30 sen. Mana cukup. Aku cuba menenangkan diri. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengambil ponselku. Membuka baterinya.
Yeah! Dapat RM 2.00! Untuk pengetahuan anda semua, ponsel ku jenis Nokia 6***, bateri di luar. Baterinya longgar. Maka aku selitkan not RM 2.00 untuk mengetatkannya kembali.
Memang aku nak claim gila-gilanya dengan rakanku ini. Pow makan ker, ape ker. Paksa dia bawa sekali awexs yang bersama dengannya. Boleh ada sesi beramah mesra nanti. Dalam kepalaku dah plan apa yang hendak ditanya, topik untuk berbual dan yang sewaktu dengannya. Alat-alatan memancung sudah ready.
Yes! Akhirnya aku sampai jua di tempat kejadian. Aku berhentikan keretaku. Betulkan rambut dan check samada ada air liur basi tertinggal atau tidak. Aku turun dari keretaku dan pergi ke kereta rakanku dengan langkah seorang penyelamat yang bergaya ala-ala Sivaji the Boss. Terngiang-ngiang lagu background Sivaji the Boss ketika itu.
Sampai sahaja aku di kereta rakanku itu, aku perasan tayarnya telah ditukar. Dia sudah berada di tempat duduk pemandu dan hendak menyetart keretanya. Dia menoleh ke arahku.
"Takpe Jack, aku dah settle dah. Ada orang tolong aku tadi. Aku minta tolong bebudak ni wink-wink kat orang yang lalu sini. Ingat baru nak call ko ni. Thanks ya. Esok aku belanja kau."
Kemudian dia menyetart kereta dan berlalu pergi.
Apakah?
39 comments:
sabor je la.....
hangin betol...
boleh kwn ko buat ko cmtuh
mmg x mengenang jasa langsung la
aduh..sktnya hati..baru ko tau ke tol kat malaysia ni banyak..? tu la..kalo takat ada hati nk round2 jalan2 kat kl ni baik x yah..skt hati dok byr tol..
bagi saya yang membaca- kahkahkah
kelakar.match ur face.
tapi kalau saya berada di tempat kamu- mahu membara terbakar dibakar kebaboommm! hati saya ni..
hahha x pe gak tertinggal duit ,kalau pakai seluar dlm je kan lg susah
mim.ya.ra.alif:
ah!
tu la pascal...
qaseh.darwisy:
lepas tu baru aku tau...
sakit ati...
skang mesti ade rm5 dalam kete...
in case...
aku_yanhashim:
demit!
kamu mematchkan my face ya...
hamidi bin sarif:
ah!
seb baik mmg nak tulun tuko taya...
xdele pakai spende je...
tu pun kalau ko perasan aku terus gerak tu...
so mane ade pakai...
ops!
hahahaha..adeh
tak de ke rasa nak belasah dia?
Ah! Curik idea aku!
Aku baru jek nak cite pasal tol!
Nasib baik enko tak call
member enko yg lain nak pinjam
duit bayar tol..
Kalo tak mesti entry enko lagi
panjang kan...
ko nih lawakle jime!!!
aku makin tak sabar nak ajak
ko minum2!
tapi mmg kenyataan-aku pun sakit hati berfoya2 dengan kereta terutama nak keluar dari kl (ke sunway ke) aku akan make sure merayau dgn motor. lagi bajet!!!
huh, mujur kau ada bawak henset.
Apa la kawan lu ni. sepatutnya ajak lu pi makan kejap tu ka. atau lepak2 kejap ke. hmm sayu gua.
damn!!!!!nampaknya ko dah terkena....
l.i.f.e:
x sempat...
kalau aku ade suit mark III...
sempat la kejar die...
kasik repulsor blast skali...
jack a.k.a addam:
ah!
ko cite je le...
nak tau gak...
gi karang cepat!
hmm...
tul gak tu...
kompom kalah pos aku pasal one piece nanti...
wes8054:
ayuh!
buleh aja...
dzulkarnain mohamad:
tu la pascal...
mau tak bawak...
naya...
danielle_corleone:
tu la pascal...
agaknye awexs tu ade kefiu kot...
kene balik awal...
padelkopak:
ah!
ah!
Hajime,
bagi alamat rumah mamat tu.
Consider it done! harhar
adeh..lawak la post ni..hehe. neway kwn tu mungkin kacamata. (kwn yg separuh kaca separuh permata.)
maapkan je la..raya nak dekat.=p
don balon:
baik!
(pergi mencarik alamat)
aku ♥ musik:
oh!
satu tatabahase yg baru!
catit2!
ah!
dah maaf lame dah...
mesti ko bengang masa tu.
tapi kaberline sbb ada awex,kan?
farah sr:
im cool...
im cool...
(sambil menggenggam penumbuk)
mak aih, apasal kau tak suruh dia bukak balik tayar tu!
ah!
dem...
x terpikir lak aku...
aku just terpikir nak tikam je 4-4 tayar die...
wink2 itu seperti aku saja
kasihan..sungguh bersusah payah mau ke tmpt kejadian, itu yg kamu dpt..hmm..yana dgn ini mencadangkan agar mempow kawan itu sepow2nye..hik2..
hotel berbintang2 ke;p
mmg kelakar.. *smbil senyum2 sipu*
rajuna:
ko wink2 ngan qamu...
princess liyana:
tu la pascal...
erk!
hotel?
makan hotel ek?
menarik tu...
arianna adrizal:
ah!
(blushing2)
A'ah laa.. Arianna Adrizal
Klaka kan cite nih?
Hahaha (sambil menepuk² bahu Hajime)
mak aihhhh dugaan besar tp last2 x digunakan pon :D
jack a.k.a addam:
(sambil menyiku perut jack a.k.a addam bertalu)
masy:
ah!
plural ya...
dugaan-dugaan...
em..kwn kamu tu cuma mahu playang awexs dia ngan kamu..bawak bersabar ya encik hajime~
fionahafiz:
ah!
seb baik cik fionahafiz tahan...
suruh sabo...
kalau x...
OMG!!!what the??? duhhhh!!!!
nak gelak pun gelak tau...but then macam kesian plak kat ko after all u lalui ttiba macam tak diperlukan...aduhhhhh tergelak me sorang2
ah!
macam tu la gue pade malam itu...
lepas dugaan2 tu...
gelak je...
bangga...
lega...
sume perasaan bercampur baur...
sampai2 je...
dem...
angker betul cerita nie..suspennyerrrr siap ada adengan yg membelasah hati nurani di bulan puasa...sungguh ngeri!!
hajimeee.. this is nice.. hahahahaaa
perempuan kalis peluru:
eh?
angker ek?
salah hari la aku post ni...
ct cutielady:
erk!
nice ek?
isk...
makan makanan kt hotel la;p..
nak kenakan orgla tu
princess liyana:
ah!
ayuh!
(pow princess liyana dulu a...)
biase la adab berkawan
asal kte xwat gtu sudahh..
valsa nine:
yup!
agreed!
hikhikhik sian ek..sepak kan jer kawan tuh..
orensangkuit:
tak smpai ati..
saye ni behati lembut orgnye...
Post a Comment