Kali ini aku akan sambung kisah 'beliau'. Ini adalah kisah yang ultimate bagi aku.
Aku tiada ketika kejadian ini berlaku. Maka berkemungkinan cerita ini tidak 100 peratus tepat. Sila baca kisah ini pada pukul 0000, seorang diri di depan komputer, lampu ditutup, hanya cahaya dari skrin monitor sahaja yang ada. Kalau nak lagi feel, tutup skrin monitor sekali. Kisahnya begini...
Rumahku telah didatangi oleh dua orang pemuda tabligh. Tabligh tersebut mengatakan yang mereka ingin berjumpa dengan Ustaz X (aku tak ingat either diorang bagitau nama or not). Ayahku mengajak mereka masuk ke rumah untuk menceritakan dengan lebih lanjut.
Setelah dihidangkan air oren, mereka pun bercerita. Mereka jumpa Ustaz X ini di surau di sebelah masjid di hadapan rumah aku. Sebelum masjid di hadapan rumahku wujud, surau itulah yang dijadikan masjid. Mereka berkata yang Ustaz X telah mengupas surah al-Baqarah dengan sangat hebat. Kupas yang dimaksudkan bukannya seperti mengupas buah ya.
Kemudian, oleh kerana mereka sangat kagum, mereka telah mengvolunteerkan diri untuk menghantar Ustaz X balik. Anda semua mesti boleh agak kisah seterusnya bukan? Maka sampai di sini sahajalah kisah Alam Angker pada hari ini.
Eh? Ada yang tak dapat agak? Sello betul la. Baiklah, aku sambung.
Mereka telah menghantar Ustaz X ke rumahku rupanya. Tunggu sehingga Ustaz X masuk ke dalam rumah lagi. Sebab itu mereka tetap tidak percaya yang rumah itu rumahku. Mereka bertanya sejak bilakah keluarga aku menginap di rumah itu. Ayahku menerangkan yang kami sekeluarga telah menginap di rumah itu sejak aku lahir lagi, 1981. Aiseh! terkantoi lak umur aku berapa.
Kesimpulannya, dari segi apa yang diceritakan oleh mereka, Ustaz X adalah 'beliau'!
Perbincangan mereka dan ayahku diteruskan dalam setengah jam dan mereka pun pulang. Kisah ini nampak macam tidak berapa seram tapi aku mengatakannya ultimate kerana 'beliau' telah menunjukkan diri di dunia kita tanpa segan silu.
Untuk pengetahuan anda semua, 'beliau' adalah makhluk asing dari planet Marikh. Acah mak enon!
Mengikut beberapa sumber, 'beliau' adalah penghulu makhluk bunian di alam mereka yang beragama Islam. Tapak rumah 'beliau', sama tempat dengan tapak rumahku. Oh ya! Ketika ibuku terhidu bau kemenyan di dalam kisah sebelum ini, sebenarnya beliau sedang menemani ibuku.
Sekian sahaja kisah Alam Angker pada hari ini.
*ah! pos yang pantas lagi daripada aku untuk hari ini!
28 comments:
Kalau nak lagi feel, tutup skrin monitor sekali.
Haha-sengal kan hajime.
ee..bestnya beliau. sungguh tak tipu.
kita sebaya la beb
hahahhaa
kantoi
gila lama tunggu entri angker.
err..ko penah nampak beliau ke?
aku penah bdepan dgn budak yg body dia da masuk 'sesuatu'.
seram siot.
lebih seram,aku duk sebelah budak tu je masa tu...huhuhu
ustaz x-rated boley cakap dengan orang bunia la ek? hui, tere!
"Tapak rumah 'beliau', sama tempat dengan tapak rumahku"
Tapak rumahku sama dgn tapak sulaiman. Ha sambung..
aku_yanhashim:
sumpah!
abg x tipu...
mim.ya.ra.alif:
aiseh!
sebaye ek?
farah sr:
alam angker setiap khamis malam jumaat ya!
nope!
saye tidak pernah nampak 'beliau'...
kalau kene masuk 'sesuatu'...
sile lihat alam angker sebelum ini...
saye di atas budak yang dimasuki 'sesuatu'...
rahimin idris:
err...
ustaz x itu la 'beliau'...
yoshz:
cari tapak tanak ke yos?
bukan di setapak...
mungkin di gombak...
x sampai karak...
warung kopi roti canai nsi lemak periuk belange warung tolak...
gampang!
nasib baik sambung.
gua dah blur2 je tadi
Ah!!!
Aku baru dapat tangkap cite
nih lepas bace komen enko reply
kat Rahimin Idris....
Tuh la.. len kali jgn
pikir nak cepat jek...
plot & jalan cerita kene mantap..
Kira "beliau" tu bukan calang-calang punya jin Islam la..
Biarla dia lepak situ Hajime..
Bukan dia menganggu macam jin-jin jahil tu..
Tapi kok angker nya tetap angker gitu..
poyotito's:
ah!
seb baik ko x sello!
jack a.k.a addam:
maaf!
aku dah edit sket kasik terang!
don balon:
yup!
tu yg bior je tu...
die bukan jin jahil...
tp kalau x silap aku...
aku pernah dgr org kate...
sebaik-baik jin...
sejahat-jahat manusia!
tul ke ek?
Hajime,
betul la gamoknyer.. heheh
jangan aok mintok tolong apa-apa dengan dia sudoh..
membahayakan aqidah la pulok.. :)
don balon:
tu la pascal...
kire betul la ek statement tu?
ah!
yup!
x minx pape...
biorkan je...
Ooo...camtuuu....
"Untuk pengetahuan anda semua, 'beliau' adalah makhluk asing dari planet Marikh."
Baru aku paham part yg ini ...
Acah mak enon!
jack a.k.a addam:
ah!
terkene aku balik!
(berlakon terkene pasal nak amik ati)
Wah…cerita yg menarik..
Nasib baik la saya dok baca post ni kat ofis..huhu~`
thanks ek sbb visit blog kita
kire 'beliau' ni jenis yg baik la ek??x kacau org punyeeee kan....
nurmala:
aler...
x feel la...
kene bace seperti yg diarahkan...
ah!
tahnx juga ya!
jemput2 la dtg selalu...
padelkopak:
yup!
jenis baik...
x kaco org...
tp tu la cam ckp before...
pernah dgr dok...
sebaik2 jin...
sejahat2 manusia...
wallahualam...
wahhhh...rasa2 kat alam "beliau" ada dak sukan tomoi???? nak ajak join perjumpaan nanti... :-)
mereka jugak sama dengan kita..makhluk ALLAH jugak.. tapak rumah anda memang istimewa! tapak kaki anda???
dah agak Ustaz X adalah 'beliau' waaaahhh sehingga org tabligh hantar pulang ke rumah. kirimkan salam kat 'beliau' klau serempak eh hajime... :D (tak sangka korang share rumah) btwn entry previous u mentioned bilik air sentiasa basah bila u skluarga gi holiday.. tak melambung ke bill air?
perempuan kalis peluru:
ah!
idok le teman tau...
ya...
tapak kaki ku?
yg belah kanan ke kiri ek?
ct cutielady:
baiklah!
insyaallah saye smpaikan salam...
ah!
tu la...
gune sket je...
x perasan sgt...
Aku rase die gune utk amek wudhu'
kot...
Logik tak penaakulan aku?
jack a.k.a addam:
ah!
aku pernah chat ngan ko pasal mende ni ek?
camane ko jadik hebat ni ek?
ke...
adekah anda mr. 2 bon clay?
sile serahkan jack a.k.a addam yg sebenar...
mane ko sorokkan dia ek?
Beliau tu ntah2 hanif.
Dia tu bukan betul sangat..
yoshz:
ah!
tak terpiki lak aku...
hmm...
sesungguhnya beliau hebat la kan. sbb berhujah ttg surah albaqarah dgn baik skali.
btol ke sebaik2 jin, sejahat2 manusia??
hm..
tapak rumah kamu di mana ya?
[aku ni jin yg cari penghulunya]
heheh
valsa nine:
yup!
sgt hebat!
hmm...
tu la..
aku pernah dgr le...
xtau kat mane...
erk!
serius?
(cuak+neves)
aku rasa encik kuning tu pet "beliau" la. ko tanya la ayah ko...
am:
hmm...
mungkin...
nanti aku tanye encik kuning...
Post a Comment