Friday, September 26, 2008

Raya Bila?

Jumaat petang. Aku seperti biasa melepak di bilik bersama Wan Walkman dan Pokme. Busan. Kejap-kejap lagi sikit baru pulang ke rumah. Budget sampai-sampai rumah je dah berbuka. Best2.

Pokme tengah layan komputer. Wan Walkman layan Playstation. Ya. Bilikku mempunyai Playstation dan televisyen. Jika diletakkan meter eletrik di hadapan setiap bilik di kolej, sudah tentu bilikku meter paling tinggi sekali. Komputer 24 jam. Playstation juga.

Aku? Pun seperti biasa. Cuma kali ini aku menyamar memerang yang berbaring enak di permukaan air.

"Wan! Raya bila ek?"

Ketika ini masih lagi mengamalkan sistem anak bulan.

"Tah! 26 atau 27 kot."

"Mana bule kot2. Confirm kan la."

"La, mana aku tau. 25 ni baru tengok anak bulan."

"26 haribulan ni."

Pokme mencelah.

"Confirm ek Pokme?"

"Confirm!"

"Confident je ko. Kalau salah camane? Jum kita bet jum."

"Boleh saja. Aku amik 26 haribulan ni. Ko?"

"Ok, aku amik 1 Syawal."

Selepas itu aku tidak dapat masuk bilik selama seminggu.

*kepada yang sudah mula balik kampung dan tidak melayari internet... saya ucapkan selamat hari raya! kayuh pelan2... nak lintas pandang kiri kanan...

22 comments:

Am said...

insof...

Anonymous said...

en hajime smgt raya nmpk~

WorkingMama said...

ko bet brape weh?

Hajime said...

am:
ah!

fionahafiz:
yeah!
selamat hari raya!

farah sr:
erk...
x sempat...
dah kene halau...

Einy~Carol said...

hajimesan >>> scott summers aka cyclop

wan walkman >>> alex summers aka havok

pokme >>> the long long lost brothers aka vulcan

rahman tuse >>> the long long long long brother and would never been found aka "still unknown"

hakhak.

CELAMAT HARI RAYER bro!

Eina said...

selamat hari raya..:))

l.i.f.e said...

semangat betul nak raya! tapi puasa tak cukup! hahaha

btw, slamat raya. berhati2 memandu. jaga diri. jgn sampai kena food poisoning

Hajime said...

carol~lyzam:
ah!
aku nak alex sumers!
selamat hari raya jugak ya!

eina:
selamat hari raye...
nak duit raye!

l.i.f.e:
erk!
cukup ler...
isk...
baiklah!
selamat hari raya!
nak duit raye gak!

yoshz said...

bukan sahaja meter letrik paling tinggi. Malah kadar pencemaran udara berada pada tahap yg mencemaskan.

Hajime said...

yoshz:
itu sahaja?
lain xmo tambah?

Rahimin Idris said...

woi, ganti puasa tu. jadi puasa 6+1!!!

Don Balon said...

hajime..
selamat hari raya 1429..

Ki Kiey said...

hahaha:]

sape suwo bet?
pdn muke:]

samat hari raye!

n a s e h a said...

alah lawak satu syawal ni da biaselah
=P

Jack a.k.a adDam said...

"Mana bule kot2. Confirm kan la."

Nada pon dah cam siyes gile..
Semangat nak raye tuh!

BTW bape RM enko kene bayar utk borang alat elektrik lam bilik?

Hajime said...

rahimin idris:
ah!
baik!

don balon:
selamat hari raya...

kikiey:
isk...
tu la...
selamat hari raya...

s e h a:
eh!
ek?

jack a.k.a addam:
yeah!
semangat2!!!
err...
tah
aku tak bayo...
tibi haram ler...
komputer kene register...
tp aku haram nak register sume ni...
aku dah dikire otai situ...
blasha sudah...

syafiqah said...

wahh seronoknya dekat bilik ada playstation and tv. nanti nak try buat jugak la. =P

eh eh selamat hari raya! 1 syawal confem raya. no worries. =)

Tny said...

Hahaha.. kira hari nk raya ke nih? :D

kecik said...

wooooo
camne ek memerang berhibernasi??
*imejin2*

Hajime said...

syafiqah:
ah!
serius best...
try la!

tny:
ah!
ayuh!
kite beraye!

kecik:
wah!
memerang pun leh berhibernasi ek?
nak try jap lagi la...

Tny said...

Saya nk duit raya.. nk duit raya.. nk duit raya.. :D

Hajime said...

tny:
ah!
nanti time kite beraye pagi raye...
abg kasik ek...
duit tuk persiapan raye abg kasik aritu cukup dok?