Monday, September 22, 2008

7?

The rules :

*link to your tagger and post these rules on your blog
*share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog


*link to your tagger and post these rules on your blog

Aku kene tag oleh cik Tny. Cik Tny! Saya sudah buat ya!

*share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird

1. Seorang pemalas. (malas nak huraikan panjang-panjang pasal malas)

2. Walaupun aku selalu cakap 'lek lu sap kok lu', tapi hakikatnya aku tidak hisap rokok. Rokok membahayakan kesihatan dan menipiskan dompetku. Hisap rokok mungkin nampak macho atau cool. Tapi kalau dalam 10 orang yang menghisap rokok, ada seorang yang tidak menghisap rokok, sudah tentu yang seorang itu nampak lebih macho dan cool bukan?

3. Ibuku mengatakan bahawa aku, seorang pelangi. Ya, seorang pelangi. Ini kerana aku suka minum air. Kengkadang aku rasa badan aku mengandungi 95% air. Itu yang menyebabkan aku selalu menyamar obor-obor.

4. Dolu-dolu, aku adalah di antara yang terawal membeli ponsel. Ketika prepaid pertama kali dikenalkan. Kad sim Hotlink aku RM 350.00. Harga ponsel aku tak ingat. Lebih RM 500 juga la. Sekarang? Ponsel aku RM 100.00 sahaja. Tidak mampu untuk beli yang mahal-mahal. Kenapa dolu-dolu boleh sahaja ya?

5. Aku pernah berlakon.
  • Asuhan Budi: Aku jadi pelajar tadika kalau tidak silap aku. Antara skrip yang aku ingat, apabila ditanya samada lebih sayang ibu atau bapa. "Saya sayang bapa saya kerana bapa saya selalu belikan saya mainan."
  • Allughatul Arabiyah: Aku jadi pelajar kelas Bahasa Arab. Aku sekadar wujud di kelas tersebut kerana apabila dipanggil untuk perbincangan skrip, aku ke tandas.
  • Hiwar Islam: Aku jadi penemuramah. Hanya tangan aku yang keluar di kaca televisyen. Tapi lumayan. Tak percaya tanya encik Yoshz.
6. Aku, collector tegar. Detail anda semua boleh klik di sini. Di bawah ini, aku letak gambar-gambar toys yang pernah aku ada.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Kalau anda hebat, silalah menamakan karakter-karakter di atas.

Silalah layari www.sembangtoys.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai toys ataupun anda seorang toy collector.

7. Aku tidak hebat sangat pasal muzik. Tapi aku suka muzik. Mungkin juga lebih tepat untuk dikatakan, aku suka seni.

Satu-satunya alat muzikku yang masih ada.

Mula belajar dan menyukai alat muzik sejak sekolah rendah tetapi tidak dikembangkan. Boleh bermain rekorder dan melodian. Sekolah menengah, aku masuk nasyid dan kumpulan pancaragam. Nasyid, aku belajar ilmu-ilmu vokal. Belajar main piano, gitar, kompang, bongo atau yang sewaktu dengannya. Masuk IPTA, aku belajar main drum. Tapi semuanya tak hebat. Sekadar tahu bagaimana untuk bermain sahaja.

Layarilah www.myspace.com/suarasiren.

* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs

Berikut disenaraikan orang-orang yang aku tag:

i. ~ mizzAmy ~
ii. LoveyAshLiecious
ii. ♥~ir@~♥
iv. arianna adrizal
v. Redbloodsnow
vi. eLiyaShaKa
vii. izzah izzah

* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog

Baiklah! Aku nak komen kat blog mereka sebentar lagi.

43 comments:

~ mizzAmy ~ said...

~ kena tag!! tapi kan, rasanya cam pernah dibuat jer... nak kena check dulu. ~

Hajime said...

~ mizzAmy ~:
lain kan?
kene wat gak!
x kire!
=op

Rahimin Idris said...

aku pun kena menda ni. tagged by poyotitos n kusutkusut..

ninja turtle tu aku minat. pitt tak ada?

WorkingMama said...

ko penah belakon ek..
wah!
kecit-kecit da jadik pelakon.
hebat mu!
hebat mu!

Hajime said...

rahimin idris:
ape lagi...
buat la...
poyotito's pun tag aku...
tp cam lain nye tag...
dem...
x wat lagi...
ah!
pitt aku nak beli...
but time tu aku nak stop...
so aku skip!
yg turtles ni aku terjebak balik coz die mmg cun!
serius...
siap leh diri satu kaki...
wat aksi cowabunga gune kaki!
(bercucuran airmata)

farah sr:
ah!
biase2 saja...
(blushing2)

Adexx Boxx said...

boleh demam kalu duk kena TAG ja..jenuh menaip...soalan plak panjang2...

nak baca pun berpinaq jugak!!

dzul said...

hah, wolverine pun ada..
mcm2 kau kumpul

Tny said...

Nk jadik obor2?? hehehhe... Lerr.. x isap okok.. tp asyik ajak kwn2 g merokok.. hishkk! 3x..

:) Tima kasih kerna selesaikan tag ni :)

Don Balon said...

wuyoopp! pernah berlakon..
koi paling suka asuhan budi tu,,hehe

Hajime said...

perempuan kalis peluru:
ah!
tu la pascal...
seb baik 7 jer...
fuh...

dzulkarnain mohamad:
ada...
macam2 ada...

tny:
erk!
menyamar je...
aah...
x isap...
x bes...
mane lagi cool?
isap rokok or x?
err...
ajak rilek je...
ah!
baiklah!
same2 ya!

Hajime said...

don balon:
erk!
ko pernah ngk ek?
aiseh...

Jack a.k.a adDam said...
This comment has been removed by the author.
Jack a.k.a adDam said...

Belakang kiri;
Ghost Rider, Venom, Spider-Man, Spider-Man/Peter Parker, Venom/Eddie Brock, The Punisher
Depan kiri;
Human Torch, Dr Doom, Hulk, Grey Hulk, Captain America, Magneto, Iron-Man, Thor, Cyclops, Wolverine
Bawah, yg aku tau;
Optimus Prime, Bumble Bee, Megatron, Starscream

Kesimpulannye;
Bilik anda tak masuk malaikat...

Redbloodsnow said...

adoiiiii jimie...
aku dh berkurun lamenyer wat tagged neh..hehe

leh x kire halal yek..haha
:P

Hajime said...

comment deleted:
apsal nick ko pelik ek?

jack a.k.a addam:
oh!
hebat!
hampir sume anda tau...
ah!
adekah kalau aku duduk di bilik aku je...
aku tidak akan mati?
immortal?
malaikat x masukkan?
camane nak cabut nyawe...

redbloodsnow:
eh?
dah ek?
x kire...
senaraikan 7 yg lain...
=op

Jack a.k.a adDam said...

Err... bab tuh aku takmo campo
enko pandai² le jawab..

Cheit, sume org popwan enko tagged yek? Takpe, aku memang nak tau pon
random fact pasal dorang...
Nak² yg nombor emm....

Papehal mekasih yek! Sesusah jek

Alya Shaka said...

chiss!!!nti cheq buat naa...

tp part berlakon keluar tangan jer kat tv tu lucu sehh!!heheh

Hajime said...

jack a.k.a addam:
ah!
yg no berapa ya?

eliyashaka:
erk...
mahal gak bayaran tu...
satu org yg ditanye rm70 kalau x silap...
satu siri dlm 3 org yg akan ditanya...
lumayan bukan?

Airinar anastasia said...

papa..bila nak bukak pose same ni??dh nak abes pose pon..huhu

^^waniEwaWa^^ said...

pengumpul tegar....

boleh kasi pinjam x kure2 mutan anda tue?
hehehehe..........

Anonymous said...

tgk ninja turtle ko, teringat michealangelo milik abg gua..hahah..dia sampai skang tak pernah tau gua dah kawin kan ninja dia ngan barbie gua...heheheh!

Jack a.k.a adDam said...

Fakta nombor tiga tuh memang random betul...
Memang! (ditekankan)
Random betul... (kembali tenang)

Aku bace berkali² tak paham² motif mak enko gelar enko pelangi....

Izzah said...

jack a.k.a adam,

tau xpe. tu je yang saye bole cakap. tau xpe.hm, pelangi?
mula-mula saya fikir yang encik hajime ni wane wani kut. tapi xkanlah.
hm..
tau xpe.

anyway,tanx ye tag saye, blog baru ni, anda orang first. selalu dulu-dulu saya bagi hadiah kat orang first. nanti raya saya bagi kad raya oke?

:D

Hajime said...

~syorre~:
ah!
ayuh!
cepat2!
sblum abih!

^^waniEwaWa^^:
ah!
maaf lah!
kalau anda perasan...
saye tulis pernah kumiliki...
x dpt memberi anda pinjam...

che sue:
pergh!
serius?
anak diorang chumel2 dok?

jack a.k.a addam:
hmm...
pelangi akan kluar selepas ujan...
so...
org dolu2 kate...
pelangi ni menyerap air...
so sbb tu ibuku mengatekan aku pelangi!

izzah izzah:
ah!
sile lihat di atas!
ah!
ek?
kad raye untuk raye!
tp hadiah bday kene gak!
=op

Sasha Sharifuddin said...

cheitt..tak malu..orang nak kasi kad raya mintak hadiah beday pulak.

ni la contoh klasik org kasi betis nak peha!!!hahaha

~kwn kau yg saiko sejak bertemu kali pertama~ (aku terasa tau kau cakap begitu pasal aku..padahal si dia mendapat impression "music yang ko suka"..ye laa..sape la aku..)

*emo*

MMG TAK!!!aku tetap bangga sbb walaupun aku saiko ko masih layan aku..

dan despite your 7 random facts..aku pun masih kawan kau..

adus..tetibe nostalgia..salah kau laa ni!dok selalu bukak cerita zaman dolu2 time ym!

sorry aa komen panjang..emosi terlebey daa..

poyotito said...

peh..no satu tu menarik betul...

Hajime said...

sasha sharifuddin:
dem...
minx je...
kat ko pun aku minx gak!
x kire!
yeah!
ah!
ko la...
membuat imbasan semenjak dua menjak ni...
demit tul...
(emo lebih gak)

poyotito's:
...
(malas)

Winn said...

mmm..saya baru je start baca blog awak..tag ni menatang apa?adakah sama seperti men-tagging di FB??apa ke tujuannya? ;P

Winn said...

Oooh..oohh..blog awak sgt lucu!Menyukainya!

fadzil hafiz said...

apa kaitannya banyak minum air ngan pelangi???kompius betol aku ni...terang sket bro...

Hajime said...

cintawinn:
err...
tag tu...
kire org yg kene tag kene wat ape yg disuruh dlm tag tu...
eh!
(betul ke explaination aku ni)

cintawinn:
ah!
berkunjunglah selalu ya!

padelkopak:
aku dah explain kat komen aku di atas...
berbunyi seperti begini...

"hmm...
pelangi akan kluar selepas ujan...
so...
org dolu2 kate...
pelangi ni menyerap air...
so sbb tu ibuku mengatekan aku pelangi!"

Ojie said...

huhu glamer rupa nye ko nih beb..

Hajime said...

ojie:
erk!
mane ade...
biase2 jer...
(sambung membalas surat peminat)

Tny said...

Hahaha.. mana cool?

Errmm.. de2 pun boleh.. :) tp better pilih utk kesihatan kan..

Anonymous said...

keyboard tu ko still pakai ke?
ade terlintas dua perkataan, "nak jual" kat dalam kepala?
hehe

Hajime said...

tny:
ah!
yeah babeh!

shahril mohammad:
err...
aku kibodis dlm siren le...
tunggu aku beli kibod baru dulu ya!
pastu baru muncul dua perkataan dlm kepala...
sekarang ade 3 perkataan dlm kepala...
'tak dapat jack...'

Anonymous said...

izzah izzah, macam biasa ku dengar, tapi di mana ya!")mamapower

N said...

aduh.dgn selamba nya sy di-tag.
baiklah incik!

Hajime said...

mamapower:
eh?
sapekah?

loveyashLiecious:
ah!
silelah ya!

Dare To Dream said...

NINJA TURTLES!!!!!
my heroes!!!!
lurv them.
hahahahahahahahaha.
malas tu bukan penyakit yg semua org ade ke?

Hajime said...

miss takin:
ah!
yeah!
cowabunga!!!
err...
ek?
sume ade ek?

Am said...

fakta no.6 - itu semua duniawi...

Hajime said...

am:
ya...
itu sume duniawi!
(sambil menjatuhkan meinan2)