Thursday, September 04, 2008

Histeria - Penamat

"Saya kuciwa dgn anda semlm. Kusangkakan ada cherita mlm angker rupanya cherita kuman pula yg ko tulis. Branding sudah lari. Saya mau saman kerana mempunyai unsur2 bercanggah dlm blog kamu."

Mesej Dr. Nad padaku minggu lepas sejurus sahaja membaca pos ku mengenai kuman. Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada Dr. Nad. Diharap anda sudi melayari blogku lagi selepas ini. Jadi aku teruskan sahaja dengan cerita Alam Angker.

*pss... nad... kita setle kat kedai makan je la ek!

Ingat lagi kisahku tentang histeria ketika aku menjaga para pelatih Khidmat Negara dulu? Anda semua boleh baca di sini.

Surau Kolej Kediaman Keempat. 10 malam. Beberapa orang pembantu pelatih. 2 orang pelatih perempuan Khidmat Negara yang dirasuk. Seorang ustaz dan pembantu-pembantunya. Seorang pengetua yang percaya dengan sains sahaja.

"Ada 2 makhluk ni. Ibu dan anak."

Ustaz tersebut berkata sambil memegang ibu jari salah seorang pelatih perempuan Khidmat Negara. Aku sekadar menamakan pelatih tersebut sebagai Sheila. Sheila berlunjur di hadapan ustaz tersebut.

Tiba-tiba sheila mengamuk. Ingin memukul ustaz tersebut. Pembantu ustaz memegangnya.

"Kau dari mana? Muazam? Kat hutan? Sungai?"

Sheila menggeleng-geleng kepala.

"Oh, tangki air."

"Kau lapar? Haus?"

Sheila mengangguk.

"Ko nak ape? Darah kambing? Air sungai?"

"Oh! Air sungai."

Aku pelik. Ustaz tersebut bercakap dalam alam ghaib. Cakap la di dunia nyata. Mahu juga aku dengar suara benda tu. Merdu ke, garau ke.

Ustaz tersebut membuat gaya ala-ala pelayan di hotel yang memegang dulang dengan sebelah tangan. Aku rasa Yoshz mesti tahu gaya ini.

Kemudian dia seperti memberi kepada Sheila. Sheila membuat gaya seperti mengambil sebuah gelas yang dipenuhi air dan meminumnya.

"Dah! Sekarang aku nak kau keluar dari budak ni!"

Salah seorang pembantu ustaz tersebut membuka jendela surau. Ustaz tersebut menunjuk ke arah jendela itu. Tiba-tiba ada seperti angin bertiup ke luar jendela. Sheila rebah tidak bermaya.

"Ah! Hebat!", hati kecilku berkata.

"Sekarang seorang lagi. Si anak."

Seorang lagi pelatih di bawa duduk berlunjur di hadapan ustaz tersebut. Aku sekadar menamakan beliau sebagai Mambo.

Ustaz tersebut melakukan seperti yang kita selalu lihat dalam cerita-cerita hantu melayu. Ingin memasukkan benda tersebut di dalam botol. Seperti biasa, Mambo berteriak sehingga ustaz tersebut berjaya memasukkan benda itu ke dalam botol. Mambo rebah tidak bermaya.

Segalanya selesai. Kami bersyukur ke hadrat ilahi. Kami keluar dari surau. Lega rasanya. Tiba-tiba kedengaran suara Pengetua Kolej Kediaman Keempat,

"Ini semua pasal stress ni."


Apakah?

*kesimpulan yang aku dapat... hantu ni cam manusia jugak... kene belajar terbang...

15 comments:

yoshz said...

Betul la tu. mana tak stres. tandas takde air.Haha.

greenergrass said...

erkk.... seram la...

poyotito said...

lu pegi depan muka pengetua,
lu cakap;

STRESS ACIK LU!!!!!!

Hajime said...

yoshz:
ah!
patutnye ko kene histeria gak!

greenergrass:
ah!
biase jer...

poyotito's:
xpe...
dah kene "bodo" depan muke skali...

dzul said...

stress hapekebende dah kalau mcm tu..suruh pengetua tu baca karya-karya amran kasimin tak pun harun din..
asyik tengok kekasih ku seru memang la boleh kata tahyul..

tp mungkin gak pengetua tu tak habis kan kata-kata dia..agaknya dia nk cakap gini,.

"ini semua pasal stress ni..kalau tak stress takde la jin nak merasuk.."

Anonymous said...

eh sm la..jin sekolah sy pun tggl d tangki air..

dl2 tym sekola penah jg witness histeria ni..jin tu ngamok sbb aspuri alihkan tangki tpt dia main ngan kwn2 dia..yg masuk lam bdn tu 1 jin jak..tp bila tny dia soalan mesti dia ckp cam ni "kena tanya kwn2 sy dl.." sambil buat aksi pusing kepala pg blkg..

Jack a.k.a adDam said...

Uh! Oh! Seram dowh! Cite fionahafiz tuh!

Hajime said...

dzulkarnain mohamad:
ah!
aku kasik lnk blog ko sudah...
oh!
x...
fullstop...
nanti kalau aku rase sesuai aku ceritekan...

fionahafiz:
oh!
dem...
serius pusing kepala?
90 darjah?

jack a.k.a addam:
demit...
ko saje ckp seram pasal nak berkenalan kan?
ko ni...
die tu pompuan...
bukan laki...

Anonymous said...

xtau plak 90 darjah ka x..
x sempat lak buat calculation tym tu..sebok bc ayat kursi..ngeee~~~

Hajime said...

fionahafiz:
oh!
ingat stock buleh pusing2 jam jarum jam!

Anonymous said...

aku geram dengan pengetua tersebut.hampeh punya pengetua.spoil. u screwed up everything!

Hajime said...

aku_yanhashim:
ayuh!
kite pukul die!

alif-mikail said...

uiiiiiyooo seram... angker.. uiii.. wiuu wiuuu.. (sipa minum air coke..)

Hajime said...

alif-mikail:
(masih menggigil)

ChE YaYA said...

kolej 4 memang byk hantu ker?kolej pertama xde pape pun