Sunday, September 28, 2008

Mercun?

Aku teringat zaman kecik dolu-dolu. Time puasa. Bermain mercun!

Tipu la kalau aku kata aku tidak pernah cedera. Sebelum itu aku perkenalkan 3 jenis mercun yang boleh dikatakan adik beradik. Seingat aku la. Kalau salah sila maafkan dan betulkan ya!

Mercun roket:
  • Mercun ini macam roket yang dilepaskan. Berbunyi ketika ia pergi tetapi tidak meletup. Aku agak kureng sikit kalau mahu berperang menggunakan mercun ini. Tiada klimaks.

Mercun 'Travel':
  • Ia seperti mercun roket. Cuma ia senyap ketika pergi. Kemudian meletup. Mercun ini di antara mercun yang best untuk digunakan dalam peperangan. Anda baling ke atas, kemudian dia secara automatik akan menjunam ke bawah. Aku dah acu cuba try test banyak kali.

Mercun 'Thunderclap':
  • Mercun ini paling menarik. Bunyi bingit ketika pergi dan meletup. Kelemahannya, ia melilau pergi ikut suka hati dia.

Ok, habis pengenalan. Ketika kejadian berlaku, aku tengah target sekumpulan budak. Aku menggunakan mercun 'Travel'. Ala-ala sniper gitu.

Target lock. AKu meletakkannya di atas jalan raya. Sumbu dinyalakan. Sekali ada sebuah kereta lalu di tempat kejadian. Jika aku membiarkan sahaja mercun itu, confirm kereta itu akan kena.

Secara automatik aku mengambil mercun tersebut dan pegang. Kehangatan api daripada mercun itu kurasai. Tetapi ia bukannya syok seperti kehangatan chenta. Aku bertahan. Sejurus sahaja kereta tersebut hilang, aku melepaskannya ke udara.

Zup! Pow!

Fuh... Nasib baik tidak meletup di tanganku. Aku lihat ada satu garisan melecur dan berdarah di telapak tanganku.

Adeh! Balik rumah, sapu minyak gamat. Settle. Then keluar balik untuk sambung berperang.

*berhati2 ler bile main mercun ya!

Beginilah rupa mercun thunder clap. (acah mak enon!)

18 comments:

Aku said...

Dulu best kan dapat main mercun. Dulu zaman muda remaja gittew abah selalu belikan mercun payung terjun. Best bila dia meletup keluar payung terjun

Jack a.k.a adDam said...

Skang buleh lg la men mercun Hanim..
Err.. ke dah tak buleh?
Banyak² mercun, paling cilake mercun lebah...
Die punye berdesupp....
Melilau ntah mane²...
Seb bek tak meletop... Hmm...

Anonymous said...

thuderclap tu rabak woo. aku pernah buat bazooka sendiri. letak 'bazooka' kat bahu. letak thunderclap. pastu aim. memang terbaikla.

sekarang dah mahal benda tu. rm40-50 satu kotak. gila. baik beli baju.

Anonymous said...

takpe aa aku reti men bunga api cap kucing itam tu je...

Don Balon said...

Ekstrak dari blog koi koi maser kecik-kecik dulu memang kaki mercun dan bunga api..
Bunga api sembur yang pemegang dia belanc-belanc meroh putih tu (bukan UMNO haha) tu koi patohkan pendek-pendek.. carik tiub moto buruk yang pomen doh buanc, potong ambik bahagian logam yang kita pam angin masuk ikut situ tu (mender ke namer mender tu koi lupa)..

Korek buanc bahagian halus yang kita boleh tekan untuk keluorkan angin dari tiub ni..
Ambik skru yang ngam dengan bahagian luor logam tadi.. kira enforcement la ni.. bubuh sampei empat lima skru.. ambik dawai tebal yang keras, sambung ke bahagian logam tadi sebagai pemegang. Bunga api pendek-pendek tu masuk ke dalam logam tu, cucuk pulok dengan paku, biar kepala paku tu keluor. Lepas tu ketuk, POMMM!!
peww..api ada kluar la dey.. lagi best main waktu malanc.. ganas je nampok.. hehe

Tny said...

Uwaaa...mercun!!!
Ha'ah suka lah.. owh nama dia thender clap? Mcm.. thunder cat :P

Best.. best.. colorful cm merdeka celeb8ion plak..

Hajime said...

hanim:
uik?
tu mercun yg mane ek?
aku x pernah main or aku dah lupe...
isk...

jack a.k.a addam:
ah!
mercun lebah layan!
mmg cam lebah...
zuppp.....
p/s: aku dah ade kes 6!

shahril mohammad:
wah!
aku ingat dah...
letak kat beskal...
care...
cam roket launcher!
ah!
dah mahal ek?
baru ingat nak carik...

che sue:
takpe...
tu kire legend gak tu...

don balon:
pergh!
ko mmg otai...
salute2...

tny:
yeah!
thunderclap!
ayuh bermain mercun!

l.i.f.e said...

urghhh aku tak pernah dapat main mercun. habis baik pun bunga api besi yang gambo kucing ada misai warna itam tu. agak2 kalau kawan yg jahat2 tu aku cucuh je dia dgn dawai panas tu.

fadzil hafiz said...

aku budak baik!!!x men mercun...haha...bley caya ke?

alif-mikail said...

padelkopak..
percaye percaye (sambil bakar mercun katak letak dalam sluar padel..) hahaha..


Hajime..
waaa pakar mercun aaa.. jom perang!.. perang is war.. bukan perang = blonde.. woii woii.. sabar la dulu mak koi suruh basuh pinggan ni.. alaaa..

Ayu Hasman said...

dulu2 i ade men mercun gasing..mlm raya pertama main meriah! tibe2...*screeetttt* baju kurung raya kene mercun gasing tuh.wat 1 line yg cantik..pergghhh kuyak!!

Wardrobe kita said...

jom join aku main mercun..kat umah aku ada 1 beg plastik besar mercun..x tau sape punya..abg aku kot..smua yg ganaz2..kereta kebal pn ada kot..

Adexx Boxx said...

lani mercun kelapa dah...jenuh seludup kuaq dr siam...sekilometer boleh dengaq...

Hajime said...

l.i.f.e:
uik?
serius x pernah main mercun?
get a life l.i.f.e...
=op

padelkopak:
oh!
same la...
aku pung...
tu cite kengkwn aku...

alif-mikail:
ayuh!

are-you?:
wah!
main la lagi dua...
leh wat 3 line...
adidas sket...
or jadik budak2 3 line ke...

qaseh.darwisy:
jum2!
kite perabihkan...

perempuan kalis peluru:
serius?
wah!
mau2!

Tny said...

Raya kalini x sempat lah nk snap thunder clap.. kt sini 3,4 mlm gak org kpg main.. tp x sempat..
X pelah.. byk ke mkn lemang, ketupat, rendang?

Hajime said...

tny:
ah!
ye ker...
takpe..
nanti kite gi main...
amik gambo byk2 ek!
ah!
lemang!
feberet tu...
off course kene makan byk!
=op

Princess Fiona said...

"Mercun Travel:
Anda baling ke atas, kemudian dia secara automatik akan menjunam ke bawah."

Bukankah itu dipanggil tarikan graviti?? hehehhehe

Hajime said...

princess fiona:
bukan begitu maksud saya...
thunderclap...
die akan meluncur ikut suke ati die...
tp travel musti akan meluncur 45 darjah kebawah...
camane nak ckp ek...
ah!
ayuh kite lakukan amali...