Sunday, September 28, 2008

Mercun?

Aku teringat zaman kecik dolu-dolu. Time puasa. Bermain mercun!

Tipu la kalau aku kata aku tidak pernah cedera. Sebelum itu aku perkenalkan 3 jenis mercun yang boleh dikatakan adik beradik. Seingat aku la. Kalau salah sila maafkan dan betulkan ya!

Mercun roket:
  • Mercun ini macam roket yang dilepaskan. Berbunyi ketika ia pergi tetapi tidak meletup. Aku agak kureng sikit kalau mahu berperang menggunakan mercun ini. Tiada klimaks.

Mercun 'Travel':
  • Ia seperti mercun roket. Cuma ia senyap ketika pergi. Kemudian meletup. Mercun ini di antara mercun yang best untuk digunakan dalam peperangan. Anda baling ke atas, kemudian dia secara automatik akan menjunam ke bawah. Aku dah acu cuba try test banyak kali.

Mercun 'Thunderclap':
  • Mercun ini paling menarik. Bunyi bingit ketika pergi dan meletup. Kelemahannya, ia melilau pergi ikut suka hati dia.

Ok, habis pengenalan. Ketika kejadian berlaku, aku tengah target sekumpulan budak. Aku menggunakan mercun 'Travel'. Ala-ala sniper gitu.

Target lock. AKu meletakkannya di atas jalan raya. Sumbu dinyalakan. Sekali ada sebuah kereta lalu di tempat kejadian. Jika aku membiarkan sahaja mercun itu, confirm kereta itu akan kena.

Secara automatik aku mengambil mercun tersebut dan pegang. Kehangatan api daripada mercun itu kurasai. Tetapi ia bukannya syok seperti kehangatan chenta. Aku bertahan. Sejurus sahaja kereta tersebut hilang, aku melepaskannya ke udara.

Zup! Pow!

Fuh... Nasib baik tidak meletup di tanganku. Aku lihat ada satu garisan melecur dan berdarah di telapak tanganku.

Adeh! Balik rumah, sapu minyak gamat. Settle. Then keluar balik untuk sambung berperang.

*berhati2 ler bile main mercun ya!

Beginilah rupa mercun thunder clap. (acah mak enon!)

Friday, September 26, 2008

Raya Bila?

Jumaat petang. Aku seperti biasa melepak di bilik bersama Wan Walkman dan Pokme. Busan. Kejap-kejap lagi sikit baru pulang ke rumah. Budget sampai-sampai rumah je dah berbuka. Best2.

Pokme tengah layan komputer. Wan Walkman layan Playstation. Ya. Bilikku mempunyai Playstation dan televisyen. Jika diletakkan meter eletrik di hadapan setiap bilik di kolej, sudah tentu bilikku meter paling tinggi sekali. Komputer 24 jam. Playstation juga.

Aku? Pun seperti biasa. Cuma kali ini aku menyamar memerang yang berbaring enak di permukaan air.

"Wan! Raya bila ek?"

Ketika ini masih lagi mengamalkan sistem anak bulan.

"Tah! 26 atau 27 kot."

"Mana bule kot2. Confirm kan la."

"La, mana aku tau. 25 ni baru tengok anak bulan."

"26 haribulan ni."

Pokme mencelah.

"Confirm ek Pokme?"

"Confirm!"

"Confident je ko. Kalau salah camane? Jum kita bet jum."

"Boleh saja. Aku amik 26 haribulan ni. Ko?"

"Ok, aku amik 1 Syawal."

Selepas itu aku tidak dapat masuk bilik selama seminggu.

*kepada yang sudah mula balik kampung dan tidak melayari internet... saya ucapkan selamat hari raya! kayuh pelan2... nak lintas pandang kiri kanan...

Thursday, September 25, 2008

Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid."

Abah seperti memerintah. Aku memandang kepada emak. Emak mengangguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat Subuh di masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung menyamar beruang berhibernasi selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang Subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjuk ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud.

"Kenapa?"

"Lailatulqadar..."

Bisikku perlahan dengan jari masih menunjuk ke arah kubah tersebut.

"Berapa lama tak ke masjid ni?"

Tidak pasal-pasal aku dimarahi. Rosak pengalaman suciku ini.

"Masjid tengah renovate la. Bumbung masjid bocor. Pasal tu kubah letak kat situ."

Aiyak!


Gambar sekadar hiasan

*selambe aku copy edit paste daripada fwd yg aku dpt...

Wednesday, September 24, 2008

Biskut Kering

Hujan lebat. Langit gelap. Guruh petir sabung menyabung. Di luar seperti konsert metal sedang berlangsung.

Aku? Baru habis kelas. Berseorangan di bilik. Wan Walkman ada kelas. Habis pukul 4. Jam baru menunjukkan pukul 2.30. Lambat lagi berbuka.

Syok betul kalau menyamar tenggiling time hujan begini. Tapi kali ini aku tidak menyamar tenggiling. Aku menyamar panda yang berguling-guling. Segala semangat hendak membuat tutorial terkubur begitu sahaja. Tapi tidak mengapa. Niat aku murni. Kalau dalam Islam dah dapat satu pahala.

Tiba-tiba aku terjaga. Tidak sedar bila aku tertidur. Terjaga kerana azan.

"Erk! Antu betul Wan Walkman ni. Tak kejut aku berbuka. Sure dia makan kat dining hall ni."

Aku terus membuka locker aku. Semalam ada air botol A&W Root Beer yang tak habis. Layan. Air A&W Root Beer memang best. Kalau ada berpuluh-puluh botol pun, rasanya aku buleh habiskan ketika itu.

A&W Root Beer dalam imaginasi pengarang.

Sambil-sambil tu, aku mencari bahan-bahan makanan. Terjumpa biskut kering Wan Walkman. Selalunya aku memang tak layan biskut kering ni. Tawar. Letak la gula ke, baru layan. Sebab itu Wan Walkman beli biskut kering sahaja. Kalau tidak confirm tidak sampai sehari jangkahayatnya. Tapi sekarang, belasah sudah. Kejap lagi dia balik baru minta halalkan.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Wan Walkman masuk dengan basah kuyup.

"Lahabar ko! Tak kejut aku berbuka."

"Berbuka? Aku baru abih kelas ler. Jap lagi baru nak gi tapar."

Erk! Dem...

Tuesday, September 23, 2008

Saman

Semalam ada rakanku telah dipanggil ke mahkamah kerana saman yang tertunggak. Aku ada sedikit cuak.Aku cuba untuk menyemak secara online. Aku google dan jumpa satu website yang paling cepat dan senang untuk menyemak saman.

http://pkukmweb.ukm.my/~knam/JPJ.htm

Aku memasukkan nombor kad pengenalan aku dan enter. Dush!

Beberapa minit kemudian aku tersedar. Banyaknya saman aku. Isk...

*sedang mengira budget... korang try ler...

Monday, September 22, 2008

7?

The rules :

*link to your tagger and post these rules on your blog
*share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog


*link to your tagger and post these rules on your blog

Aku kene tag oleh cik Tny. Cik Tny! Saya sudah buat ya!

*share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird

1. Seorang pemalas. (malas nak huraikan panjang-panjang pasal malas)

2. Walaupun aku selalu cakap 'lek lu sap kok lu', tapi hakikatnya aku tidak hisap rokok. Rokok membahayakan kesihatan dan menipiskan dompetku. Hisap rokok mungkin nampak macho atau cool. Tapi kalau dalam 10 orang yang menghisap rokok, ada seorang yang tidak menghisap rokok, sudah tentu yang seorang itu nampak lebih macho dan cool bukan?

3. Ibuku mengatakan bahawa aku, seorang pelangi. Ya, seorang pelangi. Ini kerana aku suka minum air. Kengkadang aku rasa badan aku mengandungi 95% air. Itu yang menyebabkan aku selalu menyamar obor-obor.

4. Dolu-dolu, aku adalah di antara yang terawal membeli ponsel. Ketika prepaid pertama kali dikenalkan. Kad sim Hotlink aku RM 350.00. Harga ponsel aku tak ingat. Lebih RM 500 juga la. Sekarang? Ponsel aku RM 100.00 sahaja. Tidak mampu untuk beli yang mahal-mahal. Kenapa dolu-dolu boleh sahaja ya?

5. Aku pernah berlakon.
  • Asuhan Budi: Aku jadi pelajar tadika kalau tidak silap aku. Antara skrip yang aku ingat, apabila ditanya samada lebih sayang ibu atau bapa. "Saya sayang bapa saya kerana bapa saya selalu belikan saya mainan."
  • Allughatul Arabiyah: Aku jadi pelajar kelas Bahasa Arab. Aku sekadar wujud di kelas tersebut kerana apabila dipanggil untuk perbincangan skrip, aku ke tandas.
  • Hiwar Islam: Aku jadi penemuramah. Hanya tangan aku yang keluar di kaca televisyen. Tapi lumayan. Tak percaya tanya encik Yoshz.
6. Aku, collector tegar. Detail anda semua boleh klik di sini. Di bawah ini, aku letak gambar-gambar toys yang pernah aku ada.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Kalau anda hebat, silalah menamakan karakter-karakter di atas.

Silalah layari www.sembangtoys.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai toys ataupun anda seorang toy collector.

7. Aku tidak hebat sangat pasal muzik. Tapi aku suka muzik. Mungkin juga lebih tepat untuk dikatakan, aku suka seni.

Satu-satunya alat muzikku yang masih ada.

Mula belajar dan menyukai alat muzik sejak sekolah rendah tetapi tidak dikembangkan. Boleh bermain rekorder dan melodian. Sekolah menengah, aku masuk nasyid dan kumpulan pancaragam. Nasyid, aku belajar ilmu-ilmu vokal. Belajar main piano, gitar, kompang, bongo atau yang sewaktu dengannya. Masuk IPTA, aku belajar main drum. Tapi semuanya tak hebat. Sekadar tahu bagaimana untuk bermain sahaja.

Layarilah www.myspace.com/suarasiren.

* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs

Berikut disenaraikan orang-orang yang aku tag:

i. ~ mizzAmy ~
ii. LoveyAshLiecious
ii. ♥~ir@~♥
iv. arianna adrizal
v. Redbloodsnow
vi. eLiyaShaKa
vii. izzah izzah

* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog

Baiklah! Aku nak komen kat blog mereka sebentar lagi.

Saturday, September 20, 2008

19 Tahun 96 Bulan Berlalu...

Tadi aku bangun sahur, aku rasa sedikit kelainan. Aku pelik. Tertanya-tanya kenapa. Sehinggakan aku tidak boleh tidur kembali. Aku melompat dari satu blog ke satu blog yang lain, sehingga sampai ke blog cik engku.

Aku bercucuran airmata apabila melihat header blog cik engku. Aku tidak dapat berkata apa-apa. Airmata terus mengalir. Inilah header cik engku.

Oh ya! Airmataku bercucuran sahaj kerana terharu. Ia juga kerana 'seronok jadi tua'? Apakah? Aku baru 19 tahun 96 bulan okay...

Ah! Aku dipaksa edit oleh encik Addam.

Terima kasih bebanyak kepada encik Addam. Walaupun encik Addam tidak menghadiahkan aku Penyiasat Remaja Kes 6, aku still terharu. Masih lagi bercucuran airmata. Terima kasih lagi diucapkan. Nanti akan aku claim juga Penyiasat Remaja Kes 6.

Ini aku curi daripada blog encik Addam. Tapi encik Addam, kali ini aku mahu menyamar tenggiling.

*err... sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas...

Friday, September 19, 2008

Eksperimen

"Zim, busan la."

Aku menoleh. Dila atau Nuradila Anuwar atau biasanya ku panggil dengan nama d-La Rocha duduk kat sebelahku. Kami satu makmal. Makmal Kimia II yang ku ambil untuk kali kedua. d-La Rocha aku tidak sure. Mungkin kerana kami ada kimia. Wink-wink!

Eksperimen kali ini memerlukan bahan-bahan kimia diuji pada 0 dan 100 darjah Celcius. Maka kami kena didihkan air di dalam sebuah bikar dan satu lagi bikar dipenuhi dengan ais.

Aku pergi settlekan air yang perlu dididihkan. Manakala d-La Rocha settlekan air yang berais. Kemudian kami kembali ke tempat duduk kami.

"Zim, tengok ni."

d-La Rocha menunjukkan ke arah bikar 500ml yang dipenuhi air berais dengan wap air yang keluar dari bikar menunjukkan betapa sejuknya. Ia seperti memanggil-manggil kami.

"Kalau ni air coke best kan Zim kan?"

Aku menelan air liur. Kami dah macam berada di alam lain. Di sebuah taman yang mempunyai sungai. Sungai yang mengalirkan air Coke dan mempunyai iceberg-iceberg yang kecil. Kami menyelam. Berenang-renang. Lagu background 'Kuch Kuch Hota Hai'. Ah! Heaven...

Petang itu aku membeli satu botol air Coke besar dan ais dari 7 Eleven untuk juadah berbuka.

*kamu semua! ayuh membeli coke untuk berbuka puasa nanti! aku nantikan komen daripada sasha sharifuddin.

Air Coke dalam imaginasi pengarang

Thursday, September 18, 2008

Beliau -Ultimate-

Kali ini aku akan sambung kisah 'beliau'. Ini adalah kisah yang ultimate bagi aku.

Aku tiada ketika kejadian ini berlaku. Maka berkemungkinan cerita ini tidak 100 peratus tepat. Sila baca kisah ini pada pukul 0000, seorang diri di depan komputer, lampu ditutup, hanya cahaya dari skrin monitor sahaja yang ada. Kalau nak lagi feel, tutup skrin monitor sekali. Kisahnya begini...

Rumahku telah didatangi oleh dua orang pemuda tabligh. Tabligh tersebut mengatakan yang mereka ingin berjumpa dengan Ustaz X (aku tak ingat either diorang bagitau nama or not). Ayahku mengajak mereka masuk ke rumah untuk menceritakan dengan lebih lanjut.

Setelah dihidangkan air oren, mereka pun bercerita. Mereka jumpa Ustaz X ini di surau di sebelah masjid di hadapan rumah aku. Sebelum masjid di hadapan rumahku wujud, surau itulah yang dijadikan masjid. Mereka berkata yang Ustaz X telah mengupas surah al-Baqarah dengan sangat hebat. Kupas yang dimaksudkan bukannya seperti mengupas buah ya.

Kemudian, oleh kerana mereka sangat kagum, mereka telah mengvolunteerkan diri untuk menghantar Ustaz X balik. Anda semua mesti boleh agak kisah seterusnya bukan? Maka sampai di sini sahajalah kisah Alam Angker pada hari ini.

Eh? Ada yang tak dapat agak? Sello betul la. Baiklah, aku sambung.

Mereka telah menghantar Ustaz X ke rumahku rupanya. Tunggu sehingga Ustaz X masuk ke dalam rumah lagi. Sebab itu mereka tetap tidak percaya yang rumah itu rumahku. Mereka bertanya sejak bilakah keluarga aku menginap di rumah itu. Ayahku menerangkan yang kami sekeluarga telah menginap di rumah itu sejak aku lahir lagi, 1981. Aiseh! terkantoi lak umur aku berapa.

Kesimpulannya, dari segi apa yang diceritakan oleh mereka, Ustaz X adalah 'beliau'!

Perbincangan mereka dan ayahku diteruskan dalam setengah jam dan mereka pun pulang. Kisah ini nampak macam tidak berapa seram tapi aku mengatakannya ultimate kerana 'beliau' telah menunjukkan diri di dunia kita tanpa segan silu.

Untuk pengetahuan anda semua, 'beliau' adalah makhluk asing dari planet Marikh. Acah mak enon!

Mengikut beberapa sumber, 'beliau' adalah penghulu makhluk bunian di alam mereka yang beragama Islam. Tapak rumah 'beliau', sama tempat dengan tapak rumahku. Oh ya! Ketika ibuku terhidu bau kemenyan di dalam kisah sebelum ini, sebenarnya beliau sedang menemani ibuku.

Sekian sahaja kisah Alam Angker pada hari ini.

*ah! pos yang pantas lagi daripada aku untuk hari ini!

Wednesday, September 17, 2008

Banyaknya Tol

3.00 pagi. Aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada rakanku. Tengah syok menyamar beruang berhibernasi ni. Dengan malasnya aku menjawab.

"Hello assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Jack! Leh tolong aku tak ek?"

"Kenapa ya?"

"Tayar kereta aku pancit, takde alat nak tukar la."

Duh... Tengah mimpi best tadi. Aku bermimpi aku menjadi satu-satunya lelaki dalam dunia ala-ala 'Y the last man' .

"Ko kat mane ek?"

"Kat Federal Highway. Ke arah Subang. Depan Midvalley."

"Ok, ko tunggu aku."

Aku terus mencapai kunci Wagedek dan terus bergerak ke lokasi yang diberikan oleh rakanku tadi. Aku masuk ke Federal Highway melalui Kerinchi. Jadi, aku berada di seberang tempat kejadian. Aku nampak dia sedang 'lek lu sap kok lu' di luar kereta.

Ah! Ada awexs! Dem betul rakanku ini. Time Berfuya-fuya dengan awexs tidak pula mengajak aku. Ada masalah baru terkial-kial cari aku. Aku semakin bersemangat untuk membantu. Aku memecut.

Eh! Alamak! Aku terlepas simpang untuk membuat pusingan U. Tidak mengapa, mungkin ada lagi tempat untuk membuat pusingan U di hadapan.

Erk! Tiba-tiba aku ternampak papan tanda tol di hadapanku. Aku terkial-kial mencari walletku. Tiada! Aku tertinggal wallet. Seluk-seluk poket, juga tiada apa-apa. Macammana ni...

Gambar sekadar hiasan

Aku terperasan ada simpang sebelum tol tersebut. Masuk je la...

Fuh... Lega...

Tapi kelegaan aku hanya sebentar sahaja. Cuba teka apa di hadapan? Maaf! Bukan 'beliau' ya. Ini bukan kisah alam angker.

Di hadapanku, ada road block! Demit betul. Aku menyamar 'angel'. Cuba memancarkan cahaya suci dari wajahku. Polis menahanku. Melihat-lihat ke dalam keretaku. Kemudian membenarkan ke pergi.

Ah! Aku memang 'angel' rupanya. Dugaanku bukan setakat itu sahaja, aku terkedu kembali. Di hadapanku ada lagi tol.

Argh! Banyaknya tol di Malaysia ni. Aku tidak mampu mengelaknya kali ini. Aku berhenti di tepi dan menggeledah Wagedek. Jumpa la dalam 30 sen. Mana cukup. Aku cuba menenangkan diri. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku mengambil ponselku. Membuka baterinya.

Yeah! Dapat RM 2.00! Untuk pengetahuan anda semua, ponsel ku jenis Nokia 6***, bateri di luar. Baterinya longgar. Maka aku selitkan not RM 2.00 untuk mengetatkannya kembali.

Memang aku nak claim gila-gilanya dengan rakanku ini. Pow makan ker, ape ker. Paksa dia bawa sekali awexs yang bersama dengannya. Boleh ada sesi beramah mesra nanti. Dalam kepalaku dah plan apa yang hendak ditanya, topik untuk berbual dan yang sewaktu dengannya. Alat-alatan memancung sudah ready.

Yes! Akhirnya aku sampai jua di tempat kejadian. Aku berhentikan keretaku. Betulkan rambut dan check samada ada air liur basi tertinggal atau tidak. Aku turun dari keretaku dan pergi ke kereta rakanku dengan langkah seorang penyelamat yang bergaya ala-ala Sivaji the Boss. Terngiang-ngiang lagu background Sivaji the Boss ketika itu.

Sampai sahaja aku di kereta rakanku itu, aku perasan tayarnya telah ditukar. Dia sudah berada di tempat duduk pemandu dan hendak menyetart keretanya. Dia menoleh ke arahku.

"Takpe Jack, aku dah settle dah. Ada orang tolong aku tadi. Aku minta tolong bebudak ni wink-wink kat orang yang lalu sini. Ingat baru nak call ko ni. Thanks ya. Esok aku belanja kau."

Kemudian dia menyetart kereta dan berlalu pergi.

Apakah?

Tuesday, September 16, 2008

Nama-nama Jepun?

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

*saje je aku copy paste drpd email yg aku dapat... bg ade kelainan dlm blog aku... (ayat kaber line pasal tgh menyamar kera malas)

Monday, September 15, 2008

Fergie

Semalam ada orang bertanya kepadaku, "Fergie ni siapa ek? Adekah awex ko? Atau pun housemate ko seperti abg marjerin?"

Maka kali ini aku akan menerangkan siapakah Fergie. Fergie, kenderaanku. Ya, kenderaanku diberi nama Fergie.

Kenapa bernama Fergie?

Ia seperti teka-teki, 'Kenapa anak yang dilahirkan oleh isteri En. Kamal diberi nama Siti Nurhaliza?'. Anda semua boleh jawab? Jawapannya, kerana anaknya perempuan. Begitu juga jawapanku. Fergie seorang perempuan.

Kenapa perempuan?

Sila lihat nombor kad pengenalan anda sekarang. Bagi yang lelaki, nombor kad pengenalan anda akan berakhir dengan nombor ganjil bukan? Manakala perempuan pula genap. Kalau bukan, sila periksa 'sesuatu' di bilik air sekarang. Begitu juga dengan kenderaanku. 1616. Berakhir dengan nombor genap bukan?

Kenapa memberikan nama Fergie? Bukan Gigi ke, Yugi ke, atau nama-nama lain?

Ini kerana nombor registrasi kenderaanku, BEP. BEP, Black Eyed Peas. Satu-satunya ahli Black Eyed Peas perempuan? Ya! Anda semua sangat bijak! Hebat! Kalau anda tidak tahu jawapannya, silalah keluar untuk dapatkan 'kehidupan'.

Kalau kita dengar sahaja nama seseorang yang bermula dengan Wan, tentu di dalam kepala kita akan mengatakan yang seseorang itu berasal dari negeri Kelantan. Memang Wan selalunya dikaitkan dengan negeri Kelantan.

Tapi tidak bagi kenderaan. Wan selalunya berasal dari Kuala Lumpur. Dolu2, kenderaanku juga bernama Wan. Wan Ghazali Daud atau nama manjanya Wagedek (WGD7759). Aku sangat merindui kenderaanku ini. Jika sesiapa ternampak silalah memberitahu saya ya!

Encik Wan Ghazali Daud

Nah! Sekarang marilah kita menamakan kenderaan kita beramai-ramai! Ayuh!

Friday, September 12, 2008

Lahabau!

Petang. D218. Kolej Kediaman Keempat. Universiti Malaya.

Aku sedang menyamar tenggiling. Bergulung atas simen. Sejuk. Maghrib lagi sejam lebih. Time puasa begini baru alert tentang masuk waktu. Itupun Subuh dan Maghrib sahaja.

"Wan! Nak tapau ke nak makan kat dining hall ek?"

Aku bertanya kepada roomateku, Wan Walkman.

"Makan sana je le..."

"Baik!"

Wan Walkman sambung bermain game. Game yang sama seperti di dalam pos aku sebelum ini. Championship Manager. Sudah tukar team. Milan senang sangat menang katanya. Asyik-asyik menang. Menci!

Aku menyamar tenggiling kembali. Sedang bergulung tu, aku cuba untuk menghidupkan suasana.

"Wan! Mana datang perkataan tapau ek?

"Ntah la..."

Demit. Dia malas nak melayan aku.

"Aku rasa asal dari kampung ko le Wan."

Aku memancing supaya dia melayan kesangapanku.

"Apsal lak?"

"Ye la. Tapau tu, perkataan yang sebenar, tapar. Orang Melaka kan cakap besar jadik besau, ular jadik ulau, pagar jadik pagau. So tu yang jadi tapau tu."

Wan Walkman terdiam sejenak. Oh! Lupa. Untuk pengetahuan korang, Wan Walkman asal dari Melaka.

"Oh! Kalau camtu, kerbau tu sebenarnye kerbar la ek?"

"Yeah!"

Dia menyambung bermain game kembali. Ah! Dia masih tidak mahu melayanku. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya. Tapi bukan CO2 yang ku bebaskan. Gas lain. Tiba-tiba Wan Walkman menolah ke arahku.

"Lahabar! Bar kentut ni!"

Kemudian petang itu tidak lagi jadi sangap. Kamus Dewan semua habis kami kaji.

*maaf org melaka... aku bukan racist ya! bukan nak kutuk ape... saje je... nak menceriakan suasana... ah! tribute to aku_yanhashim! haha!

Thursday, September 11, 2008

Rumahku Rumah Beliau

Kali ni aku nak ceritakan tentang rumahku. Selain keluargaku, rumahku juga mempunyai penghuni yang lain. Di alam lain, rumahku adalah rumah "beliau".

Seperti yang digambarkan oleh beberapa orang yang pernah berjumpe dengan beliau. "Beliau" seorang yang berjanggut dan beragama Islam. Aku akan ceritakan beberapa kisah. Kisah benar ya.

Kisah 1:

Pak Chuku demam. Dia tidur. Tiba-tiba dia terjaga dan terperasan ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia cuba untuk melihat "beliau" tapi mukanya ditahan oleh tangan "beliau". Beberapa ketika "beliau" hilang. Keesokkan harinya, pakcuku baik daripada demam.

Kisah 2:

Sepupuku juga mengalamai benda yang sama. Dia demam. Dia hendak naik ke tingkat atas. Ternampak dengan "beliau". "Beliau" melambai-lambai padanya. Sepupuku cuak dan lari ke bawah balik. Keesokkan harinya, sepupuku baik daripada demam.

Kisah 3:

Jika keluargaku meninggalkan rumah selama beberapa hari, sepatutnya air di lantai bilik air kering bukan? Tapi lantai bilik airku sentiasa basah.

Kisah 4:

Dolu-dolu, sinki dapurku boleh dikatakan terletak di luar. Jika ibuku membasuh pinggan, ibuku selalu tercium bau kemenyan. Sehinggalah sampai satu malam, ibuku dah malas melayan. Ibuku berkata, "Aku tak kaco ko, ko jangan kaco aku."

Selepas itu, tiada lagi bau kemenyan.

Kisah 5:

Seorang pekerja Indonesia yang sedang bertukang di rumahku merasa dadanya sakit. Dia dapat rasa bukan sakit yang biasa. Lalu dia pun buat sesuatu. "Beliau" muncul di hadapannya. Dia bertanya, "Kenapa kau buat aku ya?"

"Kamu masuk tidak memberi salam."

Apakah?

Kisah 6:

Ibuku menceritakan kisah "beliau" kepada kawannya. Kawannya berkata yang dia ingin sangat berjumpa. Nak dijadikan cerita, kawan ibuku ini tidur di rumahku pada satu malam. Sedang dia tidur, dia terdengar pintunya di ketuk. Dia membuka lampu, kemudian membuka pintu. Tiada siapa. Ia terjadi beberapa kali. Keesokan harinya die bertanya ibuku. Dia ingat ibuku bermanja-manja dengannya. Ibuku tidak tahu apa-apa.

Ultimate:

Ada lagi satu cerita. Bagiku memang ultimate. Akanku ceritakan di Kisah Alam Angker akan datang. Tunggu...

*ah! aku berjaya membuat satu pos yg pantas!

Wednesday, September 10, 2008

Kenangan Sahur

Time aku menginap di Kolej Kediaman Keempat dolu-dolu, aku ada seorang roomate yang best. Actually roomate-roomate aku semua best-best. Tapi kali ini aku nak bercerita tentang mamat ni, Pokme.

*err... maaf! aku tarik balik... tak sume rumate aku best...

Apabila aku bersahur mesti aku teringat kat dia. Kalau dia ada membaca blog aku ni, contact-contact la aku ya.

*padahal bukan terpisah ke ape ke... buleh je call or sms... dah le siap tau lagi umah kat mane lagi...

Kebiasaanya, aku memang tidak kisah pasal sahur. Aku sekadar bangun minum air kosong pun settle. Sunat. Tapi biasa la, saja-saja nak merasa sahur beramai-ramai. Boleh gosip-gosip! So aku suruh la dia kejut aku time sahur.

Oh! Lupa. Seorang lagi roomate aku, Wan Walkman. Kenapa dipanggil Walkman? Nanti aku cerita lagi detail tentang roomate-roomate aku di blog aku ya.

Di pendekkan cerita, kitorang pun layan la sahur. Diorang dah tapao dan aku memang suruh diorang ambil lauk lebih sikit. Boleh aku cekau lauk-lauk daripada diorang je nanti. Sambil makan, kitorang baca la paper yang dijadikan alas, buat lawak, borak-borak, gosip-gosip atau yang sewaktu dengannya.

Seperti biasa, Pokme ni ada sedikit sello. Aku dan Wan Walkman selesai sudah. Wan Walkman pergi layan game. "Championship Manager". Dia dan aku menyupport AC Milan! Pokme, MU dan anti Liberfool a.k.a Liverpool. Sehinggakan dia pernah cakap kat aku yang nak je bakar towel roomate kami sem lepas. Towel bercorak logo Liberfool a.k.a Liverpool.

Aku pulak layan baca komik. One Piece. Diulang untuk kali ke 17. Best betul lepas makan, golek-golek membaca komik. Time tu Pokme masih lagi mengunyah sambil membaca paper yang dijadikan alas. Sedang aku bergolek-golek, aku terperasan yang Pokme senyap je.

"Kusyuk tul bace."

Aku layan balik golek-golek baca komik. Tiba-tiba alarm aku bunyi. Aku set 5 minit sebelum Subuh. So boleh la minum lagi. Aku terperasan Pokme masih senyap.

"Pokme!"

Pokme seperti terkejut dan terus sambung mengunyah.

"Pergh! Tido? Dem..."

Diikuti gelak aku dan Wan Walkman. Disambung dengan gelak budak-budak lain time berbuka hari itu.

*pokme! bukan nak kutuk ko... tp ni kenangan yg best! maaf ya pokme jike menyinggung hati dan perasanmu...

Tuesday, September 09, 2008

Nescafe

0600 local time. 1400 UTC time. Aku berada di dalam Fergie. Terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. On the way untuk mengambil Sayang.

"Ape la diorang ni. Pagi-pagi dah keluar umah. Duduk je la umah. Takpun ikut la jalan lain."

Aku terperangkap di Jalan Lingkaran Tengah 2 ke Sungai Buloh. Ini semua gara-gara En Mohd Sami Velu. Kalau rahimin idris mahu lempang George Bush. Aku mahu je lempang bertalu-talu En. Mohd Sami Velu. Ada ke dia kata Jalan Lingkaran Tengah 2 rosak sebab cuaca. Salahkan tuhan? Bukan salahkan para jurutera yang membuat jalan tersebut. Emo-emo...

Setelah berjam-jam, aku berjaya melepasi Jalan Lingkaran Tengah 2. Aku ingat bala dah habis. Rupa-rupanya sangkaan aku salah. Lagi sesak. Tidak bergerak. Siap boleh keluar kereta, lek lu sap kok lu lagi. Kamu bayangkan 3 laluan menjadi 1. Itu pun tak kira yang memancung masuk ikut stesen minyak. 5 laluan jadi 1. Leher botol!

Aku ngantuk. Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Aku pun melencong masuk ke stesen minyak dan membeli nescafe. Aku juga penggila nescafe. Aku biasanya akan beli 2 sekaligus. Mocha dan Latte. So lepas ni aku pun boleh memancung kereta-kereta lain. Yeah!

Nescafe seperti dalam imaginasi Pengarang (Lazat!)

Aku membuka tingkap. Mengeluarkan tangan sambil memegang Latte. Saja nak menunjukkan yang aku ini baik. Bukan memancung sesuka hati. Aku memang pergi ke stesen minyak tersebut. Aku ingat dengan cara itu, aku tidak akan dipandang serong. Rupa-rupanya aku masih lagi dipandang serong. Aku perasan masing-masing memandang serong padaku. Memandang dengan menyengetkan kepala. Dem...

Aku pun cuba mengukuhkan bukti yang aku singgah di stesen minyak tersebut dengan mengambil Mocha daripada plastik. Tiba-tiba ada sebuah motorsikal lalau di sebelahku. Aku terdengar dia berkata.

"Takde adab langsung!"

Apakah?

Aku emo. Sangat emo. Aku berjaya melepasi kesesakan tersebut dan sampai ke rumah Sayang. Apabila Sayang masuk ke dalam kereta. Aku menceritakan apa yang berlaku. Sayang tersenyum. Aku pelik. Kenapa ya? Sayang bersuara...

"Harini 1 Ramadhan kan?"

Erk!

Sunday, September 07, 2008

Tetap Bersinar Selama Ramadhan

Aku kena tag lagi. Kali ini dengan l.i.f.e. Dia kata just copy and paste sahaja. So aku pun paste la di sini.


Maka dengan ini, aku pula mentag sesiapa sahaja yang membaca pos aku ini. Sekian terima kasih.

*selambe aku mengepos mende bodo ni... maaf ya kalian!

Friday, September 05, 2008

Thursday, September 04, 2008

Histeria - Penamat

"Saya kuciwa dgn anda semlm. Kusangkakan ada cherita mlm angker rupanya cherita kuman pula yg ko tulis. Branding sudah lari. Saya mau saman kerana mempunyai unsur2 bercanggah dlm blog kamu."

Mesej Dr. Nad padaku minggu lepas sejurus sahaja membaca pos ku mengenai kuman. Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada Dr. Nad. Diharap anda sudi melayari blogku lagi selepas ini. Jadi aku teruskan sahaja dengan cerita Alam Angker.

*pss... nad... kita setle kat kedai makan je la ek!

Ingat lagi kisahku tentang histeria ketika aku menjaga para pelatih Khidmat Negara dulu? Anda semua boleh baca di sini.

Surau Kolej Kediaman Keempat. 10 malam. Beberapa orang pembantu pelatih. 2 orang pelatih perempuan Khidmat Negara yang dirasuk. Seorang ustaz dan pembantu-pembantunya. Seorang pengetua yang percaya dengan sains sahaja.

"Ada 2 makhluk ni. Ibu dan anak."

Ustaz tersebut berkata sambil memegang ibu jari salah seorang pelatih perempuan Khidmat Negara. Aku sekadar menamakan pelatih tersebut sebagai Sheila. Sheila berlunjur di hadapan ustaz tersebut.

Tiba-tiba sheila mengamuk. Ingin memukul ustaz tersebut. Pembantu ustaz memegangnya.

"Kau dari mana? Muazam? Kat hutan? Sungai?"

Sheila menggeleng-geleng kepala.

"Oh, tangki air."

"Kau lapar? Haus?"

Sheila mengangguk.

"Ko nak ape? Darah kambing? Air sungai?"

"Oh! Air sungai."

Aku pelik. Ustaz tersebut bercakap dalam alam ghaib. Cakap la di dunia nyata. Mahu juga aku dengar suara benda tu. Merdu ke, garau ke.

Ustaz tersebut membuat gaya ala-ala pelayan di hotel yang memegang dulang dengan sebelah tangan. Aku rasa Yoshz mesti tahu gaya ini.

Kemudian dia seperti memberi kepada Sheila. Sheila membuat gaya seperti mengambil sebuah gelas yang dipenuhi air dan meminumnya.

"Dah! Sekarang aku nak kau keluar dari budak ni!"

Salah seorang pembantu ustaz tersebut membuka jendela surau. Ustaz tersebut menunjuk ke arah jendela itu. Tiba-tiba ada seperti angin bertiup ke luar jendela. Sheila rebah tidak bermaya.

"Ah! Hebat!", hati kecilku berkata.

"Sekarang seorang lagi. Si anak."

Seorang lagi pelatih di bawa duduk berlunjur di hadapan ustaz tersebut. Aku sekadar menamakan beliau sebagai Mambo.

Ustaz tersebut melakukan seperti yang kita selalu lihat dalam cerita-cerita hantu melayu. Ingin memasukkan benda tersebut di dalam botol. Seperti biasa, Mambo berteriak sehingga ustaz tersebut berjaya memasukkan benda itu ke dalam botol. Mambo rebah tidak bermaya.

Segalanya selesai. Kami bersyukur ke hadrat ilahi. Kami keluar dari surau. Lega rasanya. Tiba-tiba kedengaran suara Pengetua Kolej Kediaman Keempat,

"Ini semua pasal stress ni."


Apakah?

*kesimpulan yang aku dapat... hantu ni cam manusia jugak... kene belajar terbang...

Wednesday, September 03, 2008

Aku, Penggila Komik?

Semalam aku bermesej-mesej menerusi yahoo messenger dengan En. Addam a.k.a Jack?. Beliau menyuruh aku menyenaraikan semua komik yang aku ada. Aku sebenarnya tidak mahu untuk menyenaraikan lagi kerana aku terpaksa mengemaskinikan komik-komikku jika hendak menyenaraikan kesemua komik-komikku. Tapi kerana tidak mahu mengecewakan beliau yang telah membantu aku menyenaraikan sedikit komik-komikku yang diadaptasi daripada manga jepun, aku senaraikan sedikit sebanyak. Senarai komik-komikku ini akan dikemaskinikan di masa akan datang. Insyaallah...

Aku banyak membeli komik-komik adaptasi daripada manga yang dikeluarkan oleh Tora Aman dan Comic House. Keluaran syarikat lain juga ada, tapi sedikit sahaja. Di sini aku senaraikan komik-komik adaptasi daripada manga keluaran Tora Aman dan Comic House yang ku miliki.

l = lengkap
t = terkini

Tora Aman:

Bara Api Recca #1-27 ~t~
Detektif Conan #1-61 ~t~
Detektif Conan (Edisi Khas) #1-31 ~t~
Devil & Devil #1-7 ~t~
Eiji #1-25 ~l~
Gash! Emas #1-9 ~t~
Get Backers #1-37 ~t~
GTO #1-25 ~l~
Katsu #1-16 ~l~
H2 #1-16 ~t~
Ideju #1-2
MAR #1-9 ~t~
Malaikat Nakal #1-6 ~t~
Peraturan Ueki #1-9 ~t~
Sarkas Karakuri #1-26 ~t~
Slamdunk #1-31 ~l~
Taufan Limau #1-5 ~l~
Ushio & Tora #1-27 ~t~

Comic House:

3x3 Eyes #1-31 (hilang 2)
Anak Sateria #1-35 ~l~
Bleach #1-3 ~t~
Budak Getah #1-49 ~t~
Cowa ~l~
Dragon Boy ~l~
GS Mikami #1-18 (hilang 3)
Hunter Hunter #1-25 ~t~
Johan Bolasepak I #1-4
Johan Bolasepak II #1-10 ~l~
Johan Bolasepak Offside #1-29 ~t~
Johan Bola Keranjang #1-23 ~l~
Johan Bola Keranjang #1-10 (hilang 1)
Kajika
Mutiara Naga #1-43 ~l~
Misteri Naga #1-37 ~l~
Mutiara Naga Z #1-12
Mata Kucing #1-11
Naruto #1-35 ~l~
Oh! Dewi #1-4
Penyiasat Remaja #1-27 ~l~
Penyiasat Remaja Kes #1-7 (hilang 1)
Penyiasat Remaja Cabaran #1-7 ~l~
Penyiasat Remaja Detektif Premium #1 ~t~
Penyiasat Remaja Sekolah Detektif Q #1-22 ~l~
Penyiasat Remaja (Kes Gokumon) #1-2 ~l~
Penyiasat Remaja (Kes Lagenda Jin Salji) #1-2 ~l~
Penyiasat Remaja (Kes Pontianak) ~l~
Penyiasat Remaja (Panggung Opera) #1-2 ~l~
Pencak Nujum #127 ~l~
Pakar Judo #1-55 ~t~
Penjelajahan Jojo #1-44 ~t~
Pulau Ajaib #1-3 ~l~
Rave #1-35 ~l~
Satria Pedang #1-28 ~l~
Yuyu Hakusho #1-19 ~l~
Yu-Gi-Oh #1-38 ~l~


40 X 4 X 4 = ? (Bukan semua komikku. Sebahagian.)

Aku tambah sedikit dengan menyenaraikan sedikit komik-komik keluaran Marvel yang kumiliki.

Marvel Civil War (lengkap dengan kisah sampingan):

Amazing Spider-Man #529-538
Black Panther #18, 21-25
Blade #5
Captain America #22-25
Cable & Deadpool #30-32
Civil War #1-7
Civil War Battle Damage Report
Civil War: Choosing Sides
Civil War Chronicles #1-12
Civil War Files
Civil War: Front Line #1-11
Civil War: Heroes For Hire #1-8
Civil War: Opening Shot Sketchbook
Civil War Poster Book
Civil War: Road To Civil War
Civil War: The Confession
Civil War: The Initiative
Civil War: The Return
Civil War: War Crimes
Civil War: X-Men #1-4
Civil War: Young Avengers & Runaways #1-4
Daily Bugle Special Edition: Civil War
Fantastic Four #536-543
Fallen Son: Death of Captain America: Wolverine, Avengers, Captain America, Iron Man, Spider-Man
Ghost Rider #8-11
Heroes for Hire #1-3
Iron Man #13-14
Iron Man / Captain America: Casualties of War
Marvel Spotlight: Civil War Aftermath, Captain America Remembered, Mark Millar and Steve McNiven
Moon Knight #7-9
Ms. Marvel #6-8
New Avengers #21-25
New Avengers: Illuminati Special
Punisher: War Journal #1-3
She-Hulk #8
Thunderbolts #103-105, 110
Winter Soldier: Winter Kills
Wolverine #42-48
X-Factor #8-9

Jadi, bagaimanakah En. Addam a.k.a Jack?

*aku edit sket pos... tambah gambo... nanti kate aku audacity... kalau x caye lagi... meh dtg umah aku...

Tuesday, September 02, 2008

Selamat Berpuasa!

Kebanyakan blog yang ku layari kebelakangan ini, semuanya tentang puasa. Maka aku, insan biasa yang tipikal juga mengikut sahaja topik hangat masakini. Sebelum terlambat, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua.

Puasa. Ibadat paling senang bagi aku. Ibadat lain semuanya memerlukan kita menambah sesuatu di dalam kerja seharian. Puasa, kita kena membuang sesuatu di dalam kerja seharian. Sebab itu aku yang malas ini mengatakan puasa, ibadat yang paling senang.

Ketika ini jugalah aku boleh menyimpan duit untuk dibazirkan menjelang raya nanti. Hari biasa, bukan di bulan Ramadhan. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sahaja sudah habis lebih RM10. Belum masuk snuker lagi.

Bulan Ramadhan? Tidak keluar satu sen pun. Cuma duit minyak sahaja. Itupun aku sedang memikirkan bagaimana mahu menyuruh keretaku berpuasa. Sepatutnya keretaku sudah baligh. Lahir 1995. Perempuan. Biasanya perempuan baligh awal kan?

Aku mula "berpuasa penuh" ketika darjah 3. Ketika itu, bila ibu bertanya, "Puasa hari ni?".

"Puasa...", jawabku ringkas sambil menyamar seperti tidak makan selama seminggu.

Padahal tadi baru sahaja membuat amali untuk subjek Bahasa Melayu. Belajar tentang pepatah melayu, "sambil menyelam minum air".

Tiada ada apa yang menarik sepanjang aku berpuasa. Jika tentang terawikh atau yang sewaktu dengannya, lain cerita. Sekian terima kasih.

*mengupdate blog dengan bemalas2an... sindrom hari2 awal berpuase...