Monday, January 12, 2009

Mari Berpantun

Sempena tema aku hari ini, aku setuju dengan abang rockaholic. Sila lihat pos beliau di sini.

Kita berbalik dengan topik aku hari ini, 'mari berpantun'. Ketika di sekolah menengah dahulu, aku telah menjadi ketua pasukan pantun sekolah. Bukan kerana aku pandai berpantun. Semuanya angkara rakan-rakan sekelasku.

"Siapa pandai berpantun?"

"Hazim!!!"

Hampir kesemua rakan sekelasku menyebut namaku apabila ditanya oleh Cikgu Mazni. Ini kerana konon-kononnya aku baik dengan Cikgu Mazni. Akhirnya aku kena mencari satu pasukan untuk bertanding.

Aku berjaya mencari para pemantun sekolah. Seramai 3 orang. Aku? Simpanan sudah. Hanya perlukan 3 orang sahaja.

Tapi yang aku tak tahan, kesemuanya bukan pemantun tegar. Maka pantun-pantun yang direka agak kelakar bagi aku. Kesemuanya berkisar burung. Burung kedidi. Burung undan. Burung tempua yang paling popular. Tidak tahu mengapa.

Sekadar untuk informasi anda semua. Pantun bukan untuk kita sahaja. Seperti yang semua maklum. Pantun dalam bahasa inggeris juga ada. Manakala 'haiku' dalam bahasa jepun, aku rasa boleh dikategorikan sebagai pantun. Pantun 3 kerat. Betul tak abang rokcaholic? Kalau silap, aku minta maaf awal-awal ya!

Klip di bawah menunjukkan satu lagi contoh. Aku rasa kalau mereka yang masuk pertandingan pantun, pasti mereka akan diberikan kemenangan selama 5 tahun berturut-turut secara percuma.

18 comments:

MaSHee said...

Burung tempua atas dahan
Kena tembak senapang gajah
Tgk klip ni mmg gua x tahan
Gua ketawa berdekah-dekah..

Anak kedidi anak merpati
Gaduh dengan si burung undan
Entry kali ni mencuit hati
Sivaji the boss mmg pilihan..

Duduk berteduh di pohon bercham..
Amacam????

Rockaholic said...

Jom perkasakan lagi bahasa kita. :)

Anonymous said...

Masa sekolah menegah aku jadi juri pertandingan pantun lagi! Cerita lanjut aku buat jd entri.

mrblind said...

hah..ni pantun ke menyanyi..gila betul..

indah-chan said...

hajime dan sivaji

*sentiasa seiringan*

hihi

Darkkadabra said...

nice video..

mesti jumpe link kat forum kan2?

Hajime said...

aKu..DiA...kAmU:
burung tempua atas dahan
kena tembak senapang gajah
klip ni memang tak boleh tahan
kah kah kah kah kah kah kah...

anak kedidi anak merpati
gaduh dengan si burung undan
pos kali ni memang mencuti hati
off course la jadi pilihan...

duduk berteduh di pohon bercham...
ada ek nama pokok bercham?

rockaholic:
ayuh!

Hidemichimomotani:
oh!
ni kire prequel la ni ek?
baiklah!
nanti saye pegi ke blog anda!

mrblind:
ko jgn...
suppaaa ni...

valsa nine:
seiring dan sejalan...
eh!
tidak21

darkk25:
yup!
www.sembangtoys.com

Anonymous said...

haha..ko jumpe link lagi..ko dengan sivaji ade hubungan sulit ke?

hahaha

FionaHafiz said...

dua tiga kucing belari
ko mmg update sggh la kan kalau psl sivaji

gilos punya klip
panik org umah aku dgr aku ketawa sendirian~

Anonymous said...

entry yang bagus
nak seram terus tak jadi
hikss

mrs popo~ said...

wahhh..
teror pantun ghupenye..
gler hebat.. :P

Anonymous said...

Macam haram sivaji! hahaha *sori aku jenjalanblog terjumpe video ni.. nice blog kamu.

mahata said...

anak panda di tepi perigi
anak koala di atas pokok
when current touch me
current get a shock!

Hajime said...

macha_sezs:
erk!
shh...
jgnla kantoikan aku...

FionaHafiz:
dua tiga kucing berlari
biasak a... sivaji...
eh?
oh!
ingat rangap kedua pantun gak...

orensangkuit:
hampir seram gak ek?

NaDiaHaNuM~:
tu a pascal...
eh!
aku ke sivaji ek?

fishballisme:
oh!
time kasih...
jemput2...
air oren disediakan...

mahata:
anak panda tepi perigi
anak koala atas pokok
gile tak same 'me' ngan 'gi'
nak aku kasik shock?

BudAk hijAu said...

huahuahuahuaaa....

gilo eh!!

Hajime said...

BudAk hijAu:
erk!
sape2?

Anonymous said...

ah ckp byk tak guna...aku terpegun..terus limewire citer sijavi the boss!

"kajang pak malau kajang berlipat,
ko rasa sijavi pandai lipat baju?"

Hajime said...

Che Sue:
sudah dapat?
kajang pak malau kajang berlipat
bukan sekadar baju... lembu sume die lipat!