Friday, January 30, 2009

Pokok-pokok

Semalam aku berinteraksi dengan rakanku ketika di Kolej Kediaman Keempat. Dia sekarang mengajar tuisyen. Maka, aku teringat peristiwa aku bergaduh dengan cikgu tuisyen aku.

Ketika itu, dia sedang membincangkan soalan matematik untuk ujian minggu lepas.

'Ada 10 batang pokok di atas satu batas yang lurus. Jarak diantaranya 10 meter. Berapakah jarak antara pokok pertama dan pokok terakhir? (Abaikan lebar pokok)'

Dia memberi jawapan X. Jawapan dia salah. Aku mengangkat tangan.

"Jawapan dia bukan Y ke?"

Dia menafikan. Masih teguh dengan pendirian dia.

Aku cuba menerangkan dengan lebih jelas kenapa jawapannya Y. Hinggakan aku membuat lakaran di papan tulis.

Dia? Masih lagi mengatakan jawapan aku salah. Mungkin kerana aku hanya pelajar sekolah rendah. Dia cikgu. Ego tinggi. Airmuka kena jaga.

Aku malas nak pertikaikan lagi. Aku maafkan dia. Dia tidak tahu yang IQ aku 180 macam hajime kindaichi.

Aku bersumpah dengan nama datukku!

*selamba aku riak+takkabur nak bagitahu aku hebat dalam matematik... dulu la... dolu2... ah! kalau anda hebat... apakah X dan apakah Y?

Thursday, January 29, 2009

Hins! Hins!

dah masuk pukul 12 malam......erhmm...erhmmm (clear kan tekak sikit sambil tutup lampu & amik torchlight)

ceritanye cam ni.....ade 2 cerite sebenarnya yg berlaku kat unit aku.....

untuk pengetahuan, uitm manjung ni tak de kampus yg proper sebenarnye, dia guna rumah kedai yg di-convert sebagai kampus....ruang kedai jadi kelas, studio & pejabat....rumah kat atas jadik cam hostel, satu rumah ade 4 bilik (ruang dapur pun di-convert jadi bilik).....masa dulu2, siapa yg buat kursus dari Kajian Senibina, Perancang dan Ukur wajib tahun 1 kat sini......

KES 1:

aku ngan member budak TRP duduk bilik belakang yg asalnye ruang dapur, kat sini ade 3 bijik katil....2 katil ade org, satu katil kosong....

.....pada satu malam tu, mamat TRP ni tidur awal, aku lepak kat ruang tengah ngan bebudak lain....sampai masa nak tidur, aku pun pergi masuk bilik dan baring kat katil aku utk lelapkan mata......masa aku baring tu bole dengar bunyi nafas yg kuat, aku buat tak tau je....ingat member kite ni berdengkur kot...tidur punye tidur, tersedar aku kat pukul 3 kot, rase nak gi toilet lak.....so bangun la ke toilet (bunyi nafas tu ade lagi tau....)......

lepas gi toilet, aku masuk balik utk sambung tidor........bunyi nafas tu ade lagi, hairan aku jap...mamat ni punye nafas kuat nye bunyi, jadi aku gi kat dia....bila diri sebelah dia, baru aku perasan.....bukan nafas dia, jadi musykil jap....pastu aku tengok katil kosong tu(hati dah mula berdebar....)

aku jalan ke katil kosong tu...bunyi nafas tu makin lama makin kuat.......bila diri sebelah katil tu............

.........oh crap.........

memang konfirm ade benda tengah tidur kat situ sebab bole nampak bentuk atas tilam tapi tak nampak jasad.....
terus aku baring kat katil aku dan baca segala ayat yg aku tau sampai tertidur......
benda ni memang berlaku lagi utk beberapa hari sebab masa satu malam yg aku tidur sorang, memang bole dengar makhluk tu bernafas kat area situ.........last sekali, kita orang decide utk lipat tilam tu dan lepas tu semua kembali seperti biasa......."dlm bilik tu sahaja".....

masa pertengahan semester, budak2 bilik depan pergi 'squat' kat unit lain, jadi aku ngan member pun berpindah ke bilik depan untuk mendapat tidur yg nyenyak tanpa gangguan dari nyamuk.......

KES 2:

TUNGGU...

*curi daripada pos zukazini www.sembangtoys.com!

Wednesday, January 28, 2009

Ah! Ini semua yahudi!

Pos aku kali ini sedikit serius. Ini kerana aku dapat bermacam-macam jenis so-called 'maklumat yang wajib disebarkan'. Through ym, sms, email dan apa jua media perantaraan.

Aku terdetik untuk membuat pos ini kerana tidak mahu rakan-rakanku terlibat dalam fitnah memfitnah. KEMUNGKINAN ya. Aku pun tidak pasti 100%. Tapi dalam Islam, kalau kita ragu-ragu pun dah boleh diambil kirakan?

Aku ambil contoh latest 'maklumat yang wajib disebarkan'. Pernah dapat senarai syarikat yang konon-kononnya menyalurkan keuntungan mereka ke yahudi? Suruh kita semua boikot la, itu la, ini la. Pernah bukan?

Aku bukan nak argue 'ada effect ke jika kita boikot memboikot ni'. Point aku yang utama, PENYEBARAN FITNAH (berkemungkinan fitnah jika tiada bukti yang sahih) BERLELUASA. Aku ambil quote pensyarah aku ketika aku belajar di universiti.

"Anda boleh dapat semua maklumat daripada internet, tetapi sebenarnya sumber yang paling tidak boleh dipercayai datangnya daripada internet."

So betul ke semua senarai syarikat tersebut semuanya bantu yahudi? Maybe anda semua akan argue. 'Kami dapat through sms, bukannya internet'.

Baik. Katakanlah sms yang aku dapat, aku tambah satu lagi syarikat tempatan. Contoh, Kedai Mamak NZ. Bagaimana?

Maybe anda semua akan percaya. Tapi cuba aku letak Nasi Ayam Linda Onn. Nampak syarikat melayu sikit. Bagaimana?

Tentu semua kata tipu. Sekali memang benar ditaja oleh salah satu daripada senarai syarikat tersebut. Bagaimana?

Kita ada ke bukti yang kukuh? Yahudi ni sebenarnya dah laksanakan beberapa perkara. Contoh paling senang, entertainment dan bola sepak yang diagung-agungkan. Perkara-perkara begini pun kita tidak perasan sangat dan boikot, inikan pula benda-benda macam ni. Bagi aku ini semua top secret. Senang sangat rasanya kalau maklumat ni bocor macam tu sahaja.

Aku juga boleh keluarkan teori bahawa senarai syarikat yahudi ni semuanya difitnah, yang tiada dalam senarai semuanya yahudi. Bagaimana?

Even kalau aku buat teori esok kiamat, lampirkan segala bukti bumi akan musnah, confirm ada yang duduk di rumah sembahyang taubat tak henti-henti.

So, jika ada bukti yang sah. Di mana tiada keraguan hatta 0.0001% pun yang senarai syarikat tersebut membantu yahudi, nak boikot pun boikot la. Aku sokong.

Ini contoh yang terkini. Macam aku cakap. Point aku yang utama pasal sebar menyebar. Kalau benda ni fitnah, bukan ke kita akan dapat dosa fitnah juga? Satu lagi kenapa mesti sebarkan ke 10 orang la, 20 orang la, pastu wajib pula tu. Imagine dosa fitnah kita dapat macam dalam Multi Level Marketing. Banyak bukan?

Blogspot, friendster, myspace, facebook, yahoo, google dan yang sewaktu dengannya. Yahudi kah?

AH!!! INI SEMUA YAHUDI!!!

:omissball::oangry1::odie2::owargh::opowerup:
:orider::oweee::owhaaa::owacaa:

*aku kemungkinan akan edit lagi pos aku kali ni kalau aku sendiri rasa tidak dapat memahami point2 aku... so harap2 jgn le kite dapat dosa fitnah secara multi level marketing ya!

Thursday, January 22, 2009

Opocot!

Lokasi: Asrama Sekolah
Masa: Tidak diketahui tapi yang confirm memang lewat.
Yang Alami: Member


Time cuti sekolah biasa la, kena basuh baju. So member aku cam biasa gi la basuh baju-baju dia ni. Basuh baju memang ada bilik khas. Paip air dan tempat nak berus baju mengadap tingkap besar yang takde cermin. Member aku ni suka basuh sambil mencangkung, so dia pun basuh la baju kat bawah. Pastu datang le si mamat ni join skali. Dia guna tempat atas.

Start je mamat ni berus baju tetiba je dia jerit "Opocot!!!". :oerk:

Member aku tanya "Asal?". Mamat ni pun jawab, "Beb, perut aku sakit la. Aku blah dulu la". Pas mamat ni blah datang lak mamat lain nak cuci baju gak. Start je berus tetiba dia jerit "Oh pant*t!!!". :oerk:

Member aku tanya, "Asal ni?". Mamat tu jawab, "Aku penat la. Esok je la cuci baju". Pas mamat tadi blah je datang plak senior dia. Cam biasa baru je start berus, tetiba ala2 WWE Rick Flair senior ni pun jerit "Woooo!!!!". :oomg:

Member aku tanya, "Asal bang?". Senior ni jawab "Aku blah dulu la. Ko pun baik blah gak".

Tapi member aku tak nak blah sebab esok nak gi kuar ngan mata air, so dah takde masa nak cuci baju lagi. Bila dah penat cangkung member aku ni pun start la bangun pastu sambung cuci baju kat atas pulak. Dalam 5 minit memberus tetiba member aku terkejut...... :oerr:

Rupa-rupanya....

Baek punya benda berbaju putih....berambut panjang....muka yang tapak tayar lori pun lagi cun tengah main lalu-lalu kat belakang tingkap bilik basuh baju tadi. Patut le ramai yang melatah tadi. Damn.... :o...:

Sekian.....

*terima kasih kepada Dargo daripada www.sembangtoys.com kerana menceritakan kisah ini...

Wednesday, January 21, 2009

Tudung Saji?

Semenjak dua menjak ni aku macam terbaca artikel, blog atau yang sewaktu dengannya yang mengisahkan perempuan bertudung masakini.

Mereka mempertikaikan cara pemakaian. Bertudung tetapi baju dan seluar menampakkan bentuk tubuh badan.

Komen aku, (bukan racist ya) senang sahaja. At least rambut mereka terselamat daripada api neraka.

*aku rasa cam kemaskini pantas aku kali ini mengundang kontroversi je... (melarikan diri dan merubah!) =op

Aku yang merubah.

Tuesday, January 20, 2009

Yon Jipang

Dewan Kuliah Utama. Pusat Asasi Sains. 2000. Semester ketiga.

Aku bukan mengulang semester. Sekadar menambah sahaja. Maklumlah, Universiti Malaya sayang padaku. Suruh aku belajar lebih lama. Tidak sanggup untuk kehilangan aku. Kalau boleh mahu menahan aku selama-lamanya di situ.

Aku duduk di bahagian belakang. Malas hendak duduk di hadapan. Aku tidak suka sesak. Kalau boleh satu baris tu biar aku seorang sahaja yang duduk.

Argh! Aku bosan. Sudah penat aku mengira perkataan 'di sini' yang keluar daripada mulut pensyarah aku. Dia sangat gemar menyebut perkataan 'di sini'. Sama seperti cikgu matematik aku ketika di sekolah menengah dahulu yang suka menyebut 'jadi' dengan iramanya yang tersendiri.

Rakanku pernah mengira jumlah yang disebutnya sepanjang satu jam kelas. Lebih 150 kali.

Berbalik pada aku yang bosan. Aku melihat ke arah sana. Dua orang yang sedang hangat bercinta duduk sebelah menyebelah dengan sangat rapat sekali seperti di tekan daripada kiri dan kanan. Padahal mereka berdua sahaja di barisan itu. Tiba-tiba si perempuan hilang. Rupa-rupanya berbaring di pangkuan si lelaki.

Duh... Dewan kuliah ni. Bukannya taman bunga. Meluat aku. Orang lain bercinta juga. Tiba-tiba aku terbau sesuatu.

Cilakak! Dalam dewan kuliah pun nak merokok. Sedang aku menyumpah seranah, aku terdengar orang di hadapanku berborak tentang komik. Aku cuba menyampuk.

Sekali aku layan bersembang dengan mereka. Hilang kebosanan aku. Di penghujung persembangan...

"Eh! Dulu kau fizikal berapa ek?"

Ketika semester 1 dan 2, kami diasingkan dengan asasi sains fizikal 1 dan 2.

"2! Kau?"

"Eh? Aku 2 juga! Kenapa macam tak pernah nampak kau?"

Asasi sains fizikal 2 mempunyai jumlah pelajar yang sedikit.

"A'ah la. Aku pun macam tak pernah nampak kau. Jap2. Semester 1 kau selalu datang kelas tak?"

"Tak! Semester 2 baru aku rajin."

"Patut la. Semester 2 aku pulak yang malas!"

Semenjak hari itu aku baik dengan dia, Yon.

*tq yon menumpangkan aku dengan jipang lagenda kau...

Voltron. (gambar sekadar hiasan)

Monday, January 19, 2009

Merubah!

Kemaskini pantas daripada aku untuk tema biasa hari Isnin. Bahasa.

Semalam juara lagu. Aku teringat ketika belajar Bahasa Melayu dahulu. Cikgu Yang Razali memberitahu bahawa penulis-penulis lirik hebat. Lirik-lirik mereka diberi pengecualian. Kenapa aku berkata demikian?

Aku ambil dua contoh biasa terdapat dalam lirik.

1. Mencintai atau menyintai?

Cinta diberi imbuhan 'me' di hadapan. Perkataan yang bermula dengan huruf C.

Jika menyintai, maka 'mencukupi' atau 'mencatit' salah. Sepatutnya menyukupi atau menyatit.

2. Mengubah atau merubah?

Merubah, menjadi rubah. Kamu! Merubah!

Aku merubah.

*sekarang ni... 'tengah hari' atau 'tengahari'? aku sudah keliru.

Thursday, January 15, 2009

Henshin

daripada encik am:

tahun: awal 2005
lokasi: banglo setingkat corner lot, tmn pinggiran putra, seri kembangan, selangor
masa: 2 pagi onwards (tak sure)

time ni aku student lg kat MMU cyberjaya.
aku duk umah sewa banglo setingkat corner lot dgn 5 org lg housemate (student MMU jugak).
tp aku slalu jarang ada kat umah sbb takde internet (nak buat assignment) so slalu balik melawati la.
nak dijadikan citer (spt yg telah diceritakan oleh housemate aku pd aku)...

time ni 3 housemate aku je yg ada kat umah.
lg 3 org (termsk aku) takde.
roommate aku tgh sedap tido.
yg lg 2 org ni plak br nak tido.
so junior aku ni (member kpd salah sorang housemate aku....aku gelarkan housemate aku ni sbg B utk memudahkan jalan citer) menumpang kat umah kitorang sbb tgh cari umah sewa (dia study kat IKRAM).

time ni lebih kurang 2-3 pagi la.
dia br balik dpd clubbing kot.
so masa si B ni bukak pintu, si junior ni plak kelihatan lemah gile babai sambil berkata "tolong aku B, ada "benda" ikut aku".
si B ni ingatkan main2 sbb dia ingatkan si junior tu mabuk ke apa ke.
nampak si junior ni mcm tgh tak btul je, so si B ni papah si junior ni ke ruang tamu...duk berehat sambil si B buat air.

tgh buat air, si junior ni dah mula "bertukar".
mcm bukan org dah (kena rasuk).
gaya jalan dia dah mcm gorilla, suara dah lain (bunyi garau).
oh, si junior ni berbadan besar! rambut panjang pulak tu!
si B ni kejutkan si A (si A ni yg citer kat aku).
yg roommate aku plak mmg diorang tak sempat nak kejutkan.

yg aku ingat, si A ni citer kat aku yg junior aku tu (time ni dah kena rasuk) dia pandang bilik air luar sambil berkata "aku nak air" (means dia nak air dlm bilik air tu).
time kena rasuk ni, si A & B tak diapa-apakan.
awek si B dah start nangis.
then, si junior aku ni nampak VCD "dunia lain" (ala, yg indon tu) sambil berkata kat A & B soh gi buang & bakar.
so diorang pon ikut la ckp si junior aku ni.

pendekkan citer, "benda" tu kluar sendiri dpd badan si junior aku ni.
bila ditanya mcm mana "benda" tu ikut si junior aku ni, dia ckp "benda" tu start follow bila dia lalu kat temple (hindu atau buddha aku tak sure) kat jalan ampang.
bila ditanya mcm mana rupa bentuk "benda" tu....si junior aku ni ckp "masya allah, korg mmg takmo tau...bukan satu....BANYAK!".
dlm erti kata lain, "benda" yg follow dia balik umah tu bukan satu....maybe satu family!

ada pendpt dpd member2 aku yg lain, mungkin dia kena follow & rasuk sbb dia ada saka.
wallahualam.

trivia: si junior aku ni duk blakang umah aku je ahaks.
moral of the story: janganlah clubbing. karaoke OK!

*dia 'bertukar' bukan seperti kamen rider 'henshin' ya... lagi satu moral of the story... gi clubbing ke karaoke ke ajak aku skali... eh! bukan semua... wanita sahaja... =op

Tuesday, January 13, 2009

Pek Permulaan!

Hari minggu yang lepas, aku mengemas kotak di bilikku. Aku terjumpa pek permulaan pra-bayar Hotlink aku.

Tiba-tiba aku rasa panas. Bukan kerana tidak memasang kipas ya. Boleh bayangkan tak, aku beli pek permulaan hotlink dahulu dengan harga RM 360.00.

Sekarang? Boleh dapat 36 kad sim dengan RM 10.00 di dalamnya.

Dahulu, menambah nilai RM 60.00, tahan sampai 6 bulan.

Sekarang? Janganlah harap. Dah tukar ke bil dah pun.

Dahulu, ponsel aku harga lebih RM 500.00. Tiada warna. Tiada 3G. biasa-biasa saja.

Sekarang? Ponsel harga kurang RM 500.00. Dengan bermacam-macam fungsi. Aku tidak mampu.

Aku terasa seperti ingin berlayar membawa diri dengan kapal di bawah.

Thousand Sunny! Ayuh!

*kemaskini pantas! aku masih tidak setel dengan linux! isk...

Monday, January 12, 2009

Mari Berpantun

Sempena tema aku hari ini, aku setuju dengan abang rockaholic. Sila lihat pos beliau di sini.

Kita berbalik dengan topik aku hari ini, 'mari berpantun'. Ketika di sekolah menengah dahulu, aku telah menjadi ketua pasukan pantun sekolah. Bukan kerana aku pandai berpantun. Semuanya angkara rakan-rakan sekelasku.

"Siapa pandai berpantun?"

"Hazim!!!"

Hampir kesemua rakan sekelasku menyebut namaku apabila ditanya oleh Cikgu Mazni. Ini kerana konon-kononnya aku baik dengan Cikgu Mazni. Akhirnya aku kena mencari satu pasukan untuk bertanding.

Aku berjaya mencari para pemantun sekolah. Seramai 3 orang. Aku? Simpanan sudah. Hanya perlukan 3 orang sahaja.

Tapi yang aku tak tahan, kesemuanya bukan pemantun tegar. Maka pantun-pantun yang direka agak kelakar bagi aku. Kesemuanya berkisar burung. Burung kedidi. Burung undan. Burung tempua yang paling popular. Tidak tahu mengapa.

Sekadar untuk informasi anda semua. Pantun bukan untuk kita sahaja. Seperti yang semua maklum. Pantun dalam bahasa inggeris juga ada. Manakala 'haiku' dalam bahasa jepun, aku rasa boleh dikategorikan sebagai pantun. Pantun 3 kerat. Betul tak abang rokcaholic? Kalau silap, aku minta maaf awal-awal ya!

Klip di bawah menunjukkan satu lagi contoh. Aku rasa kalau mereka yang masuk pertandingan pantun, pasti mereka akan diberikan kemenangan selama 5 tahun berturut-turut secara percuma.

Friday, January 09, 2009

Gat!

1. Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?

Tah. Kalau aku seorang je lelaki yang tinggal di dunia ni. Lain cerita...

2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?

Wah! Ini memang best. Buat dulu perkara-perkara yang 'best'. Then last2 minit baru bertaubat.

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa? (keluarga dikira satu)

1. Keluarga. Seluruh dunia. Melancong
2. Sayang. Seluruh dunia. Wink2.
3. Darkk. Jepun. Pergi konsert Momosu.
4. Neil Armstrong. Bulan. Nak bagi betul-betul jejak kaki di situ.
5. Semua artis2 wanita di dunia. Adala. Adala.

4. 3 sebab anda berblog?

1. Menyimpan nostalgia2 aku.
2. Menggembirakan semua orang.
3. Rangkaian

5. 2 cara untuk mengubah dunia?

1. Ada satu plan ni. Menarik. Nanti aku bagitahu.
2. Susah sebenarnya nak mengubah dunia ni. (selamba aku skip)

6. Siapakah sahabat pertama kamu

Semua rakanku. Cuma certain time, akan seorang yang selalu hangout bersama. Sekarang, Am.

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?

Ni betul2 mimpi ke atau nak reka ek? (skip lagi)

8. Kau bagaimana orangnya?

Aku dah bagitahu sebelum ini. Boleh lihat di sini.

9. Terangkan kau punya cara?

Juga boleh lihat di sini.

10. Kau seorang pembuli?

Tidak. Aku biasa2 sahaja.

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.

Semua orang dalam blog list aku. Kalau ada nampak blog anda di dalam list, sila buat.

*satu lagi kemaskini malas daripada aku... aku tengah setting linux ni... hantu betul... tak berjaya lagi ni... nak setup gune 2 monitor... dah berjaya... tapi takleh nengok klip or movie... isk... ada sesiapa yang hebat?

Thursday, January 08, 2009

Seram Tak?

Sila renung mata saya. Kemudian anda dapat rasakan saya di belakang anda sekarang.

*ni kemaskini malas... bukan kemaskini pantas...

Wednesday, January 07, 2009

Kejutan Elektrik

Apabila kita menyentuh arus elektrik. Kita akan terkena kejutan elektrik. Tapi aku pelik. Ada orang kena kejutan elektrik, tercampak tetapi tidak mati. Ada yang mati. Begitu juga sebaliknya. Ada juga yang menjadi debu.

Maka aku ajukan pertanyaan kepada Prof. IR Yoshz.

Beliau berkata, kalau voltan tinggi, anda akan ditolak atau tercampak seperti yang kita lihat di filem-filem. Manakala yang mengakibatkan kesakitan, arus. 1 Amp boleh menyebabkan anda maut.

Tapi apabila melihat video di bawah, aku semakin keliru.



*yea! kemaskini pantas!

Tuesday, January 06, 2009

Pukul 3 Pagi...

0300 Localtime

"Assalamualaikum. Encik Hazim?"

"Waalaikumussalam. Ya saya."

"Ni KLIA Met ni. METAR tak boleh hantar ke HQ la."

* METAR ni bukan 'sebentar' dalam loghat pantai timur ya... METAR ni data meteorologi yang perlu dihantar... satu dunia hantar... boleh baca di sini... http://en.wikipedia.org/wiki/METAR

METAR (Aviation Routine Weather Report; thought to be a contraction of the French words MÉTéorologique ["Weather"] Aviation Régulière ["Routine"])


Duh... Hantu betul. Tengah sedap-sedap mimpi gadis ni.

"Dah tanya jabatan IT situ tak ek? Takut2 network down."

"Oh! Jap lagi saya call balik."

Aku dah kena banyak kali. Sampaikan ada sekali tu, aku pergi KLIA, bodoh gitu je. Masalah sebenar, network down. Aku bersiap. Mana tahu kaau-kalau kena pergi sana juga.

0330 Localtime

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. So macammana ek?"

"Diorang kata network ok."

"Boleh tolong cek either network cable kat komputer tercabut ke."

Nasib baik rakanku pernah bercerita tentang kes sebegini. Di mana masalah sebenar, kabel network tercabut.

"Komputer mane ek?"

Aku memberitahu lokasi komputer tersebut.

"Yang monitor gelap ni ek?"

"Eh? Gelap?"

"A'ah!"

"Kat CPU dia, ada lampu tak ek?"

"Takde."

"Ok. Boleh tolong on tak komputer tu?"

"Ok. Terima kasih bebanyak."

"Sama2."

Aku letak telefon dan teruskan bersiap sambil memasukkan bom c4 ke dalam begku.

*cilakak betul... siapa la yang pergi off server tu... hilang mood tidur aku...

Monday, January 05, 2009

Thigh or Drumstick?

"Ya encik. nak order apa?"

"Ayam goreng McD. Nak bahagian thigh ya."

"Bahagian apa tadi?"

Dia kurang dengar kot. Kali ini aku cuba mentranslasi ke Bahasa Melayu.

"Peha2."

"Oh! Drumstick."

"Bukan2. Thigh."

"Tadi kata peha?"

"Camni la. Bawak je apa yang ada. Leher ke tungking ke. Bawak je la."

Kalau drumstick maksudnya peha, thigh maksudnya apa pula ya? Cuba anda search di google.

'define: drumstick'

The lower joint of the leg of a fowl

'define: thigh'

The part of the leg between the hip and the knee

Macammana?

*diedit sedikit selepas cinoi komen

Friday, January 02, 2009

Ralat... Siapa Tag Aku Ni?

1. What is the relationship of you and him/her?

rakan universiti dolu2... start kenal through mirc... pastu dia baik ngan member aku... siap2 calling2 gitu... tapi dia menolak chenta member aku... skali masuk asasi sama ngan aku... then masuk degree je... dia sombong ngan aku... racist... pasal aku bukan budak enginering... kasta aku lagi tinggi... atas bukit... skang ni layan gosip je ngan dia kat ym...

2. Your 5 impressions towards him/her?

1. kijam (muahahahahaha)
2. suka gosip (sape je yang tak suka kan?
3. hebat! aku tak tau camane dia leh lepas degree dalam engineering... aku baru nak bawak cucu aku datang dia grad... tapi tak sempat...
4. hebat lagi! imagine... orang lain jawab exam algebra & kalkulus macam tak cukup je masa... tapi dia... 30 minit je dah keluar... setel...
5. eh? kat atas tu sume kira impressions ke ek? (selambe aku skip no 5)

3. The most memorable things he/she had done for you?

memorable thing ek? aku yang buat tuk dia ada a... (ayat kaber line pasal dah lupe... dem... terase tua aku...)

4. The most memorable things he/she have said to you?

****!!! ****!!! dan ****!!! =op

5. If he/she become your lover, you will..

aku kena make sure dia tak baik ngan rakan baik aku... muahahahahahahaha!

6. If he/she become your enemy, you will..

tikam dia... sauk ketiak dia... lempang bertalu2... acah mak enon... aku bukan wife beater occaayyy... eh! wife lak...

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...

improve? hmm... aiseh... takde kot... bukan maksud ko perfect a sasapudin... saje taknak bagi ko kecik hati... (yes! berjaya skip soalan lagi!)

8. If he/she become your enemy, the reason is...

maybe pasal kalah main magic the gathering ngan aku kot...

9. The most desirable thing to do on him/her is?

magis?

10. The overall impression of him/her is...

dia hebat! semoga menjadi ibu mithali ya!

11. How do you think the people around you will feel about you?

tah... aku ni jenis positif punya orang... self confident yang sangat tinggi... =op

12. The character of you for yourself is?

aku... hmm... most of kriteria untuk virgo ada kat aku... especially virgo-libra... tambah lagi anak kedua... air... paling cool... tapi jangan buat air jadi bah... nanti aku jadi macam kat bawah ni...



*translation time dia cakap awal2 tu: babi datang beramai2... singa datang seorang... finish!!! cool... dan kalau terer... sila cari scene hikmat 'api syurga meragut lalang'!

oh! pastu... ada tahi lalat kat mata... orang cakap ada dua maksud... mata keranjang ngan romantik... aku amik pakai yang romantik... wink2!


13. On contrary, the character you hate of yourself is?

malas!

14. The most person that you wanna be is?

macam aku sekarang sudah... tapi better and better setiap hari a...

15. For the people who care about and likes you, say something about them.

ayat biasa... terima kasih bebanyak ya!

16. Ten people to tag:

1. Carol
2. Made
3. Nad
4. Jojoe
5. Diyana
6. Tny
7. Cinoi
8. Darkk
9. Sesiapa yang dalam blog list aku...
10. Sasapudin balik la... (xde idea sape lagi...)

17. Who is no. 2 having a relationship with?

komputer dia...

18. Is no. 3 a male or a female?

wanita...

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

ah! les! best2... tp sasapudin dah nak jadik mak org...

20. How about no. 5 and 8?

eh? nick dah ngam... dua2 start d... tapi nanti ada orang tikam si darkk dengan gitar bass kang...

21. What is no. 1 studying about?

dia pun budak engine... kasta bawah... =op

22. Is no. 4 single?

mana single... penggila budak ni... muahahahahahaha!

23. Say something about no. 6..

pos sebelum ni dah bagitau... nanti dia pukul...




Thursday, January 01, 2009

Adeh! Kena Tindih!

Isnin lepas. Aku kepenatan. Baru pulang. Aku bersiap-siap untuk tidur. Berbekalkan lampu aroma terapi, aku bermain-main dulu dengan Transformers Animated aku. Starscream, Skywarp, Blitzwing, Lugnutz dan Shockwave, semuanya aku tukar kepada mod robot. Berdiri menghadapku.

Aku tidak sedar bila aku terlelap. Tapi yang pasti, aku tersedar. Tidak boleh bergerak. Sesak nafas.

*Aku kena tindih ke ni?

Aku cuba menenangkan diri. Membaca apa yang patut. Aku terlepas.

*Fuh...

Aku tertidur kembali. Aku memang senang tidur dan senang sedar. Rakan sebilikku pernah berkata bahawa jangan mengumpat aku ketika aku sedang tidur. Aku akan terjaga.

Sekali lagi aku tersedar. Sama seperti tadi.

*Kena lagi? Adeh!

Aku menenangkan diri aku dengan penerangan Sains.

Ahli-ahli sains mengatakan, perkara ini berlaku kerana badan kita sudah sedar tetapi otak yang mengawalnya belum sedar. Ini yang membuatkan kita tidak boleh bergerak. Sesak nafas. Tetapi kalau anda terpegang badan berbulu ke ape ke, itu lain cerita.

Aku terlepas sekali lagi. Kali ini aku terus bangun. Membuka lampu besar. Kembali tidur sehingga Subuh.

*lepas kejadian tu aku macam sentiasa berjaga2... in case jadik lagi sekali... korang sure ada yang pernah kena kan? kalau ada... ceritakanlah ya!

Kalau dia ni yang tindih aku kan syok!