Monday, May 25, 2009

Dunia Akhirat

Bacaan Al-Quran sedang berkumandang. Menandakan waktu Maghrib akan masuk tidak lama lagi. Seperti biasa, Mak Jah dan Mak Yah melepak di halaman rumah untuk bergosip.

"Aku risau la anak aku ni."

"Kenapa Jah?"

"Dia, kalau masuk bab main, tak kira la main bola ke, game ke, apa ke. Memang tak ingat dunia."

"Bagus lah camtu Jah."

"Nape baguslak? Habis benda lain dia tak buat."

"Lah, tadi kau kata 'main tak ingat dunia'. Baguslah. Dia 'main ingat akhirat'!"

Selepas itu, hampir setahun jugalah tiada aktiviti Maghrib di halaman rumah mereka.

14 comments:

little red shoe said...

ahahahaha. dem tol.

Darkkadabra said...

sek baek slalu ingat akhirat

riderhenshin said...

Yg penting amalan kita di dunia tak dibuat dgn btl supaya kita dapat ganjaran yg byk di akhirat..InsyaAllah..Amin..

mrs popo~ said...

hahah..insap,insap!

kecik said...

adakah kau merupakan anak mak jah?
ahaha

Anonymous said...

anak sape lah tu....bagus tu

helomynameisjaye said...

haish ko ni suka menceriakan isnin yang murung.good good.

Hajime said...

little red shoe:
tol mane ek?
tol duke?

Darkk:
tu la pascal...
baguih budaknye...

riderhenshin:
amin...

NaDiaHaNuM~:
insap ke hisap ni ek?
ops!

kecik:
bukan2...
anak mak jah tu...
suami mak jah nye anak!

Enck Bibir:
tu a...
leh jadik calon tu...
calon pembantu umah...

cik belacan melaka:
ah!
mane ade...
tujuan sebenar nak kasik lagi serabut sebenarnye...
=op

Anonymous said...

hahaha.
ko salah sorang makcik tu?

LiyanaHassan said...

haha.
kelakar.
dah lama tak baca blog kelaka kau ni.

aku suka g sini dpt aku ilgkn tensionyg ada dgn gelak tawa baca blog ko ni.
haha.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

hehe..igt akhirat ye..haha,lurus macam pembaris sungguh mak cik itu..

yanhashim said...

main tak ingat dunia. ehehehehe

CoOkiE MoNSter said...

hahahahaha...miscommunication macik tersebut..

Hajime said...

macha_sezs:
shh...
jgn la bgtau kat sini...

nurLIYANA:
ah!
silelahh dtg selalu ya!

penjenayah merah jambu:
oh!
rambut die pun lurus...
baru wat rebonding...

yanhashim:
=oD

CoOkiE MoNSter:
dulu die nak amik mascomm tak dpt...
dpt miscomm je...