Tuesday, November 25, 2008

Jojo's Bizarre Adventure

Akhirnya, aku berjaya menghabiskan bahagian ke-6, Jojo's Bizarre Adventure ataupun yang telah ditranslasi ke Bahasa Melayu, Penjelajahan Jojo. Ramai orang tak berapa suka manga ini kerana lukisannya. Tapi percayalah, jalan ceritanya memang SUPPAAA!!!

Anda semua mesti sudah biasa dengan orang yang mempunyai kuasa elektrik, ais, api iatau yang sewaktu dengannya. Tapi dalam Penjelajahan Jojo, karakter-karakternya mempunyai kuasa yang tidak masuk akal. Di mana sampai aku terfikir, macammana orang baik nak menang ni.

Kemudian setiap bahagian berlaku di negara yang berlainan. Banyak juga aku belajar daripada manga ni.

Penjelajahan Jojo mempunyai 6 bahagian.

1. Phantom Blood (Victorian England)

Hero: Jonathan Joestar

Beliau hanyalah insan biasa yang belajar ilmu gelombang macam cahaya matahari.


Villain: Dio Brando

Beliau pontianak yang hanya takut dengan cahaya matahari. Kalau anda semua fikir dengan sekali imbas, memang masuk akal hero boleh mengalahkan beliau. Tapi masalahnya, Dio telah mempelajari satu taktik untuk mengalahkan ilmu gelombang. Membekukan darah dan badannya. Maka gelombang tidak dapat mengalir di dalam badannya. Macammana hero nak menang?

2. Battle Tendency (Rome)

Hero: Joseph Joestar (cucu Jonathan Joestar)

Beliau seperti datuknya juga. Hanya mempunyai ilmu gelombang.


Villain: Kars

Beliau yang mencipta topeng yang menjadikan Dio pontianak. Masalahnya sekarang, beliau dah berevolusi dan tidak takut pada cahaya matahari. Anda fikirlah, macammana hero nak menang?



3. Stardust Crusaders (Egypt)

Hero: Jyotaro Kujoh (cucu Joseph Joestar)

Bahagian ni sudah mula kuasa Stand. Seperti roh pendamping. Jyotaro Kujoh mempunyai Stand Star Platina yang sangat kuat dan laju.

Villain: Dio Brando


Ya, Dio masih hidup dengan menggunakan badan Jonathan Joestar. Stand beliau, The World. Kuasanya seperti Star Platina. Tapi The World boleh memberhentikan masa. Apakah?


4. Diamond is Unbreakable (Japan)

Hero: Josuke Higashikata (anak Joseph Joestar)

Stand Crazy Diamond. Ia seperti Star Platina. Boleh menyembuh atau membetulkan apa yang disentuh mengikut keinginan Josuke.


Villain: Yoshikage Kira

Stand Killer Queen. Berkuasa bom dan berevolusi sebanyak 2 kali. Bahagian yang tidak masuk akal, beliau menyamar menjadi orang lain, dan di mana tiada seorang pun tahu muka sebenarnya kecuali anak orang yang disamarnya. Evolusi yang ketiga, jika budak itu memberitahu orang lain siapa dirinya, orang itu akan meletup seperti Altantuya. Macammana nak menang ek?


5. Vento Aureo (Italy)

Hero: Giorno Giorvana (anak Dio Brando)

Stand Gold Experience berkuasa memberikan nyawa kepada apa yang disentuhnya selain berkuasa seperti The World.

Villain: Diavolo


Stand King Crimson. Boleh memadamkan masa. Kuasa yang aku paling susah nak faham. Contoh, aku nak makan epal. Beliau padam masa. Tiba-tiba aku dah telan. Tak sedar bila epal tu sampai ke mulut aku. Tapi Diavolo boleh bergerak bebas ketika itu dan dia dapat lihat apa yang berlaku. Apakah?


6. Stone Ocean (Green Dolphin Street Prison)

Heroin: Jolyne Kujoh (anak Jyotaro Kujoh)

Stand Stone Free. Berkuasa seperti tali. Tidak berkuasa sangat seperti Star Platina.


Villain: Enrico Pucci

Stand White Snake berevolusi ke Stand C-Moon berevolusi ke Stand Stairway to Heaven. Menguasai graviti dan kelajuan.
Tak tercapai akalku. Penamat yang aku agak tidak suka.

Sebenarnya ada lagi bahagian ke-7. Steel Ball Run. Tapi dunia macam akibat daripada Stairway to Heaven.

Anda semua nak tahu lebih lanjut? Nak tahu macammana hero menang? Silalah tanya ya! Aku memang recommend manga ni. Serius best.

*atas permintaan sasapudin... bawah ni famili tree diorang... tuk lagi beso... sile klik!


Penerangan:

Atas sekali George Joestar I. Bawah dia Jonathan Joestar (bahagian 1). Tulisan jepun sebelah kiri Jonathan Joestar tu, Dio Brando. Bawah dia George Joestar II. Bawah dia Joseph Joestar (bahagian 2). Lepas tu anak dia Holly kahwin dengan orang Jepun. Bawah Holly, Jyotaro Kujoh (bahagian 3). Yang kiri bawah, Giorno Giorvana (bahagian 5). Sebelah dia, Josuke Higashikata (bahagian 4). Josuke ni macam anak perempuan simpanan Joseph Joestar. Gambar perempuan paling besar tu, Jolyne Kujoh (bahagian 6).

15 comments:

Sasha Sharifuddin said...

apa kata kau buat family tree untuk karekter2 manga ni...

aku suke tgk family tree..

Hajime said...

Sasha Sharifuddin:
sudah!

Darkkadabra said...

Ko memang Tepat. Aku tak baca sebab Lukisan dia. Storyline okay? Pe kata ko tulis balik cite die dalam bentuk novel memandangkan aku tak suka lukisan beliau.

Anonymous said...

gila lah.
saya tak faham satu pun
apa yang anda cerita mengenai kitab ni.
ni hikayat seribu satu malam ke abang jimmy?

Izzah said...

kenapa macam villain lagi powerful dari hero?nak tauu!

Anonymous said...

hehehe..aku layan komik conan je..lalalala~

Hajime said...

darkk25:
erk!
nobel?
dem...
byk ni...
harry porter kalah ni...

yanhashim:
ah!
lebih kureng la...

Izzah Abd Malik:
yup!
org2 jahat bawahan pun power gilak!
err...
nak tau ape ek?
camane die kalah ek?

Che Sue:
kene layan komik ni dowh...
serius...

Darkkadabra said...

ah, xpe. Disebabkan aku nie pembaca manga sejati, nnt aku borong komik ini sama itu dengan One Piece gak. Susah ati One Piece kat rak tak bertambah-tambah. Asyik baca online je. XD

Hajime said...

darkk25:
ah!
borong2...
serius berbaloi...
now nak masuk arc giovana dah...
one piece ko x complete ek?
berdosa besar tu...

Drimanakemana said...

saya minat betul jalan cerita penjelajahan jojo ni dan membaca cerita nya dri volume 1(kisah atuk dia)hingga akhir (kisah cucu dia).tapi datuk dia termasuk juga dlm cerita ni sampai akhir kerana Dio brandon(abg angkat atuk Jojo)ni pakai badan atuk dia dri pertengahan cerita hingga akhir sewaktu jonathan joester berbulan madu.Dan cerita nya tambah menarik bila joseph joester berpindah hidup dgn nenek pompuan dia di Amerika dan mempunyai ability yg tidak dsangka dan bijak dlm pertarungan melawan 3 pembuat topeng batu delima merah yg hidup beribu tahun.tak sangka Lisa-lisa tu ibu dia kerna pemilik gelombang berupaya awet muda.ceritanya tambah menarik bila pindah pada cucu dia jotaro kerana memiliki kuasa Stand.stand dorang ni satu keturunan timbul pasal dio pakai jasad badan c Jonathan ni lah.tapi dlm cerita nya yang menariknya satu adeventure untuk sampai ke mesir mencari Dio yg dah jadi Vampire nilah sebab pengikut setia banyak.kesudahan cerita dia saya paling suka tengok dorang ni belawan kat dlm you tube.Dasat Wooo....cerita ni menunjukkan bermacam strategi sebelum memulakan sesuatu.....rugi kalau tak baca cerita ni.....saya minat sampai main game dia sekali....ada kelab JOJO saya bole masuk tak?

Hajime said...

zorrzs:
ah!
anda telah merumuskan keseluruhan cerita!
best2...
kite same...
tu a...
ape kate kite tubuhkan kelab jojo malaysia!
ayuh!
cube anda masuk www.sembangtoys.com
aku dah wat satu topik tuk jojo!
yeah!

Drimanakemana said...

tubuh kat malaysia tu ok juga...tapi saya bukan kat malaysia,kalau kelab jojo in network ok juga,dlm byk2 aksi dlm comic jojo ni,part mana yg brutal bila baca jalan cerita dia.bagi saya part yg paling brutal ialah part joseph joester kena hadapi 3 hempasan kapal terbang sepanjang hidup dia.1.masa dia kecik,kapal terbang kena rompak dia terjun dgn yg lain pakai kerusi pesawat.2.masa dia mengalahkan musuh langgar pakai kapal terbang dan terhempas atas gunung berapi d italy dan yang ke 3.semasa joseph dan jotaro dgn yg lain terhempas semasa diorang nak bertolak pegi mesir cari Dio Brandon.Hermit Purple stand Joseph Joester

Hajime said...

zorrs:
ah!
network pun ok...
tu a...
stakat ni platform aku...
www.sembangtoys.com
ade la beberape yg minat gak...
dan ade yg dah kene rachun ngan aku...
yup!
mmg best pasal nahas kapalterbang...
lawak2...
ko dah bace arc lepas tu?
anak dio?
anak jyotaro?
lagi complicated woo...

SoriddoSuneku said...

aku baru nak mula tgk anime dia😜,tq reviewnya

Admin said...

JOJO terbaek lah