Thursday, November 27, 2008

Boyarque (trilogi) ~18PL~

Setahu aku, yang betul-betul confirm aku pernah di'sakat', ada 3 kejadian.

Kes 1:

Masa aku kecil-kecil dahulu, selepas arwah tok aku meninggal, dia meninggalkan trofi kepala rusa yang dia buru kat hutan gerik kat ayah aku.

Ayah aku manala reti simpan/appreciate benda-benda camtu, so dia just simpan di stor.

Selama benda tu ada dalam simpanan kami, macam-macam kejadian aneh berlaku kat rumah kami. Antaranya, malam, bila tidur, terdengar bunyi macam haiwan lembu meragut rumput di halaman kami (aku duduk rumah teres corner lot masa tu, jadi mana la nak bela lembu). Kalu ikutkan lembu tu mana la menakutkan sangat, tapi semasa kejadian tu, aku rasa kejang tak berani gerak, dilanda ketakutan yang amat sangat. Dalam Advanced Dungeon & Dragons, fenomena ini dipanggil Dragonfear.

Pastu kadang-kadang rumah kami elok berkemas masa balik sekolah tengahari, sedangkan rumah tiada orang. Ada sekali tu, dah siap masak, aku adik-beradik tibai je la, ingat mak aku balik masak, rupa-rupanya....

Macam-macam lagilah, dan semuanya berakhir bila ada pencuri masuk rumah kami dan bawak lari barang-barang berharga, termasuk 'benda' itu. Apa jadi la dekat owner baru dia sekarang ya?

Semua perkara di atas terbongkar apabila kami dah dewasa, dan duduk sembang-sembang sekeluarga. Selama ini kami masing-masing berahsia, takut dipanggil penakut atau kuat berangan.

18 comments:

mrblind said...

ni entri tak siap ke saja buat macam ni..mana lagi 2 kes.

Hajime said...

mrblind:
cube ngk tajuk...
trilogi...
so...
tunggu...

suya said...

oke mmg seram.

hzrh said...

ah!
part "ingat mak aku balik masak, rupa-rupanya...."
silakan smbung secepat mgkin!
nnt sye merusuh..grrr~

Rajuna said...

gilerr mastika kejadian tersebut!

yoshz said...

Variasari la rajuna! mastika kesah mayat berulat..

Anonymous said...

lembu tu tolong masakkan kot. aku kagum

arianna adrizal said...

oooh~

Hajime said...

suya:
meh sini kalau seram...
=op

this.is.not.me:
ah!
ah!
rusuhan!

Rajuna:
masuk expose mistik ni...

yoshz:
yaa...
siri bercakap dengan jim!
(bukan jin)

Encik Bibir:
eh?
ek?
hebat!

arianna adrizal:
oh!
oh!

FarhanaLicious said...

ahh.. sungguh ngeri!!

Anonymous said...

uwaaaaaaaaa
seramnyerr!
adoiiii..

Anonymous said...

uih...ni tk seram ar...takat meragut rumput tu biar je ar..takyah ko memesin rumput..
bab masak tu..bagus aa tu! tak susah2 nk gajikan maid.hebat tol!

syabas!

Anonymous said...

takuttttttttttttt
ngeeeeeeee
incik makan ape ni..kalau bukan mak masak..
pizza kah??
yum yum

dzul said...

mlm semalam aku dengar bunyi mende mendengus dengus dr belakang rumah dlm kul 3 a.m. bunyi ape tah..kaco betul org nak tido..hish

Izzah said...

ish,seram la jugak.nasib bace pagi-pagi ni

Hajime said...

farhanaLicious:
ngeri ek?

Nem0 o0h Nem0:
uik?
adoi?

Che Sue:
betul gak ek...
menarik!

orensangkuit:
a'ah kot...
die order delivery...

Dzulkarnain Mohamad:
uik?
ko ke pencuri tu ek?

Izzah Abd Malik:
aler...
x feel a...

WorkingMama said...

ok
seram.

Hajime said...

farah sr:
(menggigil)