Thursday, November 20, 2008

Bomoh?

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Mentakab.

Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang Bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar. Budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.

Akhirnya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar.

Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikanpada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya. Selepas makan Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi berasa amat berat sekali...

Salleh pun cuba berteriak untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat di kerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya dia dapat berteriak memanggil bapanya.

Kemudian dia pengsan. Apabila dia membuka matanya diadapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir.

Dia kembali terlelap. Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menjawab nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain di benaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai di tanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang di dalam lubang bertempik...

"Apa ni!!!"


Apakah?




"Macammana flyer ni ada kat sini?"


'When We WereYoung...The Gig'


*jangan mara ya... nak wat iklan... jemputla datang...



18 comments:

Rahimin Idris said...

hahaha

jauh la. dekat aku support bai. good luck!

Hajime said...

Rahimin Idris:
ah!
tima kasih ya!

Anonymous said...

when i was (still hokey! ahaks) young, ada psycho sonic, ada carburator dung..ada subculture..napa tak deni??napa?? napa??

Darkkadabra said...

mula2 igt cite lawak..pas dah sampai tengah-tengah cam serius..pahtu terase boring lak..igt cite lawak..pastu bace lagi...cam siyes..last2..den terkena..promo rupanya..nice..

Hajime said...

Che Sue:
erk!
band ape tu?
tuanye che sue...
=op

darkk25:
ah!
maaf!
saye sekadar mau promo saje...
n nak kenekan ngan tema arini!
=oD

Tny said...

Ada2 jelah.. seram, suspen.. tetiba ajak pegi gig!!!

:P

dzul said...

hahaha..
gini gaya punya iklan pn ada ke?..
tak elok btul prangai..

Anonymous said...

gila babi iklan ni. terbaik terbaik terbaik. hahaha

mrblind said...

tak agak-agak iklan lu ni bai..kalau masuk tv dah lama kena banned ni..

Cinoi Lavigne said...

wah.iklan u.tak tercapai akalku.kamu memang sot!

Hajime said...

Tny:
seram ek?
ah!
jum2!

Dzulkarnain Mohamad:
amacam?
aku leh masuk bidang pengiklanan dok?

shahril mohammad:
tq2...
jgn lupe calonkan tuk iklan terbaik ya!

mrblind:
wah!
kene banned ek?
isk...

Qi_cinoi.Lavigne:
same la...
akalku pun tak tercapai...

Fiziy said...

yela yela, kitorang semua dtg gig tu. HAHA

Anonymous said...

alaaa baru nak berfeling meling citer antu...
skali gig..
adeiiiii

Hajime said...

Fiziy:
xde pung...

orensangkuit:
ah!
maaf!

WorkingMama said...

oh!
saya terlepas
mintak maaf

Hajime said...

farah sr:
xpe2...
januari ade lagi...
insyaallah...

Kiubrubik said...

hahahampeh

Hajime said...

Marzuki:
ah!