"Fuh..."
Aku penat. Penat menjala. Hasil tangkapan kali ini amat memuaskan. Hasmadi berdiri di sebelahku. Melihat hasil tangkapanku.
"Udah-udah ler. Kang semua kau dapat. Orang lain nak jugak."
Aku memandang serong (memandang dengan menyengetkan sedikit kepala).
"Ye la."
Aku terpaksa berpuas hati dengan hasil tangkapan aku kali ini. Aku tahu aku berupaya untuk mendapat lebih banyak lagi hasil tangkapan.
Aku pergi ke arah meja makan. Hamizul berada disitu.
"Berapa kau dapat hari ini?"
"Jap aku kira."
Beberapa saat kemudian.
"9 udang, 4 sotong dan 6 ayam."
"Cilakak! Banyak gilak!"
*best betul aku breakfast semenjak dua menjak ni... kedai cekik harga ni letak nasi goreng dia... ada udang... sotong... ayam... dah la amik sendiri... memang aku kaut la apa yang ada... harga sama je... harga sepinggan nasi goreng... best2... tu la... letak lagi RM 1.90 tuk neslo suam...
Friday, November 28, 2008
Thursday, November 27, 2008
Boyarque (trilogi) ~18PL~
Setahu aku, yang betul-betul confirm aku pernah di'sakat', ada 3 kejadian.
Kes 1:
Masa aku kecil-kecil dahulu, selepas arwah tok aku meninggal, dia meninggalkan trofi kepala rusa yang dia buru kat hutan gerik kat ayah aku.
Ayah aku manala reti simpan/appreciate benda-benda camtu, so dia just simpan di stor.
Selama benda tu ada dalam simpanan kami, macam-macam kejadian aneh berlaku kat rumah kami. Antaranya, malam, bila tidur, terdengar bunyi macam haiwan lembu meragut rumput di halaman kami (aku duduk rumah teres corner lot masa tu, jadi mana la nak bela lembu). Kalu ikutkan lembu tu mana la menakutkan sangat, tapi semasa kejadian tu, aku rasa kejang tak berani gerak, dilanda ketakutan yang amat sangat. Dalam Advanced Dungeon & Dragons, fenomena ini dipanggil Dragonfear.
Pastu kadang-kadang rumah kami elok berkemas masa balik sekolah tengahari, sedangkan rumah tiada orang. Ada sekali tu, dah siap masak, aku adik-beradik tibai je la, ingat mak aku balik masak, rupa-rupanya....
Macam-macam lagilah, dan semuanya berakhir bila ada pencuri masuk rumah kami dan bawak lari barang-barang berharga, termasuk 'benda' itu. Apa jadi la dekat owner baru dia sekarang ya?
Semua perkara di atas terbongkar apabila kami dah dewasa, dan duduk sembang-sembang sekeluarga. Selama ini kami masing-masing berahsia, takut dipanggil penakut atau kuat berangan.

Wednesday, November 26, 2008
Apakah itu CD?
Apakah itu CD dalam terminologi muzik?
Kamei Eri: Sesame (apakah?)
Niigaki Risa: Cassette Demotape
Ishikawa Rika: Computer Desk
Yoshikawa Hitomi: Christian Dior
Michisige Sayumi & Tanaka Reina: Count Down & Player
Takahashi Ai: Compact Disk
Jawapan tak tercapai akalku...
Ogawa Makoto: Secret Demo Graphic (mana C?) confuse dengan Secret Democracy?
*kalau korang tak percaya itu memang jawapan2 diorang... sile lihat youtube di bawah... yang 1st tu... nengok part ujung2... yang 2nd sambungan die...

Tuesday, November 25, 2008
Jojo's Bizarre Adventure
Akhirnya, aku berjaya menghabiskan bahagian ke-6, Jojo's Bizarre Adventure ataupun yang telah ditranslasi ke Bahasa Melayu, Penjelajahan Jojo. Ramai orang tak berapa suka manga ini kerana lukisannya. Tapi percayalah, jalan ceritanya memang SUPPAAA!!!
Anda semua mesti sudah biasa dengan orang yang mempunyai kuasa elektrik, ais, api iatau yang sewaktu dengannya. Tapi dalam Penjelajahan Jojo, karakter-karakternya mempunyai kuasa yang tidak masuk akal. Di mana sampai aku terfikir, macammana orang baik nak menang ni.
Kemudian setiap bahagian berlaku di negara yang berlainan. Banyak juga aku belajar daripada manga ni.
Penjelajahan Jojo mempunyai 6 bahagian.
1. Phantom Blood (Victorian England)
Hero: Jonathan Joestar
Beliau hanyalah insan biasa yang belajar ilmu gelombang macam cahaya matahari.
Villain: Dio Brando
Beliau pontianak yang hanya takut dengan cahaya matahari. Kalau anda semua fikir dengan sekali imbas, memang masuk akal hero boleh mengalahkan beliau. Tapi masalahnya, Dio telah mempelajari satu taktik untuk mengalahkan ilmu gelombang. Membekukan darah dan badannya. Maka gelombang tidak dapat mengalir di dalam badannya. Macammana hero nak menang?
2. Battle Tendency (Rome)
Hero: Joseph Joestar (cucu Jonathan Joestar)
Beliau seperti datuknya juga. Hanya mempunyai ilmu gelombang.
Villain: Kars
Beliau yang mencipta topeng yang menjadikan Dio pontianak. Masalahnya sekarang, beliau dah berevolusi dan tidak takut pada cahaya matahari. Anda fikirlah, macammana hero nak menang?
3. Stardust Crusaders (Egypt)
Hero: Jyotaro Kujoh (cucu Joseph Joestar)
Bahagian ni sudah mula kuasa Stand. Seperti roh pendamping. Jyotaro Kujoh mempunyai Stand Star Platina yang sangat kuat dan laju.
Villain: Dio Brando
Ya, Dio masih hidup dengan menggunakan badan Jonathan Joestar. Stand beliau, The World. Kuasanya seperti Star Platina. Tapi The World boleh memberhentikan masa. Apakah?
4. Diamond is Unbreakable (Japan)
Hero: Josuke Higashikata (anak Joseph Joestar)
Stand Crazy Diamond. Ia seperti Star Platina. Boleh menyembuh atau membetulkan apa yang disentuh mengikut keinginan Josuke.
Villain: Yoshikage Kira
Stand Killer Queen. Berkuasa bom dan berevolusi sebanyak 2 kali. Bahagian yang tidak masuk akal, beliau menyamar menjadi orang lain, dan di mana tiada seorang pun tahu muka sebenarnya kecuali anak orang yang disamarnya. Evolusi yang ketiga, jika budak itu memberitahu orang lain siapa dirinya, orang itu akan meletup seperti Altantuya. Macammana nak menang ek?
5. Vento Aureo (Italy)
Hero: Giorno Giorvana (anak Dio Brando)
Stand Gold Experience berkuasa memberikan nyawa kepada apa yang disentuhnya selain berkuasa seperti The World.
Villain: Diavolo
Stand King Crimson. Boleh memadamkan masa. Kuasa yang aku paling susah nak faham. Contoh, aku nak makan epal. Beliau padam masa. Tiba-tiba aku dah telan. Tak sedar bila epal tu sampai ke mulut aku. Tapi Diavolo boleh bergerak bebas ketika itu dan dia dapat lihat apa yang berlaku. Apakah?
6. Stone Ocean (Green Dolphin Street Prison)
Heroin: Jolyne Kujoh (anak Jyotaro Kujoh)
Stand Stone Free. Berkuasa seperti tali. Tidak berkuasa sangat seperti Star Platina.
Villain: Enrico Pucci
Stand White Snake berevolusi ke Stand C-Moon berevolusi ke Stand Stairway to Heaven. Menguasai graviti dan kelajuan. Tak tercapai akalku. Penamat yang aku agak tidak suka.
Sebenarnya ada lagi bahagian ke-7. Steel Ball Run. Tapi dunia macam akibat daripada Stairway to Heaven.
Anda semua nak tahu lebih lanjut? Nak tahu macammana hero menang? Silalah tanya ya! Aku memang recommend manga ni. Serius best.
*atas permintaan sasapudin... bawah ni famili tree diorang... tuk lagi beso... sile klik!
Penerangan:
Atas sekali George Joestar I. Bawah dia Jonathan Joestar (bahagian 1). Tulisan jepun sebelah kiri Jonathan Joestar tu, Dio Brando. Bawah dia George Joestar II. Bawah dia Joseph Joestar (bahagian 2). Lepas tu anak dia Holly kahwin dengan orang Jepun. Bawah Holly, Jyotaro Kujoh (bahagian 3). Yang kiri bawah, Giorno Giorvana (bahagian 5). Sebelah dia, Josuke Higashikata (bahagian 4). Josuke ni macam anak perempuan simpanan Joseph Joestar. Gambar perempuan paling besar tu, Jolyne Kujoh (bahagian 6).

Friday, November 21, 2008
Map & Happy Birthday?
Map ke gig esok! Datanglah ya! Sila klik untuk gambar lebih jelas.
&
Thursday, November 20, 2008
Bomoh?
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Mentakab.
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang Bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.
Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar. Budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.
Akhirnya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja di rumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar.
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikanpada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya. Selepas makan Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi berasa amat berat sekali...
Salleh pun cuba berteriak untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat di kerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya dia dapat berteriak memanggil bapanya.
Kemudian dia pengsan. Apabila dia membuka matanya diadapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir.
Dia kembali terlelap. Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menjawab nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain di benaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai di tanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang di dalam lubang bertempik...
"Apa ni!!!"

Wednesday, November 19, 2008
'When We WereYoung...The Gig'
Di atas beberapa sebab tertentu, Gig 'When We Were Young' terpaksa ditukar tarikh & tempatnya. Todakcrew Records ingin meminta maaf di atas pertukaran last minute nie. Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dalam berurusan dengan pihak kelab ataupun pemilik premis yang bakal menganjurkan gig kami. Next time kami akan pastikan pihak pengurusan tidak akan memperlekehkan 'indipendent organiser' seperti kami dengan membatalkan gig yang bakal kami anjurkan sesuka hati mak bapak dorang! Walauapapun...'The Show Must Go On!' Terima kasih atas sokongan anda!
'When We WereYoung...The Gig'
-An approximately 3 hours of non stop energatic music from 3 great bands of different era. Presenting:
1) Robot Asmara
2) John's Mistress
3) Siren (1st apperance)
It's a tribute to the 70's, 80's & 90's music scene where Disco, Funk, Rock, Alternatives & etc rules the music industry. If you guys have already forgotten how is it like to be in the past, you guys should come to this gig where we never forget the day 'When We Were Young'.
- Date: 22th Nov 2008 (Saturday)
- Time: Start at 9pm till 11.30pm
- Location: VR1 Cafe (Prudential Building, Damansara Intan, Petaling Jaya)
- Admission: FREE!
- Bring some extra cash for there'll be loads & loads of interesting stuffs on for sale that night such as Collectibles, Rare T-shirts, Toys & etc etc.

Tuesday, November 18, 2008
Hutang Yang Pertama
Encik darkk telah mengetag aku...
01. what is the most important thing in your life ?
my life.
02. what is the last thing you bought with your own money ?
credit card boleh consider as money dok?
03. where do you wish to get married ?
where? think should ask 'when' dulu la...
04. how old do you think you will get permanently owned by your lover ?
lu ingat gue barang ke? boleh permanent2 owned gitu2 jer... menci!
05. are you in love ?
ah! ano... ano... (blushing2... anak mate ke kiri ke kanan... jarik telunjuk kanan cucuk jari telunjuk kiri...)
06. where was the last restaurant you had dinner at ?
kedai hijau kat belakang opis... neslo suam rm 1.90... buleh?
07. name the latest book you bought ?
err... book ngan comic same dok?
08. what is your full name ?
hazim noh! ringkas bukan? chegu aku dolu2 kate name aku paling senang tulis. pendek je. pastu semua chegu akan ingat aku dengan nama penuh... hazim noh!
09. do you prefer mother or father?
dolu2 time aku berlakon dalam asuhan budi... aku punye lirik... "saya sayang ayah saya kerana ayah selalu belikan saya mainan"...
10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time
- karakter-karakter maya yang chumel-chumel!
11. christina or britney?
who?
12. do you do your own laundry ?
mesin sudah...
13. the most exciting place you want to go ?
my room... zz...
14. hugs or kisses ?
err... both?
15. point out five things about the person who tagged you
- beliau sangat hebat mengarang... sila pergi ke blog beliau...
- beliau mempunyai minat yang sama dengan aku...
- aku kenal beliau di alam maya...
- beliau yang tag aku...
- beliau juga yang memberitahu aku yang aku ditag...
16. eight things i’m passionate about
maaf! aku tidak boleh jawab! dah lama hilang perasaan 'passionate' ni...
17. eight books i have read recently
cam aku jawab di atas... kalau komik can consider sebagai buku...
- naruto #38
- duke jenaka #39
- juara komik #11
- emerald allies (green lantern & flash) tpb
- manual PC104 Module with 4/8 RS232 connector
- penjelajahan jojo #70
- justice league of america #25
- budak getah #50
18. eight songs i’ve been listening over and over again
- siren: cermin
- siren: selamanya
- morning musume: genki+
- morning musume: kanashimi twilight
- morning musume: resonant blue
- morning musume: soyokaze ni yorisotte (sexy boy)
- fastball: the way
- david bowie: the man who sold the world
*fastball & bowie tu lagu cover gig nanti
19. eight things i learned this year
- terdapat makhluk asing 'flying rods'...
- cara unta berjalan...
- mengenali dan mengecam ahli-ahli morning musume...
- belajar menari para-para...
isk... apa lagi ni... (nampak sangat malas belajar)
20. eight people you tag
semua dalam blog list aku tu... pasal tak tahu siapa yang dah buat semua... siapa yang belum tu... silalah ya!
*susah gak rupenye menatang tag2 ni... ade lagi yg aku kene... aku cube untuk membuatnye ya! silelah ingat kan... takut ade tag yang aku terlupa buat ker...

Monday, November 17, 2008
Isi Tempat Kosong
Hari ini, sempena tema 'minda bahasa awak', aku nak memberi satu ujian. English test. Cuba berikan maksud ayat di bawah, berikan grammar yang betul dan isi tempat kosong.
Using the protection is before sticking. ________ with softness the cloth will show to hold to wipe clean.
So agak-agak apa yang perlu diletak di tempat kosong itu ya? Sila semak jawapan anda dengan klik 'show' di bawah.

Thursday, November 13, 2008
Sodium Chloride? Natrium Klorida?
Insiden ni berlaku dalam beberapa minggu lepas.
Yasmin Yusof, penyampai radio untuk Radio 4 membuat soalan trivia (sekali sekala dengar radio omputih ni). Pemanggil pertama dengan jawapan yang tepat akan dapat hadiah.
"Can anyone out there tell me the household name of Sodium Chloride."
Lepas tu ada seorang pemanggil wanita yang sudah berkahwin menelefon. Dia tidak pasti jawapan untuk soalan tersebut. Maka dia minta Yasmin Yusof untuk memberikannya klu.
"Something you put on your 'husbands eggs' in the morning."
Sejurus selepas Yasmin Yusof menghabiskan ayatnya, dengan penuh keyakinan dia menjawab.
"Talcum powder."
Lepas tu selama setengah jam, hanya lagu dan iklan sahaja yang berkumandang di radio.
Apakah?
*aku rasa minah ni x amik kimia time spm ni... ade ker sodium chloride die kate talcum powder? (naive+innocent)

Wednesday, November 12, 2008
Baikpulih
Ah! Lama betul aku tidak mengemaskinikan blog. Maaf ya. Aku sedikit tidak sihat dan sibuk. Ada beberapa tag aku dapat. Tapi masalahnya aku tidak boleh buat. Kamera ada. Kabelnya tiada. Isk...
Ini adalah pos memanaskan badan daripadaku. Memandangkan aku ada gig tidak lama lagi, maka aku mengiklankan lagi di sini.
Kami berkemungkinan membawa beberapa lagu. Iaitu:
- Cermin
- Dengarlah Aku
- Apa Yang Ku Rasa
- Bintang Merah Jambu a.k.a Pinky STAR
- Selamanya
Lagu-lagu yang kami akan main semula:
- Fastball - The Way
- Soul Asylum - Runaway Train
- Black Dog Bone - Gadis Ayu
Anda boleh mendengar lagu Cermin dan Dengarlah Aku di myspace Siren, www.myspace.com/suarasiren.
Jikalau anda mahu mp3 lagu-lagu Siren, jangan segan silu untuk meminta daripada aku. Silalah datang untuk menyokong kami ya!

Saturday, November 08, 2008
When We WereYoung...The Gig
-An approximately 3 hours of non stop energatic music from 4 great bands of different era. Presenting:
1) Deja Voodoo spells
2) Robot Asmara
3) Marionexxes
4) Siren (1st apperance)
It's a tribute to the 70's, 80's & 90's music scene where Disco, Funk, Rock, Alternatives & etc rules the music industry. If you guys have already forgotten how is it like to be in the past, you guys should come to this gig where we never forget the day 'When We Were Young'.
- Date: 28th Nov 2008 (Friday)
- Time: Start at 8.30pm till drop!
- Location: Republic (Sunway Pyramid) 'Next to Italiannies'.
- Admission: FREE!
- Bring some extra cash for there'll be loads & loads of interesting stuffs on for sale that night such as Collectibles, Rare T-shirts, Toys & etc etc.
Silalah layari www.myspace.com/suarasiren dan menjadi fan siren dengan mengadd kami!
Thursday, November 06, 2008
Terjun Berjemaah
Ingat tak kisah kucing angker? Kisah kat bawah ni pun datang daripada orang yang sama, encik Jaguar dari sembangtoys.
2nd story
ni cite kat kem majide..mase tu aku kecik lagi...still baby..suci dan murni...nie akak aku cite...ade satu malam, dia tinggal berdua ngan arwah mak aku...
malam tu renyai²..akak aku ngah buat kije sekolah..tgh tekun mentelaah..GEDEBAM...buat benda jatuh kat atap garaj bapak aku...pas tu ilang...GEDEDAM lagi....akak aku pun pelik lah....bunyi ape tuh/ kuat lak tu!! so dgn gaya heroin, akak aku pun jenguk lah kat tingkap...
GEDEBAM...BUK..jatuh kat tanah..pocong yg jatuh..pas tu bergolek² trus ilang...pas tu jdik lagi..benda yg same...akak aku pun ape lagi..cabut masuk bilik...bende berulang² lame jugaklah...then mlm tu jugak ia hilang secara sendirinye...
boleh dikatakan setiap rumah yg family aku duduk (setelah berpindah randah) mesti ade kejadian misteri..and makcik aku ade cakap, mcm ade bende yg suke ikut arwah mak aku..wallahu alam..
*ni namanye update malas... bukan update pantas!

Wednesday, November 05, 2008
Malaysia Boleh!
Hari Isnin yang lepas aku pergi menemani boss aku membuat demo di sebuah syarikat telekomunikasi. Sementara menunggu boss aku, aku lepak di lobi.
Ada seorang dari Jepun, Japanese (bukan nama sebenar) dan seorang dari Amerika, American (juga bukan nama sebenar) turut berada di situ. Mereka berborak tentang kehebatan teknologi telekomunikasi di negara masing-masing.
(setelah di alih bahasa)
"Ko tau tak. Hari tu, time aku gali tanah tuk letak kabel telekomunikasi kat negara aku, Amerika sana, aku jumpe copper cable. 10 kaki bawah tanah tu."
"So?"
"Then bila check, copper cable tu dah berumur lebih 30 tahun. Maksudnya nenek moyang aku dari dolu-dolu lagi dah gune copper cable!"
"Ah, itu tak berapa hebat. Hari tu, aku gali dalam 20 kaki, aku jumpa fiber optic cable."
Muka American sedikit berubah.
"Bila check, rupa-rupanya dah lebih 50 tahun. So, nenek moyang aku dolu-dolu guna fiber optic cable!"
"Err, boleh saya mencelah?"
Mereka memandang aku.
"Kami di Malaysia, gali sampai 1000 kaki pun masih tidak jumpa apa-apa kabel."
Mereka berdua gelak seperti memperlekehkan Malaysia.
"Ini kerana..."
Mereka senyap untuk mendengar eksplinasi aku.
"Nenek moyang kami guna teknologi komunikasi tanpa wayar dari dolu-dolu lagi."
Mereka terkesima, bangun dan berlalu pergi sambil kedengaran gelak syaitan di perkarangan lobi.
*jawapan untuk teka-teki semalam.. sila tanya yoshz... letak je kat komen dia ker... chatbox dia ker...

Tuesday, November 04, 2008
Buah Apa Ya?
Aku tidak sihat. Agak tiada mood. So aku just nak bagi teka-teki. Siapa betul boleh dapat hadiah. Minta apa saja. Jawapan akan diberi pada hari esok. Soalannya...
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang menimbulkan persoalan?

Monday, November 03, 2008
Mencuba Tema Baru
Sasapudin suruh aku buat tema baru. Hari Isnin, tema 'Minda Bahasa Awak'. Aku tidak berapa confident, tapi aku akan cuba.
Kalau ada sesiapa yang mempunyai bahan, sila beritahu aku.
Translasi ke Bahasa Melayu dalam bidang pengkomputeran.
ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.
Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Hardware: barangkeras
Software: baranglembut
Joystick: batang gembira
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan
*aku sedikit busy arini... update pantas!

Subscribe to:
Posts (Atom)