Wednesday, February 11, 2009

Cikgu Yang Marah ~Prolog~

Ketika sekolah dahulu, kelas Bahasa Inggeris dibahagikan mengikut tahap pencapaian individu. Aku memang tidak hebat. Set R. Walaupun jika menonton wayang, semestinya bukan wayang tempatan. Mana kelas tonton cerita Melayu.

Cikgu kelas Bahasa Inggerisku, Mohd. Nor Hashim yang dikenali sebagai Cikgu Arbo, menyuruh kami, set R, membuat satu karangan bebas.

Fakta: Arnab + Botak = Arbo

"Mamat! Yoshz! Tolong aku buat karangan omputih ni."

Mereka berdua hebat. Golongan elit kelas Bahasa Inggeris. Set S.

"Ah! Takmo a. Kau buat sendiri."

Yoshz malas. Pasal dia tengah main 'bola railing'.

Fakta: Bola railing, sejenis sukan yang dimainkan di railing koridor depan dorm. Ala-ala badminton yang menggunakan kaki dan bola sepak. Sampai kini ia tiada official rules.

*itu je sukan yang dia reti... sukan lain? bukan reti pun si yoshz ni...

"Tah! Buat a sendiri."

"Boleh a. Boleh a."

Setelah dipujuk dengan air A&W Root Beer dan Snickers seorang satu, mereka bersetuju untuk membantu aku.

Jalan cerita yang kami buat, mengisahkan tentang kami 'fly' dan dikantoikan dengan Cikgu Mohd. Nor Hashim. Kantoi kerana aku tertanggal seliparku yang tertulis namaku di atasnya ketika melarikan diri daripadanya.

Fakta: Fly bermaksud keluar malam secara curi-curi.

Di dalam karangan tersebut kami membuat Cikgu Mohd. Nor Hashim seperti satu karakter yang jahat ala-ala syaitan.

Hasilnya? Aku dapat markah yang agak tinggi daripada karangan tersebut.

Bersambung...

*pos ni... kira daripada pov aku... sila baca blog yoshz untuk menghayati kisah ini daripada pov beliau... kalau nak tahu isi karangan tersebut... sila request kat made...

21 comments:

Unknown said...

Merayu ngan a&w root beer & snickers??Rasuah ek???hahahahha

fly best wooo

Encik Rasis said...

serius ko dpt highest mark? aku ingat Cikgu Mat Nor belasah ko... hahaha...

Hajime said...

~0~:
a'ah!
diorang mmg gitu...

Encik Rasis:
yeah babeh!
relax jer...
best2...

yoshz said...

woi tiru akuh..

Hajime said...

yoshz:
x kire a...
ni perspektif aku...
nak sambung pun tunggu ko ni...

Fiziy said...

kalau karangan pasal real life story memang camtu. tinggi je markah..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

ko mmg nakal eah?
sgt tak sepadan dgn muke ko yg kelihatan mulia itu.
*opss.. ;) *

hzrh said...

waa..markah tinggi??
ke kau dpt markah lalu dipaksa berdiri atas meja??
**markah yg tinggi??**


xD

Izzah said...

set R tu apa ek?

Hajime said...

Fiziy:
oh!
begitu ek?

penjenayah. merah.jambu:
nakal?
mane ade...
(smbil cube memancarkan cahaya suci drpd muke)

HazirahMahadzir:
ah!
tidak...
kerane saye tinggi...

Izzah Abd Malik:
kelas ade 4...
sukun...
tembikai...
anggur...
rambutan...
so kelas rambutan last...
sukun 1st!

Encik Rasis said...

aku takde pengalaman seperti hajime & yoshz sebab aku sangat mulia di mata cikgu-cikgu... hahaha...

Hajime said...

Encik Rasis:
ah!
ataupun...
ko tiada di mata cikgu2...
=oD

Rahimin Idris said...

ko tak reti bahasa inggeris? macamana nak jadi john myung ni?

Encik Rasis said...

tapi aku tetap ada di mata Cikgu Harmain...

:o

Hajime said...

rahaimin idris:
xpe...
buleh je...
john myung bisu...
=oD

Encik Rasis:
ah!
scandal!

Encik Rasis said...

manade skandal... Cikgu Harmain kan pembeli tiket bas tetap aku la...

ko lain la, tiket bas ke KL banyak, sebab tu ko slalu balik before snack hari jumaat kan? hehehe...

Hajime said...

Encik Rasis:
aiseh...
kantoi lak aku balik awal...
isk...

BudAk hijAu said...

dulu aku mintak cikgu tolong wt kn utk aku...sb aku mmg malas tahap terok!!

Hajime said...

BudAk hijAu:
eh?
aku rase ko yg chegu ni...
kan?

mahata said...

hoh aku tak ingat langsung citer tu psl ape

Hajime said...

mahata:
x kire...
ko gak kene...
aku x reti omputih...