Friday, December 19, 2008

Siapa Emo?

Casper. Rakan sekolahku. Nama yang chumel bukan? Tapi tolonglah jangan membayangkan dia seperti Casper.

Dulu kami suka menyakat dia. Lagipun dia memang suka kutuk orang. Tapi bila kami mengutuk dia. Dia bengang. Sehinggakan ada sampai satu ketika, kami mengutuk dia secara impak maksima. Dia marah pun secara impak maksima.

"Relaks Casper. Kitorang main-main jer. Jangan emo."

Budakyangnakal bersuara. Ingin meredakan keadaan.

"SIAPA EMO?!!!"

Casper menengking kami, sambil menghentak meja di hadapannya, menendang kerusinya, menumbuk laju dinding dan berlalu pergi. Meja patah. Kerusi bengkok. Dinding retak.

*Daa... Perlu ke aku bagitau dia, siapa yang tengah emo?

Casper, bukan wajah sebenar.

*ini boleh dikatakan update pantas... aku sebenarnya nak mendescribekan dengan lebih detail pasal casper ni... tapi tak sampai hati... mungkin budakyangjahat boleh explain lagi detail...

30 comments:

hzrh said...

ah!
nama casper itu terlalu comel..adekah orangnye comel?
kalau ye,sila kem salam.

Darkkadabra said...

kalo dia tahu ko kutuk die, mesti die bengang kat ko sampai bakar blog ko melalui komputer dia.

Hajime said...

this.is.not.me:
erk!
sudah dikatakan...
sile baca perenggan pertama ya!

darkk25:
erk!
aku x kutuk...
sekadar bercerita...
kerana dia itu...
legend!!!
tp tadehal pung kalau nak bakar blog aku gune kom die...
sile2...

l.i.f.e said...

owhh hantu casper itu sgt comel.

tak padan lah nama casper dgn org yg emo ni....hhmmmm

yoshz said...

"tang mana yg saya ego tu?"

-bob samah

yoshz said...

http://PuTERAKL.blogspot.com

yeah.

Sasha Sharifuddin said...

hahaha..

efek cerita lebih bagus jika diceritakan secara personal!hahah!

SIAPA EMO??

sampai bile2 aku ingat sesi "Mari Bercerita di Gerai Gu" jime....

Anonymous said...

hoho.
org dtg bulan mmg mcm tu
erk.

Hajime said...

l.i.f.e:
yeah babeh!

yoshz:
tu leh jadik satu pos baru tu...

yoshz:
owh dem!
jgn dowh...
nanti die baca...
aku salahkan ko...
=op

Sasha Sharifuddin:
yup!
ade efek suara sket...
ah!
bile lagi nak adekan sesi tersebut ya?

FionaHafiz:
owh!
saye tak perasan pun die pakai 'bisikan berdarah' time tu...
ops!

Sasha Sharifuddin said...

UM tgh cuti sem..sem dah bukak nnt kita buat sesi tapi di sixth college..

aku nk nasi ayam and sup tulang aku!haha

kau pasti rindukan teh ais dadah disitu bukan?

Am said...

jack, ko citer la pasal...
AMMA...
APPA...
YELEK...
BOOM!

Anonymous said...

sila soh casper pakai celak itam..baru aa EMO-GOTHIC...

Izzah said...

wahaa..lain kali cuba guna emotional. ha-ha.oh, anda sume ni satu sekolah ke?

Anonymous said...

dia tak emo lah
tak nampak langsung cara atau etika yang menunjukkan dia emo
dia free soul

n a r d indie winkie said...

camne leh dpt name casper tu?? ish..ish.. dia comel cam casper?

Anonymous said...

siapa yang tgh emo?????
hantu itu kah?

Anonymous said...

Emo tu mcm kete Evo tu ker? berapa C.C?

Hajime said...

Sasha Sharifuddin:
baiklah!
ayuh!

Am:
aku dah rangka...
later aku pos ya!

Che Sue:
owh...
x perlu...
die sudah gothic...

Izzah Abd Malik:
kami?
budakyang.....?
yup!

raiHashim@ yanhashim:
ah!
gitu rupenye free soul...


n a r d indie winkie:
err...
kerana dia seorang hantu yg frenly...

orensangkuit:
tah!
idokle teman tau...

Hidemichimomotani:
hmm...
aku x pasti...
yg pasti die ade dua cc...
cc kiri...
dan cc kanan...

Sasha Sharifuddin said...

jime...
budakyangcomel jangan kau lupa yaa......:P

Hajime said...

Sasha Sharifuddin:
demit sasa...

mahata said...

jangan libatkan aku dengan makhluk halus ini mmkay?

*belakang gelap*
*chiuchiuchiu bunyi SDM*
*cahaya dari dua belah telapak tangan*

SAPE EMO!!!

Hentak tanah dengan tapak tangan, mengeluarkan berpuluh hantu dan tengkorak. 30hit combo.

Hajime said...

mahata:
demit!
ajukan ekstrim!

Tny said...

Emo?!
Hahahha :))

LAtely.. sy kuat emo.. asyik nk marahje.. adakah sy akan jd spt casper?! Hentak meja + tendang kusi?! Ahhh.. x kot..hopefully..

Hajime said...

Tny:
ah!
meh sini saye tenangkan...
=op

Johan said...

Hmm..
Nampaknye ade org mengajukan soalan mengenai asal usul nama gelaran casper.. Untuk pengetahuan kalian, sifat casper yang emo ada kena mengena dengan nama gelarannya itu..

Marilah kita sama-sama menghayati sebuah kisah mengenai realiti kehidupan, bagaimana seorang budak kecil boleh menjadi mangsa keadaan, yang akhirnya mengubah dirinya menjadi seseorang yang emo..
Ini adalah kisah benar, diharap semua dapat mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku..

...kejadian ini berlaku hampir 15 tahun yang lepas..








Syafirul, seorang budak berumur 13 tahun yang pendiam, pemalu dan naif telah dihantar ke sebuah sekolah berasrama penuh yg brutal, ganas dan tidak berhati perut..

Sebelum sampai ke sekolah baru itu, Syafirul tidak pernah kenal erti emo.. Hidupnya dipenuhi warna warna indah kebahagiaan.. Kasih sayang yang diberikan oleh kedua orang tuanya telah memastikan Syafirul tidak pernah mengenal erti derita...

Setelah hampir 13 tahun hidup di bawah kepompong perlindungan bonda dan ayahanda tercinta, Syafirul kini terdedah kepada kekejaman dunia..
Kekejaman yang akan mengeluarkan sesuatu dari dalam dirinya..

Pada hari kedua Syafirul berada di sekolah baru, beliau telah dipanggil oleh pengawas yang ditugaskan menjaga asramanya..

"Wei, ngko! Meh sini jap."
Syafirul teragak-agak, tetapi akhirnya dia memberanikan diri juga menghampiri katil pengawasnya..

"Muka ngko macam antu. Mulai arini aku panggil ko Skeletor."
(http://en.wikipedia.org/wiki/Skeletor)

Tidak semena-mena, Syafirul terasa seperti ada sesuatu yang lain mengawal dirinya. Sebuah perasaan, sebuah emosi yang tidak pernah dikenali sebelum ini.. Sekujur tubuhnya kaku, peluh dingin membasahi dirinya.. Sambil mengetap giginya, beberapa patah perkataan akhirnya berjaya dikeluarkan dari mulutnya..

"jAnGaN pANgGiL aKu SkElEtOr...!"

"Ooo.. kalau macam tu aku panggil ko Casper,"
balas Sang Pengawas dengan nada selamba.

Apakah yang akan terjadi kepada Syafirul sekiranya Sang Pengawas berkeras ingin memanggilnya dengan gelaran Skeletor? Apakah pula yang akan terjadi kepada Sang Pengawas? Tiada siapa yang tahu.

Yang pasti, tindakan Sang Pengawas pada malam itu telah merubah hidup Syafirul buat selama-lamanya.....

Hajime said...

Johan:
pergh!
leh wat jadik satu pos baru ni johan...
btw...
welcome budakyanggenius...

Johan said...

Hahahahahaha...

budakyanggenius reporting for duty..


Assalamualaikum semua!

Hajime said...

Johan:
amboi2 gambo...
bawah umur tu weh...
kene lokap kang...

PuTERAKL said...

Hehe.. aku emo ek? Hazim, Hazim.... really aku tak ingat bila insiden sepak kerusi + meja tuh...but aku suker bila ko cakap, aku legend...i took it as compliment.. ;) but anyway, nice story there guys... ni aku letak URL blog aku yang baru..

p/s : Aku memang comei ;p

PuTERAKL aka Casper
PuTERAKL.wordpress.com

Hajime said...

PuTERAKL:
erk!
tu insiden tambahan...
nak kasik lebih drama...
oh!
link baru!
baiklah!