Beberapa orang bertanya padaku.
"Kenapa tak update blog?"Di ruangan gosip di sebelah kanan blogku, 'cantekk' juga bertanya soalan yang sama maksudnya.
Boleh terima tak alasan aku kalau aku cakap aku tak kemaskini blog kerana aku eksiden?
Hari ini boleh kata sudah seminggu aku eksiden. Masih lagi bercuti. Cuti sakit. Ramai yang tanya padaku bagaimana? Kenapa? Mengapa? Siapa?
Hmm...(menarik nafas dalam-dalam)
Kisahnya begini...(menghembus nafas sambil pandang ke kanan atas)
Fakta: Apabila kita hendak mengimbau atau mengimaginasikan sesuatu, kita akan menggunakan otak kanan kita. Oleh itu kita akan secara tidak sengaja akan memandang ke kanan.7 Januari 2010. Lebih kurang pukul 2 pagi.
Aku sedang memandu balik ke rumah. Baru sahaja melepasi Shell di Greenwood. Rumahku hanya dalam 2-3 minit sahaja jika berjalan kaki. Radio Hot F.M sedang memutarkan lagu
'The Aces'.
*tipu je tu... aku tak ingat lagu apa sebenarnya....Dari Shell ke rumahku akan melalui lencongan ke kiri sedikit. Baru sahaja melepasi lencongan tersebut, ada seekor kucing melintas laju. aku mengelak sedikit sahaja. Tiba-tiba...
Kebabom!!!*bunyi efek sekadar melebih-lebihkan cerita...Aku terdiam. Terkejut. Enjin dan radio masih berbunyi.
"Aku langgar apa ni?"Aku tidak nampak apa yang aku langgar. Muka ku basah. Aku lap. Darah. Badanku sakit. Dada. Tangan. Aku cuba mencari kacamataku. Tiada. Telefon. Tiada.
Lantas aku mengelap mukaku dengan baju dan keluar daripada kereta.
"Pergh! aku langgar lori trailer!"Sebuah lori
trailer di atas jalan. Atas. Bukan tepi. Lampu jalan tiada di situ. Gelap. Mungkin kerana itu aku tidak nampak lori
trailer sebesar dan sepanjang itu. Ya. Sangat panjang.
Optimus Prime a.k.a Ginrai dengan
trailer belakang ditambahkan lagi dengan God Bomber dalam cerita Transformers Masterforce pun tidak sepanjang itu.
Godginrai. Gambar sekadar perbandingan. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu keluargaku, lantas aku berjalan kaki sahaja ke rumah. Ketika berjalan, kulihat cermin keretaku bersepai dalam 20 meter ke hadapan.
Aku rasa jika sesiapa terserempak dengan aku ketika itu, pasti lari atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ya lah. Dah la Malam Jumaat. Aku pula berjalan dengan luka bedarah dan ada darah yang masih mengalir di muka.
"Mak! Tolong."Itu ayat pertamaku setibanya aku di rumah. Dan rupa-rupanya, setelah kulihat cermin, kepalaku berdarah juga. Bukan hidung sahaja.
Dipendekkan cerita, 3 jahitan di kepala, tangan kiri berbalut, badan sengal-sengal dan cuti hingga sekarang. Aku akan sambung lagi akan datang dengan gambar-gambar yang eksklusif yang tiada disiarkan oleh media-media lain.
Bagaimana? Boleh dijadikan alasan atau tidak?