"Sayang! Yang ni letak mana?"
"Ni letak situ."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Makcik mana masuk tiba-tiba ni."
Sekadar aku sahaja yang dengar.
"Ni nak pindah rumah ya?"
"Eh! Takde la. Main-main bungkus-bungkus barang je. Lepas ni susun balik. Lori tu pun hantar barang tu semua ke sini balik nanti."
Kalau boleh, aku memang hendak berkata demikian.
"Ya."
Makcik tersebut selamba tawaf satu rumah. Lihat bilik ke bilik. Aku macam... "Apa hal?"
"Itu almari tu tinggal ya?"
"A'ah! Tuan rumah punya."
"Peti ais tu semua?"
"Tinggal. Kami tinggalkan apa yang tuan rumah punya."
"Takde la. Kalau ada barang yang tak nak. Awak bagitahu je la saya. Rumah hujung ni je."
Imaginasi liarku sedang melihat seekor burung hering tua berlegar menunggu sisa-sisa makanan.
3 comments:
Almari besi tu ada orang punya ke?
Uakk..! Uakk..! Uakkkk...!!
boyarque:
eh!
itu umah lain...
ops!
Xella:
uak uak!
uuuakkk!
Post a Comment