Monday, January 17, 2011

Rojak?

Maaf! Pos aku hari ini bukan pasal makanan. Cuba mengikut tema. Isnin. Bahasa.

"Dik. Sembangtoys ni tak boleh ni."

"Eh? Tak boleh?"

"A'ah! Kena guna nama lain ni."

"Err... Kalau jarakkan? Sembang Toys?"

"Kejap ya."

Gadis kaunter tersebut pergi bertanya kepada rakan sepejabatnya. Boss rasanya. Tapi yang pasti, bukan Sivaji the Boss.

"Sembang Toys jarak boleh."

Apakah?

Kejadian ini berlaku ketika aku ingin mendaftar nama syarikat. Mungkin tidak boleh kerana kombinasi Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi ianya nama khas bukan? Betul?

Aku tidak faham. Tidak tercapai akalku.

*sebenarnya nak bagitau... n jemput korunk2 summer... datanglah ke kedai kami! mari!

Lokasi kedai, atas Station 1 Cafe (Uya Distro).

No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Penerangan lebih lanjut oleh Encik Amuro:
  • lokasi station 1 cafe dlm map ni dah salah so lokasinya yg btul adalah yg berwarna hijau tu (corner lot).
  • yg merah tu plak canai cafe (pon corner lot).
  • yg hitam besor tu medan selera/pasar ss15 (jgn confuse dgn medan selera yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu ye).
  • yg biru tu plak restoran pelita.yg C tu adalah mcdonald's yg dekat dgn masjid & shell ss15 (jgn confuse dgn mcdonald's yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu plak).

8 comments:

boyarque said...

Hehehehe...intro kontroversi! Ko pun jual hype! :P

Hajime said...

boyarque:
biase...
selaku poser terulung kene polo hype2 ni...

Anonymous said...

masih ingat lagi alasan muvie DAREDEVIL tidak dibenarkan tayangannya di malaysia, kerna ada perkataaan "devil". apakah? itu kan satu suku kata. duhh..

daredevil = ben affleck pujaan en.hajime.

Hajime said...

Anonymous:
(mencarik button delete tuk komen yg ade tulis nama ben affleck)
oh shit!
komen aku ni ade tulih name die jugak!
argh!!!!!

cantekk said...

bile nak rompak ni,,ngeh3

Hajime said...

cantekk:
sile2...
(smbil memasang cctv)

Jinrai Rezza said...

Sembang Toys@Uya!Distro!!!
so kiranya da ada surat beranak eh bilik belakang tuh?tinggal surat nikah(agreement) pulok!
hohoho

Hajime said...

Jinrai Rezza:
yeah!
nikah pun dah aritu...
sekali je...
=op