Thursday, December 15, 2011

Lebuhraya Karak [bahagian I]

Info:

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Angker 1:

Antara kemalangan yang paling popular, 20 Januari 1990. Di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU. Berlaku pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta.

Angker 2:

Kalau anda perasan, di Genting Sempah, berdekatan perniaga lemang, banyak lori berhenti pada waktu malam untuk tidur. Dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena 'tegur'.

Angker 3:

Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. 'Beliau' akan potong kereta, dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu. Kalau potong?

Jeng! Jeng! Jeng!

Apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, tahun 1998. Radio Era. Seorang pemanggil bercerita tentang Volkswagen kuning. A sampai Z. Apabila penyampai bertanya, mana tahu tentang cerita ini, pemanggil itu dengan selamba kata.

"Sayalah pemandu kereta itu."

Toot. Toot. Toot.

1 comment:

Nurain Kamal said...

sampai tang

"Sayalah pemandu kereta itu."

terus rasa nak nyorok bawah meja. angker sangat ni!