Jiman (bukan nama sebenar). 'Legendary Senior'. Bukan muka legend, hati cute. Muka memang pecah rumah, Hati kering.
Apa yang legendarynya? Fly malam sudah jadi rutin baginya. Pernah sekali Jiman tidak fly sehari, esoknya demam. Menggigil-gigil. Meracau-racau.
Fly? Tidak kira fly keluar asrama atau fly masuk asrama perempuan.
Suatu malam, warden merjaya menjejaki aktiviti Jiman. Maka, berlakulah adegan kejar mengejar antara warden dan Jiman.
Ada pelajar yang belum tidur, menyaksikan adegan tersebut. Bersorak-sorak. Tiba-tiba, warden dan para pelajar yang menyaksikan adegan tersebut terkejut. Cuak. Kelu.
Jasad Jiman pecah tiga!
Satu lari ke padang.
Satu lari ke blok akademik.
Satu lari ke gimnasium.
Dalam keadaan terkejut, warden dengan pertolongan beberapa pelajar mencari Jiman. Tiada.
Keesokan harinya, Jiman ditemui. Tidur di gimnasium.
Khabarnya Jiman dibuang sekolah dan kejadian yang berlaku masih lagi misteri.
[lagu twilight zone dimainkan ketika ayat ini dibaca]
2 comments:
dem. dah lama tak dengar orang sebut "fly". :P
darthmental:
ah...
kampung aku selalu je...
cam korang ckp terbang...
kg aku 'fly'...
haha!
so selalu je dgr...
=op
Post a Comment