Friday, June 03, 2011

Burce Lee vs. Rajinikanth [part I]

Bruce Lee
Mampu mengambil syiling dari telapak tangan orang lain sebelum orang tersebut dapat menggenggam tangganya, dan sempat meninggalkan syiling yang lain di dalam genggaman tangan orang tersebut.
"Uuu..." Beliau? "Wargh!" [Pelakon aksi terpaksa dikejarkan ke hospital kerana putus tangannya.] ----- Bruce Lee
Boleh menghantar 135 kilogram 'punch bag' terbang dan menghentam atap dengan tendangan sisi sederhana dari jarak 3 kaki yang berkelajuan 1/500 saat.
"Wa chaa..." Beliau? "Eh? Jap. Mana 'punch bag' tadi? Apsal dinding berlubang ni? Dah tendang ke? Sempat kira tak kelajuan tadi?"
----- Bruce Lee
Pernah kalah sekali sahaja apabila bertarung dalam hidupnya. Ketika berusia 13 tahun.
"Haip!" Beliau? Perkataan kalah telah dihapuskan oleh Jabatan Bahasa negara beliau kerana beliau. ----- Bruce Lee
Boleh melemparkan butiran beras ke udara dan menangkapnya di udara dengan menggunakan chopstick.
"Wuu..." Beliau? Boleh melemparkan seguni beras ke udara dan menangkapnya dengan mengunakan straw. Beliau dan beras, kedua-duanya di udara ketika ia berlaku. ----- Bruce Lee
Boleh mencucuk tembus tin Coca-Cola yang belum dibuka dengan jarinya. Ketika ini tin Coca-Cola lebih tebal daripada sekarang.
"Aww wuu....." Beliau? Pernah dipanggil oleh syarikat Coca-Cola untuk membuat acuan baru tin Coca-Cola dan beliau tidak menggunakan apa-apa alat selain jari kelingking kaki beliau. *yang di quote itu fakta yang benar ya!

2 comments:

Einy~Carol said...

rajini kah? ahahahaha

Hajime said...

Einy~Carol:
yeah babeh!
=op