Thursday, March 26, 2009

Poker Puaka

Hari ini Nogami malas hendak pergi kerja. Dia sudah ketagih dengan Facebook. Semenjak dua menjak ini, dia asyik bermain Poker di Facebook. Dia mengambil keputusan untuk berpura-pura sakit untuk menghilangkan ketagihannya.

"Boss! Hari ini saya mc. Sakit tulang penampar nyamuk."

Boss Nogami kaki komik-komik Hong Kong. Dia mesti tahu tulang penampar nyamuk di mana.

"Yes! Hari ini aku mesti dapat at least 1 million."

Nogami menukar status Facebook nya.

'Malas bekerja... MC pasal nak main Poker! Ayuh!'

Nogami asyik bermain. Hinggakan tidak sedar sudah masuk waktu Maghrib.

"Duh. Tak sampai target lagi ni. Baru 500k."

Tapi Nogami terpaksa juga berhenti sebentar kerana takut tiba-tiba ada petir menyambarnya daripada belakang.

Ketika dia hendak berhenti daripada bermain poker, dia ternampak sesuatu. Dia terkedu. Peluh jantan mula membasahi seluruh badannya.

"Mati aku. Mati."

Nogami semakin cuak. Tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Matanya masih lagi terpaku ke skrin. Tidak dapat mengalihkan pandangannya. Setelah beberapa minit kemudian, Nogami rebah. Tubuhnya lemah longlai.

Di skrin monitor Nogami, kelihatan profile bossnya yang berstatus...

'MC? Esok datang opis, amik surat. Pastu main la Poker tu puas2 setiap hari.'

11 comments:

Cinoi Lavigne said...

kahkahkah..surat termination.layan facebook lagi!

helomynameisjaye said...

adekah nogami tu alter ego hajime?adekah?adekah?

macha_sezs said...

die licik masa mintak mc..tapi buduh amat masa menukarkan status fb beliau.

aku syak die adelah jime..
selamat cari kerja baru jime!

Anonymous said...

Facebook mmg puaka!

Darkkadabra said...

facebook memang puaka, aku tengah ketagih facebook. puaka dowh, puaka

Anonymous said...

patutlah dapat invitation main poker dari mamat ni, mc palsu!! kasi surat tunjuk sebab dulu..:)mamapower

Anonymous said...

zaman aku ketagih facebook dah berlalu. sekarang login je, setakat check mail. tengok gambar.

sekarang aku layan tube8. hahaha

riderhenshin said...

eloknya jgn mcm tu sampai ketagih nak layan facebook je..
Time keja kena le pg keja pastu time main..main le kan..

Hajime said...

Qi_Cinoi.Lavigne:
ah!
tu la pascal...

cik belacan melaka:
a re?
bukan2?
tu alternate realiti...

macha_sezs:
err...
tempat ko ade kosong dok?

Hidemichimomotani:
setuju!

Darkk:
yeah!
mari kita bakar facebook!

Anonymous:
aiseh...
kantoi kat sini lak...
isk...

1412:
tube8?
apekah?
(naive+innocent)

riderhenshin:
baik bos!

nuyuljana said...

hahaha.

sape suh letak status macam tuh.

kan dah kantoi!

:))

Hajime said...

nuyuljana:
ah!
tu la...
paden muke die...
kan?
kan?