Apabila membaca kisah-kisah hantu di beberapa blog yang lain, saya juga terasa mahu menceritakan kisah saya. Lagipun malam ini malam Jumaat. Kena pada masanya. Ceritanya begini...
Dolu-dolu, saya telah mengikuti satu kem motivasi di universiti saya. Cukuplah saya sekadar menamakan universiti saya sebagai UM. Jika tidak silap saya, kem ini dibuat di dalam hutan area Perak. Di dalam kem tersebut, para mahasiswa di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Seperti biasa, saya ketua. Saya rasa di kepala saya telah dicop dengan cop "ketua", kerana dari kecil hingga dewasa saya asyik disuruh atau dicalonkan sebagai ketua. Haih...
Tapi kali ini saya suka menjadi ketua kerana saya mempunyai seorang mahasiswi sebagai pembantu. Cukuplah saya sekadar menamakan dia sebagai Zetty. Manis orangnya. Bertahi lalat di pinggir bibir. Kiranya bisa gugur jantung gue jugak la. Dia ada dalam friendster saya. Eh! Saya dah terpesong. Ini cerita hantu bukan cerita asmara.
Salah satu acara di dalam kem ini ialah kami sekumpulan disuruh untuk duduk di dalam hutan. Siapa yang paling awal bergerak keluar dari hutan dikira kalah. Seorang abang askar akan menunjuk tempat di mana kumpulan kami akan duduk. Bukan duduk sahaja ya, kira lepak-lepak situ la. Salah seorang daripada kami telah dipaksa berpakat dengan abang-abang askar untuk berlakon menjadi karakter yang lemah. Dia adalah seorang mahasiswi yang kecil molek seperti boleh dibaling-baling di udara. Dia tidak berapa reti untuk berlakon. Stereotype. Tapi apa-apa yang diminta oleh dia, tetap kami sediakan dan turuti.
Dengan berbekalkan sebatang lilin, 3 batang mancis, roti yang ada krim tu dan sebotol air, kami pun masuk dan lepak la di dalam hutan ni. Ketika ini 15 haribulan dalam kalendar Islam. Bulan terang. Nasib baik serigala jadian tiada di Malaysia. Kalau tidak sudah tentu saya orang pertama yang cabut dari situ. Kalah pun kalah le...
Saya dengan gaya seorang ketua mengarahkan yang lemah sekali duduk di tengah, dikelilingi oleh para mahasiswi, dan para mahasiswa di lapisan luar. Saya? Saya lepak dengan pembantu saya di tepi pokok dengan disinari cahaya bulan. Cuba mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Ah... Sungguh romantik. Ops! Saya terpesong lagi. Maaf!
Tiba-tiba kami terdengar kumpulan lain kecoh. Jerit-jerit. Gaduh-gaduh. Abang-abang askar telah mula menjalankan tugas mereka, mengacau kumpulan-kumpulan lain. Abang-abang askar ini tersangatlah potong stim betul. Ini kerana pembantu saya telah cuak. Ada beberapa orang askar telah datang ke tempat kami. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Saya dengan bergaya kelakian menenangkan pembantu saya. Tapi dia menyuruh saya bertanya kepada askar-askar yang datang, jika ada apa-apa yang kami semua boleh bantu. Disebabkan saya telah menunjukkan gaya kelakian saya tadi, terpaksalah saya turuti walaupun saya malas sebenarnya untuk pergi bertanya abang-abang askar tersebut.
Saya ternampak "seseorang" di balik pokok yang besar. Bayang-bayang pokok itu telah menimpa "seseorang" itu. Maka saya sekadar ternampak sesusuk tubuh manusia dan saya anggapkan ianya sebagai "abang askar". Saya pun dengan bergaya kelakian lagi pun berkata kepada pembantu saya. "Baiklah. Demimu, aku akan pergi. Sebentar lagi aku akan datang kembali. Usahlah kau merindui pemergianku ini."
Saya bergerak ke arah "abang askar" tersebut sehingga "abang askar" berada satu meter depan saya. Saya masih lagi tidak nampak siapakah itu. Saya bersuara. "Assalamualaikum tuan! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"
Suasana sunyi sepi. Saya ulang sebanyak 3 kali. Masih sunyi sepi. Saya rasa macam hendak lempang bertalu2 je "abang askar" tersebut. Dia ingat dia askar dia boleh buat saya macam tunggul? Saya pun mengiringkan badan saya sedikit supaya cahaya bulan boleh menerangi kawasan di situ. Aiyak!
Saya nampak di bahagian atas dahulu. Ada boncot macam gula-gula. (bukan sup boncot adabi ya) Saya terpegun. Bulu roma meremang. Setelah beberapa saat terpegun, saya pusing. Bergerak ke kumpulan saya dan terus duduk di sebelah pembantu saya. Saya menyuruh kumpulan saya semua memandang ke arah bulan yang bersinar terang. Setelah beberapa ketika saya perasan "benda" itu mengesot pergi. Saya rasa lega dan kuchiwa. Kuchiwa kerana saya punya plan untuk mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan pembantu saya malam itu cancel. Emosi dan saat romantik malam itu telah hilang. Dem...
*lebih kurang macam ini la rupenye... (untuk menambahkan feel...)
14 comments:
wow! seram!
tu la lain kali baca doa 'allahumaftah'...
en danielle_corleone:
ah!
apetah lagi aku...
en yoshz:
saye dah bace...
allahummabariqlana...
wei ... potong stim btul la abang askar tu.
en denanz:
tu la pasal...
antu tul...
eh!
ini citer seram da...
bukan citer asmara...
takut2...
hahahahhaha......jom main hantu hantu
Hello, ini drama asmara la, yang di potong stim oleh pocong. Bukan cita hantu nih,cover line je cita hantu tu..Buat suspen.je from mamapower
cik evy:
ah!
ayuh!
cik puan mamapower:
oh!
cerite asmara ek?
ah!
kene tuka label la gamaknye ni...
"hajime said...
en yoshz:
saye dah bace...
allahummabariqlana..."
BUDUS! itu doa makan!
cik puan sasha sharifuddin:
ah!
aku teringat doa tu je...
xle ek?
aler...
Haha, angker giler la pngalaman bro. Seram bulu ketiak aku.
en mohamad:
mmg angker...
silelah ganti tempat aku ketike itu...
time jumpe mende tu a...
time tenet tu xyah ler...
hik2..penah eah jumpe beliau?
ish..takot nye..tp tak nmpk die lompat2 kan?
ma fwen kat hostel nmpak beliau lompat2 u knoe..
sgt trauma..jgn kate die..kite yg tgok die pucat lesi pon jadik glaba dot dot..peh..tak pe,next taim nk meromentik jgn dlm utan bro!marah aa beliau..hik2..
*secret:
a'ah!
die x lompat...
wahhh!!!!!
best2!
suruh die kirimkan cerita...
tuk masuk ke sesi angker...
erk!
saya mmg sentiasa romantik!
=op
Post a Comment