Friday, July 25, 2008

Tidak Ternilai! (priceless)

Hari Ahad. Semua orang cuti. Hanya orang yang tiade life sahaja yang bekerja hari Ahad. Seperti saya pada satu ketika dahulu. Hari ini saya ada plan mengikuti rombongan Cik Kiah ke Ulu Yam. Saya, Hassanul Hadi Zakaria dan rakan-rakan lain.

*maaf! aku tak ingat sape lagi... dah tua... aritu gi check... metabolism badan aku dah berumur 51 taun! isk...

Saya dan Hassanul Hadi Zakaria pun bergerak dengan Kancil putih, yang pernah menjadi lagenda Bukit Chenta satu ketika dulu. Di sepanjang perjalanan, kami singgah di Petronas, tempat pertemuan.

Saya mengisi minyak.

Minyak: RM 20.00

*time ni minyak murah lagi... aku balik umah daripada um isi RM 1.20 pun cukup...

Hassanul Hadi Zakaria pergi ke kedai di Petronas tersebut untuk membeli jajan.

Air botol besar x2: RM 4.00 (ada offer kata beliau)

*actually pasal aku tak ingat harga sebenarnye...

Cikedis x2: RM 4.60

Seperti yang dijangka, 1 jam 30 minit kemudian, rakan-rakan lain sampai. Sebelum bergerak ke destinasi impian, kami memberi sedikit wang kepada rakan kami untuk membayar kos makanan untuk makanan tengahari.

Makanan tengahari: RM 10.00 x 2

Kami meneruskan perjalanan. Saya memandu dan Hassanul Hadi Zakaria menghisap rokok dengan gembira di sebelah. Kami menyanyikan lagu "paling comel" bersama-sama sambil mengutuk kenapa Achik Spin boleh dapat Nana. Bukan kami berdua yang kachak ini. Tiba-tiba Hassanul Hadi Zakaria menjerit, "Kura-kura!" Saya brek mengejut. Mengelak ke kiri sedikit.

*sile imagine korang sume pandang kancil aku dari view depan ya!

Rupa-rupanya ada kura-kura melintas jalan. Dari kanan hendak ke kiri. Sudah 4/5 perjalanan. Maka Hassanul Hadi Zakaria pun turun dan mengangkat kura-kura tersebut, melintas jalan dan meletaknye di tepi jalan sebelah kanan kami. "Jalan elok-elok ya... Kayuh pelan-pelan..." sambil Hassanul Hadi Zakaria menepuk belakang kura-kura tersebut.

Nyawa kura-kura: TIDAK TERNILAI

Kami dengan bangganya meneruskan perjalanan sambil berkobar-kobar mahu bercerita yang kami telah menyelamatkan satu nyawa kepada rakan-rakan yang lain apabila sampai ke destinasi yang dituju nanti. Sedang leka memikirkan bagaimana hendak mempersembahkan cerita tentang kura-kura tadi, tiba-tiba kami terdiam. Sunyi sepi.

Secara serentak kami berpandangan satu sama lain dengan mata yang bulat sambil menunjuk ke arah belakang dengan jari telunjuk.

Tersedar ada "sumting wrong": TIDAK TERKATA

Kisah ini ditaja oleh...


*kure2 tu sure rase bengang yg maks smbil mengeluarkan aura maut die... pasal hassanul hadi zakaria telah meletakkan ia balik ke tmpat asal! iaitu di belah kanan! bukannye di arah tujunye di belah kiri! seb baik kitorang x mimpi dimakan kure2 pade mlm itu... ah! citer ni citer betul... just... biase la... ade tokok tambah sket... aku teringat kisah ni pasal wikend lepas aku lalu area tu... mmg best when teringat mende2 camni... aku gelak sorang2 je... so kengkawan... bile lagi mau bermandi manda? gabai jum! ayuh sume!

10 comments:

avunizlyn said...

hehehe........suatu permulaan blog yang bagus...cerita encik hazim sungguh comel dibaca....macam saya kata tadi, hati ini menjadi girang dan geli mendengar bagaimana 2 orang pria telah menyelamatkan seekor kura-kura...sangat menyentuh hati...
tetapi, setelah mengetahui bahawa kura kura tersebut sebenarnya ingin melintas dari kanan ke kiri, timbul pula rasa simpati pada kura kura tersebut. hahahaha

yoshz said...

mintak maaf cik evy, hanya hassanul hadi seorang shj yg menyelamatkan kura2 itu tadi.

driver takda perasaan..

nguahahaha!

Hajime said...

cik evy:
ah!
itu adelah perasaan anda...
dan saye pun tumpang girang dan geli...
tp pernahkah cik evy terpikir...
bagaimana pule perasaan kura-kura tersebut?

en yoshz:
dem...
hassanul hadi zakaria tu lagi kejam ko tau x...
ko imagine ape kure2 tu piki...
"baik aku mati kene langgar je drpd nak lintas balik"
nah!
bukankah hassanul hadi zakaria itu kejam?
kalau aku terlanggar kure2 tersebut...
lebih elok bukan?

Einy~Carol said...

hahaa..selamat berblog bro!\:P

(nway, nk coment nyer page nie tak perlu taruk "word verification" kot bro.hhehee)

Hajime said...

xuniverse:
ah!
terima kasih ye...
err...
saye kene letak...
pasal saye kasik sesape sahaje buleh komen!
itu adelah bg mengelakkan spammers!
maaf ya jika itu menyusahkan anda!

avunizlyn said...

en yoshz;

agh....tidak pula saya perasan bahawa hanya seorang sahaja yang pergi menyelamatkan kura-kura tersebut. tetapi setelah membaca komen encik hazim, saya merasakan bahawa mereka berdua telah melakukan bahagian mereka masing-masing. :)

en hazim;

yeah, terfikir juga perasaan kura kura tersebut...sudah semestinya kura-kura tersebut menyumpah seranah kalian berdua kerana telah melambatkan perjalanan beliau..tetapi mungkin dalam masa yang sama, mungkin kura-kura tersebut rasa penuh bersyukur kerana terselamat daripada digilis tayar kereta anda. mesti kura-kura itu berkata dalam hati "biar lambat asal selamat"

Hajime said...

cik evy:
ah!
ya...
tapi kami dapat rasekan aura maut dari belakang kami sepanjang perjalanan...

avunizlyn said...

yup. tu ar pasal. mane tahu next car yang lalu jalan tu, drebar dia takde liver stomach kan, dia main langgar jer kekure tuh. huhuh...

Anonymous said...

"Saya brek mengejut. Mengelak ke kiri sedikit."

"Rupa-rupanya ada kura-kura melintas jalan. Dari kanan hendak ke kiri. Sudah 4/5 perjalanan."

Yg nih la yg enko tokok darab kan Hajime? Kura-kura ingin ke kiri anda pura-pura caring dan turut ke kiri (siyut, rhyme le plak komen nih)

Point aku, x mampos ke kure2 tuh kalo enko pon ke kiri! Wah ha ha ha... aku da separuh percaye da bile terbace luahan kate2 semangat saudara Hassanul Hadi Zakaria, lebih menyentuh hati dan merobek jiwe tatkale saudara Hassanul Hadi Zakaria menepuk belakang kura-kura tersebut. Tsk... T.T Fiksyen!

Tp bile dipikir balik, enko mmg suke permainkan perasaan seorang juwita internet (merujuk kpd rakan wanita anda di sini) dgn mempamerkan keperkasaan dan keterpaksaan anda yg ingin dianggap ahli WWF (World Wildlife Fun) walaupun hakikatnya andala lebih tepat anda dirujuk kepada WWE (World Wrestling Entertainment)

Point aku, anda tidak layak menjadi adihero Hajime! Tidak sama sekali! Anda adalah pembunuh yg tidak bermoral! (merujuk kepada kata2 Near dalam Death Note One Shot Special terbitan Shonen Jump)

Hajime said...

en addam:
oh!
tidak...
kerane jarak masih lagi jauh...
dlm 20 meter lagi gitu...
ah!
ketike hassanul hadi zakaria menepuk blakang kure2 itu...
aku juge hampir menitiskan airmate...
kerane tidak mau digelak oleh hassanul hadi zakaria sepanjang perjalanan pegi dan balik...
uik?
juwita?
oh!
tidak mengape...
aku paham...
ko x usah mengkaber line...
di dlm dunia ini mmg wujud lelaki berjiwa juwita seperti ko...
aku paham...
"tidak! pembunuh nye ade di antara kite! aku bersumpah dgn name datukku... aku akan selesaikan kes bilik sulit ini!"
-hajime kindaichi-