Monday, December 20, 2010

Te? Tang? Tan?

Kelantan:

"Aku te mu!!!"

Terengganu:

"Aku tang mung!"

Kedua-dua ayat tersebut bermaksud, "aku pukul kau!".

Kita sudah maklum, bahawa bahasa Kelantan mengurangkan perkataan yang di akhiri dengan 'n' menjadi 'e'.

Manakala bahasa Terengganu pula, menambah perkataan yang di akhiri dengan 'n' menjadi 'ang'.

Adakah ini bermakna, kata nama perbuatan yang bermaksud 'pukul' di atas, 'tan'?

"Aku tan kau!!!"

Wednesday, December 15, 2010

Stroke/Style Lukisan?

Ok. Bermula pos pertama aku tentang komik. Aku dah bergelimpangan dengan komik dari aku kecil lagi.

Simpan duit. Tak makan time rehat. Sedangkan murid-murid lain macam ikan lumba-lumba berlumba-lumba. Betul. Imagine balik. Melompat-lompat.

Balik naik bas? Skip. Jalan kaki. Pasal komik 'Doraemon' baru dah keluar.

Ok. Berbalik kepada isu kali ini. Stroke lukisan.

Rata-rata sekarang ini, kebanyakan pelukis-pelukis komik di Malaysia, terpengaruh dengan manga. So, boleh lihat masing-masing punya karya...

...Mata bulat. Comel. Rambut fesyen dan colour tak tercapai akalmu. Serta yang sewaktu dengannya.

Betul?

Aku ambil petikan daripada www.sembangtoys.com

xuniverse:
"oh lg satu, nape kartunis malaysia alwaz obses ngn manga? aku tak faham...mane ilang identiti dan mereka yg nk set-up kan identiti sendiri.."

Revenantjack:
Ha'ah. Macam dah xde stroke sendiri. Suma nak mata bulat besar mulut kecik rambut tercacak2. Pastu ada pulak antara diorg ni berlagak cam bagus je(bukan semua..).

Aku sedikit setuju dengan pandangan mereka berdua. Tapi, jika difikir kembali, no big deal.

Kenapa?

Stroke atau style lukisan biasanya ikut influence pelukis itu sendiri. Tak kira manga, komik Hong Kong, atau komik U.S. Jadi, kita tidak boleh menyalahkan mereka.

Tetapi, ada juga yang membuat stroke atau style lukisan sendiri. Contoh, Puyuh a.k.a Leong Wan Kok. Aku kenal daripada majalah Gempak. Sehinggakan dipanggil ke Jepun kerana stroke atau style lukisannya yang unik.

Again. Ikut la. Nak tiru apa-apa stroke atau style lukisan pun, tidak mengapa.

Tetapi!

- Perlu ke komik Malaysia, scene kaki lima depan kedai, kedai tersebut pintu 'Shoji'? Ada ke kat Malaysia?

[Shoji: In traditional Japanese architecture, a shōji is a door, window or room divider consisting of translucent paper over a frame of wood which holds together a sort of grid of wood or bamboo. ...]

- Perlu ke komik Malaysia, bertarung guna 'Katana'? Hang Tuah dulu pakai 'Katana'?

[Katana: The is a type of , also commonly referred to as a "samurai sword". In the strictest sense, the term katana in Japanese is applied to any kind of single-edged sword, of any origin; contrary to common belief outside Japan, the Japanese word does not necessarily refer to a Japanese sword. ...]

- Perlu ke komik Malaysia, scene di sekolah, para pelajar pakai baju uniform sekolah Jepun? Rambut tidak perlu diutarakan la. Rambut pelajar sekolah di Malaysia colour hijau? Pink? Biru? Apakah?



Ada lagi sebenarnya. Tapi rasanya 3 ini sudah cukup. Kalau aku rasa tidak cukup, aku sambung later.

Jadi, bagaimana?

Monday, December 13, 2010

Tipikal Melayu?

"Kau cina?"

"Aku? Melayu la."

Aku membuat 'dunk'.

"Kenapa kau ingat aku chinese? Sikit nya dark ni. And Tall. And handsome."

"Ceh!"

"Cepat ah! Aku chinese? Kenapakah?"

"Ye la. Kau main basketball. Main piano."

"Oh!"

Ketika zaman kegemilangan. Tekalah aku yang mana.

*ini kejadian benar-benar berlaku... accept part dunk tu je... aku lay-up saja... haha! so apa pula tipikal melayu? main bola? main takraw? time petang-petang kat sekolah lepak dorm tak buat apa-apa macam Yoshz? n tq to encik Amuro kerana mengemailkan gambar ini...

Friday, December 10, 2010

Power Vocal

Semalam, aku baru menonton 'Shout Awards'. Ok. Aku tahu. Aku sello. Apabila sampai ke kategori 'power vocal', aku teringat 2 orang yang bukan artis, tetapi berjaya meremangkan bulu roma aku kerana kemerduan suaranya.

Salah seorangnya...

Salwani Abdul Manan. Aku ingat name penuh kerana dia, partner aku ketika menjadi pengacara majlis untuk Annual Dinner.

Ketika berbincang tentang skrip. Aku amati suaranya biasa saja. Aku lagi power kot. Confidence level aku memang sangat tinggi.

"Mengumumkan ketibaan ... ..."

Aku memulakan rehearsal.

"Hadirin di minta berdiri."

Meremang bulu romaku. Hanya sebaris ayat itu sahaja. Cukup. Suaranya sangat power.

Ketika ini juga confidence level aku jatuh merundum. Sesiapa yang masih tidak menjual saham confidence level aku, pasti akan muflis.

Seorang lagi?

Nantikan...

*kepada cik atau puan salwani... kalau terbaca pos ni... satu je permintaan... err... kalau name penuh tu salah... tolonglah betul kan ye... =op

Thursday, December 09, 2010

Santan Angker!

"Santan 3 kilo. Kelapa parut 3 biji. Nak putih je kak ek."

5-10 minit kemudian.

"Berapa kak?"

"RM30."

Apakah? RM 8.00 sekilo sekarang?

Wednesday, December 08, 2010

Komik?

Sempena tahun baru, setiap hari Rabu aku akan membuat satu pos di bawah tag 'komik'. Ini kerana komik seperti sudah menjadi darah dagingku.

Kemungkinan aku akan membuat pos tentang kartun atau cerita-cerita yang ku tonton pada hari Rabu. Boleh la aku menyelindungkan diriku yang tiada idea.

Baiklah!

Kita mula minggu depan!

*kemaskini tiada idea berjaya dipos... haha!

Tuesday, December 07, 2010

Awal Muharram

"Jack! Awal Muharram kita cuti kan?"

"A'ah!"

"Berapa haribulan ek? Ingat nak apply cuti la."

"Uik? Itu pun kau tak tahu?"

"Berapa?"

"Haih... Sia-sia je jadi umat Islam."

Safar sedikit bengang.

"1 Muharram la!"

Syawal gelak kecil. Berjaya mengenakan Safar.

"1 Muharram? Tahun?"

Syawal terdiam seketika.

"Err... 1412?"

"So, kau umat Islam?"

Safar berlalu pergi dengan tersenyum sinis. Puas hati.

*Selamat menyambut tahun baru 1432 hijrah!

Monday, December 06, 2010

Pengesahan

Bodoh la sistem pengesahan 'Captcha' ni. Nak suruh kita sahkan. Taip balik perkataan yang tertera. Tapi perkataan yang tertera bukan tulisan dan bahasa manusia.

Aku rasa makhluk asing atau doktor pun tak boleh baca. Penggodam pun tak boleh enkrip atau godam.

Gambar bukan sekadar hiasan sahaja.

Lihat. Ini antara paling senang. Kalau ada yang lain, aku akan kemaskinikan pos ini.

Friday, December 03, 2010

Anda Berlebihan!

KLCC. Bosan. 2.30 petang. Wayang pukul 3.00. Setengah jam lagi.

"Mamat! Mamat! Kita try ah!"

"Takmo ah. Nanti korang kutuk aku."

"Lek a. Aku pun try."

Aku cuba memujuk Made (bukan nama sebenar).

"Ko try dulu Yoshz!"

"Baiklah!"

Yoshz (juga bukan nama sebenar) memasukkan syiling ke dalam mesin pengukur berat dan tinggi automatik.

loading.....

ANDA KURUS!

"Gilak a. Kurus tu!"

"Kau pulak Noh!"

"Baiklah!"

Aku pula mencuba.

loading.....

ANDA OK!

"Bangsat! Macammana kau ok? Bukan gemuk ke?"

"Well!"

"Ah! Kau punya turn pulak."

Kebetulan, ketika ini ada satu kumpulan gadis di belakang kami ingin mencuba mesin tersebut juga.

"Kalau Noh OK, aku sure gemuk je."

Made naik ke atas mesin tersebut dengan penuh keyakinan.

loading.....

ANDA BERLEBIHAN!

*mesin tersebut ada 4 skala... kurus... ok... gemuk... berlebihan...

Ketika itu, entah macammana, KLCC senyap. Sunyi. Padahal tadi riuh. Mungkin Malaikat sedang lalu.

Maka, suara mesin tersebut kedengaran sehingga tingkat satu dan tiga.Beberapa orang memandang ke arah kami.

Kumpulan gadis di belakang menutup mulut. Menahan gelak.

Aku dan Yoshz? Jangan la harap. Confirm gelak evil punya.

Muahahahahahahahahahahahaha!!!

*aku teringat cerita ni semalam... antara kenangan aku, yoshz dan mamat... ketika zaman selalu hangout... sekarang dah susah... yoshz pun dah ade baby pompuan... (touching la pulak) haha! haih... itu dulu... sekarang pun aku berlebihan sudah...