Tuesday, April 28, 2009

Now Showing

Awal minggu lepas.

"Jum nengok 'Coming Soon'!"

"Eh? Wayang ek?"

"A'ah! Cerita hantu!"

"Wah! Takut-takut!"

Aku cuba menyamar rubah (merubah) chumel yang ketakutan.

"Tapi cerita tu tak keluar lagi kan? Kata 'Coming Soon'.''

Lawak bodoh pertama daripadaku.

~~~~~~~~~~~~~~

"Ingat lepas ni nak buat cerita gak a."

"Cerita apa ek?"

"Cerita tajuk 'Now Showing' ke, 'Early Bird' ke, 'Midnight Show' ke."

Lawak bodoh kedua daripadaku.

~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu lepas.

"Kita nengok cerita 'Now Showing' ek?"

Lawak bodoh yang keberapa aku dah tak ingat. Sayang hanya gelak tak ikhlas dan terus pergi ke arah tandas. Aku beratur untuk membeli tiket.

Ting!

Seorang macha kaunter membunyikan locengnya. Aku buat-buat tak dengar. Tidak mahu membeli tiket dengannya.

Ting!

Bunyi loceng datang daripada kaunter yang aku mahu.

"Yes! Gadis chumel!"

Aku pergi ke kaunter tiket.

"Hai adik manis."

"Ya bang. Nak tengok cerita apa?"

"Nak nengok 'Now Showing'!"

"Semua tiket yang boleh dibeli, 'Now Showing' bang. Ke nak tengok yang 'Coming Soon'?"

Gadis kaunter tersebut senyum seperti menahan gelak.

"Erk!"

~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minit kemudian, Sayang datang kepadaku.

"Sayang! Tiket habis. Kita gi nengok tempat lain la."

Daripada kaunter tiket, masih lagi kedengaran gelak tawa ala-ala syaithon dan aku berjanji tidak akan menonton wayang di sini lagi.

Now Showing

*ni la cerita yang aku nak nengok sebenarnya... akibat membuat lawak bodoh secara berterusan... aku malu sendiri... isk... dan pesanan kepada semua... jangan tengok cerita ini jika anda masih mahu menonton wayang... aku rasa aku berpuasa daripada menonton wayang kot... kecuali kalau orang belanja a... wink2!

10 comments:

Darkkadabra said...

Owh. Baru-Baru ini ade perkara bengap gak aku rasa. Memanggil akak kounter.

"WEI, BOHSIA. 2 orang ye"

imahgiro said...

ahaha...komen darkk tak boleh bla..

little red shoe said...

hahaha..dark dark.. jime, ape kes ko ni..

Anonymous said...

awek kaunter tu gelak tak?

kalau gelak aku mintak no fon je..denda sebab die gelak.

tu pun kalau die cumel.

x cumel? situ2 jugak aku ludah2 die.

lalalala.

Anonymous said...

gua dah tgk coming soon tu b4 dia msuk mesia lagik..ahaks! see it at www.asian-horror-movies.com jamin peh ni takkan malu kat akak kaunter!

Nurain Kamal said...

so camane citer now showing tu?

buat la review sket. :D

Fiziy said...

awek kaunter tu pun pandai je nak bahan kau balik kan?haha

Hajime said...

Darkk:
yang nak hentak lu ni pun...
GUAAA!!!!!

imahgiro:
blah je...
tinggalkan die...

little red shoe:
kes kes kes...

macha_sezs:
ah!
itu la pascal...
chumel!
so xle wat ape...
(racist gilak)

Che Sue:
wah!!!
tq2!
donlod2...
yeah!

her:
err...
cam aku tulih last skali...
aku xnak ngk wyg dah!
ade ke wat hantu pasal ngk wyg?
demit sungguh...

Fiziy:
takpe2...
pasni die jadik bahan eksperimen aku...
=op

nuyuljana said...

hahaha.

tu la,

main-main lagi.

kan dah dipermainkan.

=P

Hajime said...

ah!
mane bermain2...
saye cume cube membuat lawak bodo sahaja...
isk...