Thursday, July 31, 2008

Puchong?

Apabila membaca kisah-kisah hantu di beberapa blog yang lain, saya juga terasa mahu menceritakan kisah saya. Lagipun malam ini malam Jumaat. Kena pada masanya. Ceritanya begini...

Dolu-dolu, saya telah mengikuti satu kem motivasi di universiti saya. Cukuplah saya sekadar menamakan universiti saya sebagai UM. Jika tidak silap saya, kem ini dibuat di dalam hutan area Perak. Di dalam kem tersebut, para mahasiswa di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Seperti biasa, saya ketua. Saya rasa di kepala saya telah dicop dengan cop "ketua", kerana dari kecil hingga dewasa saya asyik disuruh atau dicalonkan sebagai ketua. Haih...

Tapi kali ini saya suka menjadi ketua kerana saya mempunyai seorang mahasiswi sebagai pembantu. Cukuplah saya sekadar menamakan dia sebagai Zetty. Manis orangnya. Bertahi lalat di pinggir bibir. Kiranya bisa gugur jantung gue jugak la. Dia ada dalam friendster saya. Eh! Saya dah terpesong. Ini cerita hantu bukan cerita asmara.

Salah satu acara di dalam kem ini ialah kami sekumpulan disuruh untuk duduk di dalam hutan. Siapa yang paling awal bergerak keluar dari hutan dikira kalah. Seorang abang askar akan menunjuk tempat di mana kumpulan kami akan duduk. Bukan duduk sahaja ya, kira lepak-lepak situ la. Salah seorang daripada kami telah dipaksa berpakat dengan abang-abang askar untuk berlakon menjadi karakter yang lemah. Dia adalah seorang mahasiswi yang kecil molek seperti boleh dibaling-baling di udara. Dia tidak berapa reti untuk berlakon. Stereotype. Tapi apa-apa yang diminta oleh dia, tetap kami sediakan dan turuti.

Dengan berbekalkan sebatang lilin, 3 batang mancis, roti yang ada krim tu dan sebotol air, kami pun masuk dan lepak la di dalam hutan ni. Ketika ini 15 haribulan dalam kalendar Islam. Bulan terang. Nasib baik serigala jadian tiada di Malaysia. Kalau tidak sudah tentu saya orang pertama yang cabut dari situ. Kalah pun kalah le...

Saya dengan gaya seorang ketua mengarahkan yang lemah sekali duduk di tengah, dikelilingi oleh para mahasiswi, dan para mahasiswa di lapisan luar. Saya? Saya lepak dengan pembantu saya di tepi pokok dengan disinari cahaya bulan. Cuba mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Ah... Sungguh romantik. Ops! Saya terpesong lagi. Maaf!

Tiba-tiba kami terdengar kumpulan lain kecoh. Jerit-jerit. Gaduh-gaduh. Abang-abang askar telah mula menjalankan tugas mereka, mengacau kumpulan-kumpulan lain. Abang-abang askar ini tersangatlah potong stim betul. Ini kerana pembantu saya telah cuak. Ada beberapa orang askar telah datang ke tempat kami. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Saya dengan bergaya kelakian menenangkan pembantu saya. Tapi dia menyuruh saya bertanya kepada askar-askar yang datang, jika ada apa-apa yang kami semua boleh bantu. Disebabkan saya telah menunjukkan gaya kelakian saya tadi, terpaksalah saya turuti walaupun saya malas sebenarnya untuk pergi bertanya abang-abang askar tersebut.

Saya ternampak "seseorang" di balik pokok yang besar. Bayang-bayang pokok itu telah menimpa "seseorang" itu. Maka saya sekadar ternampak sesusuk tubuh manusia dan saya anggapkan ianya sebagai "abang askar". Saya pun dengan bergaya kelakian lagi pun berkata kepada pembantu saya. "Baiklah. Demimu, aku akan pergi. Sebentar lagi aku akan datang kembali. Usahlah kau merindui pemergianku ini."

Saya bergerak ke arah "abang askar" tersebut sehingga "abang askar" berada satu meter depan saya. Saya masih lagi tidak nampak siapakah itu. Saya bersuara. "Assalamualaikum tuan! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Suasana sunyi sepi. Saya ulang sebanyak 3 kali. Masih sunyi sepi. Saya rasa macam hendak lempang bertalu2 je "abang askar" tersebut. Dia ingat dia askar dia boleh buat saya macam tunggul? Saya pun mengiringkan badan saya sedikit supaya cahaya bulan boleh menerangi kawasan di situ. Aiyak!

Saya nampak di bahagian atas dahulu. Ada boncot macam gula-gula. (bukan sup boncot adabi ya) Saya terpegun. Bulu roma meremang. Setelah beberapa saat terpegun, saya pusing. Bergerak ke kumpulan saya dan terus duduk di sebelah pembantu saya. Saya menyuruh kumpulan saya semua memandang ke arah bulan yang bersinar terang. Setelah beberapa ketika saya perasan "benda" itu mengesot pergi. Saya rasa lega dan kuchiwa. Kuchiwa kerana saya punya plan untuk mengenali lebih rapat hati budi masing-masing dengan pembantu saya malam itu cancel. Emosi dan saat romantik malam itu telah hilang. Dem...

*lebih kurang macam ini la rupenye... (untuk menambahkan feel...)


Eh! Samela Kite Cakap...

Haritu aku jenjalan dengan Sayang. Pergi ke area seksyen 14. Aku tak tau kenape luck aku sangat bagus. Nak kate aku ade mandi bunge pagi tu, takde lak. Mane2 aku pergi senang je dapat parking. Biasenye seksyen 14 ni susah gile dapat parking. Paling senang dapat time kongsi raye dolu2. Aku siap amik dua parking lagi.

Ah! Straight to the point untuk post aku kali ni, aku dengan Sayang macam ade tercakap satu ayat yang same dengan serentak. Kemudian Sayang cepat2 menyentuh aku atau mentag aku. Aku cam, "eh?" Pastu Sayang explain, bahawe jika dua orang menyebut perkataan yang same, salah seorang kene mentag pihak lawan dengan segera. Sesiape yang berjaye mentag dahulu, dikire menang. Aku cam, "oo..."

Kemudian aku terpikir, cube korang imagine, bebudak sekolah rendah di dalam kelas. Che'gu masuk, "assalamualaikum murid2..." Mereke menjawab, "waalaikumussalam che'gu!" kemudian semua budak bertempiaran lari mentag satu same lain. Pergh! havok bukan?

Korang imagine lagi. 5... 4... 3... 2... 1... Dang... Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 pagi, 31 Ogos. Dataran Merdeka atau KLCC atau yang sewaktu dengannye. Kedengaran laungan "Merdeka!" dan kelihatan ramai orang bertempiaran lari, kejar mengejar antara satu same lain. Riot tu...

Di antare yang aku tidak boleh imagine, (setelah membace satu blog yang amat mesra). Satu squad askar tengah training tanpe berbaju di padang yang berlumpur. Komander memberi arahan. Mereka menjawab. "Sir yes sir!" Tibe2 sume bertempiaran kejar mengejar. Yeeeuuuuwwwwww... (ala2 karakter ibu di dalam movi "Freaky Friday") Yucks! Gay bukan?

Tuesday, July 29, 2008

Solat Jumaat...

Jumaat. Hari yang paling aku suke. I loike... (mate dijegil) Aku rasa sure korang tau kenape. Kerane... matehari menyinari ape yg disayangi! *selambe aku wat lawak bodo...

Ya, kerana hari ni, working hours yang paling sikit. Dan esok cuti! Yeah!!! *ini tidak diapply kepade sesape yg bekerje hari sabtu ya! maaf, aku tidak berniat untuk meyinggung hati dan perasaan pekerje2 ari sabtu...

Jam dah 12.30. Hmm... mau pergi solat di mana ya. masjid negare? *if siaran x tergendale le... Atau masjid bola merah 10?

Ah! Ingat lagi ketika solat di masjid berpintu gelap dahulu. di mana khutbahnye ialah bunyi syiling seringgit dan juge bunyi "bugit!". Solatnye sangat lame. Kerane apabila kami keluar, *kami ye... bukan aku seorang... solat jumaat kan perlukan 40 org... sudah pagi Sabtu! Wah! Sungguh kusyuk dan tawaduk kami sehinggakan tidak sedar mase berlalu.

Tapi itu sume perkare2 silam. Now aku dah lain. Aku dah insof. Gare2 aku terserempak dengan seorang pak haji ni. Time tu aku kene pergi solat. Untuk "topup". Topup hanyelah bertahan 2 minggu sahaje. Minggu seterusnye sudah dikira expired.

Aku sekadar duduk di belakang masjid. Luar. So aku buleh bagi alasan masjid dah penuh dan tak boleh solat. Aku pun lek lu sap kok lu. Lepas sap pam wa lu, aku terperasan ade seorang pak haji ni. Die membawa kitab yang macam pernah aku nampak ketike meronda2 di mph, kinokuniya atau yg sewaktu dengannye. Aku cube mengingati di mane aku pernah nampak beliau. Khutbah kedua sudah mau habih. Aku still cube mengingati rupe beliau. Jika tidak aku confirm tidak akan boleh tidur malam ini.

Tibe2 aku teringat. Aku tersentap dan terus pergi mengambil wudhu' sambil hatiku berkate, “raje syaiton pun solat Jumaat.” Semenjak hari itu aku insof, dan tidak tinggal solat jumaat lagi. *err... jarang2 tinggal...

Inilah gambar pak haji yang sempat aku rakam menggunakan ponsel aku.


korang ngk betape kusyuk dan tawaduknye die... kitab tu lah yang aku kate tadi...

ni gambo die ketike menjadik raje syaiton!

Oh ya! Malam itu aku dapat tidur dengan lena...

Saturday, July 26, 2008

Rempit!

Dataran merdeka. 1.45 pagi. Suasana masih lagi bingit dengan bunyi ekzos di mana-mana. Puas aku mencari-cari daripada mana bunyi-bunyi tersebut. Oh! rupa-rupanya di tepi jalan sahaja. Haih, apa la yang perlu dibanggakan oleh mat-mat rempit ni dengan bunyi ekzos. Aku rasa lebih bagus budak-budak tadika yang bangga dengan permainan M.A.S.K mereka. Paling kurang pun gegendang telinga mereka masih lagi kenyal.

Aku? Apa aku buat di sini? Oh! Aku pun tidak pasti. Yang aku pasti, aku bukan melihat mat-mat rempit dengan aksi-aksi dan motor-motor mereka. Maaf ya, aku lebih suka melihat aksi satria baja hitam di atas motor sambil berlawan dengan gorgom. Aku hanya menikmati keindahan "ciptaan-ciptaan" tuhan di sini. Kadang-kadang rasa sedih dan terkilan terbit di jiwaku. Ciptaan-ciptaan tuhan ini boleh digunakan dengan cara yang lebih elok atau menjadi sesuatu yang lebih berguna.

*rase bengang pun ade gak... aku skola tinggi2... jadik engineer lagi... budak2 ni leh pilih mat rempit je... demit tul... hahahahaha!

Sedang aku leka dengan ciptaan-ciptaan tuhan, "Usha ape tu? Tak berkedip mate aku tengok." Aku menoleh.

"Ah! Takdela, seronok usha bebudak ni wat skill." Jawab aku acuh tak acuh sambil cover line.

"Oo, aku dulu lagi hebat. Skang dah stop dah. Sume ilmu aku dah turunkan kat diorang." Sambil menunjuk ke arah mat-mat rempit tadi.

"Wah, hebatnye!" Cuba mematikan perbualan. Malas aku nak layan.

"Ala, takdela hebat pun, biase je bagi aku." Dengan muka riak campur takkabur beliau berlalu pergi.

Aku menoleh ke arah beliau pergi. Aku terpaku, ternganga dan bercucuran airmata. Dalam hatiku berkata, "pakcik ni memang hebat!" Anda semua silalah lihat aksi beliau.


ko tengok... superb weh... kalau la kamen rider ade motor camni...

korang patut ade kat sini... bunyi ekzos die... suppaa!!! dah la tak pakai helmet! kental2...

ko tengok... betape laju nye... kamera mahal ni... pun x dapat capture... isk...

ni la yg last sempat aku amik... pastu terus berdesup ilang!

*foto dicurik daripade www.sembangtoys.com yang dipost oleh en tottis... jgn mara a en tottis...

Friday, July 25, 2008

Tidak Ternilai! (priceless)

Hari Ahad. Semua orang cuti. Hanya orang yang tiade life sahaja yang bekerja hari Ahad. Seperti saya pada satu ketika dahulu. Hari ini saya ada plan mengikuti rombongan Cik Kiah ke Ulu Yam. Saya, Hassanul Hadi Zakaria dan rakan-rakan lain.

*maaf! aku tak ingat sape lagi... dah tua... aritu gi check... metabolism badan aku dah berumur 51 taun! isk...

Saya dan Hassanul Hadi Zakaria pun bergerak dengan Kancil putih, yang pernah menjadi lagenda Bukit Chenta satu ketika dulu. Di sepanjang perjalanan, kami singgah di Petronas, tempat pertemuan.

Saya mengisi minyak.

Minyak: RM 20.00

*time ni minyak murah lagi... aku balik umah daripada um isi RM 1.20 pun cukup...

Hassanul Hadi Zakaria pergi ke kedai di Petronas tersebut untuk membeli jajan.

Air botol besar x2: RM 4.00 (ada offer kata beliau)

*actually pasal aku tak ingat harga sebenarnye...

Cikedis x2: RM 4.60

Seperti yang dijangka, 1 jam 30 minit kemudian, rakan-rakan lain sampai. Sebelum bergerak ke destinasi impian, kami memberi sedikit wang kepada rakan kami untuk membayar kos makanan untuk makanan tengahari.

Makanan tengahari: RM 10.00 x 2

Kami meneruskan perjalanan. Saya memandu dan Hassanul Hadi Zakaria menghisap rokok dengan gembira di sebelah. Kami menyanyikan lagu "paling comel" bersama-sama sambil mengutuk kenapa Achik Spin boleh dapat Nana. Bukan kami berdua yang kachak ini. Tiba-tiba Hassanul Hadi Zakaria menjerit, "Kura-kura!" Saya brek mengejut. Mengelak ke kiri sedikit.

*sile imagine korang sume pandang kancil aku dari view depan ya!

Rupa-rupanya ada kura-kura melintas jalan. Dari kanan hendak ke kiri. Sudah 4/5 perjalanan. Maka Hassanul Hadi Zakaria pun turun dan mengangkat kura-kura tersebut, melintas jalan dan meletaknye di tepi jalan sebelah kanan kami. "Jalan elok-elok ya... Kayuh pelan-pelan..." sambil Hassanul Hadi Zakaria menepuk belakang kura-kura tersebut.

Nyawa kura-kura: TIDAK TERNILAI

Kami dengan bangganya meneruskan perjalanan sambil berkobar-kobar mahu bercerita yang kami telah menyelamatkan satu nyawa kepada rakan-rakan yang lain apabila sampai ke destinasi yang dituju nanti. Sedang leka memikirkan bagaimana hendak mempersembahkan cerita tentang kura-kura tadi, tiba-tiba kami terdiam. Sunyi sepi.

Secara serentak kami berpandangan satu sama lain dengan mata yang bulat sambil menunjuk ke arah belakang dengan jari telunjuk.

Tersedar ada "sumting wrong": TIDAK TERKATA

Kisah ini ditaja oleh...


*kure2 tu sure rase bengang yg maks smbil mengeluarkan aura maut die... pasal hassanul hadi zakaria telah meletakkan ia balik ke tmpat asal! iaitu di belah kanan! bukannye di arah tujunye di belah kiri! seb baik kitorang x mimpi dimakan kure2 pade mlm itu... ah! citer ni citer betul... just... biase la... ade tokok tambah sket... aku teringat kisah ni pasal wikend lepas aku lalu area tu... mmg best when teringat mende2 camni... aku gelak sorang2 je... so kengkawan... bile lagi mau bermandi manda? gabai jum! ayuh sume!

Yea!

ah! aku dah ade blog! yea! sbnarnye aku xnak wat lagi... pasal blog ini akan berpindah insyaallah... but dun know when... so... aku teruskan aja di sini... sile beri tunjuk ajar...