Thursday, January 28, 2010

Apa Usha-usha?

Kita flashback dahulu.

http://budakyangbijak.blogspot.com/2010/01/hantu-tenggek.html

Kenapa Saiful Buang pucat? Kenapa Ahmad Fuad Hamdan biasa-biasa saja?

"Weh! Cepat la cerita."

Aku mendesak Saiful Buang. Aku memang suka dengar orang bercerita. Lebih-lebi lagi gosip atau mengumpat. Nikmat.

"Cepatlah!"

Ahmad Fuad Hamdan juga sudah tidak dapat menahan sabar lagi.

"Ye la. Macam ni."

Aku mula menumpukan perhatian dengan apa jua yang akan keluar daripada mulut Saiful Buang. Tidak seperti di dalam kelas Sejarah dan juga Geografi.

"Kau ingat tak yang 'benda' Najib nampak hari tu?"

"Yang mana?"

"Hantu tenggek? Toyol?"

*ops! terspoiler pasal cerita toyol lak... akan diceritakan akan datang ya!

"Yang bertenggek tu la."

"So?"

"Tadi, aku ambil duit kat bawah tilam aku. Tengah aku kira-kira, aku terusha kat area katil kau."

Saiful Buang membuat gaya menghisap rokok, tarik, dan hembus dengan penghisap minuman yang dipegangnya daripada tadi seperti memegang rokok.

Perasaan ingin melempang Saiful Buang bertalu-talu mula terbit di hatiku. Tapi ku tahan. Cerita kena habis.

"Sekali 'benda' tu ada da."

"Pergh! Pastu? Pastu?"

"Aku usha je. 'Benda' tu usha balik."

"Pastu? Pastu?"

"Pastu aku pun sound la. Apa usha-usha? Usha mak ang?"

Sekali lagi Saiful Buang membuat gaya menghisap rokok seperti tadi.

Kakiku sudah ringan. Nasib baik Ahmaf Fuad Hamdan cepat-cepat merampas penghisap minuman daripada Saiful Buang.

"Tu aku cakap dalam hati la."

"Habis tu? Lawan usha la ek?"

"A'ah! Sampai aku ngan Fuad blah."

"Damn nice."

*abih... ah! xde idea ending camane... menci! next!

Wednesday, January 27, 2010

Pasangan

Semalam, sayang pergi mengambil sijil kursus pra perkahwinan. Anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.

"Akak sign sini."

Arah cik kaunter selepas sayang mengambil sijilnya.

"Kalau saya nak ambil sijil pasangan saya boleh tak?"

Aku tidak sempat ke sana. Bekerja.

"Boleh. Lelaki ke perempuan?"

*kemaskini pantas!

Tuesday, January 12, 2010

Bas Kilang

Aku tak ingat. Aku rasa tahun 1997. Kali pertama pasukan pancaragam sekolah aku ditubuhkan kembali.

Tahun itu juga. Buat pertama kalinya, pertandingan orkestra antara sekolah-sekolah berasrama penuh diadakan.

Kami, pasukan pancaragam Sekolah Tuanku Abdul Rahman masih lagi mentah. Tidak seragam. Tapi kami tetap mendaftar untuk bertanding. Tanda menyokong. Juga untuk pengalaman.

Pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Tun Fatimah. Johor Bahru.

Dengan sebuah bas lama dan hanya udara segar sahaja yang menyejukkan kami, kami bertolak dari Ipoh, Perak.

8 jam perjalanan. Letih. Aku tidur berbantalkan Bass Drum.

Kami, pasukan paling lambat. Kami ditempatkan di luar Sekolah Tun Fatimah. Bersama Sekolah Alam Shah jika tidak silap.

Aku membayangkan hari esok. Hanya berlatih tidak sampai seminggu, pakaian lama yang aku tidak tahu tahun bila ia dijahit, bas sekolah yang lama. Kami tentu akan malu. Tapi, belasah sudah.

Keesokan harinya, kami bertolak ke tempat pertandingan. Turun sahaja daripada bas, aku terus memandang sekeliling.

Pergh! Rupanya bas sekolah aku paling kachak.

Tiba-tiba, sebuah Bas Kilang sampai. Kami semua sudah berbisik-bisik. Pintu Bas Kilang terbuka. Sekumpulan pelajar perempuan turun.

Kami masih di situ. Terpaku.

Hilang sahaja para pelajar sekolah perempuan tersebut daripada pandangan, kami terus melepaskan gelak tawa yang ditahan daripada tadi.

Paling koman pun, kurang satu benda untuk kami malu.

*sekolah mana tu ek? biarlah rahsia... kepada yang tau... or perasan tu sekolah dia... ampun maaf dipinta ya! pasal sekolah anda punya performance mmg gempak! aku salute drummer sekolah anda ketika itu... kemaskini pantas apabila dapat idea lepas ym ngan sasapudin... ops!

Friday, January 08, 2010

Cita-cita

"Ismawi nak jadi apa bila besar nanti?"

"Nak jadi Mawi World! So takyah sekolah tinggi-tinggi. Tapi kaya!"

"Isk. Tak bagus begitu. Ilmu di dada kena ada. Orang yang bertuah macam Mawi tu, satu dalam sejuta."

"Kamu pula Lina?"

"Nak jadi pelakon cikgu."

"Kenapa pula?"

"Nanti boleh kahwin dengan dato'. Nanti saya boleh jadi datin!"

Cikgu Markonah terkedu. Kalau tadi dia boleh menjawab. Menasihati anak muridnya. Kini dia sekadar boleh menggeleng-gelengkan kepala.

"Ada orang lain yang nak berkongsi cita-cita dia?"

Cikgu Markonah cuba untuk menenangkan dirinya.

"Saya!"

"Ah! Kamu Suhaimi."

"Saya nak jadi doktor, cikgu."

"Bagus. Cita-cita yang mur..."

Belum sempat Cikgu Markonah menyambung ayatnya, Suhaimi menyambung.

"Sebab nurse-nurse semua chumel-chumel cikgu. Hari tu saya pergi ke hospital dengan ayah saya."

Selepas hari itu, sudah tidak nampak lagi kelibat Cikgu Markonah di sekolah tersebut.

*kemaskini pantas!

Thursday, January 07, 2010

Hantu Tenggek

Pada mulanya aku nak buat tajuk yang tidak nampak begitu angker. Sebab takut tidak lepas apabila ditapis oleh Finas. Tapi aku lihat sekarang penapis Finas semakin besar lubangnya. Kalau sekadar wayang angker aku boleh terima lagi. Bohsia? Rempit? Apa kejadahnya semua ini?

Maaf! Sudah lari daripada tajuk.

Masih ingat kisah angkerku yang lepas? Tidak berapa angker kan? Kali ini aku akan menceritakan tentang Hantu Tenggek. Kemudian, anda baca balik kisahku yang lepas. Angker tak? Mahu turun katil tak?

Kisah 1:

Satu Dorm Arenawati kecoh.

"Kenapa-kenapa?"

Tanyaku kepada si pencerita, Mohd. Najib Abdul Rahman.

"Semalam aku terbangun."

"Pastu?"

"Aku nampak ada 'benda' bertenggek kat tingkap dorm."

"'Benda' macammana?"

"Tah. Muka tak nampak sangat. Pasal rambut dia tutup ala-ala budak-budak metal sembelih kambing."

"Owh dem. Tingkap mana jib?"

"Err... Belakang katil kau."

Mohd. Najib Abdul Rahman menunjukkan tingkap yang betul-betul berada di kepala aku ketika aku tidur.

Oh! Lupa. Aku katil atas ya.

Kisah 2:

"Weh! Kantin jum!"

Ajakku kelaparan.

"Menarik gak tu."

"Jap-jap! Aku nak gi gak! Amik duit kat dorm jap!"

"Demit! Cepat sikit."

"Teman aku!"

"Ye la. Ye la."

"Aku tunggu sini."

Saiful Buang mengajak kami naik ke dorm kami (Arenawati) bersamanya untuk mengambil duitnya. Aku malas. Aku tunggu. Ahmad Fuad Hamdan sahaja yang menemaninya.

15 minit berlalu. Masih tiada bayang-bayang mereka.

"Demit sungguh. Amik duit ke, tengah cop duit."

Aku menunggu lagi.

Tiba-tiba mereka muncul. Saiful Buang diam sahaja. Nampak pucat. Ahmad Fuad Hamdan biasa sahaja.

Apa yang telah berlaku? Kita nantikan minggu hadapan!