Wednesday, April 28, 2010

Ayam Golek!

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ayam golek yang diimpikan tiba.

Slurp!

Jalil menyedut kembali air liur yang jatuh secara tidak sedar. Dengan pantas, Jalil memotong bahagian kepak. Bahagian yang paling Jalil suka. Baru sahaja menggigit ayam golek tersebut, seorang pelayan muncul di sisinya.

"Ya?"

Hati Jalil menyumpah-nyumpah. Pelayan kacau stim.

"Maaf, Encik. Ayam ni actually lelaki hujung sana punya. Dan ini stok kami yang terakhir. Betul-betul minta maaf Encik.

Jalil menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh pelayan tersebut. Seorang lelaki gagah ala-ala 'Undertaker' dalam cerita gusti yang selalu dilayaninya.

"Saya dah gigit ayam ni. So, ayam ni saya punyalah."

Si pelayan serba salah.

Lelaki tersebut bangun. Marah. Di tangannya, sebilah pisau.

Jalil terbayang lelaki tersebut seperti 'Undertaker' yang sedang membawa keranda.

'Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran airmata'

Jalil teringat kata-kata hikmah di dalam komik Hong Kong yang setiap minggu dilayaninya satu ketika dulu. Lantas Jalil pun bercucuran airmata.

"Woi! Kau jangan sentuh ayam tu. Apa-apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau. Kalau kau potong kaki dia, aku potong kaki kau. Kalau kau potong dada dia, aku potong dada kau. Pendek cerita, apa yang kau buat kat ayam tu, aku buat kat kau."

Jalil terdiam. Terkedu. Sambil mengesat airmata yang bercucuran tadi, Jalil mengangkat ayam golek tersebut.

Secara perlahan-lahan, Jalil menjilat bontot ayam golek tersebut.

Gambar bukan sekadar hiasan. Sekadar nak bagitahu
semalam pengarang baru sahaja melayan ayam golek.

Tuesday, April 27, 2010

Mee Bandung

Surti, pembantu rumah dari Indonesia, atau lebih tepat sekali dari Bandung, sedang berkemas untuk pulang ke Bandung. Mungkin tidak akan kembali ke Malaysia.

"Surti, bukan Tejo tanak bertanggungjawab. Harap Surti faham."

Tejo, sekadar nama manja. Nama sebenar Tajul. Majikan Surti.

"Surti ngerti."

Surti akur. Tajul sudah beristeri dan beranak empat. Maka biarlah dia yang berundur.

"Tejo akan bertanggungjawab atas anak itu nanti. Bila anak itu sudah lahir dan berumur 18 tahun, kirim lah surat."

"Surat? Kenapa tidak gunakan saja emel. Lebih pantas."

"Oh! Betul juga. Emel sajalah. Tuliskan perkataan 'Mee Bandung'. Nanti Tejo hantarkan nafkah duit semua ya."

Tajul takut terkantoi. Surti hanya mengangguk pilu.

*shu... shu... shu...

Lapan belas tahun sudah berlalu.

"Abang! Abang! Turun makan!"

Timah, isteri Tajul memanggil suaminya. Tetapi tidak disahut. Timah naik. Masuk ke bilik.

"Abang!"

Timah cuak. Tajul pengsan di depan meja komputer. Di skrin komputer tertera emelnya...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Thursday, April 22, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Malaysia Maju!

Tiga orang pengaturcara, baru sampai di sebuah hotel. Hotel penginapan untuk sesiapa yang menghadiri seminar antarabangsa.

Ketiga-tiga pengaturcara tersebut berehat di lobi. Berehat. Melepaskan penat. Bagaimana mereka melepaskan penat, aku pun tidak tahu bagaimana. Mungkin penat tersebut diletakkan di dalam sangkar.

Ah! Lawak bodoh daripadaku.

Setelah sesi memperkenalkan diri selesai dan beberapa minit berborak.

"Anda berdua tahu tak. Hari tu, aku gali lubang belakang rumah aku. Dalam 3-4 kaki aku gali, aku jumpa 'copper cable' yang kelihatan sangat lama dan sedikit pelik."

Bahasa Melayu sedikit skema setelah dialih bahasa.

"Maka?"

Hazim, dari Malaysia bertanya.

"Setelah dikaji, rupa-rupanya, sejak beratus-ratus tahun dahulu, nenek moyang kami telah pun menggunakan 'copper cable'."

Belum sempat Hazim berkata apa-apa, Gates menyambung.

"Dan dipercayai, kamilah orang pertama menggunakan 'copper cable'."

Ehem...

Sivaji, dari India berdehem.

"Biasa-biasa sahaja itu. Bulan lepas, aku gali belakang rumah aku. Dalam 6 kaki aku gali. Anda semua tahu aku jumpa apa?"

"Tulang Dinosaur?"

Hazim cuba membuat kelakar.

"Apa?"

"Aku jumpa 'Fiber-Optic Cable."

Gates tergamam.

"Perlu ker aku teruskan cerita ni? Pasal anda beruda mesti sudah sedar nenek moyangku lagi maju."

Suasana sepi seketika. Gates dan Sivaji memandang ke arah Hazim.

"Aku malas nak cerita sebenarnya. Tidak suka berlagak."

Gates dan Sivaji sedikit terkejut.

"Baru semalam, aku gali belakang rumah aku. Dah lebih 10 kaki. Tak jumpa apa-apa pun."

"Maka?"

Hazim bangun. Meregangkan badannya. Mula melangkah pergi.

"Wireless jack. Wireless! Nenek moyang aku tak main la kabel-kabel."

Sayup-sayup suara Hazim kedengaran meninggalkan Gates dan Sivaji yang tidak dapat menerima kekalahan.

Tuesday, April 13, 2010

Samak?

"Aku dapat e-mail, ada gambar pompuan peluk babi."

Polan menghisap puntung rokoknya. Rokok mahal sekarang. Puntung pun puntung la.

"Serius?"

Dengan muka tegang, Polan menghembuskan asap rokok. Hendak menunjukkan dia serius.

"Tu la. Yang paling best. Bertudung!"

"Weh! Foward-foward!"

Anu teruja.

"Jap-jap."

"Tah pape la peluk binatang haram tu. Eii! Goli den!"

Anu, dengan gaya mengada meniru iklan Glidden satu ketika dahulu.

"Itu la. Diorang ni tak belajar agama ke."

"Itu ok lagi."

Tiba-tiba ada suara mencelah.

"Diorang boleh samak. Ada gamba aku tengok. Stok yang tak boleh samaknya."

"Uik? Apakah?"

"Ni a."

Sambil memusingkan laptopnya menghadap kedua-dua rakannya. Gambar Polan sedang memeluk dua orang gadis jelas tertera di skrin.

"Ni kat disko ni kan? Bukan muhrim ni. Haram. Tak boleh samakkan?"

Dengan pantas Anu login akaun Facebooknya.

Thursday, April 08, 2010

Komet?

Eppe Charles Constantine. Bukan nama sebenar. Nama sebenar beliau aku tidak tahu cara mengejanya. Kisah ini aku dengar daripada mulut ke mulut. Maka, tidak tahu kesahihan ceritanya. Tetapi aku dapat mengesahkan keseramannya.

Mahgrib. Malam Jumaat. Menjadi rutin sekolahku, membaca surah Yasin selepas mahgrib dan terus sambung ke Isya'. Eppe Charles Constantine berada di kelas. Kenapa beliau tidak di surau?

Beliau bukan beragama Islam. Beliau, salah seorang bumiputra di sekolahku. Tapi bukan ahli kumpulan kugiran Bumi Putra Rockers.

Beliau sedang mentela'ah dengan kusyuk. Kot. Tetiba ada satu cahaya seperti bebola api memecut di koridor. Dari arah belakang kelas ke hadapan.

Ah! Kenapa tetiba lagu 'Paling Comel' berkumandang di kepala aku ni?

Eppe Charles Constantine ternampak daripada ekor mata beliau. Tapi beliau abaikan.

Tess!

'Benda' tersebut memecut lagi di koridor. Dari arah depan kelas ke belakang.

Akhirnya benda itu berjaya menarik perhatian Eppe Charles Constantine. Beliau mula lihat ke arah koridor.

Tess!

Daripada arah kanan beliau, ke kiri. Tess lagi. Berulang-ulang dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Dengan kelajuannya daripada tempo lagu jiwang leleh ke lagu metal yang tidak tahu apa butir yang dinyanyinya.

Eppe Charles Constantine sudah keseraman. Tapi beliau berlakon kental. Terus berpura-pura sambung mentela'ah.

Tiba-tiba, daripada ekor mata, Eppe Charles Constantine perasan, 'benda' tersebut semakin perlahan dan tiba-tiba berhenti selari dengan kedudukannya.

"Ah! Dem. Penanggal."

Monday, April 05, 2010

Pendidikan Muzik

Semalam layan APBHPABH...

Ada 2 persembahan buat aku touching+imbasan.

1. Nasyid

- ingat zaman aku bernasyid-nasyidan dulu...

2. Alia, Dayang & Khatijah Ibrahim

- kemunculan pertama aku sebagai vokalis dalam band, nyanyi lagu "Doa buat Kekasih"...

*penulis tidak dapat meneruskan penulisan beliau kerana sedang bercucuran airmata.