Wednesday, February 24, 2010

Sains: Teori Darwin

"Mama! Mama! Kita asal daripada apa ek?"

Mama, seorang saintis tegar, mengambil sekeping kertas dan pen. Melakar sesuatu.

"Mama! Mama! Cepat la."

"Ok. Ok. Macam ni."

Mama menunjukkan lakarannya.



"Kita berevolusi daripada monyet."

"Oo..."

Si anak menggarukan kepalanya persis seekor monyet.

Malam itu, ketika sedang asyik ayahnya melayan perasaan di kerusi Ogawa yang baru dibeli.

"Ayah! Kita asal daripada apa ek?"

"Asal? Asal usul?"

Si anak menganggukkan kepala.

"Asal daripada nenek moyang kita. Nabi Adam. Yang secara ringkasnya dijadikan daripada tanah."

Si anak membuat muka pelik.

"Kenapa?"

"Tadi mama kata, kita asal daripada monyet!"

Sambil menyerahkan lukisan mamanya.

"Oo... Tadi mama ceritakan sebelah dia. Sekarang ayah cerita sebelah ayah pula."

*pade anda semua... sebenarnya darwin tahu teorinye salah... banyak benda boleh diargue... cuma fanatik2 nya yang nak sangat mengeluarkan teori darwin ni... sebenarnya darwin seorang saintis yang hebat! (sayang citer kat aku...) nak tau cerita lagi lanjut? sila tanye dgn mengomen...

Wednesday, February 10, 2010

Sejarah: Peradaban Dunia

"Yoshz. Ada buku Sejarah dok?"

"Gilak ah! Study siut! Ni bukan Hazim ni. Baik kau serahkan Hazim yang sebenar! Mana kau kurung dia?"

Sambil mengambil penyangkut baju dan mengacu-acukan padaku.

"Demit. Aku Hazim la."

"Hazim? Dia mana reti study."

"Err... Memang la. Bukan nak study pung."

"Abih tu?"

"Aku tak leh tidur a."

"So?"

"So... Kalau aku baca buku Sejarah. Sure aku tidurnya."

Malam itu aku tidur dengan buku rujukan Sejarah Sasbadi tergolek di sisiku.

Monday, February 08, 2010

Fizik: Hukum Keabadian Tenaga

"Jack, aku rasa aku nak amik master dalam fizik la."

"Ha?"

"Aku nak buat research."

"..."

"Aku nak menafikan hukum fizik tenaga."

"..."

"Weh! Jangan tidur dulu. Dengar aku bebel ni."

"Ada-ada. Nafikan apa?"

Prinsip Tenaga:
'Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.'

"Apsal kau nak nafikan?"

"Tengok kita sekarang. Dah takde tenaga. Lepas angkat barang-barang semua ni."

Aku menarik nafas panjang. Hembus. Seperti Yoshz yang lega baru dapat rokok. Baru boleh bernafas secara normal. TIdak tercungap-cungap lagi macam tadi.

" Mana pergi tenaga kita tadi? Sebelum angkat barang-barang ni? Mana pergi? Tenaga dah hilang! Musnah! So prinsip tu tak boleh pakai!"

Percakapan aku disambut dengan bunyi dengkuran yang kemudiannya disahut oleh dengkuranku.